Nak Pilih Jemaah apa?

 
Isu perbezaan Jemaah, isu banyaknya Jemaah, isu wujudkan Jemaah baru sedangkan Jemaah sedia ada masih ada, dan isu-isu yang berkaitan dengannya amat-amat ramai orang pening, salah faham, tak faham dan akhirnya (akibat tak faham isu ni sebaiknya), timbullah perpecahan, rasa tak puas hati pada Jemaah lain, benci Jemaah lain dan yang sama waktu dengannya.
 
Isu ni sangat hangat. Ramai di kalangan kita sering bertelagah kerana kita tak faham isu ni sebaiknya. Bila tak faham isu ni, kita akan sentiasa berhadapan dengan Jemaah lain dengan pelbagai persangkaan yang buruk. Hatta benda baik yang Jemaah tu buat, still di anggap buruk. Syeikh, mana boleh macam tu syeikh…Comel sangat tu syeikh.
 
Sometimes, isu ni menyebabkan ukhwah yang ada hancur, ikatan yang terbina terputus begitu sahaja. Hidup kita takkan aman, rasa macam ada benda tak kena, stress memanjang, dada sempit, dengki dan benci membuak-buak dan lain-lain.
 
Atas faktor ni lah, saya terdetik untuk hurai sikit bab-bab beza Jemaah ni.
 
“Nak pilih Jemaah apa?”
“ Nak ikut Jemaah mana? “
“Kenapa banyak sangat Jemaah ni?”
“ Apa beza Jemaah ni dengan Jemaah tu? “
“Kenapa tak gabung je semua?”
“Argh!! Malas aku nak ikut Jemaah-jemaah ni. Baik aku dakwah sorang-sorang. Settle!”
 
Anyway, saya akan hurai secara santai tentang benda ni insyallah. Ada beberapa benda penting yang saya nak ketengahkan supaya semua faham, dapat point dan tak pening. Rilek sudah.
 
1)Kefahaman asas dalam kepelbagaian Jemaah.
2)Kenapa kena berjemaah?
3)Tugas kita
 
Moga entri kali ni membuahkan manfaat yang sangat banyak insyallah!
  
KEFAHAMAN ASAS DALAM KEPELBAGAIAN JEMAAH
 
Firstly, saya nak nyatakan bahawasanya, kepelbagaian Jemaah adalah satu kebiasaan pada zaman kini. Tiada istilah:
 
”Hanya satu Jemaah sahaja yang perlu wujud. Jemaah lain perlu di hapuskan!”
“Jemaah A dah ada, buat apa nak buat Jemaah B. Lagi memecahkan umat!”
“Jemaah yang awal adalah Jemaah yang paling betul. Kena ikut yang awal!”
 
Dan lain-lain. Saya tak pasti dari siapa pemikiran yang begini, yang pasti, saya pernah dengar ada orang sebut benda-benda di atas samada di alam reality atau alam maya. Dan yang paling pasti ialah, pemikiran begini ialah SALAH.
 
Untuk itu, ada beberapa benda ASAS yang perlu kita sama-sama fahami dalam isu kepelbagaian Jemaah ni. Jom kita suruti satu-satu.
 
 1)”Dakwah dan tarbiah adalah USUL,manakala Jemaah adalah furu’.”
 
Sudut pertama, benda ni kita kena jelas. Kalau tak jelas benda ni, komfem kita akan hancur, kita akan terabur dan kucar-kacir. Saya akan hurai satu persatu. DAKWAH DAN TARBIAH ADALAH USUL. Usul adalah benda asas, benda yang perlu di utamakan, benda yang perlu di tekankan, benda yang tidak perlu di pertikaikan,benda yang semua perlu sepakat, benda yang perlu di kejar,di cari dan di fahami oleh semua orang. Itulah USUL. Dalam dalam isu ini, DAKWAH DAN TARBIAH adalah usul!
 
Dakwah dan tarbiah lah yang kita semua kena cari. Kalau kita nak cari Jemaah, carilah Jemaah yang betul-betul dapat menjaga dakwah dan tarbiah kita, carilah Jemaah yang JELAS halatuju dakwah dan tarbiahnya, dan bila kita pilih Jemaah tersebut, jadilah orang yang “outstanding” dalam dakwah dan tarbiah.
 
Tapi masalahnya sekarang, kita tak fikirkan dakwah dan tarbiah kita. Ada di kalangan kita yang jahiliah masih banyak dalam diri, tengok movie macam apa, lagu lagho tu memang hiburan harian, tengok drama-drama korea/jepun, solat Jemaah tunggang langgang, qiam jarang buat, quran tak terjaga, buku sirah satu pun tak habis baca, apatah buku-buku fikrah yang lain, lepas tu sibuk mengutuk Jemaah lain, sibuk menghentam Jemaah lain, dan sibuk fikir “Jemaah apa yang aku kena ikut”.
 
Akhirnya, bila tarbiah dan dakwah kita lemah dan kita tak jadikan benda asas dalam diri kita, akhirnya bila kita nak pilih Jemaah, kita akan pilih bukan berasaskan “dakwah dan tarbiah” yang ada pada Jemaah tersebut. Mungkin kita pilih sesuatu Jemaah itu atas dasar sentiment, ikut kawan, tak mengkaji dan lain-lain.
 
Dari sudut yang kedua pula,bila kita dah pilih satu Jemaah untuk kita beramal di dalamnya, maka apa yang perlu kita utamakan ialah DAKWAH dan TARBIAH! Isu Jemaah sepatutnya tak timbul.
 
“Apala mamat tu,ikut Jemaah A. Pelik gila”
“Kenapa kau ikut Jemaah B?”
 
Dari sibuk cakap macam tu,saya saran, ubah persembangan kita jadi:
 
“Eh,macamana dakwah kita?Mad’u anta macamana?”
“Macamana amal fardi anta akhi? Qiam tak pagi tadi?
“Syeikh, jangan lupa baca bahan usrah syeikh. Kalau tak, macamana kita nak faham fikrah?”
 
Akhirnya, orang yang jadikan “Jemaah sebagai usul dan dakwah serta tarbiah adalah furu’”, maka terhasillah peribadi yang suka kutuk Jemaah lain, pada masa yang sama dirinya sendiri kosong, lemah, jahiliah banyak, dakwah macam apa, dan lain-lain.
 
Ingat, dari sibuk fikirkan tentang Jemaah apa yang perlu anda pilih, fikirkan dulu“bagaimana dakwah dan tarbiah aku?!” Insyallah anda akhirnya akan menjadi tokoh dakwah dan tarbiah tak kira dalam Jemaah mana pun anda beramal.
 
2.”Isu perbezaan Jemaah adalah sama seperti isu perbezaan mazhab”
 
Prinsip ini kita kena faham. Ada orang tak faham benda ni lantas keluarkan satu perumpamaan pelik untuk membenarkan kesalahannya. Orang tu kata:
 
“Kalau satu masjid tu rosak, kita perlu baiki masjid tu, cantikkan masjid tu, buat gotong-royong untuk baiki masjid tu sama-sama! Samalah macam Jemaah. Kalau satu Jemaah tu rosak, kita kena baiki Jemaah tu, cantikkan Jemaah tu. Bukan buat Jemaah baru!”
 
Saya jawab simple:
 
”Habis, kira banyak masjid kat dunia ni tak boleh la? Kena ada satu masjid je?Fuhh. Susah la kalau yang duduk jauh nak datang, atau ada yang tak selesa dengan masjid tu atas beberapa factor, dan lain-lain…”
 
Pertama, jangan qiaskan isu Jemaah ni dengan masjid. Nak buat perumpamaan pun kenala cerdik sikit syeikh. Qias yang paling dekat tentang isu Jemaah ni ialah isu mazhab. Begitulah yang Alqardhawi hurai pasal benda ni.
 
Seperti mana kita tak boleh paksa orang lain ikut mazhab kita, seperti itu kita tak boleh paksa orang lain ikut Jemaah kita. Seperti mana mak ayah tak boleh paksa anaknya untuk ikut mazhab mereka, seperti itu mak ayah mereka tak boleh paksa anak mereka ikut Jemaah mereka. Kita tak boleh anggap Jemaah lain tu sebagai Jemaah yang tak layak wujud.
 
Kenapa mazhab maliki, syafie dan hanbali perlu ada walaupun telah wujud mazhab hanafi? Kenapa kerajaan abasiyah perlu ada sedangkan kerajaan umayah telah ada?(rujuk sirah bagaimana umayah di gantikan dengan abasiyah). Kenapa ikhwan muslimin perlu di wujudkan sedangkan telah ada Jemaah syubbanul muslimin?
 
Kerana masing-masing mengkaji, masing-masing usaha untuk memahami dakwah dan tarbiah, manhaj dan fikrah, dengan berbekalkan quran dan sunnah,para ulama berijtihad. Ketika Albanna bersama syubbanul muslimin, dan akhirnya beliau memutuskan untuk tubuhkan ikhwah, apabila di Tanya mengapa, beliau menjawab:
 
“Kerana aku yakin dengan apa yang aku faham, sebab itu aku tubuhkan ikhwan muslimin”.
 
Kerana itu, kepelbagaian Jemaah itu tidak ada masalah. Masing-masing mempunyai cara yang berbeza, kefahaman yang berbeza, juhud yang berbeza, kerana itulah Allah kurniakan mereka kefahaman agama yang berbeza, dan ijtihad yang berbeza. Faham?
 
3)”Khilaf Itu Rahmat”
 
Ini adalah suatu hakikat yang semua orang kena faham. Bukankah perbezaan pendapat itu rahmat? Saya selalu terfikir, kalau tak ada Jemaah PAS, bagaimana orang-orang yang Allah bagi hidayah melalui PAS akan wujud? Kalau tiada ISMA, bagaimana orang-orang yang berubah dengan asbab ISMA akan wujud? Kalau tiada IKRAM, bagaimana orang yang mula kenal islam melalui IKRAM akan wujud? Kalau tiada Tabligh, bagaimana orang-orang yang mula merasakan kepentingan agama akan wujud? Dan lain-lain.
 
Ada orang tak boleh terima cara A, ada yang boleh terima cara B. Ada pula orang yang selesa dengan cara C.
 
Saya syukur ada banyak Jemaah! Semuanya matlamat sama iaitu ingin mencapai uztaziatul Alam,ingin tinggikan kalimah Allah dan hapuskan kebatilan. Mungkin cara berbeza.
 
Cuma, ayat “khilaf itu rahmah” ni tak boleh di salah gunakan. Ia tidaklah bermakna kita tak boleh menegur kesalahan Jemaah lain atas alasan khilaf tu rahmah.Menegur itu satu kewajipan. Masing-masing perlu gunakan hujah yang terbaik berdasarkan nas-nas syarak yang asli. Jauhi sentiment. Barulah kita akan sedar, bahawa luasnya ilmu Allah, kita tidak sempurna dan setiap Jemaah AMAT SALING MEMERLUKAN.
 
*****
 
KENAPA KENA BERJEMAAH?
 
Timbul persoalan ni. Bila banyak sangat Jemaah ni, ada orang yang pening dan akhirnya dia buat kesimpulan:”Aku tak nak ikut mana-mana Jemaah”. Fikrah dan cara fikir sebegini amat salah syeikh. Serius salah, walaupun Nampak macam playsafe, tapi serius tak safe.
 
Berjemaah itu wajib. Kenapa wajib?
 
Ilmu mantiq simplenya macam ni.
 
“Tegakkan islam itu wajib.
Nak tegakkan islam perlukan dakwah secara berjemaah, tak boleh sorang-sorang.
Dakwah secara berjemaah itu wajib.”
(Buruk gila mantiq ni. Haha)
 
Atau kaedah fiqh nya:“Perkara yang wajib,apa-apa perkara yang di perlukan untuk melakukannya juga akan jadi wajib..”
 
Contoh simple, solat wajib. Nak solat kena ambil wudhuk,maka ambil wudhuk pun wajib. Dalam isu ni, nak tegakkan islam wajib. Nak tegakkan islam tak boleh sorang-sorang, kena berjemaah,maka berjemaah tu pun wajib!
 
Mana mampu kita nak tegakkan islam sorang-sorang syeikh. Bila kita futur, siapa nak bantu, kalau kita sakit, siapa nak teruskan dakwah kita. Mustahil islam akan tertegak dengan usaha individu. Islam akan tertegak dengan usaha JEMAAH! Pertolongan Allah adalah bersama Jemaah.
 
Maybe kita rasa tak selesa nak ikut Jemaah. Ye lah, asyik kena ikut orang atas, kita tak boleh buat ikut kepala sendiri dan sebagainya. Tapi itulah islam, itulah pengorbanan, itulah dakwah. Rendahkan ego, carilah Jemaah untuk anda beramal.
 
*****
 
TUGAS KITA?
 
Part ni paling penting. Dan part ni paaaaaling saya nak tekankan. Ramai datang dan Tanya saya:
 
“kita nak ikut Jemaah mana?Jemaah ni betul tak?jemaah tu ok tak?bla bla bla…”
 
Sebelum kita sibuk fikir nak pilih Jemaah apa, saya nak kemukakan beberapa soalan:
 
1)Pernahkan kita menghabiskan baca buku sirah? Kalau tak pernah, macamana kita nak tahu Jemaah yang kita ikut itu benar dan sama seperti arrasul? Bagaimana kita nak tahu Jemaah kita itu perjuangannya sama seprti arrasul andai sirah rasul sendiri kita tak pernah baca?

Sibuk kutuk-kutuk Jemaah lain, sibuk kata Jemaah dia yang paling benar dan paling dekat dengan nabi, tapi sirah arrasul sendiri kita tak baca, tak kaji, tak hadam. Bacala. Banyak buku sirah. “Raheeq Makhtum” oleh Mubarak furi, “Durus wa ibar” oleh Mustafa sibaei, “Fiqh Sirah” oleh albuti dan Muhammad alghazali,  dan banyak lagi.
 
Se
belum pilih Jemaah, kaji sirah Arrasul!
 
2)Jangan dengar tentang Jemaah lain dari yang bukan empunya Jemaah sebagai kayu ukur. Kita sembang dengan pelbagai pihak, Tanya pendapat, kaji fikrahnya,kaji tarbiah dan dakwahnya, fahami prinsipnya, kenali ahlinya, fahami kalam pimpinannya.
 
Nak tahu pasal tentang satu Jemaah, Tanya empunya Jemaah, Tanya puas-puas segala kekeliruan dan syubhat yang kita dengar dari pihak lain.
 
*****
 
Akhirnya, bagi saya, bila kita telah kaji, bila kita sudah istikharah dan berbincang, maka tawakkal alallah, jalan!
 
Beramallah sungguh-sungguh dengan Jemaah yang anda telah pilih!
 
نعم أجرالعاملين
 
Wallahua’lam.
 
 
-Adnin Roslan-
 

35 Responses

  1. Salam akhi fauzi.
    Blog ni bersifat santai. Maaf andai tak dapat bagi hasil rujukan. Bagaimana pun, saya ada rujuk beberapa buku. Moga akhi boleh baca dan ambil manfaat sebaiknya:

    1)"ماذا يعني انتمائ للإسلام" karangan Fathi yakan, bahagian kedua.
    2)"المنطلق" karangan ahmad arrasyid bab amal jamaei.
    3)"مذاكرات دعوه وداعية" Imam Hasan Albanna. Kisah beliau dgn syubbanul muslimin.
    4)Ucapan Mursyidul Am Muhd badi':"نحن جماعة من المسلمين ليس جماعة المسليمين"
    5)Pendapat qardhawi ttg khilaf pendapat. Saya tak ingat tajuk bukunya, tapi saya pernah selak-selak dan baca pandangan beliau.
    6)"عمل الجماعي" oleh Alqardhawi.

    Wallahua'lam.
    Jazakallah khair ya akhi.
    Saya lebih gemar mengambil pandangan ulama' ikhwan muslimin dalam isu ini.
    Moga kita dapat nikmat beramal. doakan saya:)

  2. nice and well said.
    semua ahli jemaah seharusnya berlapang dada dan buat kerja masing-masing.
    pabila terlalu banyak kita mengkritik jemaah lain liberal, sekular,dll yang seumpama menjatuhkan jemaah lain,
    barangkali kita seakan-akan mengaku jemaah kita yang terbaik.
    barangkali orang awam akan terkena tempias ego jemaah kita tu.
    wallahualam.

  3. KAlau dah terang2 menyokong agenda liberal dan bersama mereka dalam satu angkatan, memang kena tegur terang-terang. Baca tulisan muhammad Ahmad arrasyid dlm bukunya Alawaiq.

    Juga baca teguran albanna bagi jemaah islam yg bertempel dan bersama mereka2 yg membawa agenda liberal, dalam bukunya, majmuat rasail, bab risalah pemuda. Better baca yg bahasa arab, Akan nampak jelas pointnnya.

  4. betul.mcm mana dkwah kita nak gencar kalau asyik kutuk jemaah lain.
    Tjuan kita sama, tapi wasilah b'beza. mungkin jemaah A lebih utamakn dakwah masuk ke pkampungan2 ,jemaah B lebih suka buat ceramah2,kem2 n forum2 besar, yg jemaah C pula mayb lebih utamakan usrah/halaqah untk p'baikn diri, so msing2 ada gerak kerja.

  5. Hujah yang agak baik tapi realitinya tidaklah secantik seperti yang digambarkan. Cuba kita tanya pimpinan2 tertinggi jemaah, tanye "bagaimana jemaah kita ditubuhkan?".

    Realitinya hampir semua jemaah ditubuhkan atas dasar tidak puas hati kepada jemaah induk mereka. jemaah induk yang pertama ialah PAS. Kemudian muncul ABIM tahun 70an yang bergerak sebagai NGO dan juga menjadi tempat perkaderan ahli2 PAS kerana ketika itu ABIM sangat mendapat tempat dalam kalangan mahasiswa. Kemudiannya pada tahun 70an juga, polisi kerajaan yang menghantar ramai pelajar ke luar negara bagi melamnjutkan pelajaran. Maka dalam situasi itu, kita melihat tertubuhnya jemaah IRC walaupin pada waktu itu sudah ada 2 lagi jemaah lain disana. Ironisnya, ketiga-tiga jemaah ini dianggotai oleh semua pelajar melayu ketika itu. Maka bermula dari situlah segala perkara haru biru berlaku yang mula merebak ke Malaysia.

    Akan bersambung

  6. Wallahualam… Saya lebih cenderung ke arah pendapat mengatakan menyertai jemaah adalah TIDAK wajib memandangkan jemaah yang disebut dalam hadith-hadith nabi dan definisi jemaah yang paling sesuai untuk "mantiq" diatas sekalipun adalah jamaatul muslimin, iaitu umat islam secara keseleruhunnya. Apapun bagi mereka yang bukan dalam bidang agama/syariah atau belajar/kerja di luar negara barangkali jemaah adalah pilihan yang terbaik. Sekian.

  7. Dalil naqli dan aqli terlalu banyak untuk mengatakan jemaah adalah tidak wajib,malas sesetengah ulama salaf mmengatakan hizb adalah haram kerana memecah belahkan kesatuan ummat.mohon kita pakat mengajir usul fiqh dan hadis dahulu sebelum keluar hukum.

  8. Assalamualaikum, saye ingin bertanya, adakah usrah itu wajib? soalan ini timbul kerana, pada bulan ramadhan yang lalu, sebaik sahaja selesai berbuka puasa dan solat maghrib, seorang rakan saye terus pergi join usrah, bile die pulang ke rumah (pkl 10pm++) barulah die solat isyak dan terawih(bersendirian). Oleh kerana saye x join usrah, maka saye bertanye kepadanya, "sebab ape buat usrah time malam ramadhan?" jwbnye gurunye tiada masa lain. saya berkata, "ruginya, bulan ramadhan ne, elok lg kite solat isyak jemaah kat surau+terawih, bulan lain xde terawih" jawabnye, "usrah itu wajib disebabkan ………..(cerita yang panjang, saye terbang ketika ini kerana banyak term yang tidak difahami)",sambungnya lg, "jadi mana yang patut diutamakan? solat terawih jemaah yg sunatkah atau perkara yaang wajib kah?" maka saya amat terkejut. usrah itu wajib? aku xbuat mende wajib ne. (=0=)/ mohon pencerahan.

  9. asalamualaikum..nak tanya sikit..kita umat rasulullaah sepatutnya ikut sunah rasulullah kan..tetapi dari mana datangnya mazhab…? jikalau kita perlu ikut mazhab..rasulullah sebenarnya ikut mazhab apa? maaf jika isu ini sensiti.. sebabnya confused..perlukan penjelasan/…

  10. mazhab ne wujud selepas kewafatan nabi. jd nabi xikut mazhab mane2 mazhab. mazhab ne wujub atas perbezaan ulama dlm mentafsirkan hadis. mazhab yg feymes ade 4@5. tp ade banyak lg sebenarnye. ahli sunnah wal jamaah ne, mereka yang menjadikan alquran dan sunnah sebagai panduan. itu yg namenye ahli sunnah wal jamaah. Ade 70 golongan di akhirat kelak, tp satu sahaja yg masuk syurga iaitu ahli sunnah wal jamaah. insyaAllah kite. amin. betulkan sekiranya saya salah.

  11. nampak kekurangan pada post ni.
    cuba check hadith nabi yg melarang berpecah belah

    banyaknya jemaah bermaksud islam berpecah. sedangkan islam sudah blh ditegakkan sekiranya semua bersatu

    yg jadi masalah ialah kerana adanya agenda peribadi dlm berjemaah, lalu menubuhkan jemaah yg baru

    jadi kalau kita tak suka dgn imam A sewaktu solat jumaat, adakah kita akan jadi imam dan bentuk jemaah solat jumaat yg lain di dlm masjid yg sama?

    come on syeikh. enta belum habis study ni. post ni childish sgt,

  12. Untuk dakwah, kebajikan, tarbiah boleh ada banyak jemaah tapi untuk politik pemerintahaan (amir) penetuan kuasa ak boleh ada banyak jemaah. Banyak akan berpecah dan lemah lawan sekutu.

  13. Untuk dakwah, kebajikan, tarbiah boleh ada banyak jemaah tapi untuk politik pemerintahaan (amir) penetuan kuasa ak boleh ada banyak jemaah. Banyak akan berpecah dan lemah lawan sekutu.

  14. Assalamualaikum, nak tanya apa yang menjadi syarat2 sebuah organisasi utk dikategorikn sbg sbuah jmaah?

  15. Nak pilih jemaah ni…ada ciri-ciri jemaah
    Pilihlah jemaah yang hampir kesempurnaanya ciri-cirinya

    Terdapat 6 ciri
    Dan selepas bertanya kepada guru dan merujuk org hebat samada yang terkenal ataupun tak terkenal

    Alhamudulillah PAS merupakan yang paling hampir kepada ciri2 ini
    Tapi x bermaksud sy kata jemaah lain salah..cuma ad yg lebih dr part lain seprti isma, tabligh haluan dan sebagainya

    Cumanya dr segi ciri2 PAS merupakan jemaah yang plg hampir kepada ciri2 jemaah islamiyah

    Dan ini bknlah politik
    Tngklah org2 yg hebat di pondok hingga org2 hebat di peringkat atasana semuanya berintima dgn jemaah PAS

  16. pandangan saya, pas dan umno sebuah parti politik. ikram ,isma dll tu bukan parti politik .hanya ngo dakwah. sbb tu pas swelalu tekankan nak menang bertanding. but ikram,isma, abim dll hanya fokus dakwah.kenapa sibuk sibuk mengatakan kita perlu berada pada satu jemaah sahaja?? sedangkan kita memang satu jemaah iaitu ahli sunnah wa jemaah. bbukannya pilih slah satu pas/isma/abim/isma/dll… itu bukan dimaksudkan dengan jemaah yang wajib satu tu. kenapa nak bergaduh ? bagus la mereka tubuh ngo dakwah. masing2 ada tugasan bangunkan islam. sama juga nagn sekolah agama. nasib baik korang xgaduh pasal sekolah. sekolah agama satu jenis je.yamg lain sesat..hahaha.lawak la manusia ni. setakat ni saya xjumpa lagi ikram marah orang masuk pas. abim marah orang masuk ikram. tapi kenapa pas nak marah orang masuk ngo dakwah tersebut? itu parti politik. ikram,isma, abim dll even rakyat pon akan mngundi samada pas atau umno tetapi ngo dakwah mana2 pon boleh.saya xfaham kenapa pas nak salahkan ngo dakwah lain. sedangkan rakyat xlari pon dari politik tersebut.

Leave a Reply to Unknown Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan