Mana satu MUSUH, mana satu Mad’u?

 
Ramai di kalangan para pendakwah hari ini lupa akan sesuatu. Mereka tahu, bahawa di dalam ibadah, terdapat fiqh ibadah. Di dalam muamalat, wujudnya fiqh muamalat. Di dalam bernikah, wujudnya fiqh munakahat, dalam politik, ada fiqh siyasah!
 
Kerana, dalam tiap sesuatu ilmu itu, ada fiqh-fiqhnya, yang mana andai kita menyimpang dan tidak mengikuti serta memahami fiqh tersebut, kita akan mudah terseleweng. Seperti solat misalnya, tanpa mengikut rukun-rukun solat dan sebagainya, maka solat tidak sah. Kerana, kita tak boleh solat ikut kepala otak kita sendiri. Tetapi, perlulah mengikut fiqh-fiqh yang telah di tetapkan.
 
TAPI, ramai pendakwah lupa, bahawa, di dalam berdakwah juga, adanya FIQH DAKWAH! Kerana lupanya mereka, maka ramai pendakwah hari ini yang ingin berdakwah, tetapi mereka LARI dari fiqh dakwah, mereka dakwah ikut kepala otak mereka sendiri, tanpa merujuk sirah. Andai mereka rujuk sirah, mereka lupa bahawa sirah juga terdapat fiqh-fiqhnya dalam memahami, agar kita tidak “salah tafsir” sirah mengikut kepala otak kita sendiri!
 
Kerana, akibat mereka lupa akan “dakwah ini terdapat fiqhnya”, maka ramailah para pendakwah yang kononya berdakwah, tetapi secara tidak di sengajakan, rupa-rupanya, mereka telah terseleweng, dakwah mereka membuatkan “kemungkaran” semakin berleluasa, kebatilan semakin bertambah, dan islam semakin di hina-hina.
 
Atas faktor inilah, sangat ramai ulama-ulama’ dakwah bertungkus lumus menyusun kitab-kitab FIQH DAKWAH agar mereka-mereka yang ingin membantu islam, mereka-mereka yang ingin bersama-sama di dalam bahtera dakwah yang suci murni ini tidak terseleweng. Kerana, berapa ramai orang yang terseleweng, tetapi mereka merasakan mereka adalah di pihak yang benar.
 
Saya ulang:

“Akibat mereka lupa akan “dakwah ini terdapat fiqhnya”, maka ramailah para pendakwah yang kononya berdakwah, tetapi secara tidak di sengajakan, rupa-rupanya, mereka telah terseleweng, dakwah mereka membuatkan “kemungkaran” semakin berleluasa, kebatilan semakin bertambah, dan islam semakin di hina-hina…”

 
Atas kerisauan ini, Mustafa mahsyur mengarang sebuah kitabnya yang berjudul FIQH DAKWAH, yang mana di dalamnya sarat dengan panduan-panduan bagi sang daie. Juga syeikh Jum’ah Amin menulis kitab FIQH DAKWAH. Bukan itu sahaja, seorang ulama terkemuka, Ahmad Arrasyid, beliau juga mengarang beberapa siri kitab yang beliau gelar sebagai “Ihya Fiqhud Dakwah”(Menghidupkan fiqh dakwah), yang mana di dalamnya, terdapat siri-siri bukunya seperti “Almuntolaq”,”Al Awaiq”, “Ar Raqaiq”, “Al massar”, “Sunnaatul Hayah”,”Usul Ifta’” dan lain-lain. Bahkan, tulisan-tulisan Assyahid Syed Qutb seperti “Fi zilal Alquran” juga adalah pada hakikatnya, sebuah buku yang sarat dengan usul-usul dakwah.
 
Tetapi malangnya, ramai pendakwah seakan-akan mengABAIkan hasil tulisan ulama-ulama ini. Mereka sangka mereka pandai dan hebat, ingin melakukan dakwah tanpa panduan. Yang mana pada akhirnya, dakwah yang sepatutnya Berjaya menghancurkan kebatilan, seolah-olah akhirnya menyokong kebatilan secara tidak sengaja.
 
ANTARA MUSUH DAN MAD’U
 
Lantaran lemahnya penguasaan sesetengah pendakwah akan fiqh dakwah, maka, ada di kalangan mereka yang KABUR, yang mana satukah yang sepatutnya di jadikan mad’u, dan yang mana satukah perlu di jadikan musuh islam. Bahkan, ada di kalangan mereka yang merasakan bahawa islam ini tiada musuh, semuanya adalah sasaran dakwah kita, dan kita perlu berlembut dengan mereka.
 
Akibat kekaburan ini, ada pendakwah yang amat berlembut dengan musuh islam, lantas berkeras kepada mad’u, tanpa mereka sedari. Mereka sangka, dengan berlembutnya mereka dengan musuh islam yang mereka anggap sebagai mad’u itu membuahkan HASIL yang LUMAYAN pada islam. Tetapi mereka silap. Dan mereka tak perasan sesuatu perkara.
 
“Akibat kita berlembut degan musuh islam yang kita sangkakan mad’u itu, ia membuatkan musuh islam semakin berani untuk terus memusuhi islam tanpa mereka rasa bersalah, lantaran kelembutan kita yang tak bertempat itu….”
 
Wahai para pendakwah, adakah engkau tahu, bahawa islam itu ada musuh, sejak awal nabi adam di ciptakan? Dan tahukah engkau, musuh itu ialah iblis dan syaitan? Dan adakah engkau tahu, bahawa di kalangan manusia, juga terdapat syaitan-syaitan amat memusuhi islam, yang mana Allah sendiri telah isytiharkan permusuhan kepada mereka?
 
“Mereka itulah golongan syaitan, dan golongan syaitan itu berada dalam kerugian. Sesungguhnya, ORANG YANG MENENTANG ALLAH DAN RASULNYA, mereka termasuk orang yang sangat hina. Allah telah menetapkan: “Aku dan rasul-rasulKu pasti MENANG!!”
(Almujadalah ayat 19 hingga 21)
 
 
 
ANTARA ORANG KAFIR DAN ORANG ISLAM
 
Seorang pendakwah, perlu tahu sesuatu perkara. Anda ingin tahu? Jika kita betul-betul selami sirah arrasul saw, serta membaca buku-buku fiqh dakwah, kita akan sedar bahawasanya, dakwah ini perlukan sasaran FOKUS yang perlu DI UTAMAKAN, agar dakwah ini lebih mampu bergerak jauh, dan seterusnya, islam di pandang mulia.
 
Mahu tahu, sangat banyak ulama-ulama dakwah telah menyatakan satu formula ataupun satu FIQH dan kaedah, bahawasanya, FOKUS dan KEUTAMAAN dakwah perlu di beri kepada orang ISLAM. Kerana apa? Kerana dunia hari ini, menunjukkan bahawa, orang islam hari ini sangat teruk, mereka tidak lagi merasa IZZAH(Bangga) dengan islam, bahkan ada di antara mereka sendiri yang benci bahkan menentang hokum islam, serta menghina islam. Bukan itu sahaja, umat islam hari ini LEMAH, longlai tak bermaya, bagai tidak bermaya, di perkotak-katikkan, di caci di hina. Juga, umat islam bagai mundur semundur-mundurnya.
 
Seorang ulama’ memberi satu tamsilan yang cukup indah bagi saya:
 
“Andai kita ingin mengajak orang memasuki rumah kita, apa yang kita akan buat ialah, kita akan mengemas rumah kita agar kelihatan cantik berseri, kemas dan teratur, lantas kita hiasi dengan pelbagai hiasan agar rumah kita bertambah cantik dan selesa untuk di duduki. Barulah kita akan ajak orang lain untuk memasuki rumah kita. Jika tidak, kita sendiri akan malu, bahkan orang itu akan mengutuk rumah kita yang caca-merba itu.
 
Begitu juga dengan agama islam. Andai kita mahu mengajak orang bukan islam untuk memasuki islam, kita perlu mencantikkan orang islam itu sendir
i…”
 
Kaedah ini telah di sebut oleh ramai ulama’ dari pelbagai fikrah dan harakah. Seperti imam Hasan Albanna dalam tulisannya “majmuat rasail”, Ahmad Arrasyid di dalam “Al Muntolaq”, Abu A’la Almaududi di dalam “Syahadatul Haq”, Maulana ilyas dan Maulana yusuf Alkandahlawi di dalam “Malfuzat”nya, Mustafa mahsyur di dalam kitabnya “fiqh dakwah” dan ramai lagi. Cubalah anda baca dan fahami tulisan-tulisan mereka, nescaya anda akan jumpa kaedah ini.
 
Perlu di beritahu, bila saya menyebut FOKUS dan KEUTAMAAN, bererti, kita tidak mengabaikan yang lain. Tak ada masalah andai kita mahu berdakwah pada orang kafir, bahkan ia juga di tuntut dalam agama islam! Cuma, saya hanya ingin menyentuh dalam point ini ialah point KEUTAMAAN.
 
Adakah kita tahu, antara cara-cara syaitan ingin menghancurkan kita, adalah dengan membuatkan “keutamaan-keutamaan kita tunggang terbalik dan terabur”.
 
Namun malangnya, ada segelintir dari pendakwah yang seakan-akan tidak Nampak keutamaan ini. Kerana itu Umar Telmisani, di dalam muqoddimah buku “Jalan Dakwah” tulisan Mustafa Mahsyur, menyebut:
 
“Dakwah itu ada fiqhnya!”
 
 
 
MANA SATU MUSUH, MANA SATU MAD’U?
 
Saya ingin kemukakan pada semua pembaca bahawa, padaASALnya, semua manusia yang tidak di beri hidayah oleh Allah adalah mad’u dan sasaran dakwah kita. Tetapi, akan sampai pada satu tahap, beberapa golongan yang saya akan sebutkan ini tidak lagi kita melayan mereka seperti mad’u, tetapi perlu di layan sebagai MUSUH!
 
Di sini, saya nak senaraikan beberapa bentuk golongan dan sepatutnya, seperti apakah kita perlu melayan mereka. Seperti  musuh, atau mad’u?
 
****
 
1)Golongan KAFIR yang membentuk satu PAKATAN/ORGANISASI/PARTI yang mana dasar pakatan tersebut adalah bertentangan dengan islam, dan secara KONSISTEN  menyerang islam, memperlekehkan HUKUM  ALLAH, samada sedikit atau banyak, tanpa rasa bersalah bahkan bangga!
 
Golongan ini adalah musuh Allah, musuh nabi, dan musuh islam! Kerana apa? Kerana mereka telah BEKERJASAMA dalam satu PAKATAN untuk menentang hukum-hukum islam, samada sedikit atau banyak! Mereka-mereka ini tidak mampu duduk senang dan bagaikan cacing kepanasan apabila hukum-hukum Allah mekar subur. Mereka usaha untuk lawan, walaupun telah di nasihatkan berkali-kali! Ini PRINSIP MEREKA!
 
2) Golongan ISLAM yang membentuk satu PAKATAN/ORGANISASI/PARTI yang mana dasar pakatan tersebut adalah bertentangan dengan islam, dan secara KONSISTEN  menyerang islam, memperlekehkan HUKUM  ALLAH, samada sedikit atau banyak, tanpa rasa bersalah bahkan bangga!
 
Dan mereka-mereka ini bukanlah JAHIL, tetapi ini adalah PRINSIP mereka, dan mereka akan terus perjuangkan prinsip mereka yang menyeleweng ini sampai mereka mati. Sebagai contoh, Kamal Attaturk dan kuncu-kuncunya, dan segelintir pimpinan negara arab yang kita dapat lihat pada hari ini. Di tegur bagaimanapun, mereka tetap dengan pendirian mereka, dan mereka bermati-matian perjuangkan prinsip mereka ini!
 
Itulah golongan-golongan islam liberal, yang hanya bertopengkan islam, untuk membenarkan dosa yang mereka buat. Dan golongan-golongan ini adalah musuh Allah, musuh islam, musuh arrasul!
 
3)Golongan orang kafir yang mereka tidakpun membentuk apa-apa pakatan. Mereka tiada prinsip yang kukuh. Mereka sendiri hakikatnya terkapai-kapai. Terkadang mereka menyokong islam, terkadang mereka tidak. Mereka tidak menghina islam, mereka tidak menolak hukum Allah, mereka baik-baik sahaja.
 
Golongan ini adalah mad’u, dan kita perlu datangi mereka dan melayani mereka sebagai mad’u.
 
4)Golongan orang islam yang membentuk pakatan, tetapi dasar pakatan mereka adalah inginkan kebaikan untuk islam. Cuma, kerana kejahilan dan ceteknya kefahaman agama yang ada pada mereka, mereka terkadang menolak hukum Allah dan melakukan maksiat dan dosa. Tetapi mereka lakukan perkara tersebut bukan atas dasar PRINSIP, tetapi kerana KEJAHILAN yang melampau.
 
Golongan ini perlu di layani seperti mad’u. Mereka hakikatnya mendengar nasihat-nasihat yang di berikan, bahkan mendambakan petunjuk dan teguran.
 
5)Golongan orang islam yang tidak membentuk apa-apa pakatan. Lantaran kejahilan mereka, mereka melakukan maksiat pada Allah. Golongan ini perlu di layan seperti mad’u!
 
****
 
Sekarang kau sudah faham? Jangan tersilap langkah lagi! Kau tahu, apakah implikasi andai kita melayani musuh sebagai mad’u dan melayan mad’u sebagai musuh?
 
Musuh islam akan lagi berani memberontak dan “menggunakan” para pendakwah untuk mempertahankan mereka, serta musuh islam akan berani melawan dan memperlekehkan islam lantaran kelembutan dan ketidak tegasan kita dalam melawan kebiadapan mereka, kerana melayan mereka seperti mad’u. Manakala, yang sepatutnya di jadikan mad’u akan lari, akan semakin menjauh dari islam, akan berkecil hati dan bersangka buruk pada golongan pendakwah, lantaran kekasaran para pendakwah yang melayani mereka seperti musuh.
 
Kita berdosa jika jadi begini!!!
 
MERENUNGI SEJARAH ARRASUL
 
Andai kita baca sirah, kita akan dapati, ketika arrasul di mekah, baginda setiap hari tanpa lelah dan jemu, berdakwah dengan lembut kepada kaum musyrikin mekah, dan melayan mereka seperti mad’u. Penuh kasih-sayang, kesabaran, kelembutan, bahkan sanggup di caci maki. Bahkan, yang saya amat tersentuh, bagaimana kesungguhan baginda berdakwah kepada Abu Jahal.
 
****
 
Pada satu ketika, mekah di landa hujan petir yang sangat kuat, di tengah-tengah malam yang gelap. Lantas abu jahal bermonolog di dalam hatinya:
 
“Dalam keadaan hujan lebat, petir, serta gelap gelita ini, mustahil akan ada orang yang datang ke rumahku. Jika ada, sebagai balasan, aku sanggup memberikan apa sahaja yang dia minta kepadaku lantaran kesungguhannya datang ke rumahku dalam keadaan hujan lebat sebegini…”
 
Sejurus selepas itu, pintu rumah abu jahal di ketuk dan beliau amat terkejut. Dan apabila di buka, sungguh tidak di sangka, nabi saw datang dalam keadaan menggigil dan basah kuyup ke rumah abu jahal! Lantas abu jahal bertanya:
 
“Apa yang kau mahu wahai Muhammad??!”
 
Nabi saw menjawab:
 
“Aku mahu agar kau masuk islam…”
 
Lantas, abu jahal terus maki hamun, menghalau baginda dengan kasar dan menutup pintunya dengan rapat!
 
****
 
Apa yang say
a nak sampaikan dari kisah ini adalah, bagaimana nabi ketika itu melayan mereka sebagai mad’u.
 
Tetapi, berbeza pula ketika nabi saw sudah berhijrah ke mekah. Bila mana orang kafir musyrikin mekah membentuk satu PAKATAN untuk memerangi islam, maka nabi saw tidak lagi melayan mereka dengan lembut seperti seorang mad’u! Bahkan, nabi juga mengisytiharkan PERANG kepada mereka, bahkan nabi saw dalam banyak riwayat , telah mendoakan kehancuran kepada musuh-musuh islam ini!
 
Tetapi, apabila mereka dating kepada nabi dalam bentuk individu dan bukan PAKATAN, nabi akan lembut semula (setelah memastikan mereka betul-betul ikhlas), seperti mana Khalid alwalid dan amru al As yang dahulunya orang besar puak kafir, abu suffian dan lain-lain.
 
Nampak tidak? Bagaimana nabi saw membezakan mana satu musuh dan mana satu mad’u?! Kata kuncinya ialah PAKATAN!
 
LIHAT SEJARAH DAN PENGALAMAN PEJUANG ISLAM
 
Kalau kita amati, bagaimana HAMAS melayan Israel dan zionis di palestin. Bagaimana HAMAS mengiystiharkan Israel  dan pertubuhan zionis sebagai musuh islam, dan tiada langsung kompromi yang HAMAS berikan kepada mereka. Kenapa HAMAS tidak melayan pertubuhan zionis dan Israel dengan lembut seperti seorang pendakwah yang melayan mad’unya??
 
Kerana HAMAS jelas, bahawa itu adalah musuh, dan layak untuk di layan sebagai MUSUH! Pun begitu, terdapat banyak individu yahudi yang masuk islam, dan juga ada yang tidak masuk islam tetapi menentang zionis dan apa yang telah Israel sendiri lakukan kepada penduduk palestin.
 
Bayangkan, jikalau HAMAS mengambil pendirian berlembut dan melayan mereka seperti mad’u, rasa-rasanya apa akan jadi?

 

Begitu juga ikhwan muslimin di mesir. Kalau baca buku-buku mereka, boleh di lihat secara konsisten, bagaimana ulama’ mereka dengan TEGAS melawan musuh-musuh, serta menggelarkan mereka sebagai musuh. Lihatlah apa pandangan syed qutb kepada golongan-golongan yang membawa ideologi barat sebagai prinsip mereka seperti liberal dan lain-lain, lihatlah bagaimana Ahmad Arrasyid dengan jelas menyatakan golongan seperti itu MENYELEWENG dan wajib di tentang.

Mungkin kerana itulah, musuh islam melabel ikhwan muslimin sebagai ekstrimis agama, sedangkan apa yang mereka lakukan adalah bertepatan dengan fiqh dakwah dan mengikut jejak perjuangan arrasul dan sahabat baginda.

 
AKHIRNYA
 
Sebagai penutup, saya mahu menyatakan kekecewaan dan kesedihan saya, apabila ramai pendakwah yang tidak Nampak perkara ini. Mereka terlalu berlembut dengan musuh. Di Negara kita ini, kita sendiri tahu, golongan/parti kafir manakah yang terus-menerus menentang hukum Allah, tetapi para pendakwah melayan mereka seperti mad’u dan berlembut dengan mereka.
 
Cukuplah. Cukuplah dan bukalah mata. Suka untuk saya ulangi kata-kata saya sebagai penutup buat kali ini, untuk di renungi dan di muhasabahi bersama:
 
Musuh islam akan lagi berani memberontak dan “menggunakan” para pendakwah untuk mempertahankan mereka, serta musuh islam akan berani melawan dan memperlekehkan islam lantaran kelembutan dan ketidak tegasan kita dalam melawan kebiadapan mereka, kerana melayan mereka seperti mad’u. Manakala, yang sepatutnya di jadikan mad’u akan lari, akan semakin menjauh dari islam, akan berkecil hati dan bersangka buruk pada golongan pendakwah, lantaran kekasaran para pendakwah yang melayani mereka seperti musuh.
 
Juga, pesanan saya, jangan mendabik dada merasakan diri kita sudah tahu. Kalau betul mahu jadi pendakwah, rendahkan EGO, dan bacalah buku sirah, bacalah buku fiqh sirah, bacalah buku-buku fikrah dan dakwah, bacalah buku-buku fiqh dakwah. Talaqqi dan bertanyalah kepada orang yang layak, dan amalkanlah ia, serta jangan cepat merasa CUKUP. Sebelum kita nak membaca buku-buku yang di tulis oelh barat tentang ideologi mereka, kuasai islam dahulu.
 
Wallahua’lam.
 
-Adnin Roslan-
 
 

 

 

2 Responses

Leave a Reply to siti Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan