Macamana nak kahwin tanpa couple?

Tulisan ini adalah BAB 2 dalam buku
SURAT UNTUK ORANG YANG PUTUS CINTA tulisan
Ustaz Adnin Roslan yang bakal terbit Ogos 2017 ini.
 
Assamualaikum semua!
 
Artikel ni saya tulis sebab ramai sangat orang tanya saya:
 
“Ustaz, nak tanya.. Kalau tak couple, macamana nak kahwin?Macamana saya nak kenal pasangan saya?Kalau macam tu, macamana nak cari jodoh?”
 
Saya pun tak beberapa minat untuk ulas pasal isu cinta dan kahwin ni. Saya sebelum ni pun dah pernah tegur pasal ni. TAPI, soalan di atas ni memang saya rasa saya perlu bantu untuk jawab.
 
Sebab apa?
 
Seolah-olah, satu-satunya jalan nak menuju alam perkahwinan adalah dengan couple, ikhtilat tak jaga, couple acah islamik, dan sebagainya. Kenapa ramai orang fikir macam tu?
 
Kerana majority media massa, hiburan dan sebagainya memprogandakan perkara ini.
 
Drama sekarang kebanyakannya drama cinta. Lagu banyak lagu cinta. Movie pun banyak movie cinta. Novel yang bestseller, banyaknya novel cinta.
 
Akhirnya, lahirlah pemuda yang tak habis-habis fikir pasal cinta cinta cinta.
 
Dan, lagi parah, segala hiburan tersebut mewarnai pemikiran masyarakat bahawa nak bercinta ni, jalan yang WAJIB di lakukan ialah couple, berikhtilat, tak jaga pergaulan bebas, dan sebagainya.
 
So, artikel ni, saya tulis untuk menjelaskan perkara ini.
 
Jom, kita tengok apa cara yang ISLAM ajar bila kita terjatuh cinta.
 
Apapun, saya akan guna perkataan “aku” dan “kau”, supaya korang dapat feel bahawa saya tengah bagi nasihat secara berdepan dengan korang.
 
Moga bermanfaat!
 
DUA JALAN DALAM BERCINTA?
 
Soalan pertama, macamana kau boleh suka dia?
 
Cuba kau ingat balik.
 
Pada awal-awal kau tengok dia, hati kau berdebar. Kau tak mintak pun untuk berdebar, tapi perasaan tu datang sendiri. Ye, memang perasaan cinta itu fitrah. Tapi, boleh jadi kau buat satu kesilapan. Kau melayan perasaan tu dengan cara yang salah.
 
“Eh, selamba je kau tuduh aku layan perasaan dengan cara yang salah! Agak-agakla! Aku dah elok-elok dengar apa kau cakap, pastu kau tuduh aku macam tu. Bapak ah…”
 
Aduh.
 
Sorry sorry. Hehe.
 
Aku cakap ni bukan aku nak tuduh kau ke apa. Tapi, kebanyakan orang yang bercinta, akan melalui jalan yang salah. Sebab tu aku guna perkataan “boleh jadi”. Aku tak tuduh kau. Aku just kata boleh jadi kau layan perasaan cinta tu dengan cara yang salah.
 
“Ok ok. Sorry menyampuk. Teruskan. Aku nak dengar penjelasan kau…”
 
Huhu. Aku sambung eh.
 
Bila perasaan cinta tu hadir dalam hati, kita kena pilih dua jalan. Samada nak pilih jalan yang baik atau buruk.
 
Aku explain tentang jalan yang baik dahulu. Aku cuba bagi kau faham, aku bagi dalam bentuk point, supaya tak serabut, Boleh?
 
“Bolleh….”
 
Hehe. Ok, aku terangkan satu-satu. Kau memang terbaaaaik!
 
Aku mulakan dengan jalan yang baik dulu ye.
 

 

 
JALAN YANG BAIK DALAM BERCINTA?
 
1) Jalan yang baik, pabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, pertama sekali kita kena tahu, ianya bermula dengan PANDANGAN PERTAMA. Lalu, bila ia melibatkan pandangan, kau kena tahu beberapa pesanan Allah dan rasul  tentang pandangan.
 
Aku nak bagi kau rasa best sikit, kita dengar apa Allah dan nabi pesan. Bayangkan, nabi tengah duduk sebelah kau, dan bagi kau nasihat dengan penuh kasih-sayang dan kelembutan. Hayati apa yang nabi pernah sampaikan pada sahabat-sahabat dahulu.
 
Mungkin kau dah jemu, tapi, kalau betul kau cinta Allah dan rasul, kau takkan pernah jemu mendengar kalamNya, serta hadith baginda.
 
Allah yang kau cintai ada berfirman dalam Surah An-Nur ayat 30:
 
 
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِير
ٌ بِمَا يَصْنَعُونَ


”Katakanlah kepada laki-laki yang beriman:”Hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
 
 
Mungkin kau tak faham, apa yang Allah nak sampaikan dalam ayat ni.
 
Seorang ulama tafsir bernama Ibn Kathir ada hurai ayat ni. Dia kata:
 
هذا أمر من الله تعالى لعباده المؤمنين أن يغضوا من أبصارهم عما حرم عليهم، فلا ينظروا إلا إلى ما أباح لهم النظر إليه ، وأن يغضوا أبصارهم عن المحارم


“Ini adalah perintah dari Allah Ta’ala kepada hamba-hambaNya yang beriman untuk menjaga pandangan mereka dari perkara  yang diharamkan atas mereka. Maka janganlah memandang kecuali kepada hal-hal yang diperbolehkan untuk dipandang. Dan tahanlah pandanganmu dari hal-hal yang diharamkan.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/41)
 
Kenapa Allah suruh kita tunduk pandangan?
 
Kerana, apa yang kita pandang, ia akan mengundang syahwat. Ye, pada awal, mungkin kita tak rasa apa-apa. Tapi, syahwat akan hadir pabila kita abaikan suruhan Allah dalam bab menjaga pandangan ni. Mana ada orang berzina sebelum pandang. Ianya mesti bermula dengan pandang. Betul tak?
 
Sebab tu nabi ada pesan pada kita dengan beberapa pesanan dalam bab pandangan ni.
 
فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ، وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاع
ُ، وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ، وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ، وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا، وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى، وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ


“Mata boleh berzina, dan zina mata adalah pandangan (yang diharamkan). Zina kedua telinga adalah mendengar (yang diharamkan). Lidah(atau kata-kata) boleh berzina, dan zinanya adalah perkataan (yang diharamkan). Tangan boleh berzina, dan zinanya adalah memegang (yang diharamkan). Kaki boleh berzina, dan zinanya adalah ayunan langkah (ke tempat yang haram). Hati itu boleh berkeinginan dan berangan-angan. Sedangkan kemaluan membenarkan yang demikian itu atau mendustakannya.”
(HR. Bukhari & Muslim)
 
Hadith ni actually sangat penting untuk kau faham wahai kawanku. Serius aku cakap. Aku harap, kau take note hadith ni, kalau kau nak highlight pun takpe. Atau kau baca berulang-ulang. Aku akan hurai hadith ni nanti. Cuma sebelum tu, aku nak hadiahkan kau satu lagi hadith nabi dalam bab pandangan ni. Hehe.
 
Best kot dengar hadith nabi. Hati jadi tenang beb! Seperti mana kau rasa best dapat mesej dari orang yang kau cintai, sampai kau sanggup baca berkali-kali, sepatutnya begitulah kau perlu rasa bila baca hadith nabi. Tapi kalau tak rasa apa, maybe sebab kau dah tak cinta nabi. Huhu..
 
“Eh eh kau, sedap-sedap je cakap aku tak cinta nabi..”
 
Sorry… Aku tak maksudkan kau. Kan aku cakap, “kalau kau tak rasa apa-apa bila dengar or baca hadith nabi”. Tapi kalau kau rasa best dengar hadith nabi, maknanya kau cinta nabi. Hehe..
 
“Okla. Fine. Apa hadithnya?”
 
Kau memang terbaaaik. Padu beb. Aku suka sembang dengan orang macam kau. Hati lembut beb.
 
“Dah, takyah nak puji-puji..”
 
Hehe. Aku suka tengok kau makin happy.
 
Ok, tak nak buang masa, kau pun tak banyak masa.
 
Tap
i, sebelum tu, aku nak tanya kau something.
 
“Aduh, tanya apa pulak….?”
 
Rileks, jangan stress-stress. Macam ni, aku nak tanya, pernah tak kau rasa berat nak buat ibadah? Contohnya, kau nak solat rasa malas, nak baca quran rasa susah gila. Atau nak baca buku-buku agama or pergi majlis ilmu kau rasa beban. Kau seolah hilang rasa manis bila beribadah.
 
Pernah tak?
 
Jangan jawab lagi. Hehe.
 
Kan Allah kata, dan janji Allah, hanya dengan ingat Allah la hati kita akan jadi tenang. Kan? Tapi, pernah tak kau rasa lagi serabut bila nak solat, serabut nak buat dakwah, serabut nak belajar, serabut nak baca quran. Seolah, HILANG NIKMAT DAN KETENANGAN dalam buat ibadah.
 
“Huh… Banyak kali jugak aku rasa macam tu. Aku malu nak cakap, aku dah lama gila tak baca quran… Huhu.. Solatpun selalu lambat. Serius aku tak tahu kenapa. Seolah ada benda yang menghalang aku…”
 
Huhu.
 
Aku tanya ni bukan apa, sebab aku pun pernah rasa macam tu. Aku tak tahu apa punca. Nak bangun tahajud punyalah susah, nak pergi masjid solat jemaah susah gila, padahal pergi tempat lain boleh pulak.
 
Pastu aku cari dan cari dan cari kenapa, akhirnya aku jumpa jawapannya. Sebab aku terbaca satu benda yang membuatkan aku sangat sentap. Kau nak tahu?
 
“Mestila nak…”
 
Terbaik.
 
Huh. Aku terbaca satu hadith nabi ni. Rupa-rupanya, inilah punca kenapa aku dah tak rasa manis bila buat ibadah.
 
Nabi ada pesan:
 
النَّظْرَةُ سَهْمٌ مِنْ سِهَامِ إِبْلِيسَ مَسْمُومَةٌ فَمَنْ تَرَكَهَا مِنْ خَوْفِ اللَّهِ أَثَابَهُ جَلَّ وَعَزَّ إِيمَانًا يَجِدُ حَلَاوَتَهُ فِي قَلْبِهِ


”Pandangan adalah panahan beracun dari pelbagai panah iblis. Barangsiapa yang meninggalkannya karena takut kepada Allah, maka Allah akan memberikan kemanisan iman dalam hatinya..”
(HR. Al-Hakim)
 
Baru aku sedar, kenapa aku rasa hilang kemanisan dalam beribadah. Rupa-rupanya sebab aku tak jaga pandangan aku. Aku banyak tengok benda yang Allah larang. Serius, kalau kita jaga pandangan betul-betul, sungguh, ibadah akan jadi sangat nikmat, membahagiakan, terasa tenang, hati aman damai, bulu roma meremang, dan terasa cukup manis!!
 
So, aku ulang balik ayat awal dalam point pertama ni, pabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, pertama sekali kita kena tahu, ianya bermula dengan PANDANGAN PERTAMA.
 
Maka, JALAN YANG BAIK bila kita dah ternampak lalu jatuh cinta pada seseorang ialah kita kena tundukkan pandangan kita!
 
Jangan duk usha-usha dia, jangan duk follow dia kat media sosial. Memang rosak la hati. Tu yang tak boleh move on tu.
 
Kalau ada urusan yang di benarkan, baru pandang. Itu pun pandang tak pandang je. Be professional. Aku tahu kau faham apa yang aku maksudkan.
 
Ok, kita terus step yang kedua.
 
2) Bila kau dah tunduk pandangan, dan kau tak layan perasaan kau, percayalah, perasaan cinta tu akan hilang. Lagi-lagi kalau kau tak layan, lepas tu kau sibukkan diri kau dengan dakwah, tarbiah, ilmu dan sebagainya. Memang sungguh aku kata, perasaan cinta tu akan hilang.
 
Aku nasihat benda ni khusus untuk budak-budak sekolah atau universiti yang masih tak berkemampuan lagi nak kahwin. Kalau kau ada adik ke yang belajar sekolah, kau pesan kat dia benda ni.
 
Ye la, takkan nak kahwin time sekolah. Memang tak la. Aku tak cakap benda tu salah. Cuma, fikirlah mak bapak sikit. Kalau kahwin guna duit kau takpe gak. Ni guna duit mak ayah gak, duduk dengan mak ayah gak. Ingat kahwin ni main-main ke? Ingat kahwin ni nak puaskan nafsu semata?
 
Kahwin ni besar beb.
 
Banyak gila tanggungjawab.
 
Ramai orang masuk neraka sebab tak urus rumah tangga dengan baik.
 
So, untuk budak-budak sekolah, tak payah sibuk fikir pasal cinta. Serius talk. Nanti masuk universiti, jumpa orang lain, suka orang lain pulak. Aduh..
 
Tunduk pandangan! Dan sibukkan diri dengan benda yang besar. Ada banyak lagi benda yang patut di kejar. Kau boleh guna masa kat sekolah tu untuk skor exam, ajar kawan-kawan, aktif sukan, atau cungkil bakat. Kau boleh sibukkan diri dengan dakwah, tarbiah, bimbing kawan-kawan. Kalau kau bukan sekolah agama, kau boleh amik kelas tambahan belajar baca quran, hafal quran, pergi majlis ilmu dan sebagainya.
 
Potensi korang serius besar.
 
Tapi, bila dah hanyut dengan cinta, serius time terus jadi buta.
 
Takpe, bab ni aku akan explain nanti dekat bahagian JALAN YANG SALAH dalam bercinta. Sekarang tengah cerita pasa jalan yang baik. Hehe.
 
3) Kalau umur korang dah matang sikit, dah habis sekolah, dan kau dah tunduk pandangan, tapi perasaan cinta kat si dia tu masih ada, kau letakla AZAM untuk KAHWIN DENGAN DIA.
 
Ye la, dah suka, nak buat apa lagi?
 
Takkan nak couple?
 
Takkan nak berzina?
 
Mestila nak kahwin. Kan? Hehe.
 
So, letak niat nak kahwin. Besar pahala tu.
 
4) Nak kahwin ni, mesti ada caranya jugak. Takkan sebelum kahwin nak couple? Takkan nak couple bajet islamik. Kan sekarang orang guna alasan:
 
“Ala, aku couple sebab nak kahwin dengan dia..”
 
Tak. Matlamat tak halalkan cara.
 
Nak kahwin, guna cara yang islam ajar. Couple ni islam tak ajar beb. Ni budaya yang di pelopori oleh orang kafir, dan depa mempropagandakan budaya tu dalam movie, drama, lagu, novel dan sebagainya supaya budaya tu jadi normal di kalangan masyarakat.
 
So, step first bila nak kahwin ialah RISIK.
 
RISIK tu apa? Dan kenapa kena merisik?
 
Risik ni adalah proses mengenali orang yang kita nak kahwin tu.
 
Dan, merisik dalam islam, nabi ajar guna orang tengah.
 
Kita bukan kena ikut nabi dalam bab solat je. Bab kahwin kena kena ikut nabi. Hehe.
 
Khadijah ra nak kahwin dengan nabi, takde pulak dia cakap kat nabi direct. Takde pun Khadijah ra kata kat nabi:
 
“Wahai Muhammad, aku cinta padamu. Sudikah dikau berkahwin dengan ku?”
 
Takde maknanya. Haha.
 
Apa yang Khadijah ra buat?
 
Aku nak petik sikit kisah macamana Nabi kahwin dengan Khadijah dari kitab Raheeq Makhtum tulisan Syeikh Sofiyurrahman Al-Mubarakfuri.
 
Simple je. Takde nak couple bagai. Cuba kau baca, best kot. Hehe..
 
Jom tengok macamana.
 
“Apabila baginda nabi saw pulang k
e Mekah, Khadijah mendapati perniagaannya semakin untung berlipat gandanya dari sebelum ini, hasil dari sifat amanah dan keberkatan nabi(Nabi saw ketika tu bekerja dengan Khadijah ra).
 
Hamba Khadijah bernama Maisarah(seorang lelaki), memberitahu Khadijah tentang sifat-sifat dan peribadi mulia nabi saw sepanjang dia bersama nabi. Maisarah memberitahu bahawa nabi saw mempunyai akhlak yang mulia, peribadi yang menarik, fikiran yang tajam, tutur kata yang benar serta perilaku yang amanah!
 
Khadijah merasakan apa yang dia cari selama ini sudah di temui. Sebelum ini ramai orang kenamaan dan para pemimpin mekah telah berusaha melamarnya, tetapi Khadijah menolak mereka.
 
Lalu Khadijah ceritakan hasratnya kepada temannya yang bernama Nafisah binti Muniyyah.
 
Nafisah pun pergi kepada nabi saw dan memberitahu hasrat Khadijah hendak mempersuamikannya.
 
Nabi saw bersetuju dengan cadangan itu, dan nabi pun memberitahu bapa-bapa saudara baginda.
 
Kemudian, bapa-bapa saudara baginda pergi kepada bapa saudara Khadijah untuk melamar khadijah. Ekoran daripada itu, berlangsunglah perkahwinan mereka…”
 
Dah habis.
 
Simple kan?
 
Hehe.
 
Kisah ni sahih tau. Aku rujuk kitab Raheeq Makhtum, atau lebih tepat rujukannya ialah dari kitab sirah Ibn Hisyam, 1/189, Fiqh Alsirah halaman 59, Talqih Fuhum Ahl Athar halaman 7. Mana tau kau nak rujuk ke apa. Best kot baca sirah ni, banyak gila benda kita boleh apply dalam hidup.
 
Antara bukti kita cinta nabi ialah kita baca dan hadam sirah nabi dan kuasai perjalanan hidup baginda. Bukan asyik tengok movie drama cinta. Hehe.
 
“Oi.. sentap nampak…”
 
Huhu. Sorry sorry. Aku takde niat. Ok kita teruskan.
 
Aku nak kau baca balik kisah macamana nabi saw dan Khadijah kahwin, dan cuba kau tengok secara teliti, apa pengajaran yang boleh kau nampak.
 
Aku cuba bagi kau nampak dengan lebih jelas. Ok?
 
“Ok, teruskan. Aku pun teringin nak tahu. Hehe..”
 
Kau memang terbaik!
 
Ok, macam ni.
 
Ada banyak ibrah yang kita boleh ambik dari kisah ni actually.
 
First, kalau perasan, hamba kepada Khadijah yang risik tentang Nabi, dan bagitahu Khadijah tentang peribadi nabi. Nama hamba Khadijah ni ialah Maisarah. Maisarah ni adalah lelaki, dan hamba kepada Khadijah. Apa pengajarannya? Pengajarannya ialah, bila nak risik, sebaiknya suruh sesama jantina yang risik. Khadijah tak suruh perempuan yang risik nabi. Tapi, Maisarah yang risik, berkenalan, rapat dengan nabi, sehingga Maisarah kenal dengan nabi secara dekat, lalu Maisarah cerita from A to Z pada Khadijah tentang peribadi nabi sehingga Khadijah tertarik.
 
Samalah macam kita. Kalau nak apply benda ni, kalau kita suka pada seseorang, kita suruhlah cikgu ke, abang kita ke, kakak kita ke, pensyarah ke, atau sesiapa yang kita boleh percayai untuk risikkan. Sebaiknya sesama jantina.
 
Tu pengajaran first.
 
Secondly, Khadijah takde pun nak couple dengan nabi, konon-konon supaya nak kenal nabi saw secara dekat. Takde maknanya. Kenapa khadijah tak nak couple? Sebab, kalau kau nak tahu, couple ni actually satu benda yang PALSU! Kau ingat, dengan kau couple dengan dia, jalan-jalan dengan dia, bermesej bagai dengan dia, tengok wayang dengan dia, acah-acah kejut dia tahajud, kau akan semakin kenal dia. Percayalah, bila kau couple, kau hanya akan kenal peribadi dia yang PALSU!
 
Sebab tu, islam suruh risik. Biar orang lain yang cerita pada kau peribadi si dia. Nescaya orang tu takkan mampu menipu. Sebab, kawan-kawan dia, atau orang yang kenal dia secara rapat lebih mengenali dia macamana.
 
So, alasan orang yang couple untuk rapat dan saling mengenali ni tak boleh pakai. Percayalah.
 
Ketiga, Khadijah bila dah suka pada nabi, dia tak lewat-lewatkan. Dia terus hantar orang iaitu Nafisah untuk bagitau hasrat Khadijah untuk kahwin dengan nabi. Apa pengajarannya? Means, bila kita dah suka pada seseorang, lepas dah risik dan kita berminat, terus je hantar orang untuk lamar dan nyatakan hasrat kau.
 
Kenapa kena buat benda ni?
 
Yela, mana tahu, orang yang kita tu dah bertunang ke apa, atau dia tak nak kahwin ke apa ke.
 
Kalau orang tu bagi greenlight, yang mana dia pun setuju, maka, baru proceed pada next step yang aku akan explain lepas ni. Tapi, kalau dia tolak, so aku cadang, tak payahlah kau duk bercrush-crush atau duk mengharap lebih-lebih. Move on dan teruskan kehidupan. Kadang-kadang, dah couple bertahun, pastu rupaya-rupanya orang tu bukannya nak kahwin dengan kau pun, dia nak amik kesempatan dengan merobek maruah kau. Banyak dah kes macam ni. Aku cakap bukan nak tuduh ke apa, tapi ini satu hakikat yang amat sulit untuk di nafikan. Huhu.
 
Ok, dah habis aku ulas tentang kisah perkahwinan Nabi saw dan Khadijah.
 
Point besar, risik dulu sebelum kahwin, dan nyatakan hasrat dengan menghantar orang untuk lamar orang yang kau suka. Dia ok, proceed tu next level, dan kalau dia tak ok, move on, tak payah fikir pasal dia lagi.
 
Jom kita teruskan dengan next step.
 
5) Bila dah risik, dan nyatakan hasrat nak kahwin, dan orang tu pun bersedia nak kahwin dengan kau, maka, step ke 5 ialah sesi TAARUF, ataupun BERKENALAN.
 
Ketika ini, aku nasihat kat kau, nak berkenalan ni, guna orang tengah.
 
Macamana nak taaruf?
 
Mudah dan simple je.
 
Cari orang tengah yang kau yakini. Sebaiknya orang tengah ni orang yang dah kahwin. Suruh orang tu temukan korang berdua di satu tempat. Sebaiknya tempat yang selesa dan tertutup. Contohnya kat rumah ke apa. Jangan kat kedai mamak pulak. Bapak ah. Janganla public sangat. Haha.
 
Lepas tu, pastikan sesi taaruf tu di kawal oleh orang tengah tu, supaya tak berlaku fitnah.
 
So, time korang dah di temukan secara face to face, ketika tu, kau nak tanya si dia apa yang kau nak tanya, kau tanyalah sepuas-puasnya! Kau nak sembang dua tiga jam, sembanglah. Ia di haruskan.
 
Dalam sesi taaruf ni, di sunatkan pandang muka orang yang kau nak kahwin tu. Dan di sunatkan untuk bertaaruf dan bersembang.
 
Banyak je hadis yang sarankan benda ni.
 
Ni antaranya.
 
”Jika seseorang daripada kamu mahu meminang seseorang perempuan, kalau boleh lihat lebih dahulu apa yang menjadi daya tarik untuk mengawininya, maka hendaklah dilakukan..”
(Hadith Riwayat Abu Daud)
 
Means, sebelum kahwin, kena tengok dulu si dia. Macamana nak kahwin kalau tak tengok muka. Sekali kahwin menyesal. Haha. Ada lagi hadith yang cerita benda ni.
 
“Dari Mughirah bin Syu’bah: Beliau pernah meminang seorang perempuan, lalu kata Rasulullah saw kepadanya:” Sudahkah engkau melihat dia ? Jawabnya : Belum. Nabi bersabda : Lihatlah dia terlebih dahulu agar nantinya kamu mampu hidup bersama lebih bahagia..”
(HR Nasaei dan Ibn  Majah)
 
Faham? Betapa indahnya islam.
 
Tapi, jap!!
 
Sebelum kau tersalah faham ke apa, aku nak bagi pencerahan sikit.
 
Kalau kita nak kahwin dengan seseorang dengan serius dan telah lakukan step-step yang aku dah explain dari tadi, baru di sunatkan untuk kau pandang dia. Di sunatkan untuk memandang orang yang kau nak kahwini. Tapi, kalau kau tak serius, tak buat apa pun step lagi, kau saje nak usha awek or pakwe kau, maka haramlah hukumnya. Faham?
 
Aku risau kau guna dalil ni untuk kau usha-usha perempuan sini sana pastu kau bagi alasan “eh apa salahnya aku usha sebab aku nak kahwin dengan dia..”. Dalam masa yang sama, kau usha banyak gila ajnabi lain. Tak ke pelik tu.
 
Hadith ini terapply bila kau dah mulakan step yang aku ulas tadi. Means, kau dah jatuh cinta, dan kau serius nak kahwin lalu kau risik, kau lamar, dan kau taaruf. Baru di sunatkan untuk kau lihat. Faham? Harap-harap clear. Hehe.
 
Sambung tadi.
 
Proses taaruf ni penting, time ni la kau kena discuss terus dengan dia tentang peribadi dia, apa dia suka, apa dia tak suka, latar belakang family, dan sebagainya. Dan, time ni jugak korang boleh discuss siki
t-sikit tentang bila target nak kahwin, hantaran dan sebagainya. Cuba la pujuk supaya hantaran murah-murah sikit. Biasanya mak ayah yang mintak mahal-mahal. So, sebelum jumpa mak ayah, korang discuss la sesame sendiri dulu.
 
Proses taaruf ni la penentu korang nak proceed kahwin dengan dia ataupun tidak.
 
Kalau lepas dah berkenalan dan dah tanya macam-macam, kau rasa selesa dan kau rasa dia sesuai untuk kau, kau boleh proceed next stage. Kalau lepas taaruf, tiba-tiba kau rasa tak sedap hati, dan kau tengok orang tu macam pelik semacam je, kau boleh je tolak dan maklumkan orang tengah tu supaya nyatakan hasrat bahawa kau tak jadi nak kahwin dengan dia.
 
Simple kan?
 
Takde complicated bagai.
 
Takde nak putus cinta sedih sedih bagai.
 
Apapun, jom pergi next step.
 
6) Sepanjang step satu hingga lima ni, kau kena la istikharah dan banyak bincang dengan orang yang kau percaya. Ingat istikharah ni sekali je ke? Kena banyak kali beb. Dan kena banyak berbincang. Baru petunjuk tu datang. Hehe.
 
7) Selepas dah proceed taaruf, dan kau pun rasa selesa dengan dia, maka ketika ini, aku sarankan supaya korang berdua buat whats app group. Tapi, dalam group tu, pastikan ada orang tengah tersebut. Sebab, sangat bahaya kalau korang duk bermesej bedua-duan je. Itu namanya KHALWAT SIBER beb. Kalau korang mesej berdua-duaan, ingat, setan adalah yang ketiga.
 
Tu yang banyak gila bapak kes phone sex bagai. Awal-awal mesej biasa-biasa, lama-lama, secara halus setan goda, goda dan goda, akhirnya korang terjatuh tanpa sedar. Kadang-kadang korang sedar, tapi bila nafsu syahwat dah menguasai, nak buat macamana. Haha.
 
“Eh, tapi aku mesej dengan dia, takdepun mesej lucah-lucah. Aku selalu mesej biasa-biasa, tanya khabar, mintak nasihat, bergurau senda sikit. Takdela sampai nak phone sex…Takkan tu pun salah?”
 
Hmm. Sebab tu aku cerita tadi. Zina ni tak datang macam tu je. Setan tak terlalu noob untuk terus goda korang berzina. Step by step setan goda. Awal-awal mesej berkhalwat siber, minta nasihat, dakwah bagai, bergurau senda tanya homework tanya assignment dan sebagainya, pastu mula la luah masalah itu ini, pastu dah mesra sikit, mula la cucuk-cucuk benda yang tak sepatutnya. Sebab tu Allah kata jangan dekati zina. Ah, aku rasa kau pun faham benda ni.
 
Syahwat ni dia tak datang tiba-tiba. Sikit demi sikit setan akan masukkan.
 
Satu je nak pesan, jangan sampai dah berzina atau dah phone sex baru nak rasa menyesal dan bersalah. Faham?
 
Ok, back to the point.
 
Sebab tu aku saran, buat group yang dalam tu ada orang ketiga yang handle. Macam aku sebut, better orang ketiga tu adalah orang yang dah kahwin. Better biar depa suami isteri ada dalam group tu.
 
So, apa nak buat dalam group tu?
 
Group tu lah wasilah atau jalan untuk korang discuss secara serius pasal kahwin. Discuss tentang macamana nak jumpa family dia, bila boleh berkenalan dengan family dia, dan sebagainya. Kan mudah?
 
8) So, step yang seterusnya ialah, sesi bincang dengan family. Sebelum kau jumpa family dia, kau kena berhadapan dengan family kau dulu.
 
Nyatakan hasrat yang kau nak kahwin, dan kau dah ada calon. Maybe fasa-fasa awal mak ayah kau akan marah dan tolak hasrat kau mentah-mentah. Tapi, sebelum kau marah mak ayah kau, kau kena tahu, bila mak ayah kata tak boleh tu bukan bermakna dia tak kasi kau kahwin, cuma, dia nak check kau ni serius ataupun tak.
 
So, kau discussla lagi. Jangan putus asa. Kalau depa tak bagi, mintak lagi, doa, mintak tolong kat Allah agar bukak hati depa. Yakinlah, mak ayah korang akan bagi jugak.
 
9) Bila mak ayah dah izinkan kau kahwin(kahwin bila tu nanti aku cerita), asalkan, kau dapat keizinan, maka, kau bagitau dalam group tu yang mak ayah kau dah bersedia nak jumpa. Dan, aku harap, mak ayah dia pun sedia nak jumpa kau.
 
So, set kan la pertemuan. Samada kau jumpa keluarga dia dulu, atau dia jumpa keluarga kau dulu, bergantung pada apa yang korang bincangkan.
 
10) Bila dah jumpa keluarga, time ni la korang nak berkenalan dengan keluarga dia, tunjukkan akhlak kau, bagi hadiah, senyum, tunjukkan yang kau ni matang dan berani melaksanakan tanggungjawab. Waktu ni, kau kena la bersedia untuk di tanya macam-macam soalan. Be prepare, jawab dengan matang. Ok?
 
11) Bila kau dah jumpa parent dia, dan dia pun dah jumpa parent kau, kau kena aturkan pertemuan antara keluarga kau dan keluarga dia.
 
Supaya mak ayah kau selesa dengan mak ayah dia. Bina hubungan sillaturrahim antara dua keluarga.
 
12) Bila dua-dua dah jumpa, dua-dua dah selesa antara satu sama lain, so, set tarikh tunang. Ikut kebiasaan, laki yang pinang perempuan. Tapi sebenarnya, tak salah pun kalau perempuan yang pinang laki.
 
Khadijah ra yang pinang nabi saw.
Khaulah ra juga pinang nabi saw.
 
Takde isu pun “perigi cari timba”. Tak perlu malu tak bertempat. Benda Allah dan rasul izin, buat je la. Hehe.
 
Tunang ni actually macam satu JANJI antara satu sama lain. Yang mana, kau dengan orang tu terikat dengan satu perjanjian. Benda ni penting supaya hati kau tenang.
 
Takdelah kau terkejar-kejar dan risau nak dapatkan dia sangat, sebab dah tunang. Haram orang lain kacau tunang orang, samada gurau atau tak. Dan, kau ada hak orang memarahi orang yang kacau tunang kau.
 
Bila dah tunang ni, insyaAllah banyak fitnah akan hilang. Dan, ketika tunang ni la kau boleh tengok dan uji macamana diri dia, adakah layak dia kahwin dengan kau.
 
Aku bagi contoh, kalau time tunang pun dia main dengan orang lain, memang aku cadang, tinggalkan je la orang macam tu. Tapi, once dia jaga diri dia, dan kau pun jaga diri kau, peliharalah pertunangan tu.
 
Jangan kau putuskan pertunangan dengan sebab yang mengarut. Kau dah janji, tapi kau mungkiri, dosa beb. Allah ada firman:
 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ
 
”Wahai orang-orang yang beriman, tunaikan serta sempurnakan perjanjian-perjanjian kamu..”
(al-Maidah: ayat 1)
 
13) Satu benda yang aku nak tekankan kat sini, tunang ni belum kahwin tau. Aku ulang, tunang ni belum kahwin. Baru tunang!
 
So, batas-batas kena jaga. Kau tak boleh keluar berduaan dengan dia, tak boleh berkhalwat siber macam aku ulas tadi, kau tak boleh nak gi wayan
g bagai.
 
Kalau kau tak jaga batas time tunang, percayalah, hilang berkat.
 
Kau nak buat benda baik, tapi kau guna jalan yang penuh dengan najis. Rasa-rasanya, ia akan berakhir dengan suci atau kotor? Fikir sendiri beb.
 
Aku nasihat ni bukan nak marah ke apa, tak.
 
Aku nasihat ni sebab aku dah dapat banyak gila soalan. Tengah tunang, alih-alih berzina, lepas tu clash. Banyak dah kes. Malas nak cerita je.
 
Aku harap kau tak macam tu. Tapi, kalau kau pernah lalui saat tu, aku doa agar kau di beri kekuatan untuk tak ulangi lagi detik hitam tu. Kisah silam biar kisah silam. Mulakan hidup dan langkah yang baru!
 
14) Bila dah tunang, dan kau pun dah lega, so, benda yang sangat penting ialah, korang kena la set tarikh bila nak kahwin.
 
Takkan la nak tunang bertahun-tahun. Gila. Mana tak terganggu hati. Makruh bhai kalau tunang lama-lama.
 
Kalau boleh, push family untuk awalkan pernikahan. Setahun tu kira cantik dah. Lagi awal lagi ok. Tapi, awal tak awal ni bergantung pada PERSEDIAAN yang kau rasa kau mampu buat.
 
Kenapa aku suruh set tarikh kahwin?
 
Sebab, bila dah ada tarikh, baru kau akan jelas matlamat. Bila dah jelas, automatic kau akan rasa lebih bertanggungjawab dan kau akan gunakan segala kudrat kau untuk capai matlamat tu.
 
Aku bagi contoh, kalau lah hantaran RM10,000. Contoh. Dan kau letak tarikh kahwin ialah setahun lepas tarikh tunang. So, kau automatic akan push diri kau untuk dapat RM10,000. Serius. Kau akan dapat rasakan aura luar biasa. Tapi, kalau kau tangguh-tangguh, tak letak tarikh, kau pun buat sambil lewa.
 
Jap!!!!!
 
Bila cerita bab kumpul duit hantaran ni, aku cadang, kumpul la sama-sama. Kesian beb kalau dia je kena kumpul. Lainla kalau hantaran murah. Tapi kalau dah sampai RM10k, mau merana dia. Ingat senang ke nak kumpul duit? Dahla sekarang kos sara hidup tinggi.
 
Sebab tu aku nasihat, kumpul la duit sama-sama. Bukan dia je nak kahwin, kau pun nak kahwin jugak.
 
Kalau kau student university, macamana nak dapat duit? Banyak je jalan ada. Jadi dropship ke, jadi agen mana-mana produk ke, jual kerepek dari dorm ke dorm ke, time cuti jadi part time kat mana-mana perniagaan ke. Benda boleh settle. Pastu, jimat-jimatla sikit. Korban sikit.
 
Nak buat benda baik ni memang kena berkorban. Ye la, sebab tu Allah janjikan syurga buat orang yang buat baik ni. Sebab bukan mudah.
 
Kawan aku, nak kahwin punya pasal, time dia study, apa dia buat? Dia makan tiap hari nasi telur kicap je, pagi separuh, pastu dia simpan dan makan lagi separuh time malam. Pastu, hujung minggu jadi driver, kerja mesin potong rumput dan sebagainya.
 
Itu kalau study.
 
Let say kalau kau dah kerja, tapi gaji kau tak cukup. Apa nak buat?
 
Buatla banyak kerja sikit.
 
Aku ada sorang kawan, dia kerja, gaji dalam RM1800. Memang tak cukupla, duit minyak lagi, duit makan, sewa rumah, nak jaga kereta lagi, bayar internet bagai dan sebagainya. Memang ada la simpanan dalam dua tiga ratus. Hantaran RM10k. Gila gakla. Tarikh nak kahwin dah singkat. Apa nak buat?
 
Sebab tu aku cakap, bila dah letak tarikh ni, automatic kau akan push diri kau, sebab kau tengah risau. Orang yang tengah risau ni, dia sanggup buat apa sahaja untuk hilangkan kerisauan dia.
 
Sambung cerita pasal kawan aku tadi.
 
Pagi sampai petang dia kerja jadi cikgu. Dapat RM1800. Dahla kerja cikgu penat tahap kritikal. Habis je kerja, lepas asar tu, dia kerja jadi driver hantar budak-budak balik rumah. Ada la 4 orang budak, sorang budak RM50 sebulan, dapatla tambahan RM200. Dah jadi RM2000 sebulan. Tak cukup dengan tu, tiap petang dia ajar budak mengaji Alquran. Ada dalam 4 orang. Seminggu 2 kali. So dapatla RM50 lagi tiap sorang. Jadi RM200. So, total RM2200,
 
Tak cukup dengan tu!!!
 
Pukul 10 malam sampai subuh, dia kerja kat petronas, jadi cashier tukang isi minyak. Bapak ah. Dapatla RM700. So total dah RM2900. Bayangkan, lepas subuh  tu dia dah kena pergi sekolah. Rutin harian dia berbulan-bulan macam tu, sampai badan dia kurus, mata dia nampak bengkak tak cukup tidur.
 
Tak cukup dengan tu!! Ada lagi beb…
 
Kat sekolah, waktu rehat, dia jual lollipop dekat budak-budak. Dapatla untung bersih sebulan RM500 hingga RM700. So, total sebulan ada la dalam RM3500 macam tu plus minus.
 
Nampak tak pengorbanan yang dia lakukan?
 
Wallahi, saya kagum dengan dia. Sekarang, dia dah kahwin, bila dia kahwin tu, dia nangis gila-gila sebab syukur sangat. Sekarang dah dua orang anak, bahgia.
 
Aku cerita panjang-panjang ni , satu je point actually. Haha.
 
Aku nak cakap, pentingnya set tarikh kahwin. Sebab bila dah set tarikh, kerisauan akan hadir. Bila dah mula risau, kita akan mula push diri kita untuk selesaikan perkara yang kita risaukan.
 
Fahamkan apa yang aku nak cakap?
 
“Faham-faham… terbaaaaik. Hehe..”
 
Haha. Alhamdulillah.
 
So, bolehlah proceed next step. Sorry la panjang aku explain. Kalau kau nak rehat dulu ke apa ke, rehatla dulu. Kadang-kadang, waktu yang sesuai nak dengar ilmu ni bila hati kau tenang dan lapang. Kalau penat, take time la untuk rehat. Hehe.
 
15) Sepanjang tempoh menunggu masa sehingga tarikh perkahwinan, kau jagala diri kau. Selain cari duit, kau cari la juga Allah.
 
Ramai orang bila nak kahwin, sibuk cari duit, kerja pagi petang siang malam, seolah duit tu la segalanya. Lepas tu tinggal solat, quran jarang baca, zikir pagi petang tinggal, dan sebagainya.
 
Sepatutnya, yang lagi penting dari duit ialah, macamana kau usaha guna segala kudrat kau untuk dekatkan diri kau dengan Allah. Sebab apa? Sebab, bukan duit yang bagi kau bahagia lepas kahwin nanti. Ramai je orang kaya raya tapi keluarga cerai berai dan porak peranda jugak.
 
Nasihat aku, kau sungguh-sungguhlah jaga hubungan kau dengan Allah. Aku merayu, solat kau jangan tinggal, quran cub abaca tiap hari at least semuka. Lagi banyak lagi bagus. Zikir pagi petang jaga sekurang-kurangnya istighfar 100 kali sehari. Tahajud cuba lazimi. Seminggu sekali pun jadi la paling kurang. Step by step.
 
Dan, penting jugak sebelum kahwin ni, kau cari masa untuk timba ilmu agama. Belajar fiqh sikit-sikit, kalau kau masih tak lancar baca quran, pergi suruh kawan kau ajar kau quran sampai kau lancar. Ni penting. Kalau nak kahwin tapi baca quran tersekat-sekat, malu beb. Bukan malu kat orang yang kau nak kahwin, tapi rasa la malu kat Allah. Sebab kita boleh buat benda lain, tapi kita tak boleh luang masa belajar quran.
 
Banyakkan solat hajat, doa kat Allah supaya perkahwinan ni Allah redha, dan betul-betul untuk Dia. Bukan kahwin semata-mata kerana nafsu dan sebagainya.
 
16) Satu benda yang penting jugak sebelum kahwin ni, kau ziarah beberapa orang yang dah kahwin untuk kau minta nasihat dan pengalaman. Mintak depa cerita asam garam perkahwinan, apa persediaan mental dan fizikan sebelum dan selepas kahwin. Suruh depa cerita apa cabaran dan ujian yang biasa berlaku sebelum dan selepas kahwin.
 
Dari kau buat dosa tengok drama cinta or baca novel cinta atau dengar lagu cinta yang jelas fake dan palsu, baik kau dengar pengalaman real life orang yang dah kahwin.
 
Sebab apa aku cakap macam tu?
 
Sebab, antara faktor ramai orang cerai ialah sebelum dia kahwin dia banyak berfantasi dengan drama dan movie cinta ni, dan dia terawang-awangan dengan segala kepalsuan, keromantikan dan percintaan palsu dalam drama dan movie tu.
 
Lepas tu, bila kahwin, dia culture shock!
 
Kenapa pasangan aku tak secantik or sehensem artis dalam movie tu? Kenapa pasangan aku tak seromantik pelakon sekian-sekian dalam movie tu? Kenapa ini? Kenapa itu?
 
Habis hilang neraca pertimbangan. Serius aku cakap, takyah buang masa dan sisa hidup kita dengan tengok benda macam tu.
 
17) Sepanjang pertunangan ni, aku nak bagitahu kau satu benda penting, iaitu, dah tunang tak semestinya confirm kahwin. Kadang-kadang, berlaku masalah yang memang tak dapat di elakkan, yang mana akhirnya terpaksa putus tunang.
 
So, benda ni actually sangat normal. Sebab tu islam tak galakkan hebohkan pertunangan, sebab nak jaga perasaan kedua-dua pasangan, takut-takut tak jadi kahwin. Kalau tunang pun nabi tak kasi hebohkan, apatah lagi couple. Haha. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.
 
By the way, sepanjang tempoh tunang ni, kau kena belajar tawakkal dan redha. Serahkan pada Allah segala-galanya. Kalau tiba-tiba putus tunang, yakinlah dengan takdir Allah. Kau dah lalu jalan yang baik, insyaAllah Allah akan berikan kau yang terbaik.
 
Aku ada ramai gila kawan yang putus tunang dua tiga kali. Sedih tu sedihlah, tapi tak lama dia sedih, sebab dia bukannya couple pun. Dia kahwin atas dasar agama. So, bila putus tunang, dia redha dan yakin ada yang lagi baik. Alhamdulillah, sekarang dia dah kahwin dengan yang lebih baik dari tunang dia dahulu.
 
Kadang, kita rancang, tapi kita lupa, perancangan Allah yang terbaik!
 
Allah ada pesan dalam surah Al-Baqarah ayat 216.
 
وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ


 
 
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”
(Albaqarah ayat 216)
 
Kalau kau yakin dengan Allah, apa pun takdir yang berlaku, kau redha, kau syukur, kau tenang, kau bahgia!
 
18) Di pendekkan cerita, sampailah tarikh perkahwinan kau, dan kau pun kahwin. Alhamdulillah. Dah kahwin ni, besar beb tanggungjawab. Aku akan ulas nanti kalau ada masa. Hehe.
 
Fuh, Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik, dah settle 18 step aku bagi kat kau. 18 step ni semua adalah JALAN YANG BAIK dalam bercinta. Islam tu indah wahai kawan. Dia tak sekat kau untuk bercinta. Tapi, dia sediakan jalan yang baik. Kita je yang selalu pilih jalan yang salah dalam bercinta, sebab tu hidup kita rosak.
 
Kau tengok kesemua 18 jalan tu, serabut ke tak? Kau rasa, kalau kau lalui jalan tu, hati kau gelisah ke tenang? Cuba kau tanya mata hati kau. Huhu.
 
Apapun, tak sedap kalau aku just cakap pasal jalan yang baik je, aku kena ulas jalan yang buruk jugak. Supaya kau dapat bezakan mana jalan yang betul dan mana jalan yang salah. Supaya kau boleh nilai, dan kau boleh buat keputusan nak pilih jalan yang bagaimana.
 
Ok?
 
JALAN YANG BURUK DALAM BERCINTA?
 
Aku tak nak ulas panjang-panjang tentang jalan yang buruk ni. Tapi, macam sebelum ni jugak, aku akan bagi beberapa point. Hehe.
 
1) Awal-awal, macam biasa, kau ternampak si dia. Dan kau berdebar lalu jatuh cinta. Pergh, ayat geli gila. Takpe, kita teruskan. Berbeza dengan sebelum ni, kau kena tunduk pandangan. Tapi, dalam kes jalan yang buruk, kau tak tunduk pandangan!
 
Bila kau dah suka, kau mula usha-usha dia, pastu pergi follow dia kat media sosial, lagi teruk kau save gambar dia kat phone, lagi pelik, kau letak gambar dia sebagai wallpaper henset. Rosak bhai hati. Seriusly.
 
2) Lepas tu, kau mula luahkan perasaan kat dia, dia tolak tak tolak tu nombor dua. Sekarang ni, macam-macam teknik nak pikat. Sebab tu kau tengok, kadang-kadang couple tu bukannya hensem pun, bukannya cantik pun. Tak tau macamana depa boleh couple. Ada kawan aku muka serius tak hensem langsung, tapi boleh “main” dengan banyak gila perempuan dalam satu masa.
 
Siap ada perempuan yang sanggup bagi dia duit dan motor. Semuanya berpunca dari “ayat” dan teknik yang di gunakan.
 
Serius aku nasihat, jauhila benda ni. Rosak beb. Rosak.
 
3) Pastu, korangpun mula la couple. Couple ni ada dua versi. Satu couple biasa, satu couple islamik.
< /div>

 

Couple biasa ni, kau suka dia, dia suka kau, pastu kau pegang-pegang tangan dia, kau dating, kau tengok wayang sesama, tiap hari call mesej I love you you love me, naik motor or kereta sama-sama, dan sebagainya. Hukumnya? Obviously haram.
 
Couple islamik pulak, kau suka dia, dia suka kau, tapi kau berimejkan agama. Yang laki bajet-bajet islamik, nasihat perempuan, tu, ajak perempuan tu tahajud, konon-konon guna niat nak kahwin, padahal dalam masa yang sama, buat benda tu dengan perempuan lain jugak. Yang perempuan pulak, pun berimejkan agama, tudung labuh, purdah pun kadang-kadang ada, layan mesej laki tu,konon laki tu dah banyak ubah hidup kau, dan sebagainya.
 
Dah banyak kes aku dapat, orang belajar agama pun berzina. Bukan satu dua, ribuan kes beb.
 
Sebab tu aku nak kau tahu satu benda.
 
Setan ni, bila dia nak goda orang, dia tidak mengira kos. Kau kos agama ke, kos medic ke, kos engineering ke, semua dia goda. Jangan ingat kau amik kos agama, kau selamat.
 
4) Ada jugak yang dah sampai tahap berzina. Kau pun tahun, sepanjang 10 tahun ni, kes anak luar nikah kat Malaysia dah cecah 500,000. Bermakna, setiap 2 jam, lebih kurang 16 anak luar nikah di lahirkan! Itu baru yang di daftarkan, belum yang tak di daftarkan!
 
Itu baru yang berzina dapat anak. Tak masuk yang berzina tak dapat anak!
 
Sebab tu aku pesan kat kau, jangan, jangan, jangan lalu jalan yang salah ni.
 
5) Sepanjang pengalaman aku mengurus orang couple ni, mesti dalam hidup dia, dia dah banyak kali clash. Awek time form 3 lain, pakwe time form 5 lain, dah masuk university, jumpa orang baru, couple lagi. Pastu, ada konflik and salah faham, clash balik.
 
Aku ada kawan, 13 kali clash beb. Tak insaf insaf lagi.
 
6) Ada gak kes dah tunang, tapi bajet macam dah kahwin. Ni pun satu hal gak.
 
7) Ending dia, ada yang berjaya kahwin, ada yang clash memanjang. Ada yang berkekalan sampai hati, ada yang cerai.
 
Aku tak nak hukum orang yang lalui jalan salah ni gelap masa depan.
 
Tak.
 
Hidayah Allah tu maha luas.
 
Aku tak berani nak predict bila dah kahwin, seseorang tu akan kekal ata
upun akan cerai.
 
Sebab benda ni soal jodoh Allah.
 
Sebab tu, aku berani ulas benda-benda sebelum kahwin je. Aku mampu tegur yang tu je.
 
Lagi satu, macam aku cakap tadi, aku tak nak ulas panjang jalan yang buruk ni. Nak mudah, kau terbalikkan je semua step jalan baik tu. Jalan buruk ni adalah segala yang berlawanan dengannya. Dan, nak lagi mudah, segala apa yang kau pernah tengok kat movie or drama, itu semua jalan yang cinta yang batil, yang mengundang murka Allah, dan wajib taubat.
 
Apapun…
 
Kawanku, cuba kau nilai, sepanjang kau bercinta, kau lalui jalan yang mana?
 
Cuba jawab dengan jujur…
 
Dan, menangislah.
 
Wallahua’lam.
 
Moga jawapan panjang lebar yang aku tulis ni, bermanfaat buat kau wahai kawanku. Moga syurga buatmu!
 

 

– Ustaz Adnin Roslan –

3 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan