Isu Palestin: Apakah cara nak menangkan islam?

 

 
Dunia dah nak kiamat. Makin hari, makin kucar kacir. Makin hari, pelbagai kisah-kisah, detik-detik, peristiwa-peristiwa yang membuatkan kita gelisah, tak tenang dan huru-hara. Palestin, Syria, Mesir, Rohingya dan pelbagai lagi Negara umat islam yang di serang bertubi-tubi, di layan bagai binatang, di perkotak-katikkan dan lain-lain. Persoalannya ialah:
 
“Nak salahkan siapa? Ini semua salah siapa?!”
 
Lantas, kita menyalahkan Israel, Amerika, Rejim Assisi, dan lain-lain. Dari satu sudut, ianya sangat benar. Dan siapa yang nafikan perkara ini, dan menganggap Israel, amerika dan sekutu-sekutunya tak bersalah adalah satu kebodohan yang nyata. Memang mereka salah dan kita wajib menentang mereka. Menentang musuh Allah ada satu ibadah.
 
Tapi, saya nak bawa kepada satu sudut lain, agar kita kembali ingat beberapa perkara. Kalau saya tanya semua dengan satu soalan:
 
“Apakah cara nak bantu rakyat palestin?”
 
Maka, kita akan beri jawapan ini:
 
“Kita kena boikot barangan Israel, kita kena sebarkan isu palestin kepada ramai orang agar rama yang ambil tahu dan cakna, qunut nazilah, update berita mereka, sumbangkan harta untuk mereka, dan lain-lain….”
 
Amat tepat. Hatta, saya sendiripun CUBA usaha 100% untuk buat benda di atas. Usaha untuk boikot, beri sumbangan, update, sebarkan, beri kefahaman kepada orang tentang isu palestin dan lain-lain. Tapi, apa yang saya nak utarakan di sini ialah:
 
“Kenapa palestin, mesir, Syria, rohingya dan lain-lain masih belum dapat kemenangan yang sempurna, walaupun telah di beri pelbagai sumbangan, mendapat sokongan satu dunia dan lain-lain? Kenapa ya? Bilakah islam nak menang?!”
 
Maka, jawapan saya ialah:
 
“Kerana bantuan Allah belum tiba dengan sempurna….”
 
Terdiam jap. Timbul satu persoalan baru:
 
“Antara bantuan manusia, dan bantuan Allah……..?!!”
 
Maka, di sini, saya akan hurai tentang isu ini. Mengapa bantuan Allah secara sempurna masih belum turun?
 
BANTUAN MANUSIA VS BANTUAN ALLAH
 
Ramai umat islam hari ini, dia sangka, CUKUP SEKADAR bantu dari sudut kewangan, boikot dan lain-lain, islam akan bangkit, dan kemenangan akan hadir. Sebenarnya, kita lupa satu hakikat. Hakikat yang sangat agung. Satu hakikat yang sangat perlu di ambil berat. Bahawa, dengan bantuan Allah lah, islam akan bangkit. Dengan bantuan Allah lah, palestin akan menang, begitu juga yang lain.
 
Tapi, bantuan Allah tak datang begitu sahaja. Bantuan Allah perlu di tarik. Dan, ianya amat berkait rapat dengan AMALAN orang islam itu sendiri. Percayalah. Saya nak nyatakan satu teori:
 
“Bila amalan umat islam baik, maka pertolongan Allah akan datang. Bila amalan orang islam teruk, Allah akan tarik kembali pertolongannya….”
 
So, tahu tak kenapa hari ini, umat islam masih tak dapat pertolongan Allah secara sempurna? Apakah amal-amal yang membuatkan Allah tak turunkan pertolongannya secara sempurna kepada umat islam?! Jom soroti satu-satu!
 
1)Tinggalkan dakwah.
 
Isu ini sangat penting. Kalau kita nak tahu, bila kita tinggalkan dakwah, bila kita tak ajak orang buat baik dan cegah orang buat  maksiat, Allah takkan pandang kita. Allah takkan terima doa kita. Bahkan, Allah takkan bantu kita!
 
“Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah berfirman kepda kalian: ‘Serulah manusia ke arah kebaikan, dan cegahlah mereka dari melakukan kemungkaran, sebelum datang satu masa, di mana jika kalian BERDOA, tetapi doa kalian TIDAK AKU KABULKAN. Kalian MEMINTA KEPADAKU, tetapi aku TIDAK MEMBERI pada kalian. Dan kalian MEMINTA TOLONG kepadaku, tetapi, aku TIDAK MENOLONG kalian!!”
 
(Hadith riwayat Ibn Majah dan Ibn Hibban)
 
Kalau perhati hadith kat atas, rasanya, Allah pandang ke doa dan qunut nazilah kita bila kita langsung tak ada usaha untuk berdakwah??!
 
2)Melakukan dosa dan maksiat.
 
Kalau tak buat dakwah(amar makruf nahi mungkar) pun Allah dah tak bantu, apatah lagi kalau kita sendiri buat dosa dan maksiat?! Rasa-rasanya Allah nak bagi bantuan tak pada umat islam? Ketahuilah, ketahuilah wahai kawan:
 
“Di sebabkan dosa yang kita lakukanlah, Allah lambatkan kemenangan islam!”
 
Jangan ingat dosa yang kita buat ni just bagi kesan pada diri kita. Hakikatnya, dosa yang kita buat, memberi kesan kepada semua umat islam. Bahkan, dosa kitalah yang mempengaruhi cepat lambatnya kemenangan islam! Ikhtilat, couple, cintan cintun sini sana, main game sampai lewat malam sampai tinggal tahajud,  tengok video lucah, zina, dengar lagu pelik-pelik, dan lain-lain, ini semua punca Allah lambatkan kemenangan islam!             
 
Tak percaya? Masih tak percaya bahawa dosa kita adalah punca? Masih tak percaya bahawa dosa yang kita buat sorang-sorang, boleh mengesani seluruh umat islam?
 
Pernah dengar tak kisah nabi musa dan kaumnya? Biar saya ceritakan agar kita semua sedar dan buka mata!
 
***
 
Suatu ketika, negeri nabi musa dan kaumnya di landa KEMARAU yang sangat teruk. Dan akibat dari kemarau ini, semua kaum nabi musa terasa kesusahan dan terdesak. Lalu mereka menunaikan solat meminta hujan beramai-ramai. Lalu nabi pun berdoa agar Allah turunkan hujan. Lalu Allah jawab:
 
“Di tengah-tengah kalian, ada seorang hamba yang telah melakukan maksiat kepadaKU selama 40 tahun. Oleh kerana itu, aku tidak menurunkan hujan sehinggalah dia keluar dari negeri kalian!”
< br />
Lalu, nabi musa pun menyuruh lelaki tersebut mengaku dan keluar. Pada masa yang sama, lelaki yang berdosa tu TERASA, dan dia rasa malu dan bersalah. Dia malu nak mengaku, dia takut di kutuk dan di ejek. Terus dia rasa menyesal dan insaf. Lalu laki tu berkata dalam hatinya:
 
“Ya Allah, kalau aku mengaku dan keluar dari negeri ini, aku dah bukak aib aku sendiri. Tapi, kalau aku masih duduk dalam negeri ni, semua penduduk akan mati kehausan di sebabkan aku! Ya Allah, tutuplah aibku, dan terimalah taubatku ya Allah! Mulai hari ini aku akan bertaubat!!”
 
Tidak lama lepas tu, hujan pun turun dengan lebatnya! Nabi musa terkejut, sebab takde siapa pun yang mengaku dan keluar dari negeri. Lalu nabi musa bertanya pada Allah:
 
“Ya Allah, hujan dah turun! Padahal, takde sorang pun yang keluar dari negeri ini!”
 
Lalu Allah jawab:
 
“Hujan turun, kerana taubatnya hambaKu yang dahulunya bermaksiat kepadaKu…”
 
And then nabi musa balas:
 
“Ya Allah, kalau begitu, tunjukkan kepadaku siapakah orang tu…”
 
Dan Allah jawab dengan jawapan yang cukup menyentuh hati saya:
 
“Aku telah menutup aibnya. Apakah aku akan membuka aibnya sedangkan dia dah bertaubat??!”
 
***
 
Lalu,berdasarkan kisah di atas, apakah kita sedar, apakah kita SEDAR dan FAHAM, bahawa maksiat seseorang dapat MENGHACURKAN sekolompok umat?! Apakah kita sedar, dengan dosa yang kita lakukanlah, pertolongan Allah akan di tarik? Jangan di sebabkan kita nak puaskan nafsu, umat islam yang lain di tindas! Dosa kitalah PUNCA sebenar mereka di tindas!
 
Ketahuilah, musibah yang berlaku itu berpunca dari dosa dan maksiat. Dan jika kita ingin mengangkat musibah tersebut, adalah dengan BERTAUBAT.
 
3.Tinggalkan ajaran quran dan sunnah.
 
Makin jauh kita dari quran dan sunnah, maka, makin jauhlah pertolongan Allah kepada umat islam. Ini satu hakikat yang kita semua kena akur, jelas dan faham, serta muhasabah bersama! Ingat kisah perang UHUD?
 
Hanya di sebabkan beberapa orang yang tak patuhi arahan nabi(beberapa orang sahaja!), Allah beri pengajaran kepada umat islam dengan memberi mereka kekalahan! Hanya di sebabkan beberapa orang, yang tak patuhi ajaran dan arahan nabi.
 
Hari ni, kita dengan tenangnya tinggal solat, mengagungkan ideologi selain islam seperti liberal, sekular, syiah, hedonisme dan lain-lain! Sikitpun kita takde usaha untuk ikut suruhan Allah dan rasul. Bahkan, kita jadikan kafir dan barat sebagai ikutan dan role model. Lebih mengagungkan pemain bola sehingga rambut pun nak tiru mereka, dan lain-lain. Apakah pertolongan Allah akan  hadir?!
 
4.Umat islam saling bercakaran
 
Ini juga satu punca, dan perkara yang menghalang pertolongan Allah datang. Apabila orang islam sesama islam asyik bergaduh, mengutuk, mencaci dan menghina sesama sendiri, bersangka buruk dengan umat islam, sedangkan bila dengan orang kafir boleh duduk sekali dan bersangka baik serta berlembut, membelakangkan orang islam, dan yang sama waktu dengannya. Apa ini? Apakah ini semua?!!
 
Ingatlah pesan arrasul:
 
“Apabila umatku telah mengagungkan dunia, maka akan tercabut dari mereka kehebatan islam. Dan apabila mereka meninggalkan amar makruf nahi mungkar(dakwah), maka akan hilang dari mereka keberkatan wahyu. Dan apabila UMATKU SALING MENGHINA, maka JATUHLAH mereka dari PANDANGAN ALLAH!!”
 
(Hadith riwayat Hakim dan Tirmizi)
 
So, apakah yang menghalang kita, umat islam untuk bersepakat dan bersama-sama meninggikan kalimah Allah?! Apakah yang menghalang? Ketahuilah, lagi kita berpecah dan saling hina-menghina, maka selagi tulah Allah takkan hantar pertolonganNya dan selagi tulah islam takkan bangkit!

Actually, kalau saya nak gariskan, banyak lagi. Tapi cukup dengan empat ni, muhasabahlah bersama..
 
 
 
APAKAH SOLUSINYA?
 
Solusinya bagi saya, KEMBALILAH kepada islam. Bertaubatlah, dan kembalilah ke pangkal jalan. Fahamilah islam, laksanakanlah dakwah, tinggalkanlah maksiat, bersepakatlah sesama umat islam. Itulah jalan untuk mendapat pertolongan Allah.
 
Islam takkan menang dengan pertolongan manusia semata-mata. Kerana itu, berjuta wang dan harta serta ubat-ubatan telah di berikan kepada rakyat palestin Syria, rohingya, dan lain-lain, pelbagai demonstrasi aman telah di lakukan bagi menyedarkan masyarakat tentang isu palestin dan sebagainya, pelbagai solat hajat dan qunut nazilah telah di lakukan, tapi, islam akan menang apabila pertolongan Allah datang!
 
Saya ulang:
 
“Islam takkan menang hanya dengan pertolongan manusia semata-mata walaupun ianya adalah satu kewajipan kepada kita. Tapi, islam akan menang dengan pertolongan Allah, dan kita wajib menariknya dengan amal kita!”
 
Demi Allah, saya sikitpun tak merendahkan mereka-mereka yang berusaha membantu palestin dengan menyumbang, cakna, demonstrasi aman, ceramah-ceramah, boikot dan lain-lain. Bahkan, saya menyokongnya 100%, dan tak salah kalau saya kata, kita WAJIB melakukan ia.
 
Cuma, fikir-fikirkanlah point saya di atas.
 
Masih lagi saya ingat satu kisah, di zaman HASAN ALBANNA, tika masyarakat ketika itu bertanya:
 
“Adakah palestin akan kembali ke tangan umat islam semula??”
 
Maka, Albanna menghantar seorang ulama’ untuk ke palestin bagi mendapatkan beberapa maklumat, bagi menjawab seoalan tersebut. Setel
ah itu, ulama tersebut menyatakan:
 
1) Apabila aku mengajak mereka untuk solat berjemaah di masjid, masing-masing di antara mereka memilih untuk tak turut serta dengan pelbagai alasan.
 
2)Apabila aku mengajak mereka untuk mendalami dan menghayati Alquran, ramai di kalangan mereka memilih untuk tidak pedulikan.
 
3)Apabila aku mengajak mereka ke majlis ilmu agar mereka memahami agama dan mendapat kesedaran, mereka menolak dan mengabaikan.
 
4)NAMUN, apabila aku mengajak mereka untuk menentang kezaliman yahudi laknatullah, mereka terus bersemangat dan turun dari segenap penjuru untuk berdemontrasi menyokong perkara ini!!
 
Maka, apabila mendengar keadaan itu, Hasan Albanna menjawab:
 
“Palestin takkan kembali ke saat orang islam di saat ini…..”
 
Kerana itulah, Hasan Albanna mulakan TARBIAH, mendidik masyarakat dengan dakwah. Sehingga hidupnya rijal hasil didikan albanna iaitu SYEIKH AHMAD YASSIN yang telah mentarbiah penduduk GAZA, mengajar mereka Alquran dan sunnah, mengembalikan roh dakwah dan tarbiah di kalangan mereka, serta menubuhkan HAMAS, yang kita lihat hari ini, hero umat islam! 
 
Kerana mereka sedar, dengan kembali pada islam lah, islam akan bangkit dengan pertolongan Allah.
 

 

 
PENUTUP
 
Wahai kawan, wahai umat islam yang saya sayang, wahai diriku sendiri!
 
Umat islam di palestin telah berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali pada islam. Di gaza, telah lahirkan beratus ribu para hafiz Alquran di kalangan budak-budak, remaja, pemuda dan orang tua. Masjid mereka hidup, HAMAS  dan FATAH telahpun sepakat, dan kecintaan mereka terhadap agama sangat tinggi.
 
Hatta, kalau nak tahu, SYARAT untuk MENYERTAI briged Izzuddin Alqassam  sangat ketat! Kerana, meraka mahu pastikan pejuang-pejuang dan para mujahidin terdiri dari mereka-mereka yang bersih hatinya dan jujur dengan diri mereka sendiri, serta jujur dengan Allah! Antara syarat untuk menyertai sayap jihad HAMAS iaitu briged Izzuddin Alqassam ialah:
 
1)Hafiz 30 juz dan lancar.
2)Hafal Hadith 40, lancar dan faham.
3)Dapat keizinan ibu bapa.
4)Wajib baca satu juz quran sehari,
5)Wajib pelajari TAFSIR quran.
6)Melazimi puasa sunat dan tahajud!
7)Mendapat keizinan ketua masjid di kawasan mereka bagi mengesahkan bahawa dia melakukan solat subuh berjemaah di masjid selama 3 bulan berturut-turut!
8)Tak hisap rokok.
9)Bijak dan cemerlang pelajaran.
10)Melazimi riadhah.
11)Melazimi zikir harian pagi dan petang.
12)Siap sedia untuk syahid pada bila-bila masa.
 
Inilah syarat nak masuk briged alqassam!!!Memang kita tak layak langsung!!
 
Sebab tulah, kemenangan demi kemenangan Allah berikan kepada penduduk gaza, walaupun di serang bertubi-tubi, sedikitpun mereka tak gentar, dan bantuan Allah datang tanpa jemu kepada mereka. Kerana mereka AMAT MENJAGA DIRI MEREKA DARI DOSA.
 
Bayangkan, BARU MEREKA  menjaga diri mereka dari dosa, kalau SELURUH UMAT ISLAM menjaga diri mereka dari dosa, bayangkanlah pertolongan Allah yang macamana akan Allah curahkan? Bayangkanlah!
 
Namun, andai kita nak lihat pertolongan Allah datang mencurah-curah, jika kita nak lihat kemenangan islam di depan mata kita, tinggalkanlah dosa, bertaubatlah, dan kembalilah pada islam yang sebenar.
 
Janganlah di sebabkan kita, palestin, Syria, rohingya dan lain-lain dalam kesusahan. Dan suka untuk saya ingatkan, tiada siapa yang terlepas dari dosa dan maksiat, melainkan nabi saw. Namun persoalannya, adakah kita bertaubat dan tak terus-menerus melakukan dosa, atau kita dah tak rasa apa bila buat dosa?

Ingatlah, janganlah jadi orang yang hanya mampu mengutuk israel dan amerika, tapi pada masa yang sama kita menjadi punca umat islam kalah. 

“Jangan sampai kalian hanya mampu melaknat orang zalim, tetapi hendaklah kalian memikirkan bagaimana untuk menghentikan kezaliman itu!!”
(Umar Telmisani)

“3 kelemahan umat islam. Pertama, tidak belajar dari SEJARAH lampau(tak baca sirah nabi, tak baca sejarah-sejarah dunia), kedua, tak merancang dengan teliti, dan yang ketiga, malas membaca!”
(Moche dayan, bekas panglima ketua pertahanan IDF-israel defense force)

“Umat islam jangan bermimpi ingin mengalahkan kami, selagi mana solat subuh mereka di masjid tak sama macam solat jumaat!!”
(Rahib yahudi)

Fikirkanlah…
 
“Ya Allah, andai dosa kami menjadi punca kau melambatkan kemenangan umat islam di seluruh dunia khususnya palestin, maka, kau ampunkanlah kami yang bodoh, hina dan penuh dosa ini ya Allah!
 
Wallahua’lam.
 
-Adnin Roslan-
 
 

6 Responses

  1. Sedih sebab iman diri aku tak kuat dan sedih sangat sbb negara islam semua tewas dgn israel dan seumpamanya kecuali palestin

Leave a Reply to ZaitulZazai Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan