Niqabis Yang Tertipu?

Pada suatu hari..
Di tempat yang berbeza namun pada waktu yang sama..
Seorang ‘Niqabis’ dan seorang Muslimah bertudung labuh (tidak berpudah) mengambil gambar masing-masing dalam gaya selfie. Kalau nak nampak kelainan sikit, ambil gambar dari posisi lain tapi tidak mengadap kamera. Bajet artis gitu.
Namun mereka berdua tidak mengenali antara satu sama lain.
Tetapi mereka mempunyai keinginan dan hasrat yang sama..
Apa dia?
Upload gambar selfie dan bajet artis dalam facebook mereka berdua.
Niat mereka berdua juga sama. Ingin ‘berdakwah’ kepada kawan FB mereka yang tidak menutup aurat supaya tergerak hati untuk menutup aurat. Namun mereka tersilap langkah dan cara. Mereka sangka dunia ini penuh dengan lelaki soleh menunduk pandangan sampai langgar tiang.
Selepas upload dalam FB, mereka pun terus membuat profile picture.
Tidak lama kemudian, muncul sang buaya berwajah ala-ala ostad atau sang buaya yang berwajah bukan ostad pun, dalam ruangan komen mereka berdua.
Apa yang sang boya ini komenkan?
“Subhanallah! Cantiknya ciptaan Allah..”
“Wanita adalah seindah perhiasan dunia. Teruskan istiqamah wahai mujahidah.”
“Wah, sejuk perut ibu mengandung. Boleh masuk meminang ni. HEHE.”
Dan lain-lain komen (korang letaklah sendiri apa yang anda rasa nak letak).
Tidak lama kemudian, si niqabis dan muslimah ini pun membaca komen-komen sang boya ini. Lalu mereka tersipu-sipu malu (konon). Lantas membalas di ruangan komen ;
“Thanks.. :) “
“Ini semua milik Allah.. ana hanyalah hambanya..” (pehh ayat..)
Akhirnya tertipulah seorang Niqabis dan Muslimah ini di alam maya.
Strategi sang boya itu tidak berhenti setakat di situ saja. Lalu dia mulakan langkah seterusnya selepas mendapat respon di ruangan komen. Apa yang sang boya ni buat? Mereka pun mulalah berduyun-duyun PM inbox si niqabis dan muslimah tersebut dengan mesej,
“Selamat berkenalan.. :) “
Kalau yang tahu bahasa arab ciput, akan inbox ;
“Salam ukhuwwah fillah. :) “
Dalam riwayat lain, ada tambahan, “abadan abada.. :) “
Gedengang.. Jatuh kerusi beta..
PERHATIAN! Aku tak stalk okay. Aku nampak di newsfeed. Peluh kecil
Salah Siapa?
Pernah jumpa situasi-situasi di atas? Mungkin ada yang tidak pernah. Realiti yang menakutkan. Sangat menakutkan. Sebenarnya perkara ni dah banyak dibincangkan di status facebook, group-group, halaqah, usrah, seminar, buku (eh?), dan apa-apa jualah. Banyak kali dibincangkan.
Tetapi semakin meningkat pula peratusan isu ini berlaku. Saya tahu dan yakin, TIDAK SEMUA golongan ‘niqabis’ dan muslimah tudung labuh buat perkara di atas, tetapi kerana sedikit yang buat itu akhirnya mencemarkan nama ramai orang yang tak buat. Kesian juga.
Sebelum itu, saya nak MINTA MAAF atas beberapa perkara. Apa dia?
1)    Minta maaf Jika istilah “niqabis” dan “Muslimah tudung labuh” macam offensif dan tidak menyenangkan kepada kau. Saya tiada istilah lain untuk menggambarkan mereka. Ini saja istilah yang muncul dalam minda saya.
2)    Bab kali ini mungkin sekali baca nampak tegas dan keras. Kenapa tegas? Maaflah. Sudah penat berlembut. Ramai orang berlembut, tetapi kurang yang bertegas. Walau tulisan ini sedikit tegas, tetapi saya langsung TIDAK mencarut pun.Langsung TIDAK. Cuma nada tegas sahaja, harap jangan salah faham walau hati tisu. Kalau nak kata ia tak berhikmah, terpulang. Yang penting, saya tidak sebut nama sesiapa.
3)    Nak marah dan sindir? Terpulang. Saya tidak paksa kau terima. Tetapi saya nak kau fikir sedalam-dalamnya sahaja.
4)    Terasa? Kalau terasa, fikirlah 20 kali atau lebih. Kalau tidak setuju, boleh buka bab lain. Kau pun tidak rugi apa-apa insyaAllah. Kalau mengumpat, rugi juga pahala.
5)    Untuk pengetahuan, saya TIDAK TUJUKAN kepada semua niqabis begini. Ini segelintir kecil saja yang buat masalah sebegini. Biasanya baru nak “up”. Dan saya juga TIDAK menghukum sesiapa pun terutama niat seseorang. Bukan nawaitu ya, nawaitu maksudnya “sahaja aku”.
Lagipun ini tulisan umum, saya tidak sebut nama sesiapa pun. Siapa makan cili, dia terasa pedas. Yang tidak buat macam ini, tidak perlu nak marah, melenting, menggelabah dan sebagainya. Rilek, dan tenang. Baca bab ini sambil minum air hot chochlate. Betul-betul padu.
Tarik nafas. Berbalik semula kepada perbincangan. Persoalannya, salah siapa sebenarnya? Salah lelaki atau salah perempuan? Jawapan saya, salah orang yang buat salah, tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan.
Yang pertama adalah salah lelaki yang bersalah sebab kau tidak menundukkan pandangan kau. To be precise, sebenarnya bukan kau saja, bahkan termasuk saya sekali. Kita sebagai lelaki WAJIB tunduk pandangan, begitu juga perempuan wajib tunduk pandangan.
Allah berfirman ;
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan (menjaga) pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan (menjaga) pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; …..”
(Surah An Nur 24:30-31)
Dalam ayat ini, yang menariknya Allah tegur lelaki terlebih dahulu sebelum perempuan. Secara realitinya hari ini, antara punca utama berlaku penzinaan adalah sebab lelaki yang tidak tundukkan pandangan. Tunduk pandangan ini bukan maksudnya kau jalan sampai langgar tiang.
Dari sudut bahasa, البَصَرِ غَضُّ (gadh-dhul bashar) maksudnya menahan, mengurangi atau menundukkan pandangan. Ia berasal dari kata غَضَّ yang bermaksud كَفَّ (menahan) atau نَقَصَ  (mengurangi) atau خَفَضَ (menundukkan).
Menundukkan pandangan bukannya kau tutup mata atau tundukkan kepala menghadap ke tanah saja. Sebab itu bukan yang dimaksudkan, dan in fact semua orang tak boleh buat. Tundukkan pandangan yang dimaksudkan adalah MENGAWAL pandangan. Kau jaga pandangan kau dari perkara yang haram. Kata seorang ulama’,
Barangsiapa menjaga pandangannya, cahaya Allah menerangi penglihatannya(akal) dan hatinya.”
(Tafsir Ibnu Kathir Tahzib wa Tartib Surah An-Nur)
Kebiasaannya, lelaki sukar menjaga pandangan lagi-lagi kalau nampak perempuan cantik. Allah tahu sifat hamba-Nya, dan antara sifat lelaki ini adalah matanya LIAR. Malah sebahagian lelaki boleh “screening” perempuan. Mungkin sebab itu Allah menyuruh golongan lelaki TERLEBIH DAHULU untuk menundukkan pandangannya sebelum perempuan.
Tetapi inilah perkara yang paling sukar dilakukan oleh kita. Susah sangat. Tetapi kalau dah berjaya buat, rasa gembira sangat. Kan?
Yang kedua adalah salah perempuan yang bersalah sebab perempuan antara pemula kepada zina. Dengan kata lain, perempuan juga boleh menyebabkan lelaki tidak tunduk pandangan.
Bayangkan seorang perempuan, pakai seksi tahap kritikal, gelang kaki berbunyi, kasut tumit tinggi 5cm, rambut beralun ditiup bayu sambil warna perang penyapu, jalan macam model planet, dan lalu di depan sekumpulan lelaki. Dan kau perempuan, beranggapan bahawa lelaki tidak akan pandang perempuan seksi itu?
Hello.
Hanya lelaki yang beriman di akhir zaman dan berpegang pada ayat Allah seperti di atas sahaja yang tak akan pandang banyak kali. Tetapi at the first place, mesti akan pandang. Imam muda ke, pencetus ummah ke, daie millenia ke, tok imam ke mesti akan sangkut punya.
Mungkin itu hikmah Allah beri keringanan bahawa pandangan pertama boleh, pandangan kedua di haramkan. Kalaulah pandangan pertama sudah haram, mahu berdosalah kami sebagai lelaki hari-hari. Rasulullah sebut,
“Wahai Ali! Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan pertama, adapun yang berikutnya tidak boleh.”
(Riwayat Abu Daud)
Nasihat Ikhlas Dari Saya
Golongan niqabis dan muslimah tudung labuh atau mana-mana muslimah sekalipun TIDAK perlu SELFIE sana sini, posing sana sini, buat gambar acah-acah malu tutup muka hidung telinga bagai semata-mata kononnya nak “dakwah” perempuan lain supaya tutup aurat dan pakai niqab juga.
Ataupun bergambar dan berposing sana sini pegang pedang, kuda, unta, tapir, teletubies atau segala bagai punya posing untuk bagi “inspirasi” kepada perempuan lain supaya tutup aurat.
Atau trend sekarang ada golongan “niqobis hipster” atau “muslimah hipster” acah-acah pakai purdah tetapi ada bling-bling bagai seolah menarik perhatian orang. Ada sebahagian itu pakai niqab, tetapi niqabnya buat gaya macam rambut nak tutup mata sebelah. Saya pun tak tahu apa nama fesyen tu. Dengan alasan kononnya nak beritahu golongan niqabis ini tidak ketinggalan zaman dan up to date.
Itu belum lagi yang pakai celak sampai 5 inchi, maskara lagi, blusher tebal macam shin chan, dan.. dan… ah kau sebutlah sendiri.
Aduh… Liciknya tipu daya Iblis.
Kau tak perlu buat semua tu. Kau pakai purdah, tudung labuh semua itu, tujuan utamanya nak “sembunyikan diri” daripada dipandang bukan mahram. Kalau lelaki pandang kau pun, lelaki rasa MALU untuk kacau, komen, atau private message pada kau.
Tetapi sayangnya, kau hanya akan buat sebahagian lelaki yang so called acah-acah “alim” dan “warak” terpesona lalu mereka pun komen atau inbox,
“Subhanallah. Cantiknya ciptaan Tuhan. Moga istiqomah ya. Salam ukhuwwah fillah abadan abada birohmatikaya arhamar rohimin yahanana takbir! Allahu Akhbar!”
Kau jangan tipu diri sendiri. Kau mungkin boleh tipu saya dan orang lain bahawa kau tak nak menunjuk, kau ikhlas nak berdakwah, dan sebagainya. Tetapi NIAT tidak pernah menghalalkan CARA. Kalau niat nak ubah orang, tetapi dalam masa sama kau langgar syarak, ia tetap salah walaupun niat itu kononnya nak ubah orang.
Tindakan kau mungkin hanya akan buat sebahagian lelaki dan perempuan lain meluat dengan perempuan berniqab dan muslimah tudung labuh lalu mereka mengumpat dan menjauhi kau. Tetapi kau pun mengumpat balik mereka dengan ayat,
 “Dakwah kita berjaya. Orang hati gelap memang tak suka kebenaran. Kita bersabar ya ukhti menghadapi mehnah dan tribulasi ini.”
Aduh.. Two wrongs do not make a right!
Jadi sebenarnya apa perlu kau buat untuk sampaikan dakwah tentang menutup aurat itu indah? Atau nak sampaikan yang pakai niqabis ini bukan syiah atau ektremis? Mudah sahaja. Kau tidak perlu pun selfie wefie atau posing acah-acah comel, malu bagai. Tetapi apa yang perlu kau buat adalah ;
1)    Kalau kau adalah PELAJAR, jadilah pelajar paling CEMERLANG di sekolah, kolej atau universiti kau. Kalau pelajar aliran agama, dapatkan MUMTAZ atau at least JAYYID JIDDAN dalam keputusan peperiksaan.
Buktikan kepada semua orang yang walaupun tutup aurat sempurna dan berniqab, kau mampu menjadi pelajar yang paling cemerlang, dan pertolongan Allah ada bersama kau kerana usaha kau nak tutup aurat dengan sempurna dan menjadi qudwah[1] kepada orang lain.
Barulah insyaAllah ramai orang akan terinspirasi nak follow kau. Kalau ada rezeki, bahagian pentadbiran kolej atau kampus boleh bagi sokongan dan kebenaran lagi kepada golongan yang berpurdah. Haa, pahala melimpah ruah malah moga kau turut dapat pahala kesan dari orang lain yang dapat inspirasi untuk memilih menututup aurat dengan sempurna.
Haa cenggituh. Tiadalah wujud so called “penindasan admin kepada golongan purdah.”
2)    Kalau kau adalah PEKERJA, jadilah pekerja yang paling CEMERLANG sama ada dari segi sikap, cara kerja, tanggungjawab, amanah dan sebagainya. Jadilah pekerja yang paling ramai orang hormat, kagum dan segan dengan kau. Mereka kalau tak suka pun, paling jauh mereka hanya mengumpat belakang saja. Itupun takut-takut nak umpat.
Buktikan bahawa golongan yang menutup aurat dengan sempurna ataupun yang memakai purdah ini adalah golongan yang berjaya dan cemerlang. Tutup aurat bukan penghalang untuk menjadi mukmin ‘abid[2] yang professional.
Barulah ramai nak ikut macam kau. Tutup aurat sempurna dan jadi pekerja muslim cemerlang. Haa camtu.
3)    Kalau kau mengaku seorang MUSLIMAH, tinggikanlah “frekuensi” MALUkau itu. Saya tak kata haram upload gambar secara mutlak, tetapi rasalah malu nak upload sambil posing gedik, menarik perhatian, acah-acah comel dan sebagainya. Nak upload pun biarlah formal.
*******
Nak buat sesuatu itu bukanlah sekadar berpandukan fatwa, tetapi mesti juga berpandukan TAQWA. Ya taqwa. Maksudnya, fatwa mungkin kata makruh, tetapi kalau kau lengkapkan dengan taqwa, kau akan tinggalkan ia.
Perempuan yang tahu malu, TIDAK SEMESTINYA TAK MENONJOL di sekolah, kolej, universiti atau di tempat kerja sekalipun. Kalau kau ada bakat, masuklah debat, pidato, jadi ketua atau pengarah program yang hebat, designer, wakil pelajar perempuan sampai peringkat antarabangsa dan sebagainya.
Dalam masa yang sama, kau boleh jadi inspirasi dan sebarkan dakwah secara qudwah dengan beritahu bahawa dengan menutup aurat pun boleh pergi jauh.
Tetapi JANGAN masuk nasyid kalau ada audiens lelaki. Kalau tertutup dan hanya audiens perempuan tiada masalah. Ini bukan semata-mata fatwa, tetapi secara jujur sebagai seorang lelaki, suara perempuan menyanyi boleh menggetarkan iman dan “jiwa” lelaki.
Sebab itu saya secara peribadi mengharamkan diri saya sendiri untuk mendengar perempuan menyanyi, walau hanya dalam radio. Ini bukan masalah lemah iman, ini memang nature lelaki.
Malu TIDAK semestinya bersembunyi. Tetapi biasanya yang selalu bergambar gedik, manja atau posing sana sini macam nak minta like ribu-ribu kemudian upload atau post gambar di public biasanyalah memang kurang malu atau tidak tahu malu. Biasanyalah.
Tak kisahlah sama ada kau free hair, pakai tudung bawal biasa atau labuh atau berpurdah sekalipun. Kalau simpanan PERIBADI tiada masalah. Nak terlentang ke, terbalik ke, masuk gaung ke itu kau punya gambar dan terpulang. Tetapi untuk simpanan peribadi atau untuk yang mahram kau saja. Buat apa tayang gambar kau pada seluruh dunia.
Kau nak tunjuk apa sebenarnya?
******
 
Wallahi, ini serius nasihat ikhlas dari saya. Kau nak mengamuk dan melenting dengan alasan,
“Tuu ramai je kat luar sana tak tutup aurat. Siap free hair dan warnakan rambut lagi. Apehal tak nak tegur mereka?”, ini jawapan saya pada kau.
Jangan nak tuding jari pada kesalahan dan dosa orang lain. Dosa mereka itu memang dah suatu dosa pun. Tak perlu untuk saya tegur, Allah sendiri dah tegur dalam al Quran. Rasulullah pun dah tegur dalam hadis yang sampai pada kita sejak lebih 1400 tahun lamanya.
Dosa mereka TIDAK MENGHALALKAN kesilapan atau kesalahan yang kau dah buat. Kesalahan kau adalah kesalahan kau, dan kesalahan mereka adalah kesalahan mereka. Setiap orang ada kelemahan dan kesalahan termasuk saya yang menulis ini. Kalau saya salah, tolong tegur saya.
Tolonglahh. Dan akui kesalahan dan kelemahan diri, serta berubahlah. Tak perlu nak update status Facebook, Twitter atau instagram bagai. Mengumpat adalah dosa besar, yang mana hidup kau tidak akan tenang selagi tak minta maaf sampai jadi mayat.
Saya tegur bukannya nak menghina kau. Kalau nak menghina baik saya mengumpat, buat status Facebook, Twitter atau instagram yang menghina dan mengutuk atau tulis bab ini penuh dengan kebencian, caci maki, label kau syiah, ektremis dan sebagainya. Tetapi saya bagi nasihat sungguh-sungguh, malah bagi cadangan solusi untuk kau lagi.
Untuk pengetahuan, kau semua bawa IMEJ AGAMAtahu. Apa yang kau buat, sebahagian masyarakat akan anggap itulah AGAMA walaupun kau langgar syarak sekalipun. Ya, walaupun kau langgar syarak sebab RAMAI masyarakat masih lagi jahil atau kurang faham tentang kefahaman agama walaupun mereka muslim. Jangan anggap semua orang bijaksana sini.
Ingat, kau bawa IMEJ AGAMA walaupun kau BUKAN pelajar aliran agama. Pelajar aliran agama apatah lagi, mestilah kena jaga 2 kali ganda sebab kau belajar asas Islam.
Dr Yusuf Qaradhawi ada sebut dalam bukunya tentang taubat, orang yan g membawa imej agama atau menjadi qudwah kepada masyarakat, kalau buat dosa kecil secara terang-terangan tanpa malu malah BANGGA dengan dosa yang dibuat, boleh dapat dosa yang BERGANDA malah menjadi dosa besar. Sebab apa?
Sebab masyarakat akan menganggap bahawa dosa dan kesalahan yang kau buat itu adalah BETUL dan sebahagian daripada agama atau syarak. Ahh, nak tulis lagi panjang-panjang nanti kau makin downpula.
Sebenarnya kau pun tahu perkara ini, cuma kadang-kadang kau terlupa saja. Kalau dah tahu salah, akui kesalahan dan bertaubatlahpada Allah. Sebab Allah maha penerima taubat. Allah sayang kita semua, dan Allah nak kita kembali padaNya. Dan Dia juga tak nak kita menjadi fitnah untuk agamaNya.
Saya tegur ini bukan nak ‘win’ atau publisiti, tetapi betul-betul nak kau fikir 20 kali sebelum buat sesuatu.
Wallahu’alam.

[1] Qudwah = Teladan
[2] ‘abid = ahli ibadah
Moga Allah redha.
p/s: Tukarlah profile picture. Tak payah letak gambar korang. Keselamatan terjamin, pandangan lelaki pun sejahtera. Jangan sampai tertipu lagi sudah.
Aman tanpa perang.
 
Untuk pengetahuan pembaca, ini adalah salah satu BAB daripada buku Aku Bukan Malaikat tulisan Shukery Azizan yang alhamdulillah sudah ada di pasaran. Boleh dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran korang.
Semoga bermanfaat :)
p/s : Dapatkan E-Book tulisan Shukery Azizan yang bertajuk “Kisah Wanita Di Dalam Al-Quran” hari ini juga. Klik di sini untuk dapatkan segera : >> KLIK DI SINI <<

35 Responses

  1. sisters yg mencari keredhaan semua, jaga lah kehormatanmu. jaga lah wajahmu dari menjadi tatapan sang lelaki. hadirkan lah sifat MALU dalam diri kamu terhadap ajnabi. – sang lelaki yang lemah menjaga pandangannya terhadap muslimah tudung labuh.

  2. Assalamu'alaikum…

    Saya suka akan cara Tarbiah Sentap menegur niqabis dan muslimah yang bertudung labuh… Bagi saya teguran ini adalah untuk kebaikan semua pihak juga.. Saya hargai atas nasihat ini… Semoga Allah memberkati dan merahmati penulis blog tarbiah sentap ini.. Semoga terus sukses dalam berdakwah!

  3. Hahaha. Terbelahak aku. Ada nakal, ada input.

    Wei ko boleh try install apps ads block kot jadi.

    Porno block ada gak. Cari kat extension google.

  4. Bro, bagaimana nak jawab kalau ada perempuan kata
    "Alah, lantak akulah selfie bagai. Lelaki pun kuat semacam je selfie takpe pulak!"

  5. Saya sokong entri ni! Memang ramai sgt pompuan yg bajet ayu di Instagram biasanya.. Yg selalu selfie, ootd, dan paling tak boleh blah..tak nak tayang muka tapi pi letak gambar bhgian dada. Hahahah!! Pikir mcm lelaki x pandang bab dada! Bajet x nak nampak muka dilihat ajnabi lah ktakan. Lagi satu, yg paling mcm beng*** sikit selfie bnyk2 dpt likes yg bnyk dan komen pujian palsu bnyk2. Mmg naik lemak lah si org ni nk post gmbr bnyk2.. Sekian

  6. tapi dalam hidup prmpn niqab ni penuh dgn penipuan sampai sanggup menipu org ramai dengan kaburkan mata org lain dgn berpakaian alim, pakai niqab and so on.yg tu lg teruk dr selfie.mendatangkan fitnah besar jgk. saya ingatkan dia dah menyesal lps pki niqab tp still bergelumang dlm dosa. berpegang tgn dgn bkn muhrim sbb mengaku kat org lain laki tu suami dia. laki tu pun sama bajet alim pki songkok.diorg mengaku sbgi suami isteri…huh!
    btw,selfie or menipu lg teruk??? curious!!!

  7. Salam. Pertama, saya lelaki bukan dua alam. Sama mcm sdr ahmad shukery jgk. Dn saya berkongsi kebimbangan yg sama dgn trend anak muda skrg. Lelaki.Perempuan. Tp saya kira, kita yg menegur ini juga perlu mengawal diri. Lalu kita juga tertipu dgn keghairahan kita utk bercakap ttg semua perkara dgn sentimen yg kurang adil. Contoh : at the first place, mesti akn pandang. Imam muda ke, pencetus ummah ke, daie millenia ke..MESTI akan jem punya. MESTI? Maaf, saya rasa, itu prejudgement tanpa sedar hasil sentimen dn ghairah menulis, tanpa sedikit pun menidakkan hakikat para asatizah kita ini bkn maksum.Perasan tk bila kita berbicara ttg aurat, ttg fitnah media, subjek lebih tertumpu kepada wanita. Tdk islamic, berdosa besar, perlu kempen bsr2 ran, dn gambar2. Which is true enough. Cuma yg lelakinya mcmana? Ada artikel pjg lebar pasal aurat lelaki? Kempen menutup aurat utk lelaki? Ada, tapi saangat kurang. Hanya atas alasan..hukum aurat lelaki ada ikhtilaf mazhab. Dan bersungguh2 membuang suggested friend (yg bkn kita pun yg request letak) muslimah yg bertudung labuh dn berniqab? Just fine. Cuma tidakkah ianya semacam terlalu berlebih2 dalam menjaga agama? Peace no war.

  8. Assalamualaikum. Pendapat aqhi bagi mereka yang menggunakan gambar yang hanya mnampakkan badan. I mean . hanya mnampakkan paras leher hgga kaki tmpa mmperlihatkan wajah.. Adakah sama dengan ap yg aqhi cuba smpaikan dlm entry ini.

  9. Saya salah seorang . Ye . Saya tak nafi . Memang certain niqabis suka ambil gambar . Saya pn tapi x selalu . Cuma klw terasa nak bergambar tu sye bgambar sensorg je . Klw nak masuk dlm gmbar org lain , rasa malu pulak . Dan x tipu . Mmg sye ade je upload . Yahh . Sye upload gmbar yg muka nampak biasa takpun yg macam bengis sikit supaya lelaki tak berani nk puji . And action paling drastik adalah bila klw sye upload dan ada org puji sperti di atas tu , memang membara hati saya . Membara sangat ! Satu sebab saya tak layak dipuji . Bagaimana seorang hamba Allah boleh memuji hamba Allah yg lain . Kenapa tak puji Allah !! Dua , ini bermakna si pemuji tu memang tilik gmbar sye . So tindakan drastik sye bila jd mcm tu adalah DELETE . Jujur , sye agak malu bila lelaki puji sebegitu . Malu dgn diri sdiri , mlu dgn Allah . Sdgkan Allah yg patut dipuji , tp sye dh mnyebabkan seorang lelaki memuji hamba Nya bukan Allah itu sendiri .
    Jadi sekarang klw sye upload , sebolehboleh sye pertimbagkan .
    Tapi ada certain masa , nafsu masih menguasai T-T .
    Allahu akbar . ��������

  10. Suka sangat cara tarbiah sentap bagi nasihat dan ajaran ni..straight to the point jer..terus berbekas dlm hati dan kitorang pun terus nak berubah..

  11. Perlukah? Media sosial semue ni…harus jika die bermanafaat…kalau dah terang terangan ianye menjemput dosa…why not…buangkan jer…(sentaap tahap gaban)

  12. So prmpuan lebih baik x yah upload gambar kt media social lagsung? Brdsrkan artikel sy tahu ade hukum harus, haram, makruh n lebih baik tu..so mestilah nk ikut yg lebih baik iaitu x yah upload lgsung di media social..tp kalau kita just upload utk berkongsi aktiviti kita buat n update program brmnfaat yg kita hadir kat kawan2(laki prmpuan) x boleh ke? Kdg2 dari situ jgk kita dpt info or dpt tahu program yg kita bleh join akn dtg which is good ape..Laki pun sama jgk upload gmbr bajet retis n hansome2,prmpuan pun sama jgk ade prasaan2 suka camtu why precise kt prmpuan je? Yg pnting kita pndg sesuatu tu dgn positive, jgn pikir ikut hawa nafsu sgt..disebabkn hawa nafsu manusia yg x bleh control, pihak lain plak yg jd magsa n kena ubah cara hidup..so gmbar2 muslimah beraktiviti n berprogram boleh x nk upload? Ke mcm mana..

  13. Neraka kan ditutupi dengan perkara yang indah2 kat dunia ni. Mahal tu syurga tu.. buatlah pilihan. Jangan ikut nafsu.. lelaki ke perempuan ka.. dunia ni bukan tempat nak bermimpi ysng indah2. Wabs.

  14. Lelaki sekarang jadi macam seperti di atas sebub 24 jam memikirakn tentang perempuan.
    Berfikir tentang perempuan sudah menjadi hobi lelaki tersebut.
    Cuba fikir tentang lain.
    Contohnya saya, saya minat bidang ketenteraan. Jadi saya sentiasa memikirkan tentang ketenteraan.

    Perempuan itu bersifat lemah lembut dan manja. Kalau ada perempuan tetiba manja – manja dengan anda. Memang akan terdetik perasaan gembira di hati. Tapi, cuma abaikan. Paling senang cuba buat "bodo". Seperti perkara tersebut tidak pernah berlaku. In Sya Allah berhasil.

    Semoga Allah merahmati masa hidup kita semua.

  15. Lumbrah perempuan mahu kelihatan comel dan menarik. Berpakaian cantik, selfie dan memuat naik ke laman sosial dan lain – lain. Tapi ada kalangan mereka melampaui batas. Kita sebagai lelaki nak menegur perempuan yang melampaui batas. Mulakan dengan keluarga dan seterusnya. Mulakan dari perkara kecil. Sedikit demi sedikit.

    Bab penggunaan media sosial.
    Tak perlu sampai nak extremis padam akaun laman sosial.
    Tapi kalau berkehendak? Dipersilakan.
    Kepada yang masih menggunakan laman sosial.
    Kawal penggunaan anda.
    Media sosial seperti "Facebook" sangat berguna untuk mendapatkan berita terkini.
    Seperti contoh semasa kehilangan MH370 dan kes MH17 ditembak jatuh. Saya mengetahui perkara itu pada malam itu juga melalui penggunaan laman sosial.
    Laman sosial mempunyai pelbagai fungi yang positif. Jadi, kenapa kita tumpu kena perkara negatif? Sebub kita yang nak.
    Bukan orang lain. Hanya sebub kita. Kita sendiri.

    Semoga Allah merahmati masa hidup kita semua.

  16. Assalamualaikum,

    saya ada sorg kawan yg macam ni.. saya tatau nak tegur macam mana? dia sering hiking dgn lelaki2 dn hanya beberapa sahaja perempuan..berselfie dgn lelaki.. lps tu tulis ayat yg acah2 alim tu.. hmm

  17. Saya suka pakai tudung labuh tapi perangai saya tak serupa orang yang pakai tudung labu.. perlu ke saya tukar tudung pendek or free hair je trus?

  18. Ya Allah adik jgn fikir pendek.ubah sikap bkn ubah tudung kamu.gagal xbermakna selamanye gagal.setan xpernah putus asa menyesatkan umat manusia jadi mengapa kita perlu putus ASA memperbaiki sikap kita?

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan