BSS 48 : Perang Antara Dua Kebenaran..?

Umat Islam ibarat Singa yang hebat. Apabila bergaduhnya antara mereka,
langit menangis, bumi meratapinya.
Yang gembira hanyalah Syaiton dan pengikutnya.
 
Bismillah.. InsyaAllah malam ni saya nak kongsi BSS dalam bentuk SEJARAH. Kisah sejarah kita dulu. Haa.. memang lagi sedaplah kan melayan mata mengantuk.
 
Maaf sekali lagi sebab banyak kali menulis BSS tak ikut timing (Isnin, Rabu, Jumaat). Saya akui saya adalah penulis yang tak berapa berdisiplin. Itu sebab azam 2015 ini adalah saya nak jadi lebih berdisplin.
 
Ooo Yeargh ! (mata berapi dan bersinar).
 
Ok kita sambung BSS kita malam ni. Korang masih ingat lagi kisah sejarah zaman sekolah menengah dahulu?
 
Saya rasa mesti ramai yang meletakkan tangan di bahu mata ke atas sambil kata, “sejarah..”.
 
Cis.
 
Saya nak cerita pada korang kisah sejarah yang mungkin korang jarang-jarang dengar,  dan saya akan pastikan mata korang terbeliak dan mulut korang ternganga kemudian korang akan jadi rajin dan bersemangat waja untuk menggeledah buku di stor atau perpustakaan berdekatan bagi memastikan fakta saya sahih, tulen, bermutu tinggi dan muktahir.
 
Eceh.
 
Pernah dengar kisah perang Jamal?
 
Kalau korang pertama kali mendengarnya, sila buat muka teruja mata bulat sinar bergemerlapan sambil kata,
 
“belum belum!”.
 
Perang Jamal adalah peperangan pertama di antara para Sahabat radiyallahu anhum ajmain (r.ajamin). Peperangan ini adalah dari dua ketumbukan (pasukan) tentera kaum muslimin yang masing-masing diketuai oleh dua sahabat agung Rasulullah sallahu alayhi wasallam, iaitu Amirul Mukminin Saidina Ali radiyallahu anhu (r.anhu) dan isteri baginda, Ummul Mukminin Saiditina ‘Aisyah radiyallahu anha (r.anha). Peperangan tersebut dinamakan perang Jamal sebab ketika itu Ummul Mukminin ‘Aisyah r.anha berada di atas unta (Jamal).
 
Eh, biar betul shukery ni. Sahabat Nabi mana ada berperang sesama sendiri. Kau fitnah depa ni. Kau ni, macam Syiah je.
 
Puuuhhh.
 
Tersembur air Vico aku.
 
Mana ada, kisah ini memang betul-betul berlaku. Malah ada dua kali peperangan antara Sahabat r.ajmain berlaku, iaitu Perang Jamal, dan Perang Siffin. Yang itu nanti saya cerita. Saya nak ceritakan kisah perang Jamal dulu. Dan tujuan saya cerita ini adalah untuk membersihkan fakta sebenar daripada auta yang direka oleh kaum Syiah.
 
Bagaimana Berlakunya Peperangan Jamal Ni?
 
Al kisahnya bermula begini.
 
‘Aisyah r.anha, Thalhah r.anhu dan Az-Zubair r.anhu serta orang-orang yang bersama mereka telah bertolak dari kota Madinah ke Basrah selepas mereka dengar cerita yang Ali Bin Abi Talib r.anhu dilantik sebagai Amirul Mukminin yang baru (yang keempat) se
lepas Amirul Mukminin Uthman r.anhu dibunuh atas sebab fitnah yang dilemparkan kepadanya berskala raksaksa Gorgon oleh para pemberontak.
 
Siapa pemberontak ini? Ni rasa macam nak katok sekor-sekor pemberontak ni.
 
Mereka adalah golongan yang sangat berdendam dan dengki kepada  Amirul Mukminin Uthman r.anhu. Macam pula Saidina Uthman r.anhu dibunuh? Nanti saya cerita kalau saya ada kelapangan (Tutup mulut).
 
Berbalik pada kisah awal tadi, kenapa mereka pergi ke Basrah?
 
Mereka ke Basrah sebab nak MENUTUP perpecahan yang baru dalam Islam disebabkan peristiwa pembunuhan zalim lagi keji dan tak berhati perut usus dan limpa terhadap Amirul Mukminin Uthman r.anhu.
 
Dan dalam masa yang sama, selepas dengar cerita tentang kisah ni, Amirul Mukminin Ali r.anhu pun ambil inisiatif untuk pergi ke Basrah bersama dengan geng tenteranya.
 
Untuk apa?
 
Tujuan utama adalah untuk bersatu dengan mereka (team Aisyah r.anha), menguatkan mereka dan menyatukan kembali umat Islam dalam menghadapi pemberontakan yang kurang asam dalam peristiwa pembunuhan Uthman r.anhu.
 
Tetapi harapan dan impian kesatuan ketenteraan di antara ‘Aisyah r.anha dan Ali r.anhu sangat sangat DIBENCI dan ditakuti oleh para pemberontak pada zaman Uthman r.anhu yang menyorok disebalik umat Islam ketika itu. Zaman masa tu takde lagi sistem teknologi nak kesan penjenayah.
 
Masa mula-mula apabila mereka (pemberontak) dengar keberangkatan ‘Aisyah dan tenteranya ke Basrah, mereka mula menimbulkan api fitnah yang marak membara yang mana mereka menyatakan bahawa pemergian mereka adalah kerana perpecahan dari Khalifah Ali.
 
Masa tu pemberontak ni dah mula menyelusup dalam tentera Ali r.anhu. Dah jadi macam CIA pun ada juga. Fikrah menyelusup betul geng pemberontak ni.
 
Tetapi apabila Ali r.anhu membuat keputusan untuk bersama dan bergabung dengan tentera ‘Aisyah r.anha selepas siri perbincangan di antara wakil dari Ali r.anhu iaitu Al-Qa’qa’ dan ‘Aisyah, Az-Zubair serta Talhah R.Anhum, para pemberontak yang ada dalam tentera Ali mula takut mengigil kepala lutut  sambil mengigit jari dan tak tidur malam (ok ini penambah cerita je).
 
Para pemberontak pun apa lagi, mulakan mesyuarat tergempar tahap 10.0 skala richter berbincang sesama sendiri dan berkata,
 
“Mereka sudah berdamai atas DARAH kita.”
 
Sepakat Yang Keparat?
 
Pada pandangan mereka, perdamaian dan kesatuan ini bererti senjata akan dihalakan ke atas mereka. Tu pasal mereka yang dah menggelabah tahap gaban berfikir dan terus berfikir serta berbincang strategi untuk memecahkan kesatuan pasukan Ali r.anhu dan pasukan ‘Aisyah r.anha.
 
Dan akhirnya mereka telah terfikir sebuah idea gila tahap dewa karin dragon ball dan mencapai satu kata sepakat yang membawa keparat.
 
Sejarah hitam hasil kesepakatan syaitonirrojim tu bermula pada awal pagi ketika mentari masih lagi belum memancarkan cahayanya yang bersinar cemerlang……
 
 
 
 
Jeng jeng jeng…
 
 
 
 
 
 
 
Bersambung Jumaat ini….. (gaya sinetron)
 
 
Hehe..
 
 
– Ahmad Shukery –
 

 

p/s : nantikan part Perang Antara Dua Cahaya Part II.

5 Responses

  1. Yang tak boleh blahnya mase tersembur air vico tu. Hai admin, dalam serious2 ni boleh lagi buat lawak. Teruskan usaha anda! (ayat cikgu tulis dalam report card zmn skolah dulu)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan