Teguran buat Kpopers, Belieber dan Directioner?

 

 

 

 
 
Bismillah. Dengan nama Allah yang maha agung saya mulakan entri yang bagi saya agak “hangat” tajuknya ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, nabi Muhammad saw, keluarga dan sahabat baginda, serta siapa sahaja yang mengikuti jejak langkah baginda. Moga kita semua tergolong di dalamnya!
 
Apapun, awal-awal ni, saya nak nyatakan, tulisan saya ni bukan sahaja untuk para kpoper, belieber dan directioner sahaja, tetapi untuk semua yang ada penyakit “mencari hiburan yang bertentangan dengan islam”. Erk, macam ganas ayat ni. Komfem ramai akan rasa bengang. Saya seakan-akan terdengar korang macam tak puas hati dan berkata seorang diri:
 
“apahal pulak dosa dengar Justin bieber dengan one direction? Jelous cakap jelah. Mentang-mentang kau tak hensem macam diorang. Balik rumah laa bro!!”
 
“Syadid(ekstrim) gila lu brader.. Rilex sudah. Dengar kpop dosa? LOL…”
 
Dan macam-macam lagi. Yelah, fenomena ni masyarakat dah anggap biasa dan tak salah, tak pasal-pasal saya kata tak boleh. Bajet gila. Memang komfem ramai bengang. Tapi, saya TETAP nak kemukakan pandangan saya tentang isu ini. Kalau boleh, saya nak semua FAHAM  benda ini, kerana bagi saya, berhibur dengan hiburan sebegini akan menghancurkan hati!
 
HIBURAN DI SISI ISLAM
 
Pertama, saya nak jelaskan bahawa, islam ni best. Dia tak larang penganutnya untuk berhibur. Boleh berhibur. Tapi, ada batas-batasnya wahai kawan. Hiburan tu apa? Hiburan adalah sesuatu perkara yang bila kita buat, kita rasa seronok, hilang stress dan terhibur.
 
Ada orang bila dia memasak, dia rasa best gila, dan dia rasa nak masak selalu. Maka ketika itu, memasak juga adalah satu hiburan untuk diri dia. Ada orang, bila dia main bola, dia rasa hilang gila stress, rasa happy dan rasa amat tenang dan bahgia! Maka ketika itu, bola adalah hiburan untuknya. Ada orang, bila dengar lagu, dia rasa terhibur dan hilang stress. Dan yang sama waktu dengannya. Begitulah maksud hiburan.
 
So, hiburan ni, secara simplenya, ada hiburan yang wajib, ada hiburan yang sunat, ada yang harus, ada yang makruh dan ada yang HARAM. Maka, kita jangan nak memandai mengharuskan yang haram, mewajibkan yang harus dan yang sama waktu dengannya.
 
HIBURAN WAJIB?
 
Apa hiburan yang wajib? Hiburan yang wajib ialah IBADAH!
 
“Apa? Ibadah tu hiburan ke? Pergh. Stress kot buat ibadah. Penat gila bapak! Apahal kau kata ibadah tu hiburan??!”
 
Ya. Ibadah adalah hiburan untuk orang beriman. Saya ulang, ibadah adalah hiburan untuk orang beriman! Tahu tak kita, solat adalah kerehatan bagi nabi. Sahabat mampu menangis teresak-esak di sebabkan terlalu nikmat ketika bersolat di tengah malam. Ada sahabat yang tersenyum sorang-sorang ketika solat kerana terlalu nikmat membayangkan syurga, ada sahabat yang terus hilang sakit bila solat, dan lain-lain.
 
Bahkan, ada seorang tabiin, apabila dia tahu bahawa ketika di syurga nanti, tidak perlu untuk solat, dia telah menangis dan berkata:
 
“Nikmat apakah yang lebih indah dari melakukan solat?Aku amat berharap di syurga nanti aku dapat bersolat dan bersujud padaMu ya Allah!!!”
 
Kerana itu, apabila nabi meminta agar Allah kurangkan solat dari 50 waktu kepada 5 waktu, ada para sahabat yang berkata:
 
“Kalau solat itu 50 waktu pun, kami sanggup buat!!!”
 
Kerana itu, ketika Hasan Albanna baru balik dari berdakwah di puluhan kampung dan Bandar, ketika sahabatnya yang lain mahu merehatkan badan dengan tidur, Hasan Albanna mengambil quran dan membacanya. Dan apabila di Tanya:
 
“Wahai albanna, kau tak nak rehat ke?”
 
Hasan Albanna jawab:
 
“Sesungguhnya, membaca Alquran adalah hiburan dan kerehatan aku…”
 
Kerana, bagi orang beriman, hiburan mereka adalah ibadah. Hiburan mereka adalah segala perkara yang membuatkan Allah tersenyum kegembiraan. Hiburan mereka adalah segala perkara yang membuatkan cinta mereka pada Allah di balas dengan Allah mencintai mereka. Mereka sanggup bersusah-payah, bermandi pelu dan darah, semata-mata untuk gembirakan Allah.
 
Persoalannya, adakah hari ni kita rasa gembira, tenang, bahagia, ceria, terhibur, manis dan nikmat ketika melakukan ibadah? Atau kita rasa terpaksa, benci, berpura-pura, malas, tertekan, gelisah serta menyampah dengan segala suruhan Allah?
 
HIBURAN HARUS?
 
Hiburan harus, adalah segala benda yang tiada tegahan dan halangan dari sudut agama, seperti bersukan. Mendengar lagu, melihat movie, main game, makan, dan yang sama waktu dengannya. Selagi ia di benarkan syarak, serta tiada unsur-unsur yang mengharamkan, maka ia menjadi harus.
 
Tetapi, perlu berhati-hati. Benda harus ni kalau buat lebih-lebih, boleh menghancurkan hati jugak. Kenapa?
 
Kerana antara punca seseorang itu FUTUR(lemah semangat untuk beramal) adalah kerana berlebih-lebih dalam perkara harus. Bahkan, antara cara iblis nak menyesatkan manusia adalah menggoda kita untuk berlebih-lebihan dalam perkara harus. Bahkan, sampai satu tahap, ia boleh jadi haram!
 
Terlalu semangat tengok bola sampai gaduh, sanggup bangun dua tiga pagi pastu tak qiam dan solat subuh, mencarut bila team bola kalah, dengar lagu banyak sangat sampai quran baca sikit, main game je kerja, dan yang sama waktu dengannya. Bila lalai, ia jatuh makruh, bahkan boleh jatuh haram!
 
So, jangan terlalu berlebih-lebih sangat. Buat ala kadar cukup untuk hilangkan bosan. Ingat saya tegaskan, hiburan yang tiada unsur haram di namakan harus. Maka, yang ada unsur haram, ia adalah hiburan yang HARAM dan perlu di tinggalkan sama sekali! Apa dia hiburan haram? Sama-sama kita teruskan pembacaan.
 

 

 
 
 
 
PERSOALAN BERKAITAN HIBURAN?
 
Ada orang selalu Tanya:
 
“Salah ke dengar lagu-lagu barat macam justin bieber, one direction, miley cyrus, katy perry, lady gaga, Austin mahon, dan seangkatan dengannya?Salah ke dengar kpop? Salah ke tengok drama korea jepun? Salah ke tengok wayang? Salah ke layan runningman? Salah ke? Salah ke??”
 
Jawapan saya: “SALAH dan BERDOSA”.
 
Dan alasan mereka untuk membenarkan perkara yang mereka buat, biasanya:
 
“Walaupun aku dengar lagu-lagu barat, tapi solat aku jaga! Kewajipan aku sebagai muslim aku jaga. Aku tutup aurat. Aku baca quran….”
 
Kenapa saya kata salah dan berdosa? Baiklah, saya akan hurai secara terperinci isu ini. Harap berlapang dada, istighfar, dan baca dengan mata hati akan apa yang saya nak tulis ini:
 
1)Lagu yang ada unsur haram, maka haram untuk kita dengar dan jadikannya sebagai hiburan. Unsur haram contohnya ialah adanya unsur seks, mengagungkan wanita, lagu yang mengingatkan kita serta mendorong kita untuk couple dan bercinta serta ingat si dia, lagu yang ada unsur caci maki dan carutan, lagu yang ada unsur syirik dan mengutuk islam. Maka, andai ada salah satu unsur ni, maka HARAM untuk dengar.
 
2)Movie atau drama yang ada unsur haram, juga haram untuk di lihat. Seperti unsur seks, cium-cium,aurat dan pakaian yang seksi, ada unsur-unsur yang menjurus kepada cinta seperti drama korea jepun bagai, dan yang sama waktu dengannya, maka HARAM untuk di lihat!
 
“Kenapa pulak haram? Aku dengar je. Aku tengok je. Aku bukan buatpun benda-benda tak elok dalam lagu dan movie tu? Takkan dengar pun tak boleh?!!”
 
Mesti ada orang yang fikir macam ni kan? Takpe, saya akan jawab, KENAPA tak boleh.Saya akan hurai kenapa haram, dan kenapa berdosa, serta betapa BAHAYANYA bila kita jadikan perkara-perkara d atas sebagai hiburan. Saya akan hurai dari beberapa sudut insyallah:
 
****
 
 
 
SUDUT PERTAMA:
 
Nabi saw bersabda:
 
 “Apabila kamu melihat kemungkaran, hendaklah kamu mencegah dengan tanganmu. Kalau kamu tak mampu, maka cegahlah dengan lisan. Jika kamu tak mampu, maka cegahlah dengan HATI. Maka itu(mencegah dengan hati) adalah selemah-lemah iman…”
 
Ulama hurai, apa maksud “mencegah dengan hati”. Antaranya:
 
1)Membenci maksiat tersebut, serta tak redha dengan maksiat yang berlaku.
2)Menjauhi maksiat tersebut.
3)Bertekad untuk mencegahnya bila mampu.
 
Apabila tiada ketiga-tiga unsur ni, bermakna kita tak di kira mencegah dengan hati. Dan bila kita tak mencegah dengan hati, bermakna, kita tiada iman! Saya ulangi:
 
“Bila kita tak mencegah dengan hati, bermakna, kita tiada iman!”
 
Maka, saya nak lontarkan beberapa perkara agar kita SEDAR:
 
1)Adakah apa yang artis-artis seperti bieber, kpop dan lain-lain buat seperti menari-nari, cium-cium, meraba-raba, pakai seksi-seksi, buat tattoo sini sana, menuturkan lirik-lirik yang berunsur seks dan unsur-unsur haram yang saya nyatakan tadi, adakah ini semua bukan dosa di sisi Allah? Adakah apa yang mereka buat ini Allah redha?
 
Sungguh jelas, bahawa apa yang mereka buat adalah satu dosa di sisi Allah!
 
Dan, apabila kita melihat dosa, apakah kewajipan kita? Seperti hadis di atas, bukankah kita WAJIB untuk menegur, sekurang-kurangnya menegur dengan hati iaitu dengan MEMBENCInya, tak redha akannya, menjauhinya serta berazamn untuk merubahnya bila kita mampu???
 
Tetapi, kita bukan sahaja tak menegur dan mencegah dengan HATI, bahkan, ada di kalangan kita yang menjadikannya sebagai HIBURAN telinga dan mata!!!!!!!!!! Di manakah iman kita wahai kawan? Kalau cegah dengan hati pun kita tak mampu sedangkan  ia adalah selemah-lemah iman, di manakah iman kita?
 
Redhakan kita melihat artis-artis korea, jepun barat, serta mana-mana artis melakukan perkara yang Allah murka? Sehingga kita boleh dengan TENANGNYA menjadikan  lagu-lagu mereka sebagai hiburan, serta ada yang MENANGIS dan BAHAGIA apabila berhibur dengan mendegar lagu mereka, melihat official video mereka, letak lagu-lagu itu ke dalam henset, serta kongsi dengan kawan-kawan?
 
Ya Allah, ya Allah, ya Allah!! Ampuni kami yang hina ini!!!
 
SUDUT KEDUA:
 
Ramai di kalangan kita yang merungut:
 
“Kenapa doa aku tak makbul? Aku dah doa banyak kali, kenapa Allah amcam tak pandang langsung doa aku??!!!”
 
Maka, dengar hadith ini. Mungkin selepas ini, kita akan tahu, doa kita tak makbul adalah lantaran perbuatan kita sendiri. Nabi bersabda:
 
“Wahai manusia, sesungguhnya, Allah berfirman kepada kamu: Suruhlah manusia berbuat baik, dan cegahlah mereka daripada kemungkaran, sebelum datang satu suasana di mana kamu BERDOA kepadaku, tetapi akan tidak memberikan kepadamu, dan apabila kamu memohon bantuan daripadaku, tetapi Aku tak akan membantumu!!”
(Hadis Riwayat Ibn Majah)
 
Lihat, bila kita tak ajak orang buat baik dan cegah kemungkaran, Allah takkan kabulkan doa kita! Tapi hari ini, bukan sahaja kita tak cegah kemungkaran, bahkan kita jadikan dosa dan maksiat sebagai hiburan kita, tengok video lucah, dengar lagu-lagu yang ada usnur haram, tengok movie dan drama yang ada unsur haram dan lain-lain.
 
Bahagia ke bila kita berhibur dengan maksiat? Adakah kita rasa terhibur atau pada ha
kikatnya kita rasa pedih, tertekan, dan terseksa??
 
SUDUT KETIGA:
 
Sudut seterusnya yang saya nak nyatakan adalah tentang isu OBSESS ARTIS. Antara tanda-tanda kita obsess artis:
 
1)Kita asyik dengar lagu-lagu/tengok movie-movie artis yang kita minat.
2)Selalu bercerita kat orang pasal artis yang kita minat.
3)Profile picture/twitcon kat FB dan twitter kita letak gambar artis yang kita minat.
4)Kita simpan gambar artis yang kita minat.
5)FB, twitter dan instagram kita di penuhi dengan perkara yang berkaitan dengan artis yang kita minat.
6)Benci bila ada orang tegur kita dan kutuk artis yang kita minat.
 
Dan lain-lain.
 
Orang yang macam ni, saya nasihatkan agar, TAUBATLAH. Tahukah kita, bahawa, di akhirat nanti, kita akan bersama dengan orang yang kita cintai? Kalau kita cinta artis-artis ni, maka kalau artis-artis ni ke neraka, kita juga akan bersama mereka ke neraka! Nauzubillah!
 
Cukuplah jatuh cinta dengan artis-artis ni. Tak keterlaluan kalau saya kata, penyakit obsess artis ni biasanya terkena pada perempuan. Suka sangat laki-laki korea yang putih melepak, sedangkan terbukti 90% dari mereka buat pembedahan plastik. Bahkan ada perempuan yang semangat gila pertahankan bahawa itu adalah wajah sebenar mereka tanpa pembedahan plastik. Ada yang dah jadi macam tak betul bila ada pelakon korea seperti Lee Min Ho, Kuey Teow serta Mee Hun Sup.
 
“Eee…hensemnyaaa!!Kalaulah dapat peluk!”
 
“Nak sangat jumpa dia!! Hensem sangaaaaat!
 
“Sweetnya dia senyum… Meltingnya I rasa…cair sangat! Lagi-lagi time dia kenyit mata. Sweetnya!!!”
 
“Sedapnya suara dia. Ya Allah…gugur jantung rasanya. Time dia tarik, lembut sangat suara dia. Rasa nak menangis dengar. Tenang sangat!!”
 
Macam-macam lagi reaksi-reaksi pelik yang saya kira sangat ramai terjebak. Cukup-cukuplah. Taubatlah pada Allah. Kembalilah obsess pada Allah dan rasul.
 
SUDUT KEEMPAT:
 
Seperti yang saya nyatakan kat atas tadi, ada orang yang mendabik dada mengatakan:
 
“Walaupun aku dengar lagu-lagu barat, tapi solat aku jaga! Kewajipan aku sebagai muslim aku jaga. Aku tutup aurat. Aku baca quran….”
 
Saya tertarik dengan ayat dia:
 
“Kewajipan aku sebagai muslim aku jaga..:”
 
Wahai kawan-kawan, jangan kita ingat kewajipan kita sebagai muslim hanyalah tersekat pada ibadah-ibadah khusus seperti solat, haji, puasa, zakat, zikir, quran dan sebagainya. Tahukah kita bahawa, banyak lagi kewajipan yang perlu kita tunaikan?
 
Kewajipan dari sudut aqidah, ibadah, akhlak, dakwah, tarbiah, menegakkan islam, meninggalkan maksiat, mencegah maksiat, dan lain-lain?


“Apa salahnya dengar lagu katy perry, Miley Cyrus, Justin Bieber, lady gaga, kpop dan lain-lain? Aku still solat!”

“Apa salahnya aku tengok drama korea jepun bagai. Aku still jaga solat dan quran aku!!”

Kalau macam tu, saya jawab:

“Apa salahnya aku berzina. Aku still solat!!”

“Apa salahnya aku tak pakai tudung? Aku still solat!”

Korang mesti balas:

“Mana boleh! Zina haram. Tutup aurat pun wajib! Allah ada sebut suruh jauhi zina dan tutup aurat!!!”

Saya balas:

“Kalau macam tu, Allah ada suruh kita JAGA PANDANGAN. Allah suruh kita guna telinga untuk benda kebaikan. Habis kau tengok drama korea jepun bagai cintan cintun pegang-pegang tangan peluk cium tak tutup aurat tu, tak dosa ke? Dengar lagu-lagu pasla cinta, sex, kiss me, love, fuck semua tak dosa ke?”

Islam bukan sahaja solat. Islam tu the way of life. Di sebabkan ramai orang ingat islam ni just ibadah solat puasa je, sebab tu wujud ramai orang yang solat puasa, tapi akhlak teruk, tak tutup aurat, zina, couple, ikhtilat, obsess artis, kurang ajar dengan mak ayah, dan lain-lain.
 
Kalau betul kita menunaikan tanggungjawab sebagai muslim, nescaya kita takkan berhibur dengan lagu-lagu barat, kpop, dan yang sama waktu dengannya.
 
 
****
 
 
 
PENUTUP
 
Saya harap, 4 sudut yang saya kemukakan dapat menyedarkan kita semua. Betapa hari ini kita amat jauh dari Allah. Kita tidak lagi terhibur dengan solat,quran dan zikir. Kita mampu menangis dengar lagu Justin bieber, tapi tak mampu menangis baca quran. Kita mampu nangis melihat drama korea jepun, tapi ketika berdoa, tak mampu melinangkan air mata. Kita mampu habiskan masa baca novel cinta, tapi buku-buku agama jauh sekali.
 
Akhirnya, solat pun kita susah nak khusyuk, rasa berat lantaran jiwa yang sudah gelap dan hancur. Bak kata seorang ulama:
 
“Musik dan lagu-lagu lagho ni umpama api dalam kebun yang mampu menghanguskan dan menghancurkan kebun tersebut, Begitu juga ia akan mengancurkan hati. Musik dan lagu lagho adalah umpa PORNOGRAFI bagi telinga!!”
 
Saya nak nyatakan kisah-kisah lagenda, bagaimana sahabat dahulu, amat terhibur dengan ibadah. Agar kita mampu terinspirasi dengan kehebatan mereka, lantas insaf, menangis dan bertaubat!
 
Uthman Affan ra, setiap
malam dia akan qiamullail dan bertahajjud, serta mengkhatamkan quran dalam satu rakaat solat. Seorang sahabat, Abdullah b Umar selalu nangis sehingga matanya sakit dan bengkak. Sampai ada orang Nampak dia menangis, dan orang tu Tanya:
 
“Kenapa kau nangis wahai Abdullah??”
 
Beliau menjawab:
 
“Kenapa kau pelik dengan tangisanku? Matahari pun menangis kerana takutkan Allah!!!”
 
 Ingatkah kalian, kisah masyhur tentang nabi Muhammad, yang terlalu terhibur dengan solat?
 
Aisyah cerita, ada sekali tu, nabi balik malam dan kemudian baring di sisi dia. Tak lama kemudian, nabi kata kat aisyah:
 
“Aku nak beribadat pada tuhanku…”
 
Kemudian, nabi terus qiamullail, solat dan menangis sampai AIR MATA membasahai dada baginda. Kemudian bagina rukuk, ketika rukuk, nabi menangis lagi. Kemudian nabi sujud, juga nabi menangis teresak-esak. Sehinggalah Bilal melaungkan azan subuh.
 
Aisyahpun Tanya nabi:
 
“Ya rasululullah, kenapa kamu menangis begitu sekali, sedangkan kamu adalah maksum?”
 
Nabi jawab:
 
“Salahkan ke aku menjadi hamba yang bersyukur….??”
 
MAKA, wahai kawan-kawan sekalian? Tidakkah kita mahu terhibur dan merasai kenikmatan yang agung dalam beribadah kepada Allah? Caranya ialah, kita perlu berkorban untuk meninggalkan hiburan yang memurkakan Allah.
 
Ya Allah, ampunilah kami!
 
Wallahua’lam.
 
 
-Adnin Roslan-

81 Responses

  1. Assalamualaikum. Saya nak tanya yg ustaz cakap tntng hiburan yg harus tu. "Hiburan harus, adalah segala benda yang tiada tegahan dan halangan dari sudut agama, seperti bersukan. MENDENGAR LAGU, melihat movie, " Ustaz kata mendengar lagu tu harus. So lagu tu termasuk dlm lagu kpop, justin bieber, one direction etc, Kalau dngr sekali -sekala, berpada-pada, takpe lah kan? Sbb kalau lagu tu melalaikan kita smpai tak ingat nak beribadah, baru lah haram kan?? Syukran.

  2. Assalamualaikum admin. Maaf tanya. Sy mmg suka running man sbb tu slh stu tmpt sy release stress. Tp takde la smp tiap mggu tertunggu2 nk tgok episod baru. Bila ada kelapangan sy tgok. And mmg la ada guest yg dia jemput tu seksi2. So, kalau sy tengok tp sy tutup part seksi tu dgn ltk tgn kat lptop, still haram lagi ke? Terima kasih

  3. Aslkm..srry gnggu..nk tnya skit..srry kalau rasa soaln ni mcm pelik, sbb sy rs terkejut bila bc entri ni…apa2 pun tq..nk tnya, apa hukum main alat muzik utl jenis lagu2 yg disebut seperti di atas?..tq

  4. Assalamualaikum.. Ustaz. Apa pula pandangan ustaz tentang novel2 cinta dan nasyid pasal kawin2, etc Kasih Kekasih, Nur Kasih, Permaisuri Hatiku. Ada unsur2 cinta juga. Uhh..

  5. Assalamualaikum, bg ana Lagu yg diharuskan tu adalah lagu yang mengingatkan kita kpd Allah sprti lagu asmaul husna, yg membangkitkan semangat pemuda utk menegakkan Islam sprti lagu alQassam.

    Bagi ana, lagu ni membentuk peribadi seseorang. Kalau orang tu diwaktu lapangnya mendengar alQuran, misalnya setiap petang dengar bacaan alWaqiah, inshaAllah dia akan ingat surah tu. *ini pengalaman saya.
    Kalau sentiasa dengar lagu yg membangkitkan semangat juang sprti lagu Shoutul Harokah, Izzatul Islam dll, inshaAllah dia akan sntiasa brsemangat memikirkan masalah ummah.
    kalau asyik dengar lagu kahwin, jiwang2, lagu korea, tak mustahil melahirkan generasi yg lemah dan goyah hatinya, asyik nangis sbb cinta padahal byk perkara lain perlu difikirkan.

    pilihan anda nak jadi yg mana. Wallahua'lam.

  6. maksudnye la kan , ape jenis hiburan adalah tak boleh . citer2 melayu sume ni xboleh . even cerita cinta islamik pon xboleh, mcm warkah cinta n cinta dan wahyu . yang boleh cuma nasyid , qasidah n sewaktu dgn nya . cam 2 ke ?

  7. Matlamat berhibur untuk jauh atau dekat dengan Allah? Kalau makin jauh tak baiklah. Maaf qasidah tu pun tak boleh sebab maksudnya tak betul…. Carilah ilmu agar boleh faham… Erti sebenar ibadah dalam Islam.

  8. haha..speechless jugak baca ni.memang aq tak dak la pengetahuan pasal ni..tq pencerahan.selama ni aq punya profile pic yoo jae suk kooot..sebab suka dia dalam runningman.. sahabat2 oii yang komen kat blog ni, terimalah hakikat.. rasanya kita kena ubah tabiat, tak keseluruhan rasanya patut dah kita tak follow dah drama2 korea tu, slowkan aktiviti usual anda tuh.. aq nasib la bukan follower setia lagu2 depa(korea)..la nia aq nak ubah profile pic aq dulu.. chaw.

  9. Assalamualaikum…
    Kalo kite dengar lagu barat mcm lagu inggeris tu kan…Slah ke kalo kite dengar lagu tu utk belajar bahasa inggeris??

  10. Kalau dengar sekali sekala..sahaja jatuh haramkah..??Sebab minat saya taklah sampai gila-gila babi sampai sanggup berhabis beribu beli barangan kpop

  11. Mahu tak mahu. Kena jugak terima hakikat. Macam saya ni, kuat main game. Kdg2 selalu jugak berik alasan macam ustaz bagi tu.
    "Apalah, aku main game ni, tp still jugak tak tinggal solat"
    Tp hakikatnya, masa banyak terbuang. Bila hati dah di isi dgn benda2 kosong macam main game ataupun sewaktu dgnnya, hati jadi malas nak beribadat. Serius. Pernah terjadi kat saya. Solat tak fokus. Asyik ingat game jerr..
    Sama2 lah kita berubah

  12. ntahla. tp aku rasa ni syadid gile. kalo gtu dgr nasyid fetya and etc jelah boleh?

    erm. bkn ape. perlukan pencerahan je. kalau dgr sekali skali x leh?minat gitu gitu je.. hmmmmmm.

  13. Ramai diantara kita yag cuba untuk hias dosa itu sendiri supaya kelihatan cantik.

    di dalam surah 31:6 Allah dah jelaskan tentang lahw al Hadith

    dalam membuat keputusan di dalam hidup ni mudah je sebenarnya, Setiap perbuatan yang kita lakukan di dunia ini hanya akan membawa kita pada dua jalan sahaja:

    Samada jalan baik, atau jalan buruk
    samada jalan Allah, atau jalan syaitan
    Samada syurga, atau neraka

    dengan lagu, kpop, movie, drama2, jalan mana agak-agaknya?

    Usah dicakap tentang syadid atau tidak. Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan bila Allah dah tetapkan satu keputusan, ada pula pilihan lain untuknya.33:36

  14. Alhamdulillah.. Terima kasih atas nasihat ini ustaz. Saya dlu kpoppers tpi skrg dh kurg. Music bank, the show smua tu dh x tgk slps saya masuk kolej. Cuma skrg drama korea je la lyn tpi yg mcm cerita penyiasatan shaja. tpi bila bce blog ni psl drama smua tu, saya rasa btul ckp ustaz. Inshaa Allah perlahan-lahan saya akan ubah smua tu.

  15. Mungkin susah bg sesetengah org utk terima. Bila hati dah terikat dgn dunia. Dunia akhir zaman ni fitnah terlalu berleluasa. Sampai perkara yg berdosa pun rasa biasa. Tapi, mungkin boleh mula step by step. InsyaaAllah, Dia menilai setiap usaha kita utk berubah tu. Mungkin terkejut dengar sebab kita melayan 'benda' tu hari2, tiba2 org kata haram, kita nak melenting. Carilah ilmu agama utk bekalan di dunia yg makin tenat ni. Cuba bayangkan, kita mati tengah tengok wayang@kpop@konsert@dgr lagu lagha. Agak2 dpt husnul khotimah ke? Nauzubillah. Ingatlah, setiap amalan kita dihitung di akhirat kelak. Wallahua'lam.

  16. Assalamualaikum..Ustaz saya ada seorang kawan yang sangat fanatik dengan k pop,sampai lagu-lagu kumpulan kpop pun banyak dihafalnya.. Apakah cara yang boleh saya buat untuk mengatasi kawan saya ini?? Mohon pendapat ini 🙂

  17. Assalamualaikum.. nk tnya.. kalau kite mnat anime(kartun jepun) yg xde unsur2 hina Islam boleh tk? Sbb tkde pun tntng anime2 ni dinyatakan dkt blog nie.. mohon jawab.. jawapan diperlukan segera 🙂

  18. assalammualaikum ustaz. Nak tanya ustaz, maknanya kalau tgk drama melayu pun xboleh la eh? sebab drama melayu sekarang standardnya dah macam standard cerita english je. Yelah sebab nak bagi cerita tu nampk real macam dalam adaptasi, watak suami isteri tu kena real so yg bukan muhrim buat macam muhrim tu dikira haramlah kan? kiranya artis2 malaysia pun xbolehlah kita nak minat ataupun tgk eh? mohon penjelasan 🙂

  19. Assalamualaikum ustaz..saya bukan nak bercakap kasar ke apa..cuba ustaz pandang betul2 dekat kaum hawa di Malaysia ni betul2..cuma sesetengah sahaja kan menutup aurat manakala yang lain..hmm tak payah cakap la..kan? siap pakai baju sampai atas paras lutut..tapi,ustazah saya kata "Kalau nak minat kpop tu jangan la sampai murtad..ikut style diorang..ikut agama diorang.." kalau minat saje2,dengar lagu je..and xde niat nk kawin dngn diorang ke..sbb ada sesetengah immature kpoppers ni..teruk betul perangai dia..kalau orng rampas bias dia(orng yng dia minat),mula lah ade fanwar bagai..sampai sini sahaja la saya kata..assalamualaikum 🙂

  20. owh baru tahu sume nie..deep gile…thanks sangat2..rase nak bagi tahu semua orng jew..tapi runningman? sush nak tinggal kan~~hurm 🙁

  21. Assalamualaikum, ustz,caner kalo dengaq lagu tu yang memang ad mksd cinta2 kat pompuan tapi kita cuma dengar n nyanyi semata2 sebab xfaham maksud dia.contoh lagu korea,xmenaikkan rasa teringat kat pompuan mane2 pon sbb xfaham maksud.cume minat dgn melodinya sahaja.bole ke x?

  22. Assalamualaikum ustz…saya memang seorang kpoppers tapi xdelah smpai mint giler bapak..saya nk tnye boleh ke kalau nk tgok rancangan realiti about korea yg xade unsur unsur sebagaimana yg ustz katakan tu??

  23. Assalamualaikum,terase saye bace ni ,sekrang saya try nak kurangkan tgk tapi kwn saya lagi truk ,mcm mane nk kasi dorang kurangkn minat trhadap bende ncm ni?

  24. Assalamualaikum. Nak tanya, kalau dengar lagu yg audio je dikategorikan sbg hiburan apa eh? sbb saya suka dgr lagu piano, cello semua tu. tapi dia just the audio. macam mana eh? Jazzakallahu Khaira.

  25. salam…actually i'm one of kpop fan but i little bit sad bila tengok adik adik yang happy dipeluk dan dicium macam tu…ni yang susah bila minat kita berada di luar batasan yg dibenarkan…bg saya tak salah kalau nak dengar lagu2 yg mempunyai makna yang bersih tp pergaulan yg terlalu bebas ni lah yg akn bawak effect kt diri org tu sendiri…

  26. terima kasih atas penjelasan 🙂 mungkin org yg pelok2 tu belom ckup ilmu lg , husnuzon je la kn ustaz ? 🙂 pepon , syukran .

  27. Assalamualaikum. Itu berkaitan hiburan. Kalau rancangan dokumentari atau berita di televisyen, yang mengacara atau pemberita tidak menutup aurat bagaimana pula? Haram ka menontonnya?
    Surat khabar pula, ada gambar-gambar yang tidak menutup aurat… Mungkinkah lebih elok tidak membaca bagi menjaga pandangan?

    Maaf, saya jahil dalam bab agama ni. Mohon pencerahan..

  28. mmm..drama melayu lg sedih nk ckp sbb diorg tu islam..sedar x sedar bila kita dah terbiasa tgk laki perempuan pegang tgn, otak kita mcm 'terbrainwash' yg benda tu x slh..ya di mulut kita masih ngaku yg benda tu haram tp dlm otak kita akn anggap benda tu biasa..kalo btl kita tak 'terbrainwash' mesti setiap kali tgk kita akn rs x selesa dan bila asyik rs x selesa nk tgk pun x syok lg..kpd mereka2 di luar sana yg msh lyn drama2 melayu ni ni nsht sy sbgai org yg pernah addict tv..lps sy slow down dan cuva quit semua tu br sy rs bila tgk org slm laki perempuan dlm mjlis dkt tv ke apa ke br sy rs benda tu slh sgt2..sblm ni mmg rs biasa sbb otak sy dok ngadap benda tu hr2 dlm tv

  29. sgt bersetuju dgn article ni..sy dulu pun mmg entertainment addict..once nk berubah mmg rs mcm sshnya nk kikis karat dlm hati..ssh sgt..serius sampai skrg msh rs struggle..kpd yg tanya kalau minat sikit macam mana? sy rs soalan ni bkn sbb masih x fhm artikel di ats tp sbb begitu sshnya nk move on, so dorg cuba cari d easy way..nasihat sy kpd mereka2 ni, first skali just accept yg kalau kita mengaku islam, bentuk hiburan mcm tu bkn cara kita..second cuba ubah sikit2..sy fhm nk ubah terus mmg susah..serius susah..yg minat gila jd minat sikit2, yg minat sikit cuba minat lg lg sikit yg minat lg lg sikit cuba berhenti terus..sy x brani bg fatwa haram atau harus tp cuba kuta fikir..bila asyik dgr lagu2 atau tgk cerita2 mcm ni lama2 dia akn lekat dlm kepala kan..bila lekat dlm kepala cuba muhasabah dlm solat kita teringt2 x..dan jgn lupa bila kita nk mati kita akn berada dlm keadaan mcm separuh sedar..kalau ms tu yg keluar dlm kepala lagu2 n cerita2 yg kita tgk ni mcm mana? dpt ke kita mati dgn kalimah lailahaillah kalau ms hidup bkn bende ni yg jd kelaziman kita? sorry pjg..been there done that sbb tu first time bg komen

  30. kepada admin… minta tolong sgt… saya antara golongan yg suka tgok dan layan bnda2 lagho…. bila sya bace post nyh, sya sedar dan mula jauhkan diri… saya jugak share ke dalam fb dan grup… namun yg sedihnya ade yg bash saya,antara soalan yg paling sukar saya nk jawab.. ''asal islam ni rumit sgt? kata islam itu mudah?'',''kalo saya tgok je tpi x ad ap2 perasaan boleyh tak?''…''habis ap yg seorang muslim boleyh buat? mcmna nk sesuaikan diri kalu semua xleh tgok…baik buta ngan pekak je''…itula antara2 soalan yg betul2 mggangu jiwa raga saya… haha…pling best ''sejak bila kau jadik ustaz niyh??''..yg niyh soalan spontan kwan2 baik sya tnya,tpi xpa saya taw depa melawak,saja saya nk share… mohon admin boleyh jwabkan soalan2 tersebut dan kalu buleyh dgn hadis dan ayat al-quran utk mnyokong…terima kasih..

  31. sekadar pendapat..sy rs sblm soalan tu dijawab mereka harus jwb dulu soalan ni..kenapa mereka pilih bergelar muslim? kerana Islam agama mudah? kalau mcm tu byk lg agama yg lbh mudah, x byk pntg larang..atau sbb Islam agama yg benar..kalau btl2 percaya Islam agama yg bnr, percayalah larangn dan suruhan Allah & nabi tu ada sbbnya walau kdg2 kita blm mampu nk fhm..takutnya ramai yg jwb sbb dah dilahirkan Islam so terima je la..kalau tu jwpnnya so maknanya soalan tu x perlu dijawab sbb apa pun jwpnnya mereka x kan blh terima selagi x kena dgn nafsu mereka..sahabat nabi dulu bertanya soalan supaya mereka dpt amal Islam dgn sebenar2nya..some people yg mengaku Islam skrg ni tnya soalan supaya dpt amal Islam dgn cara yg plg mudah pastu bajet dpt masuk syurga..ckp utk diri sendiri sbnrnya

  32. Terima kasih teguran yg sentap ni. Sy xminat lagu2 kpop. Tp Layan drama2 korea. Tersedar seketika yg haram tetap haram. Sy nak tanya.So sesape keje yg terlibat dlm bidang2 ini dikira haram jgk? Contoh nya kerja dgn stesen2 tv atau stesen2 radio. Sebab tayangkan cerita2 yg melalaikan dan haram. Putarkan lagu pun yg haram2 n melalaikan. Betul ke pemahaman sy admin?

  33. assalamualaikum, skdr perkongsian, ap yg kita lihat dn dengar hari2 itu yg akn msuk dlm hati kita, klu dgr quran, n liht sstu kebaikn itu yg akn didik hati kite ke arah kebaikn, tp klu dibiasakn hati dn telinga ke arh mksiat, dgr lgu2 cinta n etc, itu yg akn msuk dlm hti kita n bentuk diri kita. . wallahualam

  34. Saya suka baca post admin ni. Tp satu post admin di fb yg mencerca kpop dgn mengatakan gay and whatsoever membuatkan saya hlang respect sikit trhdap tarbiyah sentap. Kata kuat agama, blajar agama. Tp admin nmpk dpan mata ke mereka gay. Fitnah namanya ya. And spt yg kita tahu. Hukum agama Ada bnyk nas and dalil. Sbb tu wujudnya perbezaan pendapat ulama. Bg sy tade mslh nak tgok aslkan ibadat dan ingtn kita Pd Allah melebihi sgalanya. Pakcik mkcik sy ustz ustzh to mereka cuma mengingatkan jgn lalai shj. Yg sy nmpk skrg ni bknnya org yg anti kpop duk ckp nk dakwah la bgai. Tp dowang lbh menunjukkan hatred, emosional , egois etc towards kpop.

  35. Maaf mencelah. Salam alaik. Act lagu2 tu memang membawa cinta. Tapi membawa maksud cinta kpd seorang isteri kerana Allah. Bukan cinta kpd ajnabi bahkan cinta suami isteri. Dan mengagungkan kedudukan wanita dalam islam

  36. Maaf mencelah. Salam alaik. Bukan takboleh. Hiburan ada batasnya. Cuba baca balik nukilan ustaz adnin di atas. Cerita warkah cinta tu bukan tentang cinta islamik tapi bagaimana nak tunjukkan cinta itu dilahirkan kerana Allah selepas pernikahan untuk mengelakkan zina hati. Tiada istilah 'couple islamik' melainkan cinta dua hati yang telah diijabkabukkan.

  37. Cuba baca balik nukilan di atas,apa jenis hiburan yang dibenarkan dalam islam.
    Nak dengat boleh asalkan tiada unsur haram.
    Agak2 boleh tak kalau sy cakap,sy nak makan benda haram sekali sekali?

  38. Maaf mencelah. Salam alaik. Bagi sy,tak salah apa yg kamu cakap.
    tapi cuba kita lihat semula. Benda yg sejelasnya haram tetap haram. Hiburan yg ada unsur maksiat tetap haram. Kalau macam tu boleh tak sy cakap macam ni.. sy solat takpernah tinggal. Cinta kpd Ilahi melebihi segalanya. Tapi sy suka tengok benda lucah?

    Boleh tak sy cakap mcm tu?

  39. Kpd Mohd Ali Alhasani, pendapat sy bg persoalan saudara. Mcmana doa kita nak diterima Allah andai semuanya bercampur dgn unsur haram ? Sy tanyakan kembali pd saudara Ali. Boleh begitu ? Kita sayang Allah, kita sayang Rasullulah tapi pada yg sama kita dgr dan lihat benda haram ? Adakah saudara yakin doa saudara diterima Allah ? Sayang kita pada Allah dan Rasullulah apabila kita sanggup tinggalkan yg lagha demi Allah. Itu barulah maksudnya sayang Allah melebihi segalanya. Para sahabat Rasulullah sanggup tinggalkan anak isteri demi berjuang ke jalan Allah itu cth yg kita boleh ambil. Apalah kiranya kita tinggalkan benda lagha demi nak dapatkan keberkatan Allah ? Fikir fikirkan ya saudara.

  40. Assalamualaikum. Sy dulu fanatik dgn kpop sampai mana2 pergi orang akan selitkan perkataan kpop dihujung nama saya. Tapi alhamdulillah sy berubah sikit2. Buku2, poster2 kpop yg sy ada sy bg kat org lain. atau sy buang shj. cerita korea sikit2 sy slowkan tgk. Sy busykan diri dan akhirnya takde masa nak tgk dah. Doakan sy, spy terus berhenti dgn kpop. 😀 nak berubah tu payah, tapi tetaplah istiqamah.

  41. saya cuba, walaupun susah sikit kut. sebab saya suka lagu yang lembut dan bahasa korea pun lembut .. tapi betullah, lagu2 tu selalu buat saya terkenang kat orang, dan lagu tu buat saya rasa nk bercinta.. tapi boleh saya dengar lagu pasal friendship tak? tapi drama susah sikit.. tapi saya janji saya cuba..thanks for the reminder..

  42. Assalamualaikum, saya nak tanya, kalau kita baca atau tulis cerita berunsur cinta adakah dianggap benda lagho juga? Cuma sebagai hiburan, dan bukan obses sangat. Cuma suka membaca dan ingin tahu betapa indahnya cinta selepas kahwin. Tak adalah macam couple islamik yang memang tak ada tu. Cuma, cinta selepas kahwin. Salah juga ke? Sekian, maaf saya masih jahil dalam agama sendiri :')

  43. Terima kasih utk nasihat ni. Saya akan cuba berhenti tengok kpop dan drama korea yg mempunyai unsur haram. Saya mengaku dulu saya pun prnah obses jugak dgn artis korea. tapi dlu lah. skrg saya rsa dh kurang sikit minat. Sejak mkin dewasa ni saya smakin sedar tntang keburukan kpop. Maksudnya cerita melayu pun tak boleh tngok kan? sbb crita melayu pun tak banyak beza dgn crita korea. pgang2 tgn dan peluk. Ada ssetengah ustazah ckp boleh minat kpop tapi jangan obses. nak dengar lgu kpop pun ada batasnya. okey, sekarang saya dah faham dan saya akan cuba kurangkan rsa minat saya dgn korea/kpop. kumpulan kpop saya minat yg lelaki je. yg prempuan saya tak minat lngsung.

  44. Kwn2 yg nk berubah kena ada ilmu.. kt YouTube byk ceramah agama dan motivasi … mula perbetulkan akidah (tauhid) kemudiaan tambah ibadat sikit demi sedikit dgn ISTIQAMAH .. yg penting ISTIQAMAH.. jgn berhenti separuh jln… kemudiaan belajar tasawuf (ilmu sucikn hati drp sifat kotor) spt ujub,riak,takabur.. mula2 nk berubah mmg kita akan.rasa ujub,riak dgn ibadat yg kita buat.. itu mmg perkara biasa… tp kita kena lawan selagi boleh.. jgn mengalah.. yg penting ISTIQAMAH.. selepas satu thp..ikhlas akan dtg sendiri.. masa ini buat ibadat tk kisah psl org.. hanya ingat ALLAH shj… masa inilah rasa sedapnya, lazatnya,manisnya solat , baca quran,sedekah, qiamulail… tidak bleh tergambar dgn kata2 sedapnya.. dgn sendirinya kita akan hilang minat nk tgk TV dan dgr radio ,lagu2 yg mengarut.. Allah pelihara kita.. langsung tkde minat ..dulupun sy minat tgk citer korea..rancangan hiburan,drama melayu adaptasi novel (siap record lagi) skrg langsung dh tkde.. smuanya dh dibuang tanpa rasa menyesal pun.. rasa tk rugi pun kalau tk tgk.. itulah nikmat yg Allah bagi bila kita ISTIQAMAH beribadat dan lawan nafsu selagi boleh… lagu sy masih dgr.. Islam.tk melarang pun.. apa salahnya dgr lagu ketuhanan yg berentak pop.. tgk liriknya.. lagu cinta pun sy dgr jgn dgr lagu yg asyik masyuk sepasang kekasih,peluk) cinta itu, sy ekpresikan CINTA pd Allah.. cth lagu akim dan majistret.. mewangi .. cth liriknya

    Jadikan malam ku lebih indah
    Jadikan siang ku lebih terang
    Biarkan bungaku mewangi
    Selamanya

    Selamanya
    Hati ini akan selalu memujamu
    Mencintaimu
    Seumur hidupku hanyalah padamu

    Apa salahnya expresikan lagu mewangi ini, CINTA pada Allah.. ALLAH tahu kita fikirkan siapa semasa menghayati lagu .. jaga niat kita

  45. Bila tak faham maksud tu yang lagi bahaya. Awak hanya beranggapan lagunya mengenai cintanya terhadap seorang wanita. Tapi adakah cintanya itu berlandaskan Islam? Bacalah & hadam semula entri di atas

  46. assalamualaikum ustaz
    leh beri rujukan x untuk

    Kerana itu, apabila nabi meminta agar Allah kurangkan solat dari 50 waktu kepada 5 waktu, ada para sahabat yang berkata:
    “Kalau solat itu 50 waktu pun, kami sanggup buat!!!”
    terima kasih atas perkongsian ilmu

  47. Assalamualaikum ustaz.

    Terima kasih atas entri diatas. Disini ingin saya bertanya.. Sebelum ini, saya seorang komposer muzik. Kebanyakkan bunyi serta alat muzik dalam muzik2 saya adalah dari komputer, dimana kebanyakkannya telah dirakam dari rakaman sebenar ataupun kebanyakkan bunyi atau sound preset adalah daripada program komputer. Saya hanya membuat muziknya sahaja. Tanpa suara/vokal lelaki mahupun perempuan. Ingin saya tanya, adakah perbuatan saya ini adalah dilarang dalam Islam dan apakah hukumnya saya produce serta dengar muzik2 seperti yg saya nyatakan tadi. Mohon pencerahan ustaz. Sekali lagi terima kasih. ��

    *Hamba Allah swt Yang Keliru*

  48. Assalamualaikum ustaz.

    Terima kasih atas entri diatas. Disini ingin saya bertanya.. Sebelum ini, saya seorang komposer muzik. Kebanyakkan bunyi serta alat muzik dalam muzik2 saya adalah dari komputer, dimana kebanyakkannya telah dirakam dari rakaman sebenar ataupun kebanyakkan bunyi atau sound preset adalah daripada program komputer. Saya hanya membuat muziknya sahaja. Tanpa suara/vokal lelaki mahupun perempuan. Ingin saya tanya, adakah perbuatan saya ini adalah dilarang dalam Islam dan apakah hukumnya saya produce serta dengar muzik2 seperti yg saya nyatakan tadi. Mohon pencerahan ustaz. Sekali lagi terima kasih. ��

    *Hamba Allah swt Yang Keliru*

    ((Sila balas comment yg ini ustaz. Saya lupa pasang notification utk komen yg pertama tadi. Hee. Tolong ye ustaz?))

  49. Assalamualaikum.
    Ustaz, sya nak brtnya mengnai plbgai jns hiburan yg umat Islam asyik enjoy pd msa kini. Sebagaimana yang ustaz thu, zaman ni manusia lalai sgt dgn hiburan yg mengasyikkan. Kt sini sya nk tnya beberapa soalan…(Soalan bdx x mtg lagi)

    Apakah penjelasan ustaz brdsrkn soalan sya ni?

    1) Hiburan dari sudut gambar?
    – Contoh, lukisan manusia 2D-3D.

    2) Hiburan dari kartun anime?
    – Contoh, anime Shingeki no Kyojin, Ao Haru Ride, Fairy Tail dan Akame ga Kill theater.

    3) Hiburan dari sudut komik?
    – Contoh, Lawak Kampus, Pasal Meow, Komik Cinta, Komik Lwn2, Komik Lucah & Komik Islamik.

    4) Hiburan dari sudut movie kanak2?
    – Contoh, Frozen, How to Train Your Dragon, Wall-E, Hotel Transylvania, Barbie dan Tinker Bell.

    5) Hiburan dari sudut bhn bacaan?
    – Contoh, Novel Cinta (English book – BF&GF dan LGBT), Buku Fantasy, Fiksyen, Vampire dan Supernatural.

    6) Hiburan dri sdut kartun show kt tv?
    – Contoh, Boboiboy, Upin & Ipin, Hagemaru, Maruko Chan dan Ultraman.

    #Setiap hiburan tu ada genre2 trtentu…. So, sya nak tahu apa kita boleh buat selain mlkukn hburan agama?

    #Diharapkan ustaz dapat memberikn penerangan, kesan dan pndangan ustaz.

    #Ustaz blh tlg explain brkaitan dgn society kt dunia ni?

  50. Assalamualaikum. Kenapa ustaz tak jawab semua persoalan di atas? Mohon ustaz dapat jawab sebab ramai yang keliru termasuk saya…

  51. Assalamualaikumm, ustaz saya ingin bertanyakan tntg lagu yg saya dgr. Jika lagu ini unsurnya mcm lagu yg ada di kelab malam adakah ia salah? Maksud saya seperti lagu dj, EDM dan yang seangkatann dgnnya. Dan satu lagi, jika lagu orginal tersebut ade unsur yg tidak elok dan saya mendengar lagu yg telah diubah? Adakah lagu yang diubah itu ade kene mengenanya? Padahal lagu ini telah dibuang unsur yg tidak elok. Saya harap saya bakal menerima jawapan^^

  52. Assalamualaikum Ustaz, macam mana pulak dengan muzik2 seperti heavy metal, punk, rock dan yang sewaktu dengannya, asalkan tiada unsur2 haram seperti yang tersebut dalam artikel?

  53. Salam.. Nak tanya.. Adik-beradik saya jenis yg minat k-pop.. Time kecik2 un sme.. Smpai gduh2.. Tpi, ble dah naik form 3 tu sye terfikir.. Buat ap kita adik-beradik gduh because of non-muslim?? tak logik kan?? Tpi alhamdulillah, ble sye ckp mls nk gduh sbb artis k-pop ni diorg pun terbuka dn sme2 ckp penat sbb bende remeh mcm ni.. But, kteorg still minat k-pop.. Tpi sye dah slowdown kan sye punye minat k-pop dan naikkan minat dekat buku.. sye tau yg k-pop ni haram from my bff.. die pun ske k-pop jgk.. lps die bce this blog die buang lgu2 kpop yg ade kt hp die.. Then, die trgkn kt sye ttg kpop ni..ble tau maksud lgu2 korea yg dh translate in english.. bru sye tau yg die mmg unsur kebebasan.. tulah yg sye nmpk first..drama lngsung dah tak lyn..

    Sorry pnjang.. Kiteorg ni ske menari ikut lgu tu.. just at homelah.. tak delah bwk keluar.. tu pun salah jugak ke?? Sbb my sis ckp yg menari ni jugak merupakan exercise jgk.. bleh ke?? hingga sekarang.. amat memerlukan penjelasan..

  54. Assalamualaikum Ustaz ; saya teringin sgt sgt nak berubah ustaz ; tapi saya rasa macam selalu sangat dihalang untuk jadi org yg baik ; saya sedih ustaz sbb saya dihalang untuk berubah dan tak de org sokong saya ustaz ; saya cuma nk tegakkan kebenaran ustaz ; persekitaran saya di sekolah boleh kata semua org kpopers ; dan rasa susah sgt nk keluar dari dunia diaorg .. saya takut terpengaruh ustaz.. ustaz ade tips tak supaya saya tidak mudah terpengaruh .. saya takut saya terjebak sekali dalamdunia kpopers yg bagi saya mmg haram .. Kalau hukum dah kate haram .. kenape nk nafikan .. saya tak nak masuk neraka uataz .. tolong saya 🙁 :(:( 🙁 🙁 dekat sekolah saya sume org kpopers and diaorang hina , diaorg keji diaorg benci org yg banyak ilmu agama nie .. saya mintak pendapat ustaz ….

  55. assalamualaikum ustaz,kalau kita ni minat kpop tapi kita x tau pun maksud lagu yg dorang nak smpaikn? x pa ke kalau cm tu??kita x tau pun yg lagu dorng tu ada unsur x baik

  56. assalamualaikum,

    terima kasih atas artikel yang amat menyentap jiwa. rasa mcm terlalu banyak dosa yang dilakukan selama ini. doakan saya semoga allah mempermudahkan saya untuk berubah ke arah kebaikan dengan meninggalkan menonton drama2 dan mendengar muzik yang melalaikan.

  57. Assalamualaikum , kalau kita dgr lagu kpop atau lagu barat tu hanya utk bersenam , macam nak menaikkan semangat utk terus bersenam tanpa mengamati lirik2 lagu tu atau hnya dgr muzik yg agak strong tanpa suara . Jelaskan 😀

  58. Assalamualaikum wbt… sya mmg xminat dgr lagu korea dan lain2… sya hanya suka doa taubat dan lagu melayu lama… lagu lama itu ada dikaitkan dgn cinta… adakah slh sy dgr? harap dijawab kerana sy ingin tahu… dan sy juga suka lagu remix sy dgr waktu bersenam dan bina badan sahaja, adakah salah juga?

    dan juga kepada komen yg menafikan artikel ini, sy hanya menasihatkan supaya dgr kata org yg lebih berpengajaran, jgn terlampau ego, moto ego xpa… Benda dh haram, haramlah! yg nk menafikan lagi tu kenapa? walaupon belajar sampai phd pon klau x bljr bab agama adalah secetek pengajaran…

  59. assalamualaikum ustaz,saya nk tanya…kalau lagu kpop ke inggeris ke melayu ke yang tiada unsur seks,couple,syirik bagai tu boleh ke dengar?Sebab yang saya tau yang haramnya hanyalah lirik lagu yang ada unsur di atas dan melihat video muziknya je kan?Sebab ada 1 grup kpop ni lagu dorang kebanyakannya pasal kehidupan,keremajaan,persahabatan…Saya tanya je,kalau tak boleh takpe…harap reply ya ustaz.

Leave a Reply to mutiara srikandi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan