Soal Jawab Ikhtilat: Tunang?

 
Alhamdulillah, saya syukur, impak page tarbiah sentap dan blog ini, kami dapat banyak respon yang positif, dan ramai yang menyatakan hasrat untuk berubah. Alhamdulillah. Seperti biasa, kebiasaannya, ramai yang mengadu, TERSEKSA dengan dosa ikhtilat. Orang yang berikhtilat ni saya bahagikan kepada dua:
 
1)Dia tak tahu perkara yang dia lakukan itu juga merupakan ikhtilat, akibat KELIRU. Atau..
2)Dia memang tak mampu tahan ikhtilat, dan menjatuhkan diri ke dalamnya.
 
Maka, dengan ini, saya akan menjawab beberapa soalan-soalan orang ramai kepada saya berkenaan isu ikhtilat, tunang, dan sebagainya. Moga bermanfaat. Namun, amaran saya, sebelum nak baca artikel kali ni, korang WAJIB FAHAM ASAS ikhtilat dan cinta ini. Maka, sila baca tulisan-tulisan saya di bawah mengikut turutan:
 
 
Baca jangan tak baca. Anyway, jom baca soal jawab kali ini. Yeah!
 
***
 
 
SOALAN SATU:
 
 “Siapa yang harus di salahkan dalam isu ikhtilat ini? Samada lelaki, atau perempuan, atau ibu ayah? Siapakah??”
 
1) Salahkanlahdiri sendiri. Semua benda nak tuding jari pada orang lain, sampai bila pun masalah takkan selesai. Bayangkan kalau kita salahkan diri kita sendiri, komfem kita akan jaga ikhtilat. Bayangkan kalau mak ayah salahkan diri mereka sendiri, sudah tentu mereka juga akan mendidik anaknya untuk menjaga ikhtilat. The point is, kepada semua pihak, sila salahkan diri masing-masing, dan berperananlah dalam menangani isu ini.
 
——————–
 
SOALAN DUA:
 
 “Saya dah usaha untuk jaga ikhtilat. Tapi, ada seorang lelaki asyik kacau saya dan usik saya dalam kelas. Dia selalu mention nama saya kat kelas, sampai kawan-kawan saya selalu kaitkan saya dengan dia. Lepas tu mesej saya kejut subuh la. Saya rimas! Bagaimana saya nak atasi masalah ni??”
 
1) Wahai lelaki, takde maruah ke? Mana IMAN kau? Apa yang kau dapat bila kau kacau perempuan walaupun nak ‘main-main’ kononnya? Matanglah sikit brader. Kalau kau tak hensem, kau goda macamana pun, orang lagi menyampah dengan kau. Kalau kau hensem pun, orang menyampah jugak. Cukup-cukuplah kacau perempuan, dosa besar kot(Sori kalau terlebih sentap. Geram rasanya.huhu..)
 
2) Wahai wanita, JANGAN SESEKALI LAYAN lelaki yang kacau korang. Maybe dia kacau korang sebab korang bagi “respon” bila diorang kacau. Lagi korang bagi respon, contohnya:
 
“janganlah kacau..awak ni. Tak sukalaaah!!”
 
Dan lain-lain, lagilah mereka seronok nak kacau. Cuba korang DIAM, jauhkan diri, jangan langsung pandang/sembang/chat/cakap dengan diorang, komfem depa tak teringin nak kacau korang. Percayalah. Laki suka kacau orang yang “layan’ mereka. Kalau korang tak layan, depa takkan ada mood, hatta rasa MALU untuk kacau. Faham?
 
——————–
 
SOALAN TIGA:
 
 “Ada orang yang dia baik, muslimah, tudung labuh semua, tapi pada masa yang sama,dia ikhtilat, selalu chat, mesej dan call lelaki, sembang-sembang kosong. Bila tegur, dia kata, dia lagi selesa bila kawan dengan berlainan jantina. Macamana ye??Boleh ustaz kasi sentap sikit tak kat orang-orang yang macam ni?”
 
1) Wahai kawan, islam tu bukan pada pakaian sahaja. Kalau kau dah pakai tudung labuh dan sebagainya, sepatutnya kau kena bawa IMEJ tudung labuh. Kalau tak, kau akan jadi fitnah dan memburukkan wanita tudung labuh yang lain. So, saya ulang, ISLAM BUKAN PADA PAKAIAN SAHAJA. Islam tu luas, islam pada pakaian, islam pada pergaulan, islam pada akhlak, islam pada ibadah dan aqidah, islam pada muamalat dan lain-lain. Kalau kita PISAHKAN islam, dan ambil islam sekerat-sekerat, keislaman kita ada KECACATAN. Hati-hati wahai kawan. Taubatlah. 
 
Ingatlah:
 
“Sepatutnya, pakaian ni menjadi perisai kita dari melakukan maksiat. Orang yang pakai jubah dan kopiah, dia akan rasa malu untuk buat maksiat. Orang yang tudung labuh, akan rasa malu nak buat maksiat. TAPI, andai pakaian tak mampu menjadi perisai, maka malulah dengan Allah…”
 
2) Lagi satu, alasan “aku lagi selesa kawan dengan berlainan jantina” tu langsung tak munasabah untuk membenarkan ikhtilat yang kau buat. Kalau macam tu, andai ada orang kata:
 
“Aku nak zina. Aku tak nak kahwin…”
 
And then kita jawab:
 
“Mana boleh. Kau kena kahwin!!”
 
Pastu orang tu balas:
 
“Aku tak selesa la kahwin. Aku lagi selesa berzina sebab takde tanggungjawab sangat…”
 
Adakah ‘valid’asalan tu?? Ingat wahai kawan, islam tu ada SUMBER RUJUKAN. Jangan kita nak buat satu benda, ikut kepala otak dan nafsu kita. Hancurlah agama andai kita hiasi islam ini mengikut otak dan keselesaan k
ita. Itulah LIBERAL namanya.
Hati-hati! Insyallah, kau akan lebih TENANG andai kau berukhwah dengan sesama jantina. Percayalah. Serius..
 
——————–
 
SOALAN EMPAT:
 
“Macamana nak tegur kawan kita yang couple or ikhtilat dalam keadaan yang tak mengguris hati dia? Lagi-lagi kawan yang rapat dengan kita. Saya takut bila tegur, hubungan kitorang jadi renggang. Ada cara terbaik tak nak tegur??”
 
1) Selagi kita berani nak tegur kawan rapat kita, sebenarnya, kita BELUM RAPAT lagi. Kawan yang rapat, kawan yang baik ialah kawan yang menegur kawannya tika melakukan kesilapan, dan SALING nasihat menasihati. Tapi, kalau nak tegur kawan yang kita anggap BFF kononnya, tapi tak berani, means, UKHWAH kita tu hanyalah PALSU. Sebab, tanda ukhwah ialah saling tegur menegur tanpa terguris hati. Kalau terguris pun, sekejap je.
 
2) Lagi satu, nak ubah orang couple ni, kita tak boleh just TEGUR, pastu nak harapkan perubahan pada diorang. Agak mustahil. Kita nak ubah orang couple ni, kita kena mulakan dengan RAPAT dengan dia, SENTUH HATI dia, BUAT BAIK pada dia, AMBIL BERAT pada dia, sampai dia dah betul-betul rapat dengan kita, sampai dia dah berani luahkan masalah dia kat kita, baru kita bantu, bagitahu dia mana BAIK dan mana BURUK. Cari PUNCA kenapa dia couple. Mungkin masalah family, atau rakan sejantina dia selalu tak layan dia, atau pengaruh kawan dan sebagainya. And then, usaha untuk selesaikan punca.
 
Ajak dia ikut program-program tarbiah seperti usrah, ceramah dan sebagainya, agar dia mula rasa MINAT dengan agama. Hubungkan ukhwah dengan dia. Insyallah, sampai satu tahap, bila dia dah cinta pada agama, bila dia dah rasa ukhwah dengan rakan sejantina, bila dia dah ada orang sejantina yang ambil berat pasal dia, bila dia dah mula sibuk dengan tarbiah, dengan sendirinya dia akan tinggalkan couple. Percayalah!
 
3) Tapi, kalau orang yang dah tahu couple tu semua salah, ikhtilat semua salah, hatta bertudung labuh, berjubah dan berserban, dan kita tegur berkali-kali pun dia tak sedar diri, maka, pendekatan yang perlu di gunakan ialah kita kena dapatkan RESPECT. Dia maybe tak nak dengar cakap kita sebab dia rasa dia lagi hebat dari kita, EGO dan SOMBONG. So, buatlah apa-apa supaya kita di respect. Cemerlangkan akademik, buat baik pada dia, tunjukkan akhlak, dan lain-lain. Bila dia dah respect, insyallah dia akan ikut cakap kita. Tapi, macam saya cakap, slowly, slowly….
 
——————–
 
SOALAN LIMA:
 
“Kalau kita pergi café misalnya, lepas tu ternampak kawan kita yang sekelas dan berlainan jantina, perlu kita kita senyum kat dia, or bagi salam pada dia? Yelah, kalau tak pandang tak senyum tak bagi salam, diorang kata kita sombong pulak. Macamana ye???”
 
1) Dalam bab memberi salam, pelbagai ulama telah hurai tentang hukum memberi salam. Secara ringkasnya, saya boleh utarakan secara point di bawah:
 
-Sekiranya yang memberi salam atau menjawab salam itu isteri, hambanya atau orang yang haram berkahwin dengannya hukumnya sama seperti salam antara lelaki sesama lelaki.
 
-Makruh atas lelaki memberi salam terhadap perempuan muda yang boleh dikahwini sedangkan perempuan itu haram menjawabnya.
 
-Haram perempuan muda yang boleh dikahwini memberisalam, sementara lelaki yang diberi salam makruh menjawabnya.
 
-Harus seorang lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan dan wajib diatas salah seorang dari mereka itu menjawabnya sekiranya tidak timbul fitnah.
 
-Sunat sekumpulan perempuan memulakan salam dan wajib atas lelaki menjawabnya jika tidak timbul fitnah.
 
-apabila sekumpulan lelaki memberi salam terhadap seorang perempuan wajib dia menjawab sekiranya tidak takut fitnah, begitu juga sebaliknya.
 
-harus sekumpulan lelaki memberi salam terhadap sekumpulam wanita dan wajib mereka itu menjawabnya jika tidak takut fitnah begitu juga sebaliknya.
 
2) So, the point is, tak perlu pun senyum or bagi salam or pandang-pandang jika tiada urusan yang PENTING, dhorurat dan sebagainya. Orang kata kita sombong tu benda standard. Daripada buat dosa, baik kita kena kutuk. Dapat pahala free. Standardnya, awal-awal je orang kutuk, lama-lama, orang akan respect. Percayalah!
 
——————–
 
SOALAN ENAM:
 
 “Ada orang, dia keluar dengan bukan mahram dia, atas alasan, mak ayah dia beri kebenaran. Boleh ke…??”
 
1) Tak boleh. Kalau macam tu, andai mak ayah kita bagi kita zina, boleh la zina? Fikir-fikirkan. Dan, pada ibu dan ayah, jagalah anak anda. Bahaya. Serius bahaya….
 
***
 
PROSES KAHWIN DAN TUNANG?
 
 
 
Satu lagi isu yang agak hangat di perkatakan ialah isu tunang. Atas alasan tunang, atas alasan nak kahwin, ramai yang hancur dan tak jaga batas. Ni antara soalan:
 
“Saya dah tunang. Tapi tunang saya selalu sangat call, tanya khabar, chatting bagai dengan saya. Actually, macamana pertunangan dalam islam, dan apa batas-batasnya? Dan, kalau kita nak kahwin dengan seseorang misalnya, macamana kita nak KENAL dia kalau kita tak ikhtilat dengan dia? Mohon pencerahan….”
 
1) Actually, HUKUM ASAL ‘sesebuah pertunangan’ itu di kira sah, ialah apabila kita cakap pada seseorang yang kita ingin berkahwin dengan dia, dan orang tersebut setuju. Manakala, ADAT pula ialah perlu cincin, majlis pertunangan yang di persetujui oleh kedua-dua belah family dan yang kita sedia maklum.
 
2) Jika kita lihat, kenapa hukum asalnya begitu, kerana, orang zaman islam dahulu kala, zaman sahabat, tabiin
dan tabi’ tabiin, mereka di didik untuk menyatakan HAJAT untuk berkahwin dengan seseorang adalah apabila dia BETUL-BETUL BERSEDIA untuk berkahwin.
 
3) Namun, zaman sekarang, lagi-lagi di Malaysia, ramai orang salah gunakan perkara ini. Ramai remaja dan belia dan mengucapkan kata-kata:
 
“Aku nak jadikan kau sebagai isteri…”
 
“Aku nak kahwin dengan kau…”
 
Dan sebagainya, sedangkan, dia belum BERSEDIA langsung untuk memikul tanggungjawab ini! Hatta, start umur seawal form 3, dah pandai sebut bab nak kahwin ni. Dan, sememangnya, pertunangan itu di kira! Bermakna, jika ada orang lain yang nak kahwin dengan tuning kita itu, di kira HARAM sebab telah di cop. Dan perempuan tu tak boleh berkahwin selagi tak putuskan pertunangan. 
 
4)Tapi, masalahnya ialah, hari ni, berapa ramai LELAKI yang MENYEKSA WANITA dengan mengatakan “Aku nak jadikan kau isteri”, sedangkan dia tak prepare langsung, lepas tu, bertahun-tahun and then putus couple, putus cinta bagai, and then cari orang lain. Apakah?!
 
Sebab tu, ianya adalah SATU DOSA apabila kita menyatakan hasrat nak memperisterikan seseorang dalam keadaan kita tak bersedia, tak serius, dan hanya suka-suka!
 
Saya ulang:
 
 
“Ianya adalah SATU DOSA apabila kita menyatakan hasrat nak memperisterikan seseorang dalam keadaan kita tak bersedia, tak serius, dan hanya suka-suka! Dosa!”
 
Bak kata Ibn Qayyim:
 
“Orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan kepada harta!!!”
 
5) Atas sebab itulah, bagi saya, pada zaman yang penuh dengan fitnah ini, dalam isu pertunangan, kita MESTI MENGIKUT ADAT (mendapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak, berjumpa dengan family kedua-dua belah pihak, berkenalan dengan keluarga, adakan majlis rasmi yang menjaga batas syarak, dan yang sama waktu dengannya. Kerana, ia lebih terhindar dari fitnah, sekaligus membela MARUAH seorang wanita, dan menjaga perasaan dan kehormatan seorang wanita! Sebab sekarang, ramai yang menggunakan alasan tunang untuk buat maksiat!!!!
 
6) Manakala dalam proses sebelum bertunang dan sebelum berkahwin misalnya, di sunatkan untuk kedua-dua belah pihak untuk BERTAARUF(berkenalan), dan di kendalikan oleh orang tengah agar tak berlaku fitnah. Ketika bertaaruf, bertaaruflah sepuas-puasnya. Ketika itu, seorang laki di sunatkan untuk pandang wajah dan tapak tangan wanita yang ingin dia nak kahwin.
 
Dan, jika pertunangan telah di jalankan, maka sepanjang bertunang, peliharalah adab-adab seperti yang berikut:
 
-Banyak berhubung dengan mak ayah orang yang kita ingin berkahwin, supaya dapat eratkan sillaturrahim dan memudahkan proses nak rapat dengan keluarganya.
 
-Kurangkan persembangan kosong dengan tunang kita. Sekadar untuk MEMENUHI HAJAT seperti bincang tarikh kahwin, kos hantaran, isu keluarga, dan yang sama waktu dengannya. Seeloknya di handle oleh orang tengah. Kerana, sekarang, dah beribu KES orang yang tunang, tak sempat kahwin tapi dah berzina. Saya dah dapat banyak soalan dalam inbox berkaitan isu macam ni. Sembang kosong dan sengaja sembang tanpat keperluan, dosa.
 
-HARAM keluar berdua-duaan. Haram sembang benda yang menaikkan nafsu sama topic besar seperti seks, atau topic yang agak kecil tapi merbahaya seperti “I love you”, “you love me”.
 
So the point is, jangan gunakan alasan tunang untuk berikhtilat jika takde dhorurat, atau hajat. Harap maklum.
 
***
 
Wallahua’lam. Moga jawapan-jawapan ringkas yang saya utarakan di atas dapat memberikan kita kefahaman yang konrit dalam isu IKHTILAT. Selamat beramal. Jangan banyak tanya sangat. Ikut je apa yang islam ajar. Biasanya orang yang banyak tanya ni dia nak usaha dapatkan jawapan yang memuaskan/membenarkan nafsu/dosa yang dia nak buat.
 
So, harap-harap tak begitu.
 
Moga bermanfaat!
 
-Adnin Roslan-

21 Responses

  1. Pencerahan yang bermanfaat. Terima kasih.

    Erm soalan no.6 tu agak menarik. Sekarang ni, huu ramai sangat mak ayah yang 'terlalu sporting' bagi anak-anak peluang nak 'berkenal-kenalan' dengan yang berlainan jantina. Katanya kalau tak kenal, macam mana nak buat calon suami/isteri.
    Mak ayah yang izinkan jalan luas macam tu. Tak ke sedih gitu.

    Untuk orang muda yang faham mengenai isu ikhtilat ini, alhamdulillah.

    Tapi untuk mak ayah atau orang yang lebih tua yang 'belum nak faham' lagi, macam mana tu ustaz? Macam mana nak hadapi situasi tu tapi dalam masa yang sama, kita tak kecikkan hati mereka.

  2. Salam…sekadar pendapat, lebih baik untuk tulis rujukan sumber hukum2 yg diperolehi.. skurgnya kita boleh rujuk juga

  3. Terima kasih..tp mohon ustaz kongsikan juga bgmaina nak sdarkan kawan rapat bab kapel ni..tmbahan pula dy juga kerap brmalam di rumah org tua bf dy dan juga dikenali seluruh keluatga besar bf dy…tp kluarga pihak llaki lngsong x kesah malahan menyenangi kehadirannya

  4. Assalamualaikum..macam mana pulak hubungan pasangan yang bercinta dan ahli keluarga pasangan masing2 sudah bersetuju tetapi tidak melangsungkan majlis perasmian secara sah kerana pasangan tersebut masih beljar..jadi soalan saya adakah hubungan percintaan itu boleh dikira pertunangan yang sah kerana kedua2 belah keluarga setuju untuk pasanagan tersebut disatukan tapi hanya menunggu masa sahaja..?

  5. Wahai admin tarbiah sentap. Terima kasih d atas usaha murni kalian menyampaikan dakwah dlm bentuk begini. Sesungguhnya.ramai dh sentap dan berubah ke jalan Allah. Terutamanya saya. Syukran jazilan. Moga Allag merahmati kalian

  6. Salam, admin.

    Saya nak tanya tentang TAARUF. Admin kata kalau dah bertunang, taaruflah sepuas-puasnya kan. Tapi selepas taaruf dan berfikir semasak masaknya,istikharah, buat pro and cons, tanya pendapat ramai, tapi keputusanya lebih kepada tidak teruskan, perlu ke untuk diputuskan sewenang-wenangnya dan bagaimanakah caranya supaya masih dapat menjaga maruah kedua belah keluarga? Tapi ada orang kata pulak jgn terpedaya dgn dugaan semasa bertunang dan lebih baik teruskan sebab apa yang di depan kita tu adalah realiti dan yang lain hanya dugaan. Konfius.

  7. Assalam ustaz..
    Saya nak tanya, ada seorang lelaki ni sudah nyatakan pada saya dia nak nikahi saya, nak menjadikan saya isterinya, dan saya pun telah 'indirectly' bersetuju dengan tidak menolak. Lepas saya terbaca satu artikel yg ustaz tulis, saya merasakan kami terlah 'ter'bertunang, dan saya ingin memutuskan pertunangan ini. Sebab jelasnya dia dan saya sendiri masih belum bersedia. Bagaimana saya harus memutuskan pertunangan ini? Ada cara tertentu atau saya cuma perlu menyuruh dia melafazkan kami putus tunang? Macam mana pulak kalau dia tak nak? Adakah saya telah terikat dengannya sampai bila-bila?
    Mohon soalan saya ini dijawab, saya sudah buntu.
    Segala jawapan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga dirahmati Allah.

    Assalamualaikum.

  8. salam…mohon ustaz boleh memberi cara lain untuk soalan yg keempat..iaitu mengenai cara2 menegur sahabat2 yg bercouple kerana mengikut pengaruh sahabat..

  9. dalam keadaan zaman sekarang, saya kira agak susah untuk jaga ikhtilat ketika bertunang. saya bagi contoh, saya mahu menikah awal (tak nak tunang terlalu lama) tapi akibat faktor ibu-bapa yang belum bersedia untuk melepaskan saya atau (menikahkan saya) dalam tempoh terdekat dan faktor saya masih belajar, agak sukar untuk saya berhubung dgn tunang menggunakan orang tengah. Family juga masing-masing 'sporting'. tapi hanya kami yang menjaga hubungan dengan seboleh-bolehnya tidak berjumpa melainkan atas urusan tertentu. cuma apabila mesej masing2 sedang mengenal dan tidak boleh mengelak dari ikhtilat kecil. saya agak tertekan dengan situasi ini. benarlah, apabila melibatkan hati tidak timbul isu 'bertudung labuh' atau 'berkopiah' tetapi memang sukar untuk menjaga hati yang sudah sayang tambah2 lagi dlm proses pertunangan. saya rasa apa yang paling penting apabila anak sudah bertunang, tidak wajar lagi ditangguhkan urusan nikah kerana pada suasana akhir zaman ini, segalanya adalah tidak mustahil. saya begitu 'struggle' untuk menjaga hubungan ini walaupun tidak berjumpa. kalau saya tidak sms (berhubung tetapi tidak berjumpa), agak sukar utk saya mengenal pasangan kerana ini merupakan komitmen sepanjang hayat.

  10. Saya cuma nak lebih kefahaman tentang HUKUM drpd soalan lima point 1,2.
    -Makruh atas lelaki memberi salam terhadap perempuan muda yang boleh dikahwini sedangkan perempuan itu haram menjawabnya.

    -Haram perempuan muda yang boleh dikahwini memberisalam, sementara lelaki yang diberi salam makruh menjawabnya.

    1)Contoh, pelajar perempuan berjumpa guru lelaki di majlis keduri. Adakah haram jika pelajar memberi salam kpd guru (yg boleh dikahwininya)?
    2)Memberi salam di media sosial (secara terbuka bukan berdua duaan). Contoh, Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya… .

    Terima kasih

  11. Assalam ustaz , sy nk minta penjelasan drpd ustaz soal couple skrang ni . Seseorang itu couple tapi dia lafazkan zawjah sebagai cover dgn alasan diorang couple krana allah taala .. boleh ustaz terangkan ?
    Terima kasih

  12. Assalamualaikum..
    yang mengenai salam tu..makruh lelaki bagi salam pada perempuan yang boleh dikawini dan haram perempuan tu untuk menjawabnya..oke noted

    macam mana pulak nak jawab yang mereka persoalkan..
    "kenapa pulak haram lelaki bagi salam? bukan nya pegang2 pun..bukannya berzina pun, jadi fitnah macam mana pulak?"

    macam mana nak jawab tu?

  13. Assalamualaikum ustaz , saya banyak kali terpikir soalan ni sampai saya jadi keliru .
    Memang fitrah lelaki dgn perempuan mmg perempuan minat lelaki dan lelaki minat perempuan tapi couple
    Haram , bercrush pun haram .. Apatah lagi untuk minat dan suka dgn ajnabi . Allah suruh kita orang islam tunduk pandangankan ustaz ? Jadi saya keliru sbb cg saya dah ckp couple haram tetapi dia ckp perempuan mesti kena minat lelaki dan lelaki msti minat perempuan . Itu saya tahu tetapi persoalannya waktu bilakah kita boleh minat lelaki dan lelaki minat perempuan ? Boleh tak ustaz jelaskan dgn lebih jelas ustaz ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan