Kisah Taubat 1 : Taubat Nabi Nuh Alayhissalam

Sebelum saya mulakan perkongsian hari ini, suka untuk saya maklumkan sesuatu. Mulai hari ini, insyaAllah Tarbiah Sentap akan melancarkan Koleksi Kisah Taubat yang akan memuatkan kisah-kisah taubat setiap hamba Allah, bermula daripada para Nabi, hinggalah kisah taubat manusia di akhir zaman macam kita ini.

Kebanyakkan kisah ini dipetik daripada kitab Mukhtashar Kitab at-Tawwabeen karya Ibnu Qudamah al-Maqdisi, seorang ulama Palestin yang hidup pada sekitar tahun 541 Hijrah.

Kisah Nabi Nuh adalah antara kisah yang paling mahsyur di kalangan orang Melayu di Malaysia. Kita mungkin pernah dengar kisah Nabi Nuh sama ada ketika baginda berdakwah, membuat kapal, banjir besar sehinggalah selamat daripada banjir. Tetapi kali ini, untuk Koleksi Kisah Taubat daripada kami di Tarbiah Sentap yang pertama ini, insyaAllah kami akan persembahkan kisah taubat yang ringkas berkenaan Nabi Nuh. Moga kita sama-sama dapat pengajaran.

Allah murka kepada seluruh umat Nabi Nuh kerana tidak mahu mengikut apa yang Allah perintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang. Lalu, Allah mahu menenggelamkan mereka yang ingkar dalam banjir yang besar. Ini adalah kisah yang terkenal dalam kalangan kita. Bahkan, terkenal juga dikalangan orang Kristian dan Yahudi.

Sebab itu, Allah memerintahkan kepada Nabi Nuh untuk membuat satu kapal besar di atas bukit. Semasa buat kapal ini, ramai umat Nabi Nuh menggelakkan dan menghina baginda. Semua pengikut Nabi Nuh yang taat kepada Allah mesti menaiki kapal itu termasuklah haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Mereka yang ingkar dan tak percaya kepada Allah, termasuk anak-anak dan isteri Nabi Nuh mengejek  perbuatan Nabi Nuh dan orang beriman masa itu.

Nabi Nuh dah puas memujuk anak-anak dan isterinya untuk mengikut perintah Allah dan menaiki kapal itu. Tetapi, mereka tak nak. Kemudian, Nabi Nuh berdoa sungguh-sungguh kepada Allah agar anak-anak dan isterinya diselamatkan daripada bencana banjir itu. Nabi Nuh berdoa seperti mana yang dirakamkan dalam surah Hud ayat yang ke-45,
 
Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya.”
 
Tetapi, Allah menempelak perbuatan Nabi Nuh ini dengan berfirman di dalam surah Hud ayat ke-46,
 
Allah berfirman: “Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), sesungguhnya (perbuatan)nya perbuatan yang tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakikat)nya. Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang jahil”.
 
Kritikan Allah ini disedari Nabi Nuh. Tanpa bertangguh, Nabi Nuh segera memohon ampun dan bertaubat atas kesalahannya kerana seakan “memaksa” Allah memberikan hidayah dan menyelamatkan isteri dan anak-anaknya. Doa Nabi Nuh ini dirakamkan oleh Allah dalam surah Hud ayat yang ke-47,
 
Nuh berkata: Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikat)nya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) memberikan belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang merugi.”
 
Maha Pemurah dan penerima taubatnya Allah, Allah pun menjawab doa Nabi Nuh dalam surah Hud pada ayat yang ke-48,
 
Allah berfirman: “Hai Nuh, turunlah dengan selamat sejahtera dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan atas umat-umat (yang mukmin) dari orang-orang yang bersamamu. Dan ada (pula) umat-umat yang Kami beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari Kami”.
 
Wuhaib bin al-Ward, seorang ulama’ hadith, melaporkan,
 
“Apabila Allah tidak bersetuju dengan perbuatan Nabi Nuh meminta anak-anak dan isterinya selamat daripada bencana sedangkan mereka adalah daripada golongan yang ingkar kepada Allah, lalu Allah memberikan peringatan kepada Nabi Nuh dengan kata-kataNya.”
 
Wuhaib menambah lagi,
 
“Selepas Allah berkata seperti itu, Nabi Nuh menangis dengan penuh penyesalan selama 300 tahun. Air Matanya dikatakan mengalir deras seperti sungai.”

Antara pengajaran penting yang boleh dapat di sini adalah, jangan bertangguh taubat apabila kita sedar kesalahan dan maksiat yang kita buat. Jangan bertangguh. Kerana, apabila sesuatu azab dan bala bencana datang, ia tak akan datang secara bertangguh

Rujukan : Mukhtashar Kitab at-Tawwabeen karya Ibnu Qudamah al-Maqdisi.
 
Dapatkan buku Ajari Aku Tinggalkan Maksiat karya Shukery Azizan di semua rangkaian kedai buku di seluruh Malaysia
 
p/s : Dapatkan E-Book tulisan Shukery Azizan yang bertajuk “Kisah Wanita Di Dalam Al-Quran” hari ini juga. Klik di sini untuk dapatkan segera : >> KLIK DI SINI <<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nabi Nuh dah puas memujuk anak-anak dan isterinya untuk mengikut perintah Allah dan menaiki kapal itu. Tetapi, mereka tak nak. Kemudian, Nabi Nuh berdoa sungguh-sungguh kepada Allah agar anak-anak dan isterinya diselamatkan daripada bencana banjir itu. Nabi Nuh berdoa seperti mana yang dirakamkan dalam surah Hud ayat yang ke-45, Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya.”   Tetapi, Allah menempelak perbuatan Nabi Nuh ini dengan berfirman di dalam surah Hud ayat ke-46, Allah berfirman: “Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), sesungguhnya (perbuatan)nya perbuatan yang tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakikat)nya. Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang jahil”.   Kritikan Allah ini disedari Nabi Nuh. Tanpa bertangguh, Nabi Nuh segera memohon ampun dan bertaubat atas kesalahannya kerana seakan “memaksa” Allah memberikan hidayah dan menyelamatkan isteri dan anak-anaknya. Doa Nabi Nuh ini dirakamkan oleh Allah dalam surah Hud ayat yang ke-47, Nuh berkata: Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikat)nya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) memberikan belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang merugi.”   Maha Pemurah dan penerima taubatnya Allah, Allah pun menjawab doa Nabi Nuh dalam surah Hud pada ayat yang ke-48, Allah berfirman: “Hai Nuh, turunlah dengan selamat sejahtera dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan atas umat-umat (yang mukmin) dari orang-orang yang bersamamu. Dan ada (pula) umat-umat yang Kami beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari Kami”.   Wuhaib bin al-Ward, seorang ulama’ hadith, melaporkan, “Apabila Allah tidak bersetuju dengan perbuatan Nabi Nuh meminta anak-anak dan isterinya selamat daripada bencana sedangkan mereka adalah daripada golongan yang ingkar kepada Allah, lalu Allah memberikan peringatan kepada Nabi Nuh dengan kata-kataNya.”   Wuhaib menambah lagi, “Selepas Allah berkata seperti itu, Nabi Nuh menangis dengan penuh penyesalan selama 300 tahun. Air Matanya dikatakan mengalir deras seperti sungai.”

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan