Senang Je Tinggalkan Dosa?

Hari itu, ada pelajar tanyakan kepada kami, macam mana nak tinggalkan maksiat? Kami diam seketika, lalu kami beritahu padanya, sebenarnya senang saja nak tinggalkan maksiat dan dosa ni. Serius senang saja. Contohnya?
 
1. Kalau dah bercouple crush bercinta bagai, senang saja nak minta clash. Cakap sajalah minta clash.
 
2. Kalau nak berhenti rokok, buang sajalah rokok yang ada di kocek ke tong sampah.
 
3. Kalau selalu upload gambar, delete sajalah yang ada di FB, instagram, twitter, dan lain-lain.
 
4. Kalau selalu tengok video lucah, delete sajalah video yang ada pada laptop atau handphone, atau pasang software block daripada akses ke website lucah.
 
5. Nak tinggalkan lagu, drama atau movie yang ada unsur haram, delete sajalah movie, drama seperti runningman, goblin, descending of sun, exo next door, 2NE1, 7-11, 7 hari mencintaimu, 7 hari lagi nak mati dan lain-lain dalam hard disc atau laptop.
 
Dan banyakk lagi maksiat dan dosa yang senang je nak tinggal. Tetapi….🤔
 
Tetapi isu sekarang, yang susahnya bukan nak tinggalkan maksiat atau dosa itu, tetapi yang susahnya adalah KESAN maksiat dan dosa itu !
 
1. Memang senang nak clash. Tetapi kesannya SUSAH nak hilang. Selalu terbayang-bayang, rasa serba salah, rindu, teringat-ingat, sampai masuk dalam mimpi dan akhirnya itu yang couple semula.
 
2. Memang senang nak buang rokok. Tetapi sehari lepas itu badan mula menggigil, demam, tengok orang rokok rasa tak tahan, dan akhirnya merokok semula.
 
3. Memang senang nak delete. Lepas tu kawan-kawan akan ‘hasut’, kutuk, perli atau sindir kita ni kolot, tak up to date, ketinggalan zaman, atau mungkin rasa janggal sebab kawan-kawan upload tapi kita tak upload. Dan akhirnya upload semula.
 
4. Memang senang nak delete video lucah dalam smartphone atau laptop, tetapi 2,3 hari selepas tu bila seorang diri, internet pula laju, akhirnya tangan pun menggatal untuk search semula website lucah dan akhirnya tengok semula.
 
5. Memang senang nak delete lagu, drama atau movie yang ada unsur haram ni, tetapi nanti 2,3 hari lepas tu bila berjalan kat mall, terngiang-ngiang lagu yang dihafal tu. Atau roommate / housemate pasang pula video-video dan drama tu. Atau kawan-kawan ajak tengok wayang. Akhirnya kita pun melayan semula.
 

 

Dapatkan buku Pujukan Dari Tuhan karya Shukery Azizan
dan Kerana Aku Sayang karya Aniq Muhaimin secara online di 019 6803782

 

Nampak, senang saja nak tinggalkan dosa maksiat, tetapi SUSAH nak tinggalkan KESAN daripada dosa maksiat ini. Ibarat macam kena PENJARA. Jadi apa kena buat? Serius nak tahu apa kena buat?
 
1. Ingat, Rasulullah pernah sebut,
 
كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ.
 
“Setiap anak Adam pasti berbuat salah (dosa) dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan (dosa) adalah mereka yang bertaubat.”
 
(Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)
 
Maksudnya di sini, kita semua akan buat dosa. Pasti termasuklah kami! Tetapi sebaik-baik pendosa dalam kalangan kita adalah mereka yang BERTAUBAT. Kalau anda bertaubat dan kami tak bertaubat, maksudnya anda lebih baik dan mulia dari kami!
 
2. Kalau dah taubat, lepas tu buat lagi. Macam mana? Dalam hadis atas, Rasulullah sebut,
 
خَطَّاءٌ
 
Dalam kaedah bahasa Arab, “khotoo’un” atau “melakukan dosa” ni adalah menggunakan kaedah Sighah Al Mubalaghah, atau bahasa mudahnya HYPERACTIVE REPETITION iaitu pengulangan atau kekerapan yang melampau-lampau. Dalam kata lain, hadis ini nak beritahu pada kita yang,
 
Kita semua akan ada kecenderungan untuk ulang lagi dan lagi dosa yang telah kita buat. Ya, kita memang ada kecenderungan untuk ulang lagi dosa yang sama. Jadi apa kena buat? Sebab itu Nabi kata, sebaik-baik pendosa adalah mereka yang bertaubat. Dan bukan hanya bertaubat saja.
 
Bahkan MENGULANG-ULANG taubat. Ulang lagi dan lagi dan lagi. Sampai bila?
 
Sampai moga-moga kita mati dalam keadaan bertaubat, bukan mati sedang buat maksiat dan dosa.
 

 

Dapatkan novel Sujud Yang Terakhir karya Aizuddin Hamid
di rangkaian kedai buku seluruh Malaysia sekarang juga!

 

3. Lagi satu, JANGAN BERTANGGUH untuk taubat. Sebab taubat ni hukumnya wajib. Bila dah buat dosa, terus taubat secepat mungkin. Mulakan dengan istighfar, kemudian sambung dengan tinggalkan dosa tu selama mana yang boleh. Kalau buat lagi, ulang jalan yang sama.
 
Ibnu Qudamah al Maqdisi sebut,
 
“Para ulama telah ijma’ tentang wajibnya taubat, karena sesungguhnya dosa-dosa membinasakan manusia dan menjauhkan manusia dari Allah. Maka, wajib segera bertaubat.”
 
Imam Ibnul Qayyim pula sebut, ”Sesungguhnya segera bertaubat kepada Allah dari perbuatan dosa hukumnya adalah wajib dilakukan dengan segera dan TIDAK BOLEH ditangguh.”
 
Imam An Nawawi pun kata,
 
“Para ulama telah sepakat, bahawa bertaubat dari seluruh perbuatan maksiat adalah wajib; wajib dilakukan dengan segera dan tidak boleh ditunda, sama ada itu dosa kecil atau dosa besar.”
 

 

Kesimpulannya,
 
Kita ini bukan malaikat pun. Kita manusia biasa, yang selalu buat dosa. Jadi, bertaubatlah sungguh-sungguh walaupun susah. Dan walaupun KESAN DOSA tu susah sangat nak tinggal. Mungkin makan masa bertahun, bahkan seumur hidup.
 
Ibarat macam kuali. Nak cuci belakang kuali, senang je. Tapi nak hilangkan kesan kotor belakang kuali, itu yang sangat susah dan mencabar. Terpaksa sental dengan berus dawai sampai tangan luka, penat, dan berkali-kali. Penat dan stress, tetapi kalau berterusan insyaAllah bersih. Macam itu juga dosa maksiat kita.
 
Moga Allah ampunkan kelemahan dan dosa kita. Ameen.
 
Moga tulisan kali ini bermanfaat kepada sesiapa yang nak kembali pulang pada Allah.
 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan