Syurga Cinta Vs Cinta yang palsu?

 
 
Saya agak sedih, melihat umat hari ini, HANCUR, hanyut, tenggelam, terawang-awangan, asyik dan tertipu dengan CINTA. Saban hari, segala apa yang berkaitan cinta, menjadi minat ramai anak muda. Habis.
 
Lagu cinta menjadi hiburan telinga. Novel cinta menjadi bestseller dan kegilaan. Movie dan drama cinta menjadi ketagihan, satu demi satu episode dan movie di download, tengok ramai-ramai. Parah. Sangat parah.
 
Kenapa?
 
Kenapa hari ni ramai yang tergila-gila mendapatkan cinta manusia, sebelum nikah, bercouple berikhtilat, suka ini suka itu, crush ini crush itu. Berdebar ini itu, tulang rusuk bergetar itu ini. Kenapa?
 
Tapi, pada masa yang sama…….
 
Kau lupa Allah. Allah kau tinggalkan.
 
Untuk Allah, kau main-main. Untuk Allah, kau bermalas-malasan. Untuk Allah, kau buat ala kadar, untuk Allah, hati kau tak berdebar rindu . Untuk Allah, hati kau tak tenang kerna cinta padaNya. Untuk Allah kau tak menangis. Untuk Allah, kau tak rasa nikmat. Terpaksa, di paksa.
 
Kau lupa Allah. Allah kau tinggalkan.
 
Tapi…..
 
 
Walau, walau kau lupa Allah, Allah kau tinggalkan, mungkin kau lupa bahawa…

 

 

 

“Allah tak tinggalkan kau….”

 

 
Mungkin kau lupa, betapa Allah sayangkan kau. Mungkin kau tak ingat, betapa Allah cintakan kau. Mungkin kau tak tahu, betapa Allah rindukan kau.
 
Maka, biar daku ingatkan kau. Agar kau tidak lagi lupa, agar kau tidak lagi alpa, agar kau tidak lagi lalai. Agar kau sedar, Allah tak pernah lupakan kau.
 
BETAPA ALLAH CINTAKAN KAU
 
1) Hayatilah hadis ini wahai kawan. Hayati dengan mata hati. Hayati. Kalau boleh, selepas kau menbaca hadis ini, kau pejamlah mata. Pejam dengan tenang, dan menangislah.
 
Nabi bersabda:
 
“Sesungguhnya, jika ALLAH MENCINTAI HAMBANYA, Allah akan memanggil Jibril lalu berkata, ‘Wahai Jibril! Aku mencintai dia, maka, cintailah dia!!.’ Maka, Jibril pun mencintai dia. Lalu, Jibril menyeru penduduk langit, ‘Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai dia, maka, cintailah dia!!.’ Maka, penduduk langitpun mencintaiNya, sehingga Allah jadikan dia dicintai oleh penduduk bumi!”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Lihatlah! Lihat! Buka mata kau wahai kawanku!
 
Allah, bila Allah cinta kita, Allah bagitahu SEMUA hambanya, Allah bagitahu jibril, penduduk langit dan Allah masukkan dalam hati penduduk bumi agar turut mencintai kita! Allah isytiharkan cintaNya pada kita kepada semua penduduk langit!
 
Tapi, hari ni, kita MALU, kita MALU nak cakap depan kawan-kawan. Kita malu nak cakap kat semua orang:
 
“Aku sangat cintakan Allah!!!”
 
Kita rasa malu nak cakap benda ni! Tapi kita bangga cakap kita suka perempuan ni, laki tu, penyanyi ni, penyanyi tu.
 
Lihatlah…. Perhatikanlah, Allah mengumumkan di langit:
 
“Wahai Jibril, Aku mencintai dia, maka cintailah dia…..”
 
Tapi, apa yang kau balas?
 
Adakah kau masih tidak rasa apa-apa di hati? Tidakkah kau rasa malu dengan Allah? Jika belum, hayatilah hadi
s berikut. Agar, agar kau tahu, betapa cintanya Allah pada diri kau.
 
2) Nabi saw bersabda:
 
“Rabb kita turun di langit dunia sepertiga akhir dari malam, lalu berkata: ‘Adakah orang yang meminta padaKu untuk aku penuhi permintaannya? Adakah orang yang memohon ampun padaKu untuk aku penuhi dosa-dosanya? Adakah orang yang bertaubat padaKu untuk aku terima taubatnya? Dan adakah orang yang berdoa padaKu untuk aku kabulkan doaNya??”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)
 
Cuba perhatikan hadis ini wahai kawan!
 
Setiap malam, di sepertiga malam, setiap malam, setiap malam, Allah akan turun ke langit dunia untuk menerima doa kita, menerima taubat kita, mengampunkan dosa kita, dan ingin memberi pertolongan pada kita. Setiap malam Allah turun ke langit dan menawarkan cintaNya pada kita!!
 
Namun, apa yang kita buat di malam hari?
 
Menghabiskan masa malam dengan tidur? Atau main game sampai dua tiga pagi? Atau layan movie dan drama? Atau mesej dengan couple? Atau melihat video lucah?
 
Walaupun kita lalai, bertahun-tahun kita tak bangun tahajud, berdoa di sepertiga malam, tapi, Allah tak pernah JEMU untuk menawarkan cintaNya setiap malam. Allah tak pernah jemu!
 
Oh. Allah….
 
Ampunkan aku!
 
Mungkin, saat kau baca tulisan ini, saat kau perhati kata-kata nabi di atas, kau masih tak nampak, betapa Allah cintakan kau. Hati kau masih belum mampu bergetar rindu. Tak mengapa.
 
Hayati dan perhatikan lagi hadis seterusnya. Agar, mata hati kau kembali terbuka.
 
3) Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis Qudsi:
 
“Aku membahagikan solat antara Aku dan hambaKu menjadi 2 bahagian.
 
Jika hambaku dalam solatnya membaca:
 
”Alhamdulillahi rabbil Alamin”(Segala puji Allah tuhan semesta alam)”,
 
 maka aku menjawab:
 
“Hambaku telah memujiku”.
 
Dan jika ia membaca:
 
“Ar-Rahmanirrahim”(yang maha pemurah lagi maha penyayang),
 
maka aku menjawab:
 
“Hambaku tela memujiKu”.
 
Dan jika ia membaca:
 
 “Maliki yau middin”(yang menguasai hari pembalasan),
 
 maka Aku menjawab:
 
“Hambaku telah memujiKu”.
 
Dan ketika hambaKu membaca:
 
“Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in”(Kepada Kaulah kami berserah, dan kepada Kaulah kami meminta pertolongan),
 
maka Aku menjawab,
 
“Ini antara Aku dan hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang dia minta”.
 
Lalu ketika ia membaca:
 
“Ihdinas shiratal mustaqim, Shiratollazina an’amta ‘alaihim ghairil maghdubi ‘alaihim waladh-dhallin”(Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang yang telah engkau beri nikmat, bukan jala
n orang yang engkau murka dan bukan pula jalan orang yang engkau sesatkan),
 
maka, aku menjawab:
 
“Ini bagiKu dan hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang dia minta…”
 
(Hadis riwayat Muslim)
 
Lihat. Sebenarnya, tiap kali kita baca Alfatihah, sebenarnya, Allah sedang bersembang dengan kita, dan menjawab setiap perkataan kita! Tapi, kita boleh baca dengan laju dan tiada rasa tenang di hati. Adakah kita tak mahu bersembang dengan Allah?
 
Kerana itulah, seorang ulama’ berkata:
 
“Aku sangat suka ketika aku membaca Alfatihah, aku akan memperlambatkan bacaan, aku aku dapat membayangkan jawapan Allah….”
 
Kita bagaimana?
 
CINTANYA PARA NABI KEPADA ALLAH
 
Mari.
 
Kini, mari kita renungi kisah ini. Bagaimana nabi dan rasul, membuktikan cinta mereka pada Allah. Mereka buktikan cinta mereka pada Allah yang suci murni, ikhlas dan tulus. Cinta mereka pada Allah tidak palsu. Tidak.
 
Kau tidak percaya?
 
Mari wahai kawan. Ini buktinya.
 
1) Perhatikan cinta nabi Musa pada Allah, tika nabi Musa berkata:
 
“Dan aku bersegara menuju kepadaMu tuhanku, agar Engkau meredhaiKu…”
(Surah Taha: 84)
 
Cuba kau renung perkataan “bersegera menuju kepadaMu tuhanku…”
 
Ini adalah tahap cinta yang sangat agung! Siapa yang mencintai Allah, dia akan bersegera menuju Allah, tidak tangguh dan tidak menunggu. Kerana cintanya nabi Musa pada Allah, baginda bersegera menuju Allah!!
 
2) Perhatikan pula cinta nabi Ibrahim pada Allah, berkata nabi Ibrahim:
 
“Aku datang kepadaMu tuhanku…”
(Surah Assoffat: 99)
 
Subhanallah.. Pernah tak kau berkata:
 
“Wahai Allah, aku datang padaMu!! Aku mahu kembali padaMu!”
 
Pernah tidak? Tapi, nabi Ibrahim datang pada Allah, kerana baginda amat mencintai Allah.
 
Adakah kau tidak rasa apa-apa bila merenungi kisah cinta ini? Tidak mengapa. Mungkin, kau ternanti-nanti, bagaimana cinta nabi Muhammad pada Allah. Maka, renungilah hadis di bawah.
 
3) Para sahabat mengatakan:
 
“Kami mendengar nabi saw ketika melakukan solat, di dada baginda bergetar, seperti bergetarnya periuk air panas, akibat beliau menangis….”
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Nasaei)
 
Lihat. Bagaimana nabi Muhammad, amat mencintai Allah, sehingga baginda menangis teresak-esak, kerana rindu dan cinta pada kekasih agungnya, Allah.
 
Kita?
 
Apa bukti cinta kita pada Allah?
 
SYURGA CINTA
 
Daku mengharap, agar dikau yang membaca ini, kembali merenungi, kembali menginsafi, kembali menangisi, kembali memperbaiki, kembali persoalkan diri:
 
“Adakah aku cinta Allah selama ini, atau cintaku ini hanya palsu??”
 
Jika benar kita cinta Allah, mengapa kita bermaksiat? Jika benar cinta Allah, mengapa kita tidak mencegah maksiat? Jika benar kita cinta Allah, mengapa kita boleh terhibur melihat maksiat-maksiat yang berlaku di depan mata, di kaca tv, di hadapan laptop, di youtube, henset, dan sebagainya?
 
Mengapa daku persoalkan perkara ini?
 
Kerana, jika kau ingin tahu, jika kau ingin memahami, jika kau ingin fahami..
 
“Di antara puncak cinta kita pada Allah, orang yang mencintai Allah tidak rasa tenang melihat manusia bermaksiat pada Allah. Mereka ingin semua manusia mencintai Allah, kerana dia tahu, cinta Allah itu sangat indah….”
 
Ingatlah kalian, apabila Ibnu Taimiyah pernah berkata:
 
“Sungguh, di dunia ini ada syurga! siapa yang belum pernah memasukinya, dia tidak akan memasuki syurga akhirat!!”
 
Kemudian, orang bertanya pada beliau:
 
“Apakah syurga dunia itu?!”
 
Lalu Ibnu Taimiyah menjawab:
 
“Syurga dunia ialah mengenal Allah, mencintaiNya, rindu padaNya, dan berlemah lembut padaNya…”
 
Kemudian Ibnu Taimiyah berkata lagi:
 
“Betapa merananya penduduk dunia yang meninggalkan dunia ini, tanpa pernah merasakan perkara yang paling manis di dunia!”
 
Kemudian orang bertanya pada beliau:
 
“Apakah perkara yang paling manis di dunia??”
 
Lalu Ibnu Taimiyah menjawab:
 
“Perkara yang paling manis di dunia ialah manisnya bermesraan dengan Allah…”
 
***
 
Maka, di akhir ini, jika benar kau mahukan cinta Allah, jika benar kau tidak mahu cinta kau itu palsu, maka, daku menyarakan agar dikau melakukan perkara ini. Moga-moga ianya adalah bukti cinta dikau pada tuhanmu, Allah.
 
1) Janganlah kau terus menerus melakukan maksiat. 
 
Kita semua melakukan dosa dan maksiat. Namun, andai kau dan aku inginkan cinta Allah, janganlah lakukan maksiat berulang kali. Dosa yang terus menerus harus di hentikan. Berjuanglah bersungguh-sungguh menghentikan dosa tersebut. Andai kau tewas dan ulanginya kembali, maka, taubatlah kembali. Kerana:
 
“Sesungguhnya Allah amat mencintai orang-orang yang bertaubat….”
 
2) Segeralah meninggalkan teman-temanmu yang jahat, yang sering mengajak dirimu melakukan maksiat, kecil atau besar.
 
3) Kerjakanlah solat LIMA waktu tepat pada waktunya, dan istiqomahlah dengannya. Jangan sekali kau tinggalkan dengan sengaja wahai kawan!
 
4) Mulakanlah solat berjemaah di masjid! Mulakan dengan satu waktu solat di masjid, kemudian dua, kemudian tiga, dan hinggalah kau mampu solat lima waktu berjemaah di masjid.
 
5) Banyakkanlah zikir pada Allah, banyakkan berdoa, terutamanya doa agar di beri kekuatan untuk berubah, kekuatan untuk tinggalkan maksiat, kekuatan iman dan terpelihara dari maksiat.
 
6) Lancarkanlah bacaan quran. Kalau kau tak lancar walaupun usia dah 20 ke atas sekalipun, janganlah engkau malu untuk rendahkan diri, belajar semula dari iqra’ 1. Janganlah engkau malu. Kemudian, usahalah untuk baca quran setiap hari, dan hafal juz 30, supaya kau mampu baca di dalam solatmu.
 
7) Bergaullah dengan orang-orang yang baik. Doalah pada Alla agar kita di kurniakan sahab
at yang serng mendororang kita supaya kembali pada Allah.
 
8) Dan, berdakwahlah pada keluarga serta kawan-kawan agar mereka kembali pada cinta Allah.
 
Demi Allah, sesiapa yang melalui langkah-langkah ini, insyaAllah dia tidak akan tersesat. Siapa yang melakukan perkara ini, ia akan menggapai “jalan cinta”. 
 
Kau mampu wahai kawan. Buktikan segera, agar cinta Allah padamu, terbalas.
 
“Sungguh, tidak aneh jika hamba yang mencintai tuannya, tetapi, sungguh aneh pabila tuan yang mencintai hambanya….”
 
Dan..
 
“Sungguh, tidak aneh jika kita mencintai Allah, tetapi, tidakkah kita pelik pabila Allah amat-amat mencintai kita, walau betapa hinanya kita?”
 
Ingat..
 
“Syurga dunia ialah mengenal Allah, mencintaiNya, rindu padaNya, dan berlemah lembut padaNya. 
 
Wallahua’lam.
 
 

33 Responses

  1. Salam nak tanya, kalau kita nak belajar quran. bukan belajar baca, tapi belajar paham makna & kisah disebalik ayat2NYA. boleh ke kita baca dari terjemahannya saja? Kalau tidak, boleh tak sesiapa cadangkan tafsir yang bagus,sahih & mudah difahami? Terima Kasih.

  2. Assalamualaikum shbt ana yg dikasihi, jika anta berkata yg "Syurga dunia ialah MENGENAL ALLAH SWT….. ,, adakah ana jga patut blajar sgala ilmu makrifat dan hakikat utk mndalami ilmu mengenali ALLAH???

  3. Assalamualaikum..sy ingin bertanya bgaimanakah ikhtilat sewaktu bekerja dan berorganisasi..sbg wanita yg terdidik dgn suasana agama bgaimnkah cara terbaik utk sy brgaul dgn staff yg berlainan jantina ini kerana ada segelintir muslimah di luar sana yg terlalu mnjga ikhtilat shg mereka tdk brgaul dgn staff lelaki hggakan mereka tdk multi skill dlm brkerja dan dicop sbg pkrja yg syadid..mohon pnjelasan

  4. SALAM.
    MAAF, Saya ada soalan cepumas.
    boleh suggestkan pada saya Usrah yang betul?
    saya dah pernah masuk usrah, tapi saya tak suka pergaulan dan sebgainya.
    mohon cadangan.
    saya dari universiti tempatan antarabangsa Gombak
    emelkan jawapan pada sy sarah_adni@yahoo.com
    terima kasih.

  5. Sayu hati saya baca post…Ya Allah, terima kasih utk dakwah ini…terima kasih banyak-banyak saya ucapkan… semoga perjuangan dakwah Tarbiah Sentap sentiasa dirahmati oleh Allah SWT…Amin.

  6. Lbh bagus berguru atau dgr dari rakan2 yg lebih berilmu.. Sumber Tafsir saya drpd rakan2 usrah yg berpengalaman. Tkpun beli je mana2 Tafsir, minta pndpt tuan kedai. Saya pun lupa nama Tafsir mana yg sesuai. Eheh.

  7. Berlaku ihsan, iaitu pecaya Allah sdg pndg kita terutamanya wktu solat (wktu kita plg dekat dgn Allah) kalau tk fhm maksud bacaan solat, focus shj, jgn bg fikir benda2 lain dlm solat.

    Jgn bawa perkara luar solat ke dlm solat. Bawalah perkara dlm solat ke luar solat (praktikkan solat dlm kehidupan seharian)

  8. Assalamualaikum,
    Dulu saya amat jahil. Tidak pernah membuat ibadat wajib. Setelah Allah berikan ujian & petunjuk yg menyayatkan hati saya, saya mula berubah. Tetapi saya masih tidak mampu untuk melakukan ibadat yang cukup. Ada yang miss. Saya masih ragu2 nak buat solat taubat dan kadang2 saya rasa berkobar2 nak buat tetapi saya mcm masih blum bersedia lagi. Saya menangis bila ustazah saya berkata2 tetapi saya msih tidak bersedia lagi untuk melakukannya.

    Bagaimanakah saya ingin kembali kepadaNya? Dan bolehkah saya melakukan ibadat wajib sedikit demi sedikit sehingga saya betul2 mencintaiNya?

  9. Salam , boleh ke couple di wktu sekola tp kite menjaga batasan ? Sbb sy ad dgr org kata boleh , ad yg kata couple tu tetap haram . Mohon jelaskan,terima kasih ☺

  10. Salam , boleh ke couple di wktu sekola tp kite menjaga batasan ? Sbb sy ad dgr org kata boleh , ad yg kata couple tu tetap haram . Mohon jelaskan,terima kasih ☺

  11. Mohon tuan perinci berkenaan mengumpat. Adakah kita jangan cakap langsung / bercerita langsung pasal manusia semasa berbual atau bercerita? Cerita hanya berkisar kepada pokok, haiwan, ilmu, buku dan sebagainya (selain manusia).
    Mohon pencerahan tuan Adnin.

  12. Saya nak mintak pendapat roomate saya ada yang tengah bercouple tapi dia dalam
    Proses nak berubah apa yang perlu saya jatakan bila dia tanya kat saya pasal couple yang tak akan menguris perasaan dia?

  13. Kawan saya tengah bercouple tapi dia dalam proses nak berubah saya tak reti nak nasihatkan dia.saya nak mintak pendapat daripada orang yang mempunyai banyak ilmu agama daripada saya?boleh tak balas dengan secepat yang mungkin dan boleh tak cerita pasal ikhtilat diantara lelaki dan perempuan.terima kasih banyak-banyak

  14. Kawan saya tengah bercouple tapi dia dalam proses nak berubah saya tak reti nak nasihatkan dia.saya nak mintak pendapat daripada orang yang mempunyai banyak ilmu agama daripada saya?boleh tak balas dengan secepat yang mungkin dan boleh tak cerita pasal ikhtilat diantara lelaki dan perempuan.terima kasih banyak-banyak

Leave a Reply to Fai Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan