BSS 43 : Saya Benci Ayah Saya..

 
Bedtimes Story Sentap (BSS) malam ni saya nak kongsi sedikit pengalaman saya tahun lepas pada korang.
 
Err.. asyik kongsi pengalaman sendiri je, gila tak best.
 
Kalau tak best, takpelah. Kena baca juga. Haha.
 
Pernah sekali, masa saya baru balik kerja tahun lepas, saya drive kereta dan bawa ibu saya.
 
Masa dalam perjalanan tu, saya berborak macam-macam dengan ibu saya. Sampailah saya masuk satu topik hangat.
 
Haa… Apa topik hangat tu? Kahwin?
 
Mestilah tak.. Haha.
 
Saya cerita pada ibu,
 
“Ibu, dekat makmal ada sorang abang ni namanya abang Hafiz. Dia pernah bekerja sama dengan ayah dulu, bawa van rokok. Kita minta tolong dia carikan ayah. Mana tahu boleh jumpa.” Saya cerita pada ibu TANPA saya terlintas ibu akan fikir lain dan terkilan.
 
“Kenapa kau nak jumpa ayah kau? Kau tahu kan ayah kau dah buat macam-macam dekat ibu.” Ibu mula menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan saya.
 
Saya terdiam.
 
Petang tu sepanjang memandu sampai ke rumah, ibu meluahkan rasa marah dan sedih dengan sejarah lama. Sejarah antara ayah dan ibu satu ketika dulu. Ibu tidak setuju dengan tindakan saya hendak jumpa ayah saya semula dan ibu merasakan seolah saya seperti menyebelahi ayah.
 
Sedangkan tidak pernah.
 
Saya cuba minta ibu tidak perlu cerita lagi dan tukar topik, tetapi emosi ibu yang tidak stabil, ibu tetap meneruskan cerita dalam nada meluahkan perasaan.
 
Perasaan sedih, marah, kecewa.. semuanya bercampur baur.
 
Saya rasa serba salah dan menyesal buka topik tersebut. Saya minta maaf dengan ibu.
 
Saya rasa terkilan dengan tindakan saya tadi, tapi apakan daya.
 
Perasaan seorang wanita yang dikhianati suaminya satu ketika dulu, adalah perasaan yang sukar untuk digambarkan oleh seorang anak.
 
Seperti saya.
 
Ah.. saya benci apa yang berlaku dulu. Saya pernah dulu mengharapkan yang saya bukan anaknya. Saya benci ayah saya.
 
Tetapi……
 
Seburuk Mana Pun Dia.
 
Sampai saja di rumah, saya termenung seketika. Memastikan rasional dan ketenangan mengawal minda saya, agar tidak dipandu emosi yang tidak menentu.
 
Saya memang benci apa tindakan ayah satu ketika dulu kepada ibu saya hingga membawa penceraian mereka. Saya benci untuk tahu apa yang berlaku sebelum penceraian itu terjadi walaupun akhirnya saya tahu juga. Ibu selalu dipukul ayah, ditipu duit termasuklah dijual barang kemas, bawa perempuan lain balik rumah, saya pula hampir dijual ke Thailand untuk pasaran black market, saya hampir ‘nak dibunuh’ dan banyak lagi. Seolah macam drama bukan? Tetapi apa nak buat, ia adalah suatu realiti yang pernah berlaku, dan suatu sejarah yang tidak mungkin boleh dipadam sampai kiamat serta saya tidak boleh lari dari hakikat sejarah itu. Oh ya, saya tak ada niat nak burukkan dia, sebab korang bukan kenal siapa ayah saya.
 
Tetapi..  
 
Seburuk mana pun ayah saya, dia tetap ayah saya. Meskipun kalau dia menjadi Firaun sekalipun, dia tetap ayah saya. Darahnya mengalir dalam badan saya, dari hujung kaki sehingga ke lubang hidung.
 
Dan itu fakta yang tidak dapat diubah dan saya kena menerimanya.
 
Tetapi saya sedar dan faham, bahawa tidak WAJIB untuk saya menyayangi bapa saya, hatta ibu saya sendiri!
 
Peh. Kenapa tidak wajib pula?
 
Sebab Allah TIDAK suruh itu. Kenapa?
 
Allah Maha Tahu. Allah Maha Tahu kasih sayang mustahil boleh dipaksa tanpa asasnya kecuali dengan izin Allah.
 
Mana mungkin seorang anak yang tidak diberi nafkah, diabaikan, tidak dijaga, dibiarkan malah pernah satu ketika hendak dijual dahulu, mampu membuta tuli menyayangi orang yang tidak menyayangi kita!
 
Mustahil kecuali Allah ubah hati kita.
 
Tetapi…
 
Allah meletakkan kewajipan sebagai anak untuk berlaku IHSAN, BERBUAT BAIK dan MENGHORMATI ibu bapa.
 
Ia BUKAN balasan kepada kebaikan ibu bapa terhadap kita, tetapi ia adalah suatu KEWAJIPAN dan TANGGUNGJAWAB kita sebagai anak, walau seburuk mana pun dia!
 
Tugas Seorang Anak
 
 
 
Ya, saya tenangkan diri sendiri.
 
Tugas saya sebagai seorang anak hanyalah tetap menghormati , menjaga kebajikan, mentaati dan memelihara serta memenuhi keperluan mereka selagi ia dibenarkan Syariat.
 
Biar kejam seorang ayah,
Biar curang seorang ibu,
Biarpun kafir dan sundal ibu dan ayah itu!
 
Bukan tugas seorang anak untuk menghukum mereka. Segala dosa mereka, kelalaian mereka, dan serba serbi kesalahan dan kekurangan mereka, mereka akan bertanggungjawab di depan Allah tentang apa yang mereka telah lakukan.
 
Rantai Kebencian
 
 
 
Jika di dunia ini hanya ada ibu bapa dan anak-anak sahaja, nescaya ibu bapa jahat akan sentiasa menzalimi anak-anak, dan anak-anak akan membalas dendam terhadap ibu bapa.
 
Sebab itu segala perkara akhirnya perlu dirujuk kepada DIA, iaitu pada Allah.
 
Kita memohon keampunan kepada Allah agar Allah mengampunkan mereka. Jika ibu bapa kita jahat sekalipun kepada kita, kita mesti memberi MAAF TANPA SYARAT seperti mana Allah mengampunkan kita TANPA syarat.
 
Jika jiwa kita sempit untuk memaafkan ibu bapa kita, nescaya Allah jua akan menyempitkan keampunan untuk kita yang banyak dosa ini !
 
Menghormati mereka, cukup dengan kita TIDAK MEMBALAS kejah
atan mereka dengan kejahatan kita. Sedangkan kita banyak berbuat jahat kepada Allah, tetapi Allah sentiasa Maha Tahu untuk “berbuat baik” kepada kita.
 
Maka, seorang anak tidak perlu ulang rantai kejahatan dan akhirnya melahirkan rantai kebencian yang berpanjangan sehingga ke anak cucu cicit.
 
Kewajipan Tanpa Kasih Sayang
 
Sangat berat untuk melaksanakan sebuah kewajipan TANPA adanya rasa sayang.
 
Ya, sangat berat kerana saya sedang mengalaminya. Ingin melaksanakan sebuah tanggungjawab dan kewajipan kepada ayah saya dalam keadaan saya benci dan geram kepadanya.
 
Ia adalah sebuah beban.
 
Kewajipan adalah sentiasa melakukan perlakuan baik terhadap ibu bapa meskipun layanannya sangat teruk kepada kita. Kerana ia adalah TANGGUNGJAWAB anak sebagai anak yang BERIMAN kepada Allah dan Hari Akhirat.
 
Kita perlu TANGGUNG beban itu dan kemudian kita JAWAB di Negeri Akhirat nanti.
 
Saya teringat kisah di mana satu ketika Umar al-Khattab radiyallahu anhu dan beebrapa orang sahabat melihat seorang perempuan mendukung seorang lelaki tua.
 
Lalu beliau bertanya kepada perempuan itu, “Apakah perihalnya kamu ini?”
 
Perempuan itu menjawab, “Yang ku dukung ini adalah ayahku. Dia sudah tua (nyanyuk) dan mahu bermain denganku.”
 
Umar al-Khattab radiyallahu anhu teruja dengan kejadian itu lalu berkata, “Wahai sahabat, lihatlah perempuan ini. Beliau telah menunaikan hak bapanya ke atas dirinya.”
 
Perempuan itu membalas, “ Tidak ya Amir al-Mukminin. Aku belum menunaikan hak bapaku ke atas diriku. Semasa dia menjagaku ketika aku kecil, dia mendoakan panjang umurku. Tetapi semasa aku menjaga ketika dia tua, aku tertanya-tanya bilakah orang tua ini akan mati!”
 
Nasihat saya..
 
Nasihat saya kepada anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang berbuat baik kepada korang,
yang jaga korang sejak kecil,
yang bagi makan minum pada korang,
yang bagi perlindungan pada korang,
yang selalu tanya pasal pelajaran korang,
yang selalu tanya khabar korang,
 
maka taatlah korang setaat yang mungkin kepada mereka ! Bertanggungjawablah pada mereka !
 
Dan berlaku IHSAN dengan sebenar-benar IHSAN pada mereka !
 
Serta sayangilah mereka sepenuh hati korang dalam melaksanakan tanggungjawab kamu sebagai anak.
 
Sebab apa?
 
Sebabnya, binasalah si anak yang lupakan peringatan dari kisah ini!
 
 
Moga Allah redha. 
 
Sebelum tidur, telefonlah mak ayah korang yang jauh dengan korang. Atau sebelum tidur, cium tangan mak ayah. Mana tahu korang atau mereka tak bangun lagi esok.
 
 

 

– Ahmad Shukery –

14 Responses

  1. Akhirnya!

    Setakat ni semua akhawat2 tudung labuh yang saya jumpa semuanya pelik kenapa saya tak pernah@jarang cerita pasal family (no racism here, saya pun tudung labuh). Entahla, everyone around me seems ada family yang baik/normal je. So saya tak tau macam mana nak mintak nasihat pasal perkara ni. Sebab typically mesti orang cakap 'ala tu ayah kot. Hormat kena jugak.'

    Lain rasanya dengar ayat tu drpd orang yang ada happy family banding dengan orang yang ada dalam situasi yg sama dengan saya.

    Bertahun jugak la saya simpan grudge dengan ayah, maki dia, sindir dia, tapi Alhamdulillah sejak ikut DnT, saya start rasa macam benda tu tak patut (walaupun ada small voice cakap dia memang patut terima). Bila baca artikel ni, baru saya boleh relate sebab penulisnya bercakap berdasarkan pengalaman sendiri jugak.

    Bukan tak pernah rasa bersalah sebab dendam dengan ayah, tapi itulah, tiap2 kali ayah buat hal, taip2 kali tu la saya rasa marah saya renewed.

    Tapi sebab saya kecewa dan marah ada ayah tu la yang membuatkan saya mencari jawapan kenapa saya diuji sebegini, dan akhirnya bawak saya kenal Allah.

    Itula agaknya sebab Allah bagi saya ayah yang macam tu. Untuk saya kenal Dia.

    p/s: saya saja tak bagitau whats the matter dengan ayah saya, takut ada orang yg kenal. sekian.

  2. Aku kena tinggal umur 6 bulan, sekarang dah 24 tahun.

    Aku belajar berdikari. Aku jadi berani. Aku belajar hidup dalam zon kritikal dan preassure.

    Aku belajar jugak jadi hati keras. Eh

    Penuh hikmah perancangan DIA.

  3. dari dulu saya cuba tipu diri saya cakap yg saya x pernah simpan dendam kat ayah saya.walau apa pun yg ayah saya buat saya anggap tu kesilapan die dengan Allah… sampai sekarang saya cuba nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak. setiap tahun saya cuba maafkan kesilapan die terhadap keluarga kami especially ibu….saya hormat die sebagai ayah saya…tapi saya sedih bila ayah saya sendiri nak putuskan hubungan dengan saya. saya try call…tapi die x jawab…sampai saya rasa sedih dengan diri saya…seolah-lah saya ni anak derhaka. saya takut kalau saya x dapat keberkatan dari ayah…sebab saya amat pentingkan keberkatan ibu bapa terutama dalam menuntut ilmu…tapi sampai sekarang saya buntu…setiap hari saya remind diri saya yg saya akan maafkan ayah dan saya tak pernah terasa hati dengan ayah tapi setiap kali jugak la saya akan nangis sebab saya tahu saya tengah menipu diri saya….saya x pernah harapkan ape2 pun dari ayah…cukuplah hanya dgn ayah jawab call saya dan tunjukkan kat saya yang saya ni masih anak die :'(

  4. ak taktau pulak yang bukan hanya ak yg menghadapi situasi ini. aku hidup hanya dijaga oleh mama yg setia menjaga ak. pedih bila seluruh masyarakat kg seakan akan memandang hina kpd ak. sunguh sukar utk truskan kehidupan itu. di sekolah bila aku ingin mengisi apa2 borang skalipun, permohonan ak ditolak. kanapa?? sebab ak xtak tau identiti ayahku apa. aku tahu namanya, di surat beranak jelas terpampang, tp ak kehilangan no kp yg , jd apa yg aku perlu tulis??. spm tamat tanpa sebarang kata, aku menolak tawaran untuk melannjutkan pelajaran ke politeknik kerna malas utk fikirkan cara untuk mengisi borang. sekali lagi borang ak xlengkap.
    tamat stpm sekli lg ak perlu mengisi borang utk sambung belaja. susah bila aku perlu utk isi borang PTPTN. ak menangis sendirian tanpa ada yg faham.. sedang kawan2 ak yg lain keriangan gembira. ayah yg menyiapkan segala keperluan utk bergelar sebagai seorang mahasiswa, sedang aku sendiri. segalanya sendiri.
    dan kerana ini aku membesar tanpa keyakinan diri. musnah bersama aliran air mata yg kini tak lagi mampu untuk mengalir walau untuk meluahkan perasaan sendiri.
    disebabkan namakua agak femes, maka gelaran nama ayah akan ditambah untuk membezakan kami, tp suatu hari ak terlepas kata "weh jngan lah sebut nama ayah ak, ak xsuka lah" maka berbunyilah suara2 sumbang dibelakang,mengata ak.. jelas kedengaran walau suara itu makin jauh dan jauh.

    erm, ak bukan nk mengadu nasib kat sini. cuma ak agak terkejut bila ramai yg punya nasib yg sama seperti ak. hanya dijga oleh ibu, ayah hilang entah kemana, xpernah bertanya khabar apatah lagi memberi nafkah.

    P/S: mohon doakan ibu aku agar sehat, ditenangkan hati untuk kembali merasa kemanisan iman. amiin.

  5. kebetulan tengah ada masalah dengan ayah. bila baca post ni rasa macam Allah bagi hint melalui post ni. trime kasih pemilik blog. trime kasih Allah.

  6. sentap kali ni ,,
    berjuraian air mata aku,, sejak ak drjah 2 smpai skrg ak kcewa dn marah dgn skap ayh..

    skrg ak pham akn hikmah semua ni berlaku…

    YA ALLAH,,ampuni dosa kedua-dua ibu bapa ku dan kasihi lah mereka..

  7. Assalamualaikum .

    Bila baca post ni memang rasa nak menangis. Mungkin saya antara yang bertuah . Masih punya ayah . Selalu jumpa ayah walaupun ibu dan ayah bercerai ketika saya 6 tahun. Dulu, masa sekolah rendah jujur saya kata saya betul betul benci ayah. Saya benci dia sebab dia merasakan saya adalah bebanan. Selepas ibu meminta cerai, ayah lain sangat . Ayah suka marah marah. Salah sikit kena marah dan rotan. Kena ludah pun saya pernah kena. Saya menangis dan menyalahkan takdir kenapa saya ada ayah macam ni . Saya paling pantang kalau ibu sebut pasal ayah ataupun akan melawat kampung ayah. Nak jumpa ayah paling saya tak suka dalam hidup. Bila ibu mesyuarat, ayah yang jaga. Masa tulah saya terlampau stress. Kena duduk dengan ayah. Suka marah marah. Kalau tak suka jaga saya , hantarlah jelah ke asrama sekolah. Saya boleh hidup berdikarilah. Tapi ayah berie nak jaga. Kononnya nak buat baiklah. Siap marah marah ibu suruh habis cepat mesyuarat tu sebab tak larat nak jaga saya. Malam malam saya menangis sebelum tidur. Bila saya dah menginjak 18 tahun saya mula sedar. walau apa pun dia tetap ayah saya. Walaupun ibu juga pernah merintih ayah kurang beri nafkah pada kami. Kadang kadang tak pernah langsung. Ibu yang jaga kami. Semua gaji dia cukup untuk kami. Walaupun cukup sekalipun, seorang ayah patut bagi nafkah juga kan ? Ayah akan bagi duit kalau balik kampung ayah je. itupun tak banyak. dalam 50 atau 100. kadang-kadang tak bagi pun. Saya teringin benar rasa kasih sayang seorang ayah yang baik. Bila dengar kawan kawan call ayah dia , saya nangis dalam diam. Saya tak pernah ada kesempatan nak bermesraan dengan ayah. Tapi bila saya dah besar , ayah saya nampak lain. Dia cuba buat lawak ataupun cium saya. Tapi saya rasa macam semua itu palsu. Sebab sejak kecil kita tak dapat kasih sayang, bila besar rasa kekok sangat . Tapi itu semua ketentuan Allah. Saya kena redha. Saya harap Allah sentiasa mengampunkan ayah saya . 🙂

  8. Cube untuk memaafkan dan melepaskan segala yang terbuku di hati.Tapi setiap kali cuba memaafkan setiap kali itu teringat apa yang pernah berlaku dan air mata pasti mengalir. Pernah terfikir adakah saya berpeluang menjadi golongan ashabul yamin kerana perasaan tak suka kepada ayah sendiri, kadangkala timbul perasaan membenci diri kerana mewarisi sebahagian besar ciri fizikal dari ayah.

  9. Assalamualaikum.
    sedih rasenye bile terbce kisah ni. Sdih sbb sye pun rasa perkra yg sme. Sye dri kecik tk prnh jmpe dgn ayh. Mse kecik2 slalu tnye dkt ibu ttg a ayh. Ibu slalu diam. Ibu tk prnh jwb. Ade suatu hari tu. Mse sye drjah 5. Sye tnggl di asrma. Kwn sye kata dkt sye. 'Sdr sikit diri kau tu. Kau tu dh lh tk de ayh. Sye tk thu perasaan sye mcm mne ari tu. Tpi sye rse kesepian. Sbb mse tu ibu sye dh kahwin lain. Sye pulak ank tunggal.smpai skrng sendri. Kdang2 sye putus asa. Putus asa untuk teruskn hdup. Sye cemburu bile tgok kwn2 yg lain ade family bahagia. Sdngkn sye keseorangan. Bile diorang ade mslh diorang share mslh ngn adik beradik. sye ? Dri kecik smpai skrng. Sye teringin nk pnggil ayh sye AYH.Tpi sye bersyukur. Bersyukur sbb ALLAh masih benarkn sye tersenyum melihat kebhagiaan org lain.

  10. Salam,ayah aku ni susah aku nak ckp da totally benci kami anak beranak kerana ingin bebas dari bebanan …tp berpura2 sahaja takut malu dengan kurga mak aku dan kwn2 sbb mak aku ada lah org yg paling sabar aku pernah jumpa ayah aku tengking dia maki dia dia masih diam senyum n bercakap lembut dgn ayah aku…buat aku makin sakit hati dgn ayah aku buat mak aku mcm tu..mak da bertahan lama menderita termasuk aku yg xsmbung belajar walaupun keputusan aku membanggakn semua nya kerana ketidak matangan ayahku meminjam duit untuk membeli alat muzik beribu2 untuk dipertontonkan bakatnya pada kwn2 dan sangup membayar hutang utk muzik….masa depan aku dan adik dikorbankan..ayah tidak mengizinkan aku untuk sambung belajar kerana dia xmampu sebenarnya bukan tidak mampu tapi xsanggup membiayai aku..aku tidak tahu sampai bila aku,adik beradik dan mak akan menderita…aku harap kesusahan aku ni ada hikmahnya…aku harap suatu hari nanti Allah akan sedarkan ayah aku ni..

  11. Saya ada pengalaman kisah kawan saya yang hampir mendapat tekanan perasaan akibat dari neraka ciptaan bapanya sendiri.tapi mujur lah dia mendengar nasihat dari rakan rakan yang lain..
    Saya pon tak setabah dia dalam menjalani kehidupan harian.

  12. Saya benci ayah saya.dia buat saya dengan ibu dan adik beradik saya menjadi hamba dia.kalau ibu saya siapkan sarapan yang tak kena dengan cita rasa dia,habis meja makan dia terbalik kan.kalau motor dia rosak cthnya pancit dan minyak habis dia akan salahkan kami padahal dia yang bawa motor tu..dia humban motor kat luar kami akan angkat bersama ibu untuk dirikan motor yang dia lancar kat mana mana yang dia suka.saya pernah terfikir kenapa lah saya ada bapak mcm dia .kenapa saye dilahirkan di dunia berbapak kan dia..pernah jugak saya terfikir yang tuhan mmg x sayangkan saya..kalau dia bagi duit kepada ibu mesti dia akan mintak balik.ibu lah yang akan uruskan bil api dan air,barang dapur sewa rumah..
    Saya boleh jadi gila duduk dgn bapa mcm ni.dia takakn pernah beli pakaian dia sendiri ibu dan kami adik beradik lah yang belikan..tapi kalo salah saiz semasa beli kita orang akan jadi mangsa..dia ckp x reti bahasa takkan tak tau saiz bdn dia la..kami mcm kuli dia.pernah sekali saya tgk tv waktu malam dia kata saya nak jadi pelacur kalo tgk tv mlm2 ni..apa yang saya dan adik beradik saya lakukan semuanya salah.dia je maksum.ibu x blh menolong jiran kalo apa2 yang jiran minta tlg..
    Tapi kalau dia minta jiran tolong dia boleh pulak.saya tak tahunla kenapa saya ada bapak mcm dia..kalau ibu dan adik beradik saya merungut penat dia kata dia ketua keluarga..dia sebagai boss..kadang2 saya sedih melihat ibu yang terkejar kejar membuat kerja kerana semua tak kena pada mata dia..
    Saya gelar kan dia maksum sebab dia je betul orang lain semua salah.pernah satu hari mood dia baik dia belikan saya kek hari jadi tetapi dia mengungkit balik apa bila kek tu adik beradik dan saya makan habis..dia kata saya anak derhaka tak reti bahasa..
    Cukup saya rasakan hidup saya ni x pernah bahagia mcm keluarga org lain
    .berbapak kan yang sayankan anak dia.
    Kenapa la saya x pernah bahagia untuk hidup di rumah sendiri.kadang bila lihat orang beraya happy je.tapi saya sekeluarga kene menipu diri sendiri yang kami bahagia..dia bila dpn saudara mara baik je melayan kami.
    Tapi dia sebenarnya munafik..duit raya saya dia amik.buat masa ni saya bersabar je hidup dengan dia.sebab mengenakan ibu saya..kalau tak dah lama saya lari dari rumah.

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan