Cara nak tinggalkan couple, crush dan ikhtilat?

 
 
Bismillah.
 
 
Alhamdulillah. Lebih kurang 2 minggu saya tak update blog. Anyway, untuk pemakluman semua, Facebook saya telah pun di ‘ban’ oleh pihak security Facebook, kerana saya adalah salah seorang Admin page “We Are All Alqassam”, sebuah page yang telah mencapai ratusan ribu like dalam masa seminggu, sebuah page yang di cipta untuk menyatakan sokongan padu rakyat Malaysia khususnya dan umumnya dunia, kepada pejuang palestin khususnya Briged Izzuddin Alqassam HAMAS. Tapi, nampaknya, Israel dan kuncu-kuncunya dah start cuak dan menggelabah, lalu depa pun telah ‘ban’ dan ‘disable’kan page “We Are All Alqassam” sekali dengan 14 Admin page tersebut. Termasuklah diri saya….
 
Akibatnya, page kendalian saya iaitu “TARBIAH SENTAP” yang dah mencecah 25,000 like, terpaksa di cipta baru, kerana saya dah tak boleh post apa-apa dalam tu kerana FB saya dah di ‘disable’kan. So, saya ajak semua orang untuk like page TARBIAH SENTAP “BARU” saya di sini:
 
 
Moga bermanfaat!Sharekan kepada semua kawan-kawan!
 
Apa-apapun, ada beribu hikmah insyallah.
 
Okay, insyallah, kali ni, saya nak cerita pada semua orang tentang, “Apakah tips dan cara untuk tinggalkan cinta sebelum nikah dan ikhtilat?”. Saya yakin 100%, sangat ramai orang rasa terseksa dengan ikhtilat dan cinta, tapi malangnya, ramai yang tak tahu macamana nak lupakan bf/gf korang. Juga, ramai yang takut nak jaga ikhtilat sebab takut di anggap sombong, poyo dan lain-lain oleh orang berlainan jantina.
 
Tapi, awal-awal saya nak bagitahu, cara yang saya nak ajar ni memang efektif kalau korang BUAT! Tapi, kalau korang tak nak berkorban, still rasa berat, kalau saya bagi sejuta tips pun, korang takkan mampu buat. Ingat, hendak seribu daya, tak nak sejuta dalih!
 
Okay, jom kita tengok satu persatu.
 
 
 
 
CARA NAK TINGGALKAN IKHTILAT DAN CINTA SEBELUM NIKAH
 
 
1) Faham apakah hukum ikhtilat serta asas-asanya, dan cinta sebelum nikah.
 
Ini tips pertama yang saya letak. Sebab, ramai orang ikhtilat dan sibuk bercintan-cintun, crush sini sana, sembang dengan berlainan jantina tanpa rasa bersalah atas alasan “takde syahwat” kononnya, dan lain-lain, tanpa rasa BERSALAH LANGSUNG!! Kenapa? Sebab, ramai yang tak tahu pun benda tu salah!Bila tak tahu benda tu salah, bila tak faham, maka benda yang salah mereka anggap tak salah, bila tegur, marah, mengamuk, kutuk dan sebagainya.
 
Oleh sebab tulah, saya dah tulis secara panjang lebar tentang isu ni supaya korang semua FAHAM gila-gila tentang isu ikhtilat dan cinta sebelum nikah ni. Boleh baca tulisan saya di link-link berikut. BACA! Kalau dah ada usaha nak dapat ilmu, tapi kita tolak dan berterusan dalam keadaan jahil, kita dosa. Kalau dah tahu tapi tak amal, pun dapat dosa.
 
Kekeliruan dalam ikhtilat:
Tujuh Jalan Zina?
 
Boleh ke ada crush?
Apabila pelajar agama berikhtilat?
 
Sila baca dari awal sampai habis.
 
2) Unfriend dan unfollow orang berlainan jantina di media social samada Facebook, Instagram, twitter dan lain-lain.
 
Bagi saya benda ni sangat penting atas beberapa faktor.
 
Pertama, kalau kita friend/follow yang berlainan jantina, ia akan membuatkan kita mudah untuk stalk, dan melihat gambar yang berlainan jantina! Mana taknya, bila kita friend/follow, segala gambar-gambar mereka akan keluar kat newsfeed kita,gambar gedik ke, selfie ke, gambar ala-ala solehah ke, apa-apalah. Dan ia akan menyebabkan hati makin lama makin hancur lebur secara halus dan tak perasan.
 
Lepas tu, start like-like gambar, and then, bila gambar korang dapat banyak like, korang start perasan yang korang cantik/hensem, lepas tu mula la start post gambar yang makin lama makin gedik, mengarut, dan rasa nak tumbuk je. Argh!! (Tetiba mengamuk…)
 
So, bila kita unfriend dan unfollow, ia lebih menjaga iman kita. Bukankah Allah suruh kita tundukkan pandangan? Tak kiralah kalau kita tengok gambar tu dengan syahwat atau tak, Allah dan rasul tetap suruh kita tutupkan pandangan!
 
“Datangnya musibah di awali dengan penglihatan, seperti kebakaran besar di awali dengan percikan api kecil!”
(ibn Qayyim)
 
Sebab tu ulama meletakkan dosa mata ialah apabila kita memandang wanita bukan mahram, tak kisah lah dalam real life, atau kat gambar, majalah, tv, dan lain-lain. Satu sudut, memang saya pun maklum, amat susah untuk kita jaga pandangan zaman sekarang. Tapi, persoalannya, apakah USAHA kita?!
 
Kedua, bila kita unfriend dan unfollow yang berlainan jantina, ia dapat mengurangkan kadar kita berhubung dengan berlainan jantina. Ye lah, bila dah friend dan follow, kita boleh komen, kita lagi teransang/bernafsu untuk mulakan chatting padahal tak penting, start like status pastu perasan:
 
“Pergh.. Farah like status aku! Bermakna, dia, dia…dia suka aku!! Yeah!!!”
 
“Pergh.. Samdul retweet twit aku…Argh..meltingnya!!”
 
Ini semua menimbulkan fitnah. Percayalah. Lagi satu, bila kita friend/follow berlainan jantina, kita akan dapat baca status dan update dia, sekaligus membuatkan kita ada rasa kecenderungan untuk lebih mengenali si dia. Nampak tak permainan setan di situ??
 
Kalau tak Nam
pak, tak tahulah….Tapi, kalau kita yakin tak mendatangkan fitnah seperti friend/follow tokoh-tokoh agama, ulama’, ustaz ustazah, dan sebagainya, maka takde masalah.Tapi, pastikan niat untuk dapat manfaat.Yang pasti, jangan tipu diri sendiri.
 
3) Jangan save nombor yang berlainan jantina.
 
Ni pun satu tips yang berguna. Saya sendiri dalam henset takde save satu pun nombor perempuan. Kalau saya nak berhubung atas urusan kerja, saya akan cari di group whats app kerja tu, dan berurusan sekadar untuk menyetelkan urusan.
 
Kalau kita save nombor perempuan, lebih-lebih lagi rakan satu kelas, rakan satu kuliah, orang yang kita suka dan lain-lain, ia lagi memudahkan kita untuk start mesej, pastu call bagai. And then….. Faham-fahamlah.
 
4) Jauhi berkawan dengan orang yang kaki ikhtilat dan couple.
 
Ini benda yang sangat penting bagi saya. Sebab kawan ni adalah benda yang sangat besar dalam islam. Salah plilih kawan, keislaman kita akan hancur. Sebab, kawanlah yang banyak bersama kita, sekaligus akan mempengaruhi kita samada secara sedar ataupun tak.
 
Bayangkan, bila kita kawan dengan kaki ikhtilat dan couple, nanti dalam kelas, dia akan start cerita pasal perempuan ni, laki tu, artis ni, artist u, pelakon ni, pelakon tu, pastu start luahkan masalah dia, mintak pandangan kita pasal isu cinta, macamana cara nak luahkan perasaan cinta bagai, dan lain-lain.
 
Lagi masalah, bila kawan kita tu start cucuk-cucuk kita untuk start berikhtilat dan couple dengan memperkenal dan men’suggest’kan kita untuk berikhtilat dan couple dengan perempuan dan laki ni.
 
“Weh, bak kata Syamsul, Bakri suka kau Farah…Eee…Jelesnya aku! Farah, ni peluang kau. Bakri dah la hot, hensem gila kata kau…Pastu dia minat kau. Serius untung!! Tryla kau mesej-mesej dia. Hehe…”
 
“Aku tengok kau sedih je. Kenapa ni Ayob?Aku tahu kau suka Sarah. Tapi kau segan nak bagitau dia kan? Kalau kau nak aku tolong, boleh je:) Aku tak nak kau sedih-sedih ni. Kau sedih, aku pun sedih beb….”
 
“Hahaha..kau takde awek? Bapak nerd gila kau!”
 
Dan lain-lain. Bagi saya, ayat-ayat di atas ni benda REAL. Bila kita start kawan dengan orang yang kaki ikhtilat dan couple, secara tak langsung, mereka akan pengaruh dan goda kita untuk turut serta melakukan dosa tu, walaupun mereka takde niat. Percayalah.So, tinggalkan mereka, cari kawan yang baik dan soleh.
 
Ada sorang kawan saya mengadu. Yang mana, dia ni hafiz quran 30 juzuk. Bila dia pindah sekolah, kawan-kawan kat sekolah abru dia semuanya couple. Sampai satu tahap, dia rasa MALU kalau tak couple. Akhirnya, dia pun couple….Isk, isk, isk…
 
5) Berukhwah dengan sesama jantina.
 
Sebenarnya, berukhwah dengan yang sama jantina sejuta kali ganda lagi manis dan nikmat daripada bercinta dan berikhtilat. Serius saya tak tipu. Saya sendiri bila chat dengan kawan-kawan baik saya, saya boleh tersenyum sorang-sorang, tergelak sorang-sorang, dan kadang-kadang, boleh nangis teresak-esak sebab rindu!
 
Banyakkan bersama kawan sejantina yang baik dan soleh, yang sering support kita buat baik, yang bantu dan sanggup dengar luahan masalah kita dengan sabar walaupun lama, yang sering nasihat kita bila kita buat salah, yang berada di sisi kita time kita susah dan senang, yang boleh simpan aib kita, yang sering memberi kita semangat time tengah down, fuh….
 
Nikmat gila beb!!
 
Bagi saya, orang yang berikhtilat dan couple ni, punca dia ialah dia langsung tak pernah rasa nikmat berukhwah dengan sesama jantina. Sebab tu akhirnya dia pilih jalan dosa untuk memuaskan kekosongan dan keboringan dalam hidup dia. Akhirnya, dia takkan puas dengan ikhtilat dan couple, bahkan, dia akan bertambah HAUS, ketagih dan terseksa bagai orang yang terseksa dengan ketagihan dadah.
 
Mana taknya, ramai orang yang ingatkan mereka ni berukhwah. Tapi, mereka cemari jalan ukhwah dengan perbuatan dosa.Pergi wayang sama-sama rakan sejantina, merempit sama-sama, cerita pasal awek/pakwe sama-sama. Orang yang cemarkan jalan ukhwah dengan dosa, mereka tak akan merasai nikmatnya ukhwah!!!
 
Saya ulangi:
 
“Orang yang cemarkan jalan ukhwah dengan dosa, mereka tak akan merasai nikmatnya ukhwah!”
 
So, kalau korang nak berukhwah sesama jantina, berukhwahlah dengan cara islam. Saling tolong-menolong ke arah kebaikan, rapat dan kenal mengenal, dan lain-lain. Baru korang akan rasa nikmat ukhwah. Bila dah rasa nikmat ukhwah bersama rakan sejantina, percayalah, korang takkan teringin nak ikhtilat dan couple, sebab korang dah dapat rasa kemanisan dan kebahgiaan dalam berukhwah.
 
6) Elakkan dari tengok drama cinta, baca novel cinta, dengar lagu cinta dan apa-apa yang berkaitan cinta.
 
Hakikatnya, apa yang kita lihat, apa yang kita dengar, dan apa yang kita baca, akan membentuk satu CARA FIKIR lalu akan mengesani hati dan perbuatan kita! Kalau kita sering melihat benda-benda yang baik, dengar benda yang baik-baik, dan membaca benda yang baik-baik, maka cara fikir kita akan baik, dan akan membuahkan perbuatan dan amal yang baik!
 
Tapi, kalau buruk? Kalau tengok movie drama pun pasal cinta, dengar lagu cinta, baca novel cinta, akhirnya, kita akan rasa cinta dan ikhtilat tu tak salah, bahkan kita akan rasa malu kalau tak couple dan malu kalau tak ikhtilat. Apakah semua ini? Tidaaaaak!!!
 
Saya umpamakan benda ni macam SPAN
 
“Kalau kita masukkan span dalam air najis, bila kita perah, yang akan keluar ialah air najis. Kalau kita masukkan span tu dalam air bersih, bila kita perah, yang keluar juga adalah air bersih…”
 
Sama macam hati kita. Kalau yang masuk dalam hati kita ialah pasal cinta, akhirnya ia akan membuahkan perbuatan yang berkaitan dengan cinta.
 
Cukup-cukuplah. Bawak bertaubat.
 
7) Sibukkan diri dengan dakwah dan tarbiah.
 
Ini bagi saya sangat penting. Bila kita dah takde kerja nak buat, kita pun akan buat benda yang takde kerja. Takde kerja nak couple semua tu, pelik betul. Sebab tu, kita kena sibukkan diri kita dengan amal, dengan dakwah, dengan tarbiah!! Kalau kita sibuk dengan benda-benda ni, sampai satu tahap, kita dah takde masa nak fikir pasal cintan-cintun ni. Percayalah.
 
Saya ada sorang kawan, satu hari dia masuk kelas, muka dia sedih, muram dan amcam nak nangis. Saya ingat dia sedih sebab putus cinta ke apa(Walaupun dia ni langsung tak bercinta dan amat menjaga ikhtilat). Saya tanya dia, kenapa dia sedih? Dia jawab:
 
“Aku sedih sebab orang yang aku dakwah dah lama tak datang jumpa aku. Aku takut dia lari dari dakwah aku….”
 
Pergh. Saya respect gila. Orang yang dah sibuk dengan dakwah tarbiah ni, sampai satu tahap, dia rasa jatuh cinta dengan dakwah dan tarbiah, sehingga, dia sanggup korbankan segala-galanya untuk dakwah tarbiah. Jealous kan?

 

Contoh paling dekat dengan ialah ialah Alqassam di palestin. Yang mana, ahli briged Alqassam semuanya bawah 30 tahun. Kebanyakannya sekitar 18 hingga 25. Lihat, mereka sibukkan diri mereka dengan dakwah, tarbiah dan jihad, sehingga mereka takde masa langsung nak fikir pasal couple semuanya. Kalau mereka mampu, so, jangan bagi alasan yang kita tak mampu!
 
Itulah 7 cara yang saya boleh bagi untuk tinggalkan ikhtilat dan cinta sebelum nikah. Saya dan akwan-kawan saya dah buat, dan kami berjaya Alhamdulillah.Korang bila lagi? Jom!
 
 
NASIHAT UNTUK MENUNDUKKAN PANDANGAN
 
Saya nak kemukakan nasihat ini, khas untuk laki yang dah tak boleh tahan nak tengok perempuan, nak tengok video lucah dan yang sama waktu dengannya. Juga, untuk perempuan yang tak reti nak jaga mata melihat laki-laki hensem seperti artis pelakon dan penyanyi lelaki, korea ke, jepun ke, barat ke, melayu ke. Apa-apa.
 
Saya tahu, korang amat terseksa. Kan? Korang nak BEBAS dari dosa mata ni semua. Kan? Tapi korang rasa sangat susah nak tinggalkan. Kan?
 
Di sini, saya akan nyatakan kaedah yang ulama beri untuk membebaskan diri kita dari penyakit “tak reti jaga pandangan” ni. Moga Allah mudahkan kita!
 
*p/s: Kalau saya tulis lelaki, bermakna ia adalah untuk wanita jugak. Kalau saya tulis wanita, ia untuk lelaki jugak. Harap faham.
 
Saya akan nukilkan beberapa kata-kata ulama. Moga bermanfaat!
 
Pertama:
 
“Apabila hati korang tertarik dengan wajah seseorang yang cantik, maka kau bayangkanlah kau sedang melihat wanita yang buruk, hitam legam, di penuhi bintik-bintik puti, matanya buta, kepalanya gendul, gigi depannya terkeluar, berhidung penyek, berbibir tebal, serta wajahnya di kerumuni lalat. Bila kau dah membayangkan wajah seperti tu, insyallah hati kau tak akan memikirkan wanita cantik!!”
 
Kedua:
 
“Cara untuk kau ubati hati kau dari memikirkan wanita, ialah kau perbanyakkan zikir pada Allah, bayangkan bagaimana azab Allah kat akhirat nanti.Apabila di dalam hati kau timbul suatu bayangan kea rah maksiat, maka, kau ambillah wudhuk, dan solatlah sunat 2 rakaat, kemudian taubat dan mohon perlindungan pada Allah. Setiap kali kau teringat, maka berwudhuklah dan solatlah! Pada hari pertama, mungkin kau akan lakukan banyak solat. Tapi, makin lama, akan berkurang. Sampai satu masa, perasaan itu akan hilang!”
 
Ketiga:
 
“Kalau ada satu masa, kau rasa macam nak pakai baju yang bersih dan cantik, dan di bubuk minyak wangi, dan bila kau berjalan, kau rasa ada oang yang perhatikan kau terutamanya wanita, maka, cara kau nak ubati ialah, kau pakai pakaian yang usang dan bertampal!!”
 
Means, apa yang ulama ni nak cakap, sometimes, bila kita pakai smart-smart, kita akan perasan dan hati kita rasa lain bila ada orang berlainan jantina pandang. Pastu, kita mula lah start bajet macho dan bajet cantik, control macho bagai. Akhirnya, hati rosak!
 
KESIMPULAN
 
Saya amat harap agar tips yang saya nyatakan ini berguna. Seperti yang saya sebut di atas, hendak 1000 daya.Nak syurga, kenalah bersusah-susah.
 
Hari ni, ramai yang merungut:
 
“Aku rasa susah sangat nak khusyuk time solat..Kenapa ye??”
 
“Time aku baca quran, aku tak rasa apa-apa…Aku tak tahu kenapa aku tak rasa manis….”
 
“Kenapa susah sangat aku nak nangis time doa?Kenapa?Kenapa??”
 
“Kenapa time aku baca novel, aku seronok.Tapi nak baca buku agama, sekejap je dah ngantuk. Rasa berat gila bapak….”
 
Ketahuilah, PUNCA kita tak rasa manis tika beribadah, punca kita susah nak menangis time berdoa dan ketika bersujud, punca kita rasa beban dan berat nak mendalami agama, punca kita lemah semangat dalam dakwah dan tarbiah dan akhirnya futur, punca kita tak khusyuk dan susah untuk berdiri lama time solat, puncanya ialah……
 
“Kerana kita tak menjaga mata, berikhtilat, bercinta, bercouple…..”
 
Ketahuilah, ini adalah punca diri kita hancur, hancur dan hancur. Sehingga kita dah tak rasa lagi Allah dan rasul itu cinta yang perlu kita kejar. Hatta, kita rasa menyampah bila orang ingatkan kita tentang Allah dan rasul….
 
Sampai bila kita mahu begini?
 
Taubat, menangis, dan, berubahlah…
 
Mungkin, ada orang yang berkata:
 
“Aku tengok perempuan tu tapi tak rasa syahwatpun.Apa salahnya?”
 
“Aku chat dengan perempuan tu saje-saje. Just kawan. Takde rasa syahwat pun!!”
 
Ketahuilah, korang telah menipu diri sendiri. 
 
Berkta seorang ulama:
 
“Memang pada awal, tak rasa apa-apa, tetapi lama-kelamaan akan timbul rasa senang, rasa seronok, rasa cinta, dan sikit demi sikit setan akan menipu dan membodohi kita dengan menyuntik racun-racunnya! And then, bila racun-racun setan dah start memenuhi hati kita, maka akan timbullah bayangan dan khayalan tentang kecantikan wanita, sehingga hati kita akan rasa susah untuk tepis…”
 
Ingatlah, kata-kata iblis kepada orang yang bertaqwa:
 
“Apabila mereka berada dalam kesunyian, aku akan menghancurkan ketaqwaan mereka dengan racun-racunku!!”
 
Berhati-hatilah dengan racun setan. Berhati-hatilah dengan tipu daya setan. Berhati-hatilah, kerana, telah ramai tertipu, dan akhirnya tenggelam dan mersakan diri mereka betul serta mempertahankannya…
 
Wallahua’lam. Moga Allah bagi kita kekuatan!
 
-Adnin Roslan-

81 Responses

  1. Allahu Allah..Alhamdulillah dan alfun syukran. Moga Allah reda usaha tarbiyah kita. Tips2 yang brguna utk saya dan utk saya share dalam usrah saya. Syukran akh ! teruskan berdakwah. Saya pembaca setia insyaAllah

  2. Anda mengatakan jika anda memerlukan nombor seseorang yang berlainan jantina, anda akan mengambilnya dari group whatsapp. Dan kalau group whatsapp, semestinya admin akan menyimpan kesemua nombor itu, tidakkah dia berpotensi untuk berikhtilat seperti yang anda katakan? Dan bagaimana pula jika anda seorang ketua yang perlu menjaga dan mengawasi anak-anak buah anda untuk dapatkan kerja yang lebih bagus dan kerja yang efisien? Bagaimana mahu melakukannya?

    Mohon penjelasan dan bantuan 🙂

  3. salam akhi. sentap juga post kali nih. saya pernah unfriend fb crush saya. then dia dapat tahu yg saya tiada dlm friend list dia. dia marah dan sedih dgn tindakan saya. dia ckp ini ukhwah. tak perlu sampai unfriend fb. saya pon pening ttg ukhwah laki dgn perempuan. mohon penjelasan akhi ttg permasalahan ini 🙂

  4. Assalamualaikum Akh!
    Saya nak tanya soalan jugak.
    Macam mana kalau kita ini pegang satu jawatan yang mana ahli tersebut da muslimin dan muslimat.

    kalau muslimat,macam mana kita nak mudahkan urusan sekiranya tak simpan no?
    sebab saya memang tak simpan no muslimat sebelum nie.
    bila dah pegang satu jawatan,saya simpan no muslimat untuk da sebrang masalah.

    macam mana tu?
    Dan macam mana dgn muslimat yang ada bertanya kita tentang apa2 soalan berkaitan agama.
    adakah perlu jawab atau abaikan saja?

  5. Alhamdulillah, sy tidak pernah bercouple, dan insya-Allah, sy sedang cuba mengelak berikhtilat. namun, working environment sy sendiri memerlukan sy bekerja dgn lelaki yg susah utk sy elak. utk bertanya soalan penting berkaitan pelajaran kpd classmates, sy juga terpaksa bertanyakan kepada classmate lelaki kerana tiap kali sy bertanya pd kwn perempuan, seringkali tiada jawapan, atau lebih tepat lg, "seen on that time" but no reply, dimana sy memerlukan jawapan dan keputusan segera. telefon juga tidak diangkat. namun, niat sy tidak lebih dri sekadar bertanya. adakah ia dikira sbgi ikhtilat? sy juga tidak pernah lepas dri sooalan emak yg sentiasa bertanyakan tentang jodoh dan lebih terpengaruh bila melihat teman2 sebaya sy masing2 sudah mendirikan masjid dan punya anak. bila nak ada pakwe, kahwin, dan seumpamanya. soalan simple dan rumit utk dijawab. namun, walau jwpn apapun yg sy berikan, cth: jodoh tu Allah yg beri..ada jodoh kat dunia, kahwinlah, takde jodoh kat dunia, kat akhirat nanti." emak tetap dgn jwpn, "doa2 jugak, usaha kena ada. kalau tak couple, camne nak kenal isi hati orang tu?" sy dah speechless. mohon penjelasan…

  6. Betol tu. Sy perempuan dah 29 tahun. Mak suruh kenal org sana kenal org sini suh berikhtilat dgn calon yg parents kenalkan. Camne nak buat. Sy nak kahwin tapi xleh berikhtilat?

  7. wahhhh semoga penulisan akh semakin mantap dan dikenali ramai agar semua org dpt membaca dan mengambil pengajaran drpdnya . syukran . assalamualaikum

  8. assalamualaikum,ustaz,ana sorg pelajar sekolah menengah,ana ada persoalan,klau ana friend ngan "die"dan kdg2 ana selalu chat dgn die,tentang agama,kdg2 pasal masalah keluarga,kdg die akan bg nasihat,klau ana ada masalah,dan juga sebaliknya…mohon penjelasan

  9. Admin, mohon jawabkan soalan anonymous yang soalan mak tu nak jawab mcm mana. Benda ni mmg jadi dalam masyarakat. Masyarakat kita jenis suruh je laki perempuan kawan, kenal isi hati kononnya sebelum kawen.

    Saya berpegang kpd prmpuan just baiki diri kerana ALLAH dan tunggu pinangan dari lelaki melalui wali. Tapi cena nak terangkan kat mak benda ni? Nanti dikatakan mengajar parents pulak. Mohon penjelasan. Buat entry baru ke apa. Terima kasih

  10. Admin, mohon jawabkan soalan anonymous yang soalan mak tu nak jawab mcm mana. Benda ni mmg jadi dalam masyarakat. Masyarakat kita jenis suruh je laki perempuan kawan, kenal isi hati kononnya sebelum kawen.

    Saya berpegang kpd prmpuan just baiki diri kerana ALLAH dan tunggu pinangan dari lelaki melalui wali. Tapi cena nak terangkan kat mak benda ni? Nanti dikatakan mengajar parents pulak. Mohon penjelasan. Buat entry baru ke apa. Terima kasih

  11. saya memerlukan sedikit komen juga sepertimana anonymous di atas. jaga ikhtilat memang insyaallah jaga. cakap dengan lelaki apabila perlu sahaja. yang ingin berkenalan semua tak dilayan. akhirnya sudah mencecah umur 30 tahun dan sudah tiada yang ingin berkenalan apatah lagi yang berkenan. sifat dingin pada lelaki sudah timbul dalam diri. apa yang berlaku pada diri sendiri? kadang-kadang terfikir bila jodoh akan sampai. kadang-kadang terfikir dah takada jodoh di dunia ini boleh saja teruskan hidup sorang-sorang.

  12. saya memerlukan sedikit komen juga sepertimana anonymous di atas. jaga ikhtilat memang insyaallah jaga. cakap dengan lelaki apabila perlu sahaja. yang ingin berkenalan semua tak dilayan. akhirnya sudah mencecah umur 30 tahun dan sudah tiada yang ingin berkenalan apatah lagi yang berkenan. sifat dingin pada lelaki sudah timbul dalam diri. apa yang berlaku pada diri sendiri? kadang-kadang terfikir bila jodoh akan sampai. kadang-kadang terfikir dah takada jodoh di dunia ini boleh saja teruskan hidup sorang-sorang.

  13. ni pndpt je,jd boleh tolak klau xstuju..bg yg mak suh berikhtilat dgn niat nk cri pasangan tu mgkin cra lainnya kta boleh pkai org tgh,risik dgn adik,abg,kakak(sama jantina la) psl calon llaki yg kta brkenan nk jdikn psangan jd xperlu direct contact dgn calon.utk llaki pon bley apply konsep yg sama bezanya klu da rasa ssuai boleh trus msuk meminang.digalakkn solat istikharah jgk

  14. Alhamdulillah saya berjaya menjaga ikhtilat walaupun x mengikut seperti apa yg disampaikan di sini (mungkin iman kuat sikit kutt 😛 )
    tapi tips ini agak berguna, lebih baik kita amalkan :3

  15. Alhamdulillah saya berjaya menjaga ikhtilat walaupun x berapa nak ikut cam apa yg disampaikan di sini (mungkin iman kuat sikit kutt 😛 )
    tapi tips ini agak berguna, lebih baik kita amalkan :3
    mari menuju kebaikannn~~~!!!!

  16. Assalamualaikum admin. Mohon keizinan untuk guna info info dan segala bahan di twitter dan facebook untuk kegunaan BADAR. InsyaAllah akan lebih bermanfaat dan dakwah akan lebih tersebar luas. InsyaAllah.
    Syukran.

  17. Thanks for the advice and I'm sorry for FB issue. how about opening a new account in Ummaland? There's a good chance for the da'wah…

  18. assalamualaikum ustaz….
    baru2 ni ad kenalan lelaki saya sewaktu sekolah ada mesej saya….
    sebenarnya saya x pernah pun bercakap dgn dia smsa sekolah dulu, just kenal macam tu je…
    kelas pon kelas lain2…
    tiba2 dia mesej saya….
    perlukah saya balas mesej dia?…
    tapi pada masa yg sama saya takut kalau saya balas mesej dia, saya takut yg kami akan berlarutan mesej sesama kami…tapi pada masa yg sama kalau saya x balas mesej, org akn menilai yg kita ini sombong….
    boleh x kalau saya ignore je mesej dia 2..?

    mohon pencerahan ustaz….

    🙂
    assalamualaikum

  19. Assalamualaikum,
    Sebenarnya sye tak berape stuju dgn cara saudara.Maafkan sye sekiranya terkasar bahasa.Sbgai rakan tidak salah rsenye untuk berhubung dgn lelaki atau perempuan kerana semua insan layak untuk berkenalan satu antara sama lain.Yang penting,dalam hati dan niat perkenalan itu.Lagi satu,lumrah manusia untuk suka perkara yang cantik.Jadi,jika seseorang itu cantik atau hensem,kita hendaklah menerima dgn hati dan minda yang terbuka kerana ia adalah ciptaan Allah.Jika kita memberikan pandangan yang buruk,seolah-olah kita menolak kejadian pencipta lagi ditambah dengan gambaran yang tidak baik.Masyaa allah.Oleh itu,jalan yg terbaik sentiasa positif dan cuba belajar memahami islam dr segenap segi.Inshaa allah,kalau berikhtilat untuk mencari jodoh tak salah asal mengikut syariat kerana Allah meminta hambanya untuk berusaha mencari jodoh.Mcm mne nak usaha kalau tak mencuba?
    Wallahualam

  20. assalamua'alaikum, saya hargai tip-tip yg saudara kongsi, tapi sayangnya tak cukup membantu. Penyelesaian nya tu biar lah berhikmah, logik dan berkenaan semasa untuk dilaksanakan. Mengelakkan bukan cara yang terbaik, koreksi diri sendiri dan banyakkan muhasabah. jalan penyelesaian yang mudah, tiap langkah mu bawalah hatimu dengan ingatan kepada Allah. insyaAllah tiada mustahil

  21. tip-tip yang saudara kongsikan, awal akhir baik pergi hutan tinggal sorang-sorang tak payah gaul dengan orang. jangan lupa Islam itu mudah tapi pula terlalu dipermudahkan, senang cerita pandanglah lawan jenis tu dengan penghormatan jika dia seorang soleh/solehah atau pandanglah dengan perasaan takut/taqwa kepada Allah jika dia seorang yang ahli maksiat, jahil agama dan seumpamanya. hidup ini biar cari penyelesaian yang pada masa yang sama memudahkan manusia saling bermuamalat. Yang penting, ingat setiap langkahmu bawalah INGATANMU KEPADA ALLAH.

  22. Terima kasih saudara atas semua tips 🙂 at last someone said all these.

    Alhamdulillah saya baru berkenalan dengan jalan dakwah dan tarbiyah. masih banyak yang perlu saya belajar dan dalami. Sungguh ukhwah sesama jantina di jalan Allah sangat manis ^^ dan tips yang kedua pernah terdetik di hati saya 2 hari yang lepas. Betapa hebatnya Allah dia menguatkan keyakinan saya untuk lakukan tips kedua dengan mengilhamkan saudara menulis artikel ini. Subhanallah, moga Allah redha.

  23. Anonymous sekalian, korang semua mesti x baca oint nombor 1. Bila korang x baca point nombor satu dan x baca semua huraian saya pada link2 yg saya bagi pada nombor satu tu, maka korangpun timbulkanla persoalan2 kat atas.

    Saya saran, bacala semua link yg saya bagi tu. Kita nak amal agama ni bukan guna akal. Allah dan rasul dah bagi jalan dah.

  24. Saya nak tanya.. saya ada sorang kwn ni mmg nak tinggalkan dunia jahil ni semua kan. tp cara dia tu buat org menyampah. sbb dia tegur cara dpn2 org ramai. perli2. ckp org tu assobiyah la apa la. so apa pandangan @tarbiyahsentap? perlu ke menjauhi org mcm ni? 🙂

  25. assalamua'alaikum.. tips ini mmg berguna, berguna utk org yg baru nak bina iman kuat, utk yg lemah iman follow lah step ni perlahan2.. insyaAllah lepas kuat iman, automatic dapat tepis segala macam godaan dgn tenang tanpa depress banyak pikir betapa 'bahayanya' makhluk perempuan ni siap imagine itu imagine ini ala2 scene korea gitu.. peace (y) jgn marah.. ini teguran membina 😀

  26. Kalau x kerja lagi boleh ler x simpan no ikut jantina. Ni dah keje…mcmna pulak x simpan no telefon dia org. Rasa pelik pulak cadangan x yah simpan no lain jantina ni…dah tu nak call atau kita ada urusan dgn mereka yg berkenaan mcmna…

  27. x brape setuju cara ni.sorry to say..kebanyakkan org yg ikut cara ni..iaitu cara mengelak terus dr lawan jantina nil ah..yg akhirnya mudah tergoda sbb at the end,bila bekerja,sure kena hadapi gak situasi brlawanan jenis dan bangsa.
    org yg biasa brgaul dgn lawan jantina (secara berhemah)biasa lebih mampu mengawal iman dn nafsu sbb bg dia benda tu biasa,x de yg baharu.dgn syarat jaga batas lah.
    so tepuk dada tanya iman..

  28. Assalamualaikum…woah~respect..
    ustaz..lama tak tanya ustaz..lagi2 dulu saya selalu tanya ustaz di phone..hmm,macam mana kalau saya dah berukhuwah dengan ajnabi yang lebih tua..dan saya ingin unfriend,unfollow dan sebagainya..saya takut depa terasa hati ngan saya..tak nak la gaduh2 ni..camna?

  29. Rasanya boleh simpan no. Lain jantina hanya utk kprluan bkerja atau apa2 urusan penting..yg patut dielakkan adlh apbila kita saja2 save nmber org tu..inshaAllah moga manfaat..

  30. assalamualaikum . sume bnd ney ad betul nye tpy fitrah manusia susah nak tgl kn . eg.my fren . he keeps on textg me . n sbe slh if tak reply . in d end , tereply jugak . mixd feelg . so how ?

  31. Sayanak tinggalkan benda ni . Tapi , dalam masa yang sama lelaki tu kata saya ada orang lain . Ya saya tahu itu membuatkan saya rasa taknak putus and benda ni jugak buat lelaki tu beranggapan yg saya jahat sbb tinggalkan dia .. how should to ido ? Allahu tolong la saya .

  32. Assalamualaikum…
    Boleh saya tanya?

    Ada la kawan2 perempuan saya ni dia berselfie dengan kawan lelaki. Rapatnya kurg 3cm. Kemudian post dekat instagram. Tetapi dia blurkan gambar tu. Salahkah dia buat begitu? Walaupun diorg dalam lingkungan awal remaja dan belajar dalam aliran agama.

    Mohon jawab pertanyaan saya dari A – Z. Terima kasih

  33. Alhamdulillah ustaz .. Sy xpernah bercouple tp sy dkelilingi rkn2 yg bercouple .. Sebelum sy xthu pun pasal hukum hakam ikhtilat ni dan xsedar yg ikhtilat ni sngt dekat dgn ikhtilat .. Kadang2 sy sndiri pun prrnah ikhtilat tak trjaga ..tpi alhamdulillah setelah baca entri ni sy semakin sedar dan Insha Allah akan jaganya sbaik mngkin .. Kalau boleh sy pon nk kwan2 sy dpt ilmu ni jgk .. Ada cdangn tak mcmmana nk smpaiknnya Tampa menyinggung prasaan mereka SBB diorang pon thu yg couple itu haram .. Hrp ada yg sudi bntu ..

  34. pendapat saya , memang kena jaga ikhtilat untuk zaman ni. menjauhkan diri dari terluka atau dilukai dan buat zina sebelum nikah.syaitan mudah cucuk kita.
    bagi yang couple berusahala ke arah perkhawinan, jika lelaki tu macam nak tak nak , jumpa parents pun tak nak, takda duit dan macam macam alasan dibagi putuskan je.kita kena berani. In sha Allah ada jodoh tak kemana.

    kalau kawan atau dalam pekerjaan ada staff lelaki, bincang benda yang perlu je. ajak pergi makan ke pandai2 mengelak cakap ada hal ke apa. makan beramai2 dengan staff lain je boleh bagi sayala. sebab nak elak terjebak dari perkara2 yang tak sepatutnya..

    perempuan kena ada ketegasan dalam diri kerana dirimu begitu berharga

  35. Alhamdulillah saya suka baca kesemua tarbiah yg disampaikan, dan alhamdullilah saya isikan masa kosong saya dengan membaca artikal2 tarbiah sentap ni, sedikit sebanyak apa yg saya tak tahu jadi tahu. Kerana saya muda perjalanan itu lebih sukar kerana bila kita tengok rakan yg sebaya kita seronok dengan dunia sedikit sebanyak mesti ada rasa cemburu, alhamdullilah saya atasi semuanya dengan perbanyakkan zikir solat dan membaca artikal2 tentang agama. Dan saya juga ada membeli sebuah buku tajuk nya aku ingin berubah, saya suka buku tu, sebab dari pengenalan hingga akhir membantu saya bagaimana untuk saya ingin mujahadah dengan umur yg muda sekarang ni. Alhamdulillah terima kasih pada allah. Kepada qamarul nazrin yg buat kan sebuah buku mmg khas utk seorang hamba allah yg betul betul ingin mujahadah. Amin amin.

  36. Assalamualaikum ya akhi…dahulu, saya pernah sukakan seseorang ni, sbb dia selalu bagi tazkirah, jaga ikhtilat and ada ilmu2 agama yang banyak jugalah nak dibandingan dengan saya. Tapi bila fikir balik, saya rasa menyayangi dia membuatkan saya jauh dari Allah. Semuanya bermula dengan text sbb urusan kerja, walaupun tak pernah cakap pasal maksiat and lucah. So, saya berazam nak lupakan dia and stop suka dia. Setakat ni, dah hampir setahun tak pernah cakap lama ngan dia. Kalau trjumpa pun sbb kebetulan and urusan kerja yang melibatkan ramai orang. Saya dah try jaga pandangan, tak baca novel cinta, tak tgk drama cinta dll. and saya dah bnyk kali doa, agar dipelihara drpd maksiat. saya juga minx bnyk kali dekat Allah untuk melupakannya. Kalau nak berkahwin, saya masih di sekolah menengah, and saya sendiri tak bersedia untuk itu. Puasa pun adalah juga untuk jaga nafsu. Persoalannya akhi, ada tak ikhtiar lain untuk saya atasi masalah ni? Saya stil tak boleh buang perasaan ni, walaupun dah bnyk kali mencuba. Sbbnya saya tak suka nak hidup berlandaskan nafsu, biarlah hidup untuk Allah, bkn untuk dia. Banyak lagi benda lain yang saya nk kena buat untuk mardhatillah and laksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang hambaNya. Apa patut saya buat, akhi?

  37. Nama saya Lena, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada doktor yang hebat saya yang benar-benar membuat hidup saya yang menyeronokkan satu hari ini. Ini lelaki yang hebat DR IREDIA membawa suami saya kembali kepada saya, saya mempunyai tiga kanak-kanak yang indah untuk suami saya. Kira-kira empat tahun yang lalu, saya dan suami saya telah menjadi satu pergaduhan yang lain sehingga dia akhirnya meninggalkan saya untuk seorang wanita. Saya rasa hidup saya telah tamat dan anak-anak saya fikir mereka tidak akan melihat bapa mereka lagi. saya cuba untuk menjadi kuat hanya untuk anak-anak tetapi saya tidak boleh mengawal rasa sakit yang menyeksa hati saya, hati saya dipenuhi dengan kesedihan dan kesakitan kerana saya benar-benar cinta dengan suami saya. Setiap hari dan malam i menganggap beliau dan sentiasa ingin dia akan datang kembali kepada saya, sehingga satu hari i bertemu rakan baik saya yang juga dalam keadaan seperti saya tetapi masalah beliau adalah bekas teman lelaki yang dia mempunyai kehamilan yang tidak diingini untuk dan teman lelakinya enggan bertanggungjawab dan dibuang itu. dia memberitahu saya bahawa saya adalah kes kecil dan bahawa saya tidak perlu bimbang tentang hal itu sama sekali, jadi saya bertanya apa penyelesaian kepada masalah saya dan dia memberikan saya alamat e-mel orang yang hebat ini. i telah meragui jika orang ini adalah penyelesaian, jadi saya dihubungi lelaki yang hebat ini dan dia memberitahu saya apa yang perlu dilakukan dan i perbuatan mereka semua, beliau memberitahu saya menunggu selama dua hari dan bahawa suami saya akan datang merangkak di kneels untuk mohon ampun saya jadi saya dengan setia itu apa yang manusia besar ini meminta saya untuk melakukan dan yang pasti selepas dua hari saya mendengar ketukan di pintu, dalam terkejut besar saya i nampak dia di kneels dan i terkedu, apabila dia melihat saya, semua dia menangis dan meminta saya untuk pengampunan, dari hari itu, semua kesakitan dan kesedihan di dalam hati saya terbang, sejak itu saya dan suami saya dan anak-anak yang indah kami gembira dan kita hidup sebagai satu keluarga. Sebab itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada DR IREDIA pertolongannya. Ini lelaki besar yang dibuat saya untuk memahami bahawa tidak ada masalah di bumi yang tidak mempunyai penyelesaian jadi jika anda tahu bahawa anda mempunyai masalah yang sama atau mana-mana masalah yang sama, saya akan menasihati anda untuk datang terus ke lelaki yang hebat ini. Hubungi dia dengan e-mel ini (drirediaherbalhome@gmail.com) dia ada untuk membantu anda.

  38. pendapat saya , memang kena jaga ikhtilat untuk zaman ni. menjauhkan diri dari terluka atau dilukai dan buat zina sebelum nikah.syaitan mudah cucuk kita.
    bagi yang couple berusahala ke arah perkhawinan, jika lelaki tu macam nak tak nak , jumpa parents pun tak nak, takda duit dan macam macam alasan dibagi putuskan je.kita kena berani. In sha Allah ada jodoh tak kemana.

    Info Kartu
    TotorQQ
    TamanQQ

  39. Nama saya Camelia dari Amerika Syarikat Saya mempunyai bukti bagi memberi kira-kira caster ejaan yang besar (Dr.Ogbe). Saya pernah seorang wanita yang tidak pernah mempunyai terima kasih kanak-kanak untuk Dr.Ogbe satu-satunya lelaki yang boleh membantu anda dengan apa-apa masalah yang anda hadapi dalam kehidupan. Saya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang baik dan indah, dan kami telah berkahwin selama 11 tahun tanpa isu, saya dan suami saya perlu meletakkan kesalahan ke atas diri kita sendiri. Selepas 1 tahun saya melihat kawan lama yang sangat baik saya dan saya berkongsi masalah saya dengan dia dan dia memberitahu saya tentang caster ejaan dipanggil dia tahu, saya tidak pernah percaya pada semua tetapi dia memberitahu saya bahawa dia adalah satu-satunya penyelesaian, saya memberitahunya saya tidak berminat dan saya tidak akan melakukan perkara sedemikian. 3 bulan datang dan keluarga tidak mempunyai pilihan dan mereka membuat keputusan suami saya mendapat satu lagi isteri yang sanggup menerimanya cucu, saya juga mengambil keputusan untuk tidak diketepikan jadi saya hubungi caster ejaan pada e-mel (theangelsofsolution@gmail.com). Saya mendapat jawapan dari dia dan saya menjelaskan segala sesuatu kepada-Nya, Ia mengatakan kepadaku segala yang perlu saya lakukan dan memberikan saya jaminan bahawa saya akan mendapat kebahagiaan saya. Dia membikin bagi saya dan bertanya kepada saya untuk berkasih sayang dengan suami saya dan saya lakukan dan selepas 1 bulan i mendapat tanda-tanda dan ketika saya menghubungi seorang doktor keluarga beliau memberitahu saya i mengandung .. Terima kasih kepada lelaki yang baik dan hebat ini Dr.Ogbe untuk kerja-kerja yang baik dan saya mengesyorkan beliau t semua orang di luar sana. Beliau tidak mempunyai lain seperti dia nasihat saya kepada semua kawan-kawan saya yang melalui apa-apa masalah seperti:

    Jika anda sedang melepasi sebarang masalah seperti,

    (1) Jika anda mahu bekas anda kembali.
    (2) Jika anda sentiasa mempunyai mimpi buruk.
    (3) Anda mahu untuk dinaikkan pangkat di pejabat anda.
    (4) Anda mahu wanita / lelaki untuk mematuhi kata-kata anda.
    (5) Jika anda mahu kanak-kanak.
    (6) Anda mahu menjadi kaya e.t.c.

    Dr.Ogbe anda benar-benar jawapan kepada semua masalah dengan powers.You anda boleh menghubungi beliau di e-mel beliau theangelsofsolution@gmail.com dan mendapat permintaan anda ..

  40. Saya benar-benar gembira dengan perkhidmatan ini. Saya salah seorang daripada orang-orang yang berkata, "Saya tidak akan memanggil psikik atau ahli silap mata atau apa sahaja" untuk membantu saya dengan masalah saya – sekurang-kurangnya semua masalah cinta saya, tetapi saya mencapai tahap di mana saya tahu saya perlu beberapa panduan, dan Saya gembira kerana saya mendapati orang ini dipanggil dr. Okosu.
     Saya tidak pernah dalam satu juta tahun sangka saya akan menulis surat seperti ini, tetapi apabila saya hampir hilang Andrew salah satu daripada bodoh kami, pergaduhan (dia berpecah dengan saya), saya fikir saya telah kehilangan everything.i menangis semua hari dan berfikir bahawa dia tidak akan datang kepada saya lagi. i membaca keterangan di internet yang dikongsi oleh seorang lelaki yang mengatakan bagaimana dr. Okosu membantunya kembali isteri EX beliau dalam masa 48 jam. Saya segera menghubungi beliau di talian whatsaap dan juga kembali suami saya dengan kuasa Parut beliau.

    semasa saya berada di masa yang paling terdesak saya, dia tidak mengambil kesempatan daripada saya. Engkau telah memperlihatkan perkhidmatan yang sangat baik untuk saya. Saya tidak tahu bagaimana anda melakukannya, atau bagaimana sihir ini berfungsi, tetapi semua yang saya tahu, IT WORKS !! Peter suami saya dan saya gembira kembali bersama-sama, dan saya akan sentiasa berterima kasih kepada dr. Okosu. e-mel atau memanggil beliau untuk apa-apa jenis bantuan Dia sangat mampu dan boleh dipercayai. Saya adalah bukti hidup. Email: drokosu01@gmail.com whatsapp Line: 2348119663571

  41. https://buyusermedinafurniture.wordpress.com/2016/01/26/%D8%B4%D8%B1%D9%83%D8%A9-%D8%B4%D8%B1%D8%A7%D8%A1-%D8%A7%D9%84%D8%A7%D8%AB%D8%A7%D8%AB-%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%B3%D8%AA%D8%B9%D9%85%D9%84-%D8%A8%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%AF%D9%8A%D9%86%D8%A9-%D8%A7%D9%84/

    https://buyusermedinafurniture.wordpress.com/2016/01/26/%D8%B4%D8%B1%D9%83%D8%A9-%D8%B4%D8%B1%D8%A7%D8%A1-%D8%A7%D9%84%D8%A7%D8%AB%D8%A7%D8%AB-%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%B3%D8%AA%D8%B9%D9%85%D9%84-%D8%A8%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%AF%D9%8A%D9%86%D8%A9-%D8%A7%D9%84/

    عندك اثاث مستعمل تريد بيعة عندك اثاثك قديم وتريد تجديد اثاث البيت محتار وتبغى
    شركة شراء اثاث مستعمل بالمدينه المنوره

    شركة شراء اثاث مستعمل متخصصة فى شراء الاثاث المستعمل بالمدينة المنورة
    كل ماعليك هو الاتصال بنا افضل شركة لشراء الاثاث المستعمل بالمدينة المنورة بافضل الاسعار اتصل بنا يصلك مندوبنا ليرى الاثاث ويقوم بخبرتة بتقييم الاثاث المستعمل
    لديك ويعطى كل قطعة قيمتها ويعطيك افضل سعر بالسوق وبذلك تكون قد اتممت الصفقة باتصال واحد وتاتى العمال والسيارات لنقل الاثاث المستعمل لديك
    واعطائك افضل الاسعار فى اثاثك المستخدم لماذ التقوى

    شراء الاثاث المستعمل باالمدينة المنورة

    لشراء الاثاث المستعمل بالمدينة المنورة افضل شركة شراء اثاث مستعمل بالمدينة المنورة لانها اولى الشركات العاملة فى
    مجال شراء الاثاث المستعمل بالمدينة المنورة

    https://www.facebook.com/buy.user.medina.furniture

    شراء الاثاث المستعمل بالمدينة المنورة


    https://elasmr16.wordpress.com/2017/11/02/%D8%B4%D8%B1%D8%A7%D8%A1-%D8%A7%EF%BB%BB%D8%AB%D8%A7%D8%AB-%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%B3%D8%AA%D8%B9%D9%85%D9%84-%D8%A8%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%AF%D9%8A%D9%86%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D9%85%D9%86%D9%88%D8%B1%D8%A9

    شراء الاثاث المستعمل باالمدينة المنورة

    شراء الاثاث المستعمل بالمدينة المنورة

    شراء الاثاث المستعمل بالمدينة المنورة

  42. https://buyusermedinafurniture.wordpress.com/2016/01/26/%D8%B4%D8%B1%D9%83%D8%A9-%D8%B4%D8%B1%D8%A7%D8%A1-%D8%A7%D9%84%D8%A7%D8%AB%D8%A7%D8%AB-%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%B3%D8%AA%D8%B9%D9%85%D9%84-%D8%A8%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%AF%D9%8A%D9%86%D8%A9-%D8%A7%D9%84/

    https://buyusermedinafurniture.wordpress.com/2016/01/26/%D8%B4%D8%B1%D9%83%D8%A9-%D8%B4%D8%B1%D8%A7%D8%A1-%D8%A7%D9%84%D8%A7%D8%AB%D8%A7%D8%AB-%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%B3%D8%AA%D8%B9%D9%85%D9%84-%D8%A8%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%AF%D9%8A%D9%86%D8%A9-%D8%A7%D9%84/

    عندك اثاث مستعمل تريد بيعة عندك اثاثك قديم وتريد تجديد اثاث البيت محتار وتبغى
    شركة شراء اثاث مستعمل بالمدينه المنوره

    شركة شراء اثاث مستعمل متخصصة فى شراء الاثاث المستعمل بالمدينة المنورة
    كل ماعليك هو الاتصال بنا افضل شركة لشراء الاثاث المستعمل بالمدينة المنورة بافضل الاسعار اتصل بنا يصلك مندوبنا ليرى الاثاث ويقوم بخبرتة بتقييم الاثاث المستعمل
    لديك ويعطى كل قطعة قيمتها ويعطيك افضل سعر بالسوق وبذلك تكون قد اتممت الصفقة باتصال واحد وتاتى العمال والسيارات لنقل الاثاث المستعمل لديك
    واعطائك افضل الاسعار فى اثاثك المستخدم لماذ التقوى

    شراء الاثاث المستعمل باالمدينة المنورة

    لشراء الاثاث المستعمل بالمدينة المنورة افضل شركة شراء اثاث مستعمل بالمدينة المنورة لانها اولى الشركات العاملة فى
    مجال شراء الاثاث المستعمل بالمدينة المنورة

    https://www.facebook.com/buy.user.medina.furniture

    شراء الاثاث المستعمل بالمدينة المنورة


    https://elasmr16.wordpress.com/2017/11/02/%D8%B4%D8%B1%D8%A7%D8%A1-%D8%A7%EF%BB%BB%D8%AB%D8%A7%D8%AB-%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%B3%D8%AA%D8%B9%D9%85%D9%84-%D8%A8%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%AF%D9%8A%D9%86%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D9%85%D9%86%D9%88%D8%B1%D8%A9

    شراء الاثاث المستعمل باالمدينة المنورة

    شراء الاثاث المستعمل بالمدينة المنورة

    شراء الاثاث المستعمل بالمدينة المنورة

  43. شراء الاثاث المستعمل بالمدينة المنورة بافضل الاسعار شراء جميع انواع الاثاث والعفش المستعمل بالمدينة المنورة

    شراء الاثاث المستعمل بالمدينة المنورة

    شراء الاثاث المستعمل بالمدينه المنوره

    http://usedfurniturestores.net/%d8%b4%d8%b1%d8%a7%d8%a1-%d8%a7%d9%84%d8%a7%d8%ab%d8%a7%d8%ab-%d8%a7%d9%84%d9%85%d8%b3%d8%aa%d8%b9%d9%85%d9%84-%d8%a8%d8%a7%d9%84%d9%85%d8%af%d9%8a%d9%86%d8%a9-%d8%a7%d9%84%d9%85%d9%86%d9%88%d8%b1

    شركة نقل اثاث بالمدينة المنورة مع الفك والتركيب لجميع انحاء المملكة بايدى خبرة مدربة امينة سيارات مجهزة فنيين نجارة على اعلى مستوى بالمدينة المنورة

    شركة نقل عفش بالمدينة المنورة

    شركة نقل اثاث بالمدينة المنورة

    تركيب غرف نوم بالمدينة المنورة

    شركة نقل اثاث بالمدينة المنورة

    شركة نقل عفش بالمدينة المنورة

    http://usedfurniturestores.net/%d8%b4%d8%b1%d9%83%d8%a9-%d9%86%d9%82%d9%84-%d8%a7%d8%ab%d8%a7%d8%ab-%d8%a8%d8%a7%d9%84%d9%85%d8%af%d9%8a%d9%86%d8%a9-%d8%a7%d9%84%d9%85%d9%86%d9%88%d8%b1%d8%a9-%d8%a7%d9%84%d8%a7%d8%a8%d8%b7%d8%a7

    خدمات تنظيف خزانات وغسيل كنب وسجاد بالمدينة المنورة

    شركة غسيل كنب بالمدينة المنورة

    شركة غسيل خزانات بالمدينة المنورة

    نقل الاثاث مع الفك والتركيب والتغليف بجدة وشراء الاثاث المستعمل بجدة

    شركة نفل اثاث بجدة

    شراء الاثاث المستعمل بجدة

Leave a Reply to Mamdouh Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan