Isu Sentuh Anjing dan agenda Liberal?

Fakta tentang isu program “Sentuh Anjing”.
Tahukah anda, Ustaz Iqbal yang hadir memberi ceramah ketika program “sentuh anjing” itu TERKEJUT bila melihat orang islam memegang anjing, berpeluk-peluk dan sebagainya?
Bagi saya, ustaz Iqbal tidak salah, dan dia telah menjelaskan dengan baik hukum hakam pegang anjing, selari dengan JAKIM. Yang bersalah dalam isu ini ialah PENGANJUR PROGRAM TERSEBUT!
Di sini tulisan dari ustaz Iqbal sendiri. Mari baca:
***
PENJELASAN ISU PROGRAM SENTUH ANJING OLEH USTAZ IQBAL
Assalamualaikum,
Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.
Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program “I Want To Touch a Dog”, yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.
Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi,menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk bertanyakan perihal Islam dengan lebih lanjut.
Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.
Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya.
Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum – hakam yang jelas menurut mazhab Syafi’e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM.
Dibawah ini saya sertakan lampiran yang difotokopi sebanyak 500 helai dan diedarkan kepada mereka yang hadir.
Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.
Saya juga jelas menerangkan,tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu.
Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media .
Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku. Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat.
Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina.Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah.
Mohd Iqbal Parjin
****
Melalui penjelasan ustaz, saya nak ajak ramai-ramai orang untuk:
PERTAMA:
 Tidak menyalahkan ustaz. Kerana:
a) Beliau di beritahu oleh pihak penganjur bahawa program ini telah di beri kebenaran oleh MAIS. Sedangkan, MAIS menafikan perkara tersebut. Bermakna, pihak penganjur TIPU!
b) Beliau di beritahu bawah sesi ceramah dan perkongsian tentang hukum hakam memegang anjing itu BERASINGAN dari tempat anjing berkumpul. Rupa-rupanya, tidak. Sekali lagi, pihak penganjur telah TIPU!
c) Beliau juga MENYALAHKAN media yang memprogandakan progam ini iaitu MalaysiaKini, KiniTv, FreeMalaysiatoday (semua portal media ini mendapat dana dari amerika untuk menyebarkan liberal di malaysia), kerana hanya menyebarkan sebahagian dari ucapan beliau sehingga menggambarkan bahawa beliau menyokong program tersebut, sedangkan, beliau telah di pergunakan!
d) Beliau juga menyatakan TIDAK SETUJU dengan adegan pegang, cium dan peluk anjing yang di lakukan oleh peserta.
Walaupun objektif program ni kononnya baik, hakikatnya, beribu lagi cara dan program yang boleh di buat bagi mencapai objektif yang sama, pada masa yang sama tidak menimbulkan fitnah. Kita nak buat satu benda, jangan hanya tengok hukum sesuatu tu halal atau haram. Tapi, kena tengok keadaan dan KESAN bila kita buat benda tu!
Apa pandangan korang, jika semua LELAKI tak pakai baju, tapi pakai seluar yang tutup pusat hingga lutut. di tengah jalan, di sekolah dan di jadikan budaya di malaysia.
Apakah hukumnya??
Hukum ASALNYA ialah di benarkan, kerana ia bukan aurat. Tetapi, apa akan jadi andai lelaki tak pakai baju ramai-ramai di tengah jalan, or di sekolah, dan di jadikan budaya??
Nescaya, akan TIMBULLAH FITNAH, gangguan sexual wanita akan menular, tiada lagi sifat malu antara lelaki dan perempuan, dan boleh jadi, kes zina berleluasa.
Maka, di sebabkan ia menimbulkan fitnah, ma ka, jadi dosa.
Sama juga isu pegang anjing ni. Memanglah khilaf ulama tentang isu pegang anjing semua ni. Tapi, masalahnya ialah, malaysia dah elok-elok harmoni dengan budaya tak pegang anjing dan tak bela anjing, tiba-tiba ada pihak-pihak yang dah start pegang annjing terang-terang, peluk cium anjing, dan sebagainya. 
Seperti yang saya cakap, isu haram tak haram tu isu perbezaan pendapat. YANG MENJADI MASALAH ialah, perkara-perkara sebegitu ( pegang annjing terang-terang, peluk cium anjing, dan sebagainya ) AKAN MENIMBULKAN FITNAH.
Di sebabkan perkara ni, orang berbalah, membodohkan sesama sendiri, membangangkan hatta adayang mengkafirkan sesama sendiri. Bukan itu sahaja, orang-orang kampung, orang-orang yang jahil agama akan start keliru ini itu ini itu. Dan, bayangkan, boleh jadi, budaya malaysia terus berubah dengan membela anjing, dan sebagainya. Apa akan jadi?
 
Juga, puak liberal ni sengaja baut program-program ni untuk memburuk-burukkan ulama dan majlis fatwa!
Dan, di sebabkan berlaku fitnah, maka, dosa.
KEDUA:
Sama-sama jauhkan diri dari agenda liberal, yang sengaja memprovok islam dan mengkucar-kacirkan islam di malaysia. Pelbagai isu. Di sini, saya utarakan dari A sampai Z agenda liberal ini:
a) Tuntutan hak pembebasan murtad
b) Membenarkan budaya lesbian, gay, bisexual, transexual(LGBT), dan menganjurkannya!
c) Menuntut penggunaan kalimah Allah dalam biblle bahasa melayu.
d) Pesta arak besar-besaran dan terang-terangan.
e) Menentang hudud
f) Berkeras ingin mendirikan negara sekular di malaysia, sedangkan malaysia adalah negara islam dan termaktub dalam perlembagaan.
g) Ingin menghapuskan hak istimewa orang melayu.
h) Menghina acara korban
i) Menghina dan berkempen untuk membubarkan dan memburukkan institusi raja.
j) menuntut bahawa semua kanak-kanak yang baru lahir tidak mempunyai agama sehingga umur 18 tahun.
k) Mengatakan bahawa Melayu juga adalah kaum pendatang sedangkan negara ini (termasuk Indonesia) adalah terkenal sebagai Kepulauan Tanah Melayu semenjak ratusan tahun yang lalu.
l) Menentang cadangan kerajaan untuk memanjangkan pembelajaran agama Islam di sekolah-sekolah.
m) Menuntut institusi-institusi yang dikhususkan kepada orang Melayu dibuka kepada bangsa lain seperti UiTM, MRSM dan lain-lain sedangkan inilah kemudahan untuk menampung anak-anak orang Melayu yang majoritinya masih miskin dan tinggal dikampong2 dengan kemudahan pembelajaran yang terbatas.
n) Menuntut kebebasan syiah dan penyebaran agama kristian.
o) Ingin menghapuskan identity Malaysia yang berteraskan melayu, islam dan raja, kepada Negara tanpa identity bangsa dan agama, dan bebas melakukan apa sahaja seperti Negara-negara barat.
p) Menentang bahasa kebangsaan dan menuntut bahasa lain juga diberi status yang sama.
q) Menyokong 14 tuntutan IFC yang jelas mencabar kedaulatan Islam
r) Menentang Kontrak Sosial yang telah dipersetujui semenjak merdeka dengan mengatakan ianya tidak wujud dan mahu kesemua bangsa diberi hak sama rata.
s) Mempertahankan sekolah venakular yang mengasingkan kaum tapi dalam masa yang sama kononnya bercakap tentang perpaduan.
t) Membuat kempen sentuh anjing untuk sengaja mengacau sensitivity umat islam, seterusnya memandang buruk ulama dan majlis fatwa yang melarang program tersebut.
u) Menghalang langkah membenteras penjualan arak di kedai 7Eleven.
v) Mengatakan bahawa orang yang pertahankan bangsa melayu sebagai rasis, tapi pada masa yang sama, mendiamkan diri bila berhadapan dengan puak chauvinist dan pelampau kafir dan liberal yang berterusan memperlekehkan islam!
w) Mengasingkan agama dan bangsa. Sedangkan, islam tak pernah mengasingkan agama dan bangsa, bahkan menjadikan bangsa sebagai alat untuk mencapai matlamat iaitu menegakkan islam.
x) Pesta bogel terang-terangan, dan juga bogel di tengah jalan.
y) Mempromosikan budaya bebas berfikiran dan bebas mengeluarkan pendapat, sehingga menafsirkan alquran dan hadis mengikut akal dan nafsu, serta lari dari maksud asal.
z) Sengaja memburukkan Mal aysia ketika isu MH370 dan MH17, agar satu dunia nampak Malaysia teruk. Sedangkan sebagai rakyat Malaysia, kita perlu support dan tak memburukkan Negara sendiri.
Banyak lagi sebenarnya. Maka, saya ajak, mari ramai-ramai kita lawan agenda liberal yang di bawa oleh puak-puak liberal! Dan, jangan kita menjadi agen mereka tanpa sedar!
KESAN AGENDA LIBERAL?
Mungkin ada yang tak nampak, pandang remeh, hatta memarahi orang yang menentang liberal. Hatta, ada yang menyokong. Saya nak nyatakan dengan jelas, apakah kesan liberal ini, agar sama-sama kita buka mata!
Jika anda semua mahu tahu, Negara-negara sekitar kita yang dahulunya negara yang di perintah oleh orang islam, kini tidak lagi.
Apa dah jadi kepada Filipina?
Dulunya Manila diperintah oleh Raja Sulaiman. Mindanao diperintah oleh Sultan Muhammad Kabungsuwan. Sekarang dah jadi negara Kristian. Disamping puluhan agama lagi di dalamnya.
Apa dah jadi kepada Vietnam?
Dulu namanya kerajaan Melayu Islam Campa (Panduranga, Kauthara, Vijaya, Inderapura, Simhapura). Sekarang dah jadi negara Buddha. Orang Malaysia tak tahu pun Vietnam tu dulu kerajaan Melayu Islam.
Apa jadi kepada Thailand?
Sebahagiannya dulu wilayah Melayu Islam dan tempat lahir ulamak Islam nusantara. Sekarang dah jadi negara Buddha. Orang Melayu dah tak reti cakap Melayu dan tak tahu tulisan jawi. Budak sekolah rendah Melayu dah percaya bahawa Kedah / Kelantan adalah asal Thailand yang dijajah oleh Malaysia.
Ada dah jadi kepada Singapura?
Dulunya diberi nama Temasek, tempat berdagang pelbagai rumpun Melayu. Tempat berlabuh sultan-sultan Melayu Riau Lingga. Sekarang jadi negara apa entah … Anak kita kat Johor pun tak tahu Singapura negeri Melayu Islam dulunya.
Apa pula akan jadi kepada Pulau Batam dan banyak lagi wilayah di Indonesia? Bukan ke gerakan Kristianisasi di sana dah masuk gear 5?
Tak risaukah kita apa yang akan jadi pada Malaysia yang kita cintai ini?
Hari ini, tanpa kita sedar, Malaysia yang kita cintai ini, sedang di ancam dengan pelbagai ancaman yang sangat terancang dan amat licik. Telah wujud beberapa golongan orang kafir dan puak islam liberal yang sudah berani mencabar kedaulatan islam di Malaysia ini. Seperti mana mereka telah lakukan di Negara-negara yang saya sebutkan tadi, seperti itulah mereka ingin lakukan di Malaysia.
Tahukah kalian akan isu “Kalimah Allah”? Di mana orang kristian ingin menggunakan nama Allah bagi menggantikan kalimah “tuhan” di dalam bible? Tahukah dan pernah belajarkah kalian, bagaimanakah cara kristian menjalankan agenda kristianisasi di negara-negara islam? Pernahkah kalian belajar dan kaji sejarah? Jika anda kaji sejarah, maka anda akan dapati bahawa apa yang mereka ingin lakukan ini semata-mata adalah untuk mengKRISTIANkan orang islam di Malaysia.
Tetapi, yang sedih, terdapat orang islam, bukan sedikit bahkan ramai, menyokong agenda kafir tersebut. TAUBATLAH!!
Tahukah kalian isu COMANGO? Di mana 54 NGO liberal telah membuat tuntutan-tuntutan yang mana terdapat dalam tuntutan tersebut amat bercanggah dengan islam dan akan memusnahkan negara? Seperti tuntutan agar di benarkan LGBT(Lesbian, Gay, bisexual, transsexual), benarkan murtad, menuntut hak sama rata, dan lain-lain.
Namun. Yang sedih, terdapat orang islam, bukan sedikit bahkan ramai, menyokong agenda kafir tersebut. Taubatlah!
 CARA NAK BERHADAPAN DENGAN PUAK LIBERAL?
Nak dakwah puak-puak ni, perlu dengan HIKMAH. Tapi, hikmah bukan bererti lembut. Hikmah ialah dakwah mengikut fiqh dan sesuai dengan keadaan. Kalau perlu tegas, tegas. Kalau perlu lembut, lembut. Dalam kes ni, puak-puak ni makin lama makin menjadi-jadi, agresif, lantang dan tak malu nak perjuangkan agenda mereka, maka, kita tak boleh paranoid dan akur dan terus berlembut! Kita juga perlu tegas, lantang, dan bersatu menentang dan boikot agenda mereka!
Lihatlah, bagaimana Allah dan rasul, juga ulama’-ulama’ telah beri panduan bagaimana nak berhadapan dengan golongan ini.
1)Hayati pesanan dan amaran Allah tentang isu ini:
-Attaubah 71, Maidah 51, Maidah 55 dan 56, Ali Imran 28, Mujadilah 22, Nisa’ 144, Maidah 81 dan 81, Nisa’ 141, Ali Imran 118, Mumtahanah ayat 1, Mumtahanah ayat 4, Mumtahanah ayat 8, Annahl 125, Anfal 73, Alfath 29, dan banyak lagi.
Betapa Allah melarang umat islam memberi  wala’, merapati, dan dekati orang kafir yang memusuhi islam, serta yang menghina-hina islam, juga pelaku maksiat. Nilai sendiri teguran Allah ini. Nilai sendiri.
2)Abu Al-‘Arabi menegaskan:
“Allah memutus dan melarang persaudaraan antara kafir dan mukmin, sebagai gantinya ial ah persaudaraan sesama islam dan pihak kafir pula bersaudara sesama mereka, tolong-menolong demi kepentingan agama dan kepercayaan mereka sendiri. Tidak syak lagi, di dalam usaha melaksanakan ajaran ilahi, ukhwah dan bantu-membantu merupakan asas pertolongan dan kemenangan umat islam setiap masa, sebaliknya, kecuaian dalam menjalankan perintah Allah ini(iaitu jika tidak memutuskan persaudaraan antara kafir dan mukmin), inilah PUNCA kemerosotan umat islam dan perpecahannya yang boleh dikoyak-rabakkan oleh musuh islam di mana-mana sahaja….”
3)Fudhail b Iyyadh berkata:
“Barangsiapa yang menolong ahli bid’ah, maka sesungguhnya dia menolong untuk meruntuhkan islam. Barangsiapa mengasihi ahli bid’ah, Allah memadamkan amalnya, dan mengeluarkan nur islam dari hatinya….”
4)Ahmad Arrasyid menyebut dalam kitabnya ‘Almuntolaq’:
“Islam ini mempunyai dua tanda. Pertama, sifat isti’la’(merasakan islam itu tertinggi), dan merasa rendahnya ideologi dan prinsip selain islam, serta menyatakan kesesatan ideologi dan prinsip lain dengan TEGAS. Kedua, hasil dari sifat isti’la’ ini, akan lahir perasaan ingin berlepas diri(tajarrud), serta MENINGGALKAN mereka-mereka yang mengikut hawa nafsu!
Dua sifat ini adalah gambaran dari fitrah taghyir(sikap merubah) yang telah di TETAPKAN oleh Allah untuk MERUBAH. Dari sini pula, ia menjadi sifat dan tabiat gerakan islam. Juga di sebabkan sifat dan fitrah ini, GAGALLAH segala langkah untuk berdamai, musolahah, toleransi dan SALING HIDUP SEKALI antara islam dan kufur…”
5)Di dalam Almuntolaq juga, Ahmad Arrasyid  telah menghuraikan fiqh dakwah yang di teladani dari seorang pendakwah ulung zaman dahulu, iaitu Abu Bakar b Yasdainar Rahimullah. Ahmad Arrrasyid menyimpulkan:
“Sebagai pendakwah, kita bukan menentang kemungkaran semata-mata. Tapi, kita juga menentang orang yang melakukan kemungkaran kerana kemungkaran mereka! Ertinya, kita tidak menentang kemungkaran dengan sembunyi-sembunyi sahaja. Tetapi, kita perlu menunjukkan tuduhan dengan telunjuknya kepada taghut. Kita perlu meninggikan suara mendedahkan pekung kekufuran di hadapannya, menyebut nama, nombor dan alamatnya. Seterusnya, di buka baki lima jari kita untuk mengubah kemungkaran dengan tangan, setelah kita tuding mereka dengan tuduhan kemungkaran yang mereka lakukan…”
6) Ibn Athoillah menyebut dalam kitabnya ‘bahjah Annufus’:
“Engkau seringkali memperlakukan musuh Allah dan pelaku maksiat masa kini dengan perbuatan yang salah. Entah kenapa, kau bermuka manis, memberi hormat, memberi senyuman, memuji mereka di forum, memberi mereka aneka gelaran penghormatan, dan bersahabat dengan mereka kerana takut mereka benci kamu. Padahal, ALLAH MELARANG kita melakukan perkara itu!
“Engkau tidak akan mendapati satu kaum yang BERIMAN kepada Allah dan hari akhirat saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan rasulnya…”
(Almujadilah ayat 22)
Memperlakukan pelaku maksiat dengan cara tersebut akan membuatkan mereka akan terus-menerus melakukan kesalahan dan penyimpangan, serta banyak melanggar perintah-perintah Allah…”
KESIMPULAN
 
 Orang Islam di Malaysia yang cuba mempromosi cara fikir yang asing (liberalisme, pluralisme, sekularisme) umpama budak-budak belum mumayyiz yang suka buat kacau dalam majlis. Jauhilah mereka.
Fahamilah islam secara syamil(menyeluruh), kamil(lengkap) dan mutakamil(saling melengkapi). Fahamilah islam mengikut acuan Alquran yang sebenar, agar kita tak terjebak dengan pemikiran liberal, sekular, sosialis, plural dan lain-lain yang jelas menyeleweng.
Hakikatnya, banyak lagi fiqh-fiqh serta kata-kata ulama bagi merungkai isu ini. Sebab itulah, DAKWAH INI BERDIRI ATAS FIQH, seperti mana solat tak boleh di buat ikut cara sendiri, begitu juga dakwah. Akhirnya, dakwah yang kita lakukan ini ALLAH MURKA, lantaran kita ikut cara kita sendiri, menggunakan dalil syarak yang di salah tafsir dan langsung tak tepat dalam penggunaanya, tiada disiplin dalam berijtihad, dan lain-lain.
Baca juga tulisan saya berkenaan “Mana satu musuh, mana satu Mad’u” di SINI, bagi membezakan dan menjelaskan mana satu musuh dan mad’u dan cara berinteraksi dengan mereka. Baca juga huraian saya tentang “islam liberal” di SINI
Akhir kata, dari pegang anjing, ayuh sertai kempen anjuran Tarbiah Sentap:
#SayamahusentuhAlquran
Jom kembali kepada Alquran!
:)
-Adnin Roslan-

4 Responses

  1. Assalamualaikum ustaz, andai kata kwn kristian saya cakap islam ni tak benarkan org kristian berdakwah ke? Mana hak kebebasan beragama? Saya memang nak share artikel ni tp takut soalan seperti itu yg diutarakan kpd saya.

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan