BSS 50 : Rezeki Kat Mana, Rezeki Kat Mana..?

 

Minggu ni kecoh tentang KPOP, malah page Tarbiah Sentap pun penuh dengan status pasal KPOP sampai ada yang muak dan muntah pelangi.
 
 
Haha.
 
Takpelah muntah pelangi hari ni, jangan sampai kita muntah darah hari esok sebab tengok-tengok adik atau kakak perempuan kita yang berpeluk dengan mamat korea kat atas pentas.
 
Pengsan.
 
Malah lebih sadis, anak perempuan kita yang tengah berpeluk bangga dengan artis korea.
 
Koma.
 
Jadi adakah BSS malam ni pasal KPOP? Haha. Mestilah tak, sebab tengok tajuk pun dah tahu. Obvious gila kot. Haha.
 
Rezeki Kat Mana?
 
Di sebalik kekecohan tentang KPOP bagai ni, ramai lagi dalam masyarakat kita tengah mengeluh,
 
“Haish.. hari ini aku takde rezeki la jawabnya..”
 
“Aduh… Hilang rezeki aku..”
 
“Aisey.. sikitnya rezeki aku hari ni..”
 
“Alamak.. dah la gaji tak naik, tahun ni takde bonus pulak tu.. Haduh..” (sambil tengok laporan kewangan syarikat).
 
Malah banyak lagi dialog serupa ni berlaku pada setiap lapisan masyarakat, daripada budak tadika kemas dan budak PASTI, sehinggalah budak universiti yang tak pasti dapat kerja ke tak. Heh.
 
Jadi persoalannya, rezeki ada kat mana?
 
Teringat lirik lagu,
 
“Awak kat mana.. Awak kat mana..”
 
So saya nak modified sikit kepada, “rezeki kat mana.. rezeki kat mana..”.
 
Malam ni saya nak kongsi sikit pasal rezeki sebab baru lepas baca buku “Mudahnya Menjemput Rezeki..”. Mungkin korang pernah baca buku ni. Kalau pernah baca, bagus. Kalau belum baca lagi, saya suggest beli dan bacalah (tuu dia rezeki penulis tersebut).
 
Jadi rezeki sebenarnya kat mana? Ulang balik soalan. Haha.
 
Rezeki ada pada….
 
Allah.
 
“Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya.”
 
(Surah ‘Ali Imran 3 : 37)
 
Kita kena jelas rezeki ni siapa yang bagi dan APA ITU rezeki. Kalau kita masih blur lagi dengan rezeki siapa yang bagi, akhirnya kita pun akan selalu merungut sebab “tak cukup” rezeki.
 

 

Rezeki Bukan Hanya DUIT
 
Ramai orang salah faham, rezeki tu hanya pada duit.
 
Bila korang sempitkan takrifan rezeki, maka korang akan selalu rasa yang korang sentiasa tak cukup rezeki.
 
Serius.
 
Jadi apa itu rezeki?
 
Menurut Tafsir Quran asy-Sya’rawy,
 
Rezeki adalah apa-apa yang kita RASAKAN MANFAATNYA, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk.”
 
Kemudian dia tambah lagi,
 
Bererti apa sahaja yang kita rasakan MANFAATNYA bermakna ia adalah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tak dapat kita mengambil manfaat daripadanya (walaupun milik kita, bukanlah rezeki kita, tapi rezeki orang lain..”
 
Padu.
 
Definisi ni serius padu gila gaban. Rezeki bukan hanya harta, boleh jadi ia adalah ilmu, akal, air, tanah, api, udara, sahabat baik, anak soleh, kerja jadi mudah, assignment senang siap, senang jawab exam dan sebagainya.
 
Jadi dengan kata mudah,
 
1) Rezeki ni kita dapat rasa manfaatnya.
2) Walaupun ia halal, haram, baik atau buruk.
3) Milik kita belum tentu rezeki kita.
 
Rezeki Haram?
 
Ramai orang ingat rezeki tu apa saja yang halal. Saya pun ingat macam tu.
 
Rupanya tidak.
 
Sebab apa? Allah sebut,
 
“Makanlah daripada makanan yang BAIK-BAIK yang telah Kami berikan kepadamu.”
 
(Surah Al Baqarah 2 : 57)
 
Saya bagi satu contoh yang saya ambil dari buku.
 
Satu hari Joe Jambul keluar dari masjid. Sekali dia tengok selipar dia dah takde kena rembat oleh mangkuk ayun mana tah.
 
Dia pun menyirap lah apa lagi. Tapi dia kena balik rumah. Persoalannya, takkan dia nak balik rumah dalam kaki ayam?
 
Akhirnya Syaitan pun bisikkan kat telinga si Joe Jambul ni,
 
“Bro.. Kau ambik la selipar jepun masjid ni ha.. Kau pinjam kejap, lepas tu esok kau pulanglah. Bukan lama pun..”
 
Joe Jambul pun tertipu dengan bisikan Syaitan yang sangat super-duper halus ni. Padahal orang masjid ni. Pun kena kelentong juga dek Syaitan.
 
Akhirnya dia pun rembat selipar masjid dengan alasan “nak pinjam” sekejap.
 
Syaitan tak berhenti setakat tu je. Dia kasi LUPA Joe Jambul untuk pulang selipar masjid tu. Akhirnya si Joe Jambul ni pun pakai selipar masjid ni sampai ke akhir usia selipar tu iaitu sampai terputus dua selipar tu tanpa memulangkan pada masjid.
 
Ada 2 rezeki Joe Jambul dapat malam tu,
 
Satu sebab balik rumah tak kaki ayam, dan kemudian dapat selipar baru. Selipar jepun masjid pula tu.
 
Tok siak masjid pun mengamuklah apa lagi. Dia pun kata,
 
“Mangkuk ayun betul sape rembat selipar masjid..” Ok cerita tamat.
 
Inilah yang dimaksudkan rezeki haram. Contoh lain pula?
 
Korang meniru dalam peperiksaan, kemudian korang dapat result gempak gila gaban. Ataupun paling cikai pun korang dapat lulus dalam subjek tu.
 
Rezeki juga tu.
 
Tapi rezeki yang HARAM.
 
Gulp.
 

 

Milik Kita Belum Tentu Rezeki Kita
 
Kita faham rezeki ini memang akan bagi manfaat. Dan kita pun dah faham apa maksud rezeki yang haram. Rezeki yang halal insya-Allah semua faham.
 
Jadi apa maksud “milik kita belum tentu rezeki kita”?
 
Begini.
 
Korang pergi kerja, dapat gaji RM2800.50 sen. Hehe.
 
Masa korang dapat gaji tu, adakah korang akan dapat manfaat SEPENUHNYA daripada RM2800.50 sen ni?
 
Mestilah TIDAK.
 
Sebab apa?
 
Sebab contoh korang pergi kedai makan, korang order Nasi campur ikan keli goreng masak sambal.
 
Peh. Lapar la pula malam-malam ni.
 
Kemudian tengah korang makan, tiba-tiba datang kucing kat korang. Punyalah ramai manusia kat kedai makan tu, kat korang juga dia nak datang. Kenapa?
 
Sebab dalam makanan korang tu, ada REZEKI kucing tu.
 
See.
 
Itu baru bab makanan.
 
Jadi kalau dalam bentuk gaji tadi, contohnya korang hari ni dapat gaji RM2800.50 sen. Korang pun muka gembira, mata bersinar, hati riang ria hari raya.
 
Tengah bawa kereta, sekali kena tahan roadblock.
 
Lepas tu rupa-rupanya korang TAK renew roadtax kereta lagi, sebab korang ingat nak renew esoknya. Haha.
 
Kan dah kena saman masa tu. Hilang RM300.00.
 
Jadi RM300.00 tu bukan rezeki korang.
 
Itu belum masuk korang bagi anak bini korang makan lagi, belanja jiran sebelah, sedekah kat masjid, tercicir duit syiling, dan sebagainya.
 
Akhirnya dalam RM2800.50 sen tu, yang rezeki korang mungkin cuma RM100.00 je.
 
Nak contoh lagi? Last contoh.
 
Korang beli air mineral 1.5 Liter. Adakah semua tu milik korang?
 
Tak.
 
Korang tengah minum, tiba-tiba member korang minta sikit air. Jadi sebahagian dari air yang korang beli tu adalah rezeki member korang.
 
Usaha Dan Rezeki
 
Panjanglah pula BSS kali ni. Haha.
 
Okay ini penutup. Saya make it short and simple.
 
Saya nak teka korang, premis mana yang betul.
 
“Rezeki ni milik Allah, tapi kita kena usaha..”
“Kita kena usaha, tapi rezeki ini milik Allah..”
 
Ok saya malas nak teruskan teka teki. Haha.
 
Jadi jawapannya adalah BERGANTUNG PADA keyakinan dan keimanan kita.
 
Ada orang bekerja, dia bekerja bagai nak rak. Tapi sayangnya, dia bekerja sampai MELEWATKAN solat.
 
Ada orang study, dia study sungguh-sungguh. Tapi sayangnya, dia study sampai MELEWATKAN solat.
 
Sebab apa dia lewatkan solat? Sebab dia yakin,
 
“Rezeki ini milik Allah, tapi kita kena USAHA..”
 
Dia utamakan USAHA dulu, baru tawakal. Akhirnya agama nombor dua, usaha nombor satu. Sedangkan konsep sebenar adalah TAWAKAL dulu, kemudian bismillah jalan.
 
Kalau kita meletakkan tawakal dan keimanan pada Allah nombor satu, maka bila mana seruan Islam sampai, kita akan utamakan seruan Islam DULU baru usaha.
 
Sebab apa?
 
Sebab kita yakin yang kita memang kena usaha, tapi Allah yang BAGI REZEKI.
 
Senyum.
 
So kesimpulannya,
 
Kalau korang faham tentang ni, korang akan sentiasa berpuas hati dengan apa yang korang ada. Dan korang akan berhenti merungut.
 
Sebab apa?
 
Sebab rezeki itu luas. Dan..
 
Kita memang kena usaha, tapi Allah yang bagi rezeki.
 
Senyum, 
 
Wallahu’alam.
 
 
Moga Allah redha.
 
 

 

Ahmad Shukery.

11 Responses

  1. Bile sebut rezeki mesti orang ingat duit kan? Tadi aku tunggu bas giler lama. 2.5 saat lagi nak menyirap. Sesumpah rasa boleh jadi warna merah kalau aku sumpah. Tetiba ada orang ajak tumpang. Rezeki jugak tu!

    Asal gaya menulis dah setail APG. Erkk.. Ke APG yang gaya macam kau?

    Apepon.. Kipidup! Teruskan menulis. Sebab aku malas nak menulis. Haha!

  2. Aku amik style APG, Hamka Kereta Mayat, Ust Hasrizal dan lain2,

    Aku blend semua,

    Akhirnya jadi style aku sendiri.

    Cuma ada perbezaan dengan APG, contoh aku tak guna "sorga", "kipidup", etc.

  3. salam..
    nak tnya,habis tu rezeki yg haram kira dosa ke x?contoh yg ambik selipar jepun kt masjid tu,dia berdosa ke x?

  4. Salam..klau kita blnja kwn or something else yg mberi mnfaat kt org lain n kita pkir nnti rzki kita akn btambha n di murahkan rzki oleh Allah nnti..adakah niat kita 2 ikhlas n d trma oleh Allah.?

  5. Assalammualaikum… wah!! rezki saya utk baca tajuk ni (^_^)V, sebb igt nak baca tajuk lain… Moga Allah bagi syurga^^.. perkongsian yg santai dan sgt "bermanfaat". (rezki utk akhirat kan?)

  6. Satu hari tu,, saya tejumpa satu jam casio atas meja pejabat saya.. Then saya ambil,, adakah kira sebagai rezeki??
    Apa beza ambil dan curi??
    Saya khilaf

  7. yup.jm casio yg diambil tu kira curi lh.. melainkan atas jam tu adaa tulis "just 4 you..nama.."or apa2 lah yg menunjukkan jam tu mmg nk diberikn pd ko.

Leave a Reply to Unknown Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan