BSS 47 : Tak Berikhtilat Pun Boleh Kahwin?

 

 

 
Alhamdulillah thummalhamdulillah !
 
Malam ni BSS saya tak tahu nak kongsi apa, melainkan kegembiraan saya melihat seorang sahabat baik saya, al akh yang selalu menasihati dan mengingati saya, yang selalu bagi semangat pada saya, selalu bersama saya susah dan senang,
 
Dan yang dah jadi seperti adik saya sendiri, kini dah mendirikan sebuah baitul Muslim dan sudah bergelar menjadi seorang suami.
 
Kagum dari jauh.
 
Kita Melakar Sejarah
 
Adnin dah membuktikan pada ramai orang, bahawa tanpa bercouple, tanpa bercinta sebelum nikah, tanpa ada crush bagai,
 
TETAPI..
 
Allah permudahkan urusan untuk berkahwin.
 
Sebenarnya bukan Adnin seorang saja, malah saya dah jumpa ramai dan sangat ramai di luar sana yang macam Adnin. Serius banyak, cumanya mereka tak dikenali ramai je.
 
Adik-adik semua..
 
Kita yang melakar sejarah hidup kita, bukan orang lain. Kalau boleh, tiada siapa pun yang nak kahwin banyak kali, cukup kahwin sekali pun dah terbaik.
 
Tapi kahwin yang macam mana?
 
Jalan yang penuh noda dan dosa? Jalan yang penuh maksiat? Dengan couple bagai? Adnin dah membuktikan, tanpa couple, tanpa maksiat dah boleh kahwin.
 
Orang nampak pelik,
Nampak aneh,
Nampak janggal..
 
Tapi itulah yang terbaik. Dan saya yakin, hampir kesemuanya nak berkahwin seperti mana cara Rasulullah berkahwin terutamanya, dan juga hari ni cara Adnin berkahwin yang sebolehnya beliau ingin menghampiri Sunnah pada abad  ke 21 ni.

 

Zaman millenium omputih kata.

 
Takkan kita nak melakar sejarah hidup kita dengan kisah yang tak best?
 
Macam mana nak cerita pada anak-anak kita nanti?
Bagaimana dengan sikap anak-anak kita nanti?
 
Kita Semua Boleh
 
Sebenarnya kita boleh saja berkahwin tanpa bercouple, bercinta sebelum nikah, berikhtilat bagai.
 
Boleh saja.
 
Kita ada pilihan.
 
Tinggal lagi kita nak buat atau tidak. Kita nak ikut sunnah, atau kita nak punah.
 
Itu saja.
 
Kalau Adnin boleh membuktikan,
 
Seorang budak yang tinggal di BANDAR,
Belajar di BANDAR,
Berjumpa dengan PELBAGAI jenis orang,
 
TETAPI..
 
Masih mampu bernikah TANPA mencemari jalan pernikahannya seperti bercouple, crush, ikhtilat bagai,
 
Kenapa tak kita?
Kenapa tak korang?
 
Korang boleh je..
 
Cuma banyak bagi alasan je. Tu yang tak boleh.
 
Mohon doa untuk Ustaz Adnin dan zaujahnya (isteri) moga kekal sampai ke Syurga.
 
Dan moga Allah kurniakan yang terbaik untuk hidup kita.
 
Jangan lupa,
 
Kita yang MELAKAR sejarah kita, bukan orang lain.
 
 
Moga Allah redha.
 
 
Wallahu’alam
 
– Ahmad Shukery –

9 Responses

  1. Assalam ustaz..
    Saya nak tanya, ada seorang lelaki ni sudah nyatakan pada saya dia nak nikahi saya, nak menjadikan saya isterinya, dan saya pun telah 'indirectly' bersetuju dengan tidak menolak. Lepas saya terbaca satu artikel yg ustaz tulis, saya merasakan kami terlah 'ter'bertunang, dan saya ingin memutuskan pertunangan ini. Sebab jelasnya dia dan saya sendiri masih belum bersedia. Bagaimana saya harus memutuskan pertunangan ini? Ada cara tertentu atau saya cuma perlu menyuruh dia melafazkan kami putus tunang? Macam mana pulak kalau dia tak nak? Adakah saya telah terikat dengannya sampai bila-bila?
    Mohon soalan saya ini dijawab, saya sudah buntu.
    Segala jawapan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga dirahmati Allah.

    Assalamualaikum.

Leave a Reply to Tarbiah Sentap Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan