BSS 41 : Kerana Allah Itu Tidak Mengecewakan. Percayalah!

 

 

 
Kisah malam ni adalah Bedtimes Story Sentap (BSS) yang ke 41. 
 
Maaf minggu lepas seminggu saya tak keluarkan BSS, kerana ada sedikit masalah yang melanda jiwa dan raga saya (peh ayat).
 
Mohon doa daripada korang semua yang soleh dan solehah insyaAllah moga saya istiqomah menulis.
 
Malam ni saya nak kongsi pada korang satu pengalaman saya.. Walaupun tak best, korang baca je la ya. 
 
Dulu pernah ada seorang kawan kepada kawan saya ‘mengadu’ atau meminta ‘kaunseling’ dari saya, seorang kaunselor yang tak bertauliah. Apatah lagi nak ada lesen. 
 
Saya pun tak tahu kenapa kawan saya tu cadangkan nama saya kepada dia.
 
Tetapi tak apalah. Saya cuba bantu mana yang paling mampu. Mula-mula saya nak mesej saja dia, kemudian disebabkan saya malas menaip mesej dan ada perkara yang penting, maka saya call dia untuk memudahkan bual bicara dan penyampaian.
 
Oh sebelum tu, saya rahsiakan namanya. Kita nak tahu ibrah atau pengajaran dari kisah dia, bukan siapa dia. Kita anggap dia sebagai “A”.
 
Sebelum saya call dia, dia ada mesej saya.
 
Apa yang dia mesej?
 
“Manusia yang cetek agama.. boleh ke berubah? Ada ke jalan?” katanya masa mesej awal dengan saya.
 
Bila saya membaca soalan ini, saya tersenyum simpul. Kemudian saya memulakan sedikit dialog ringkas sebelum dia bertanya soalan seterusnya.
 
“Kenapa Allah tak makbulkan doa aku? Aku nak ibu bapa aku macam orang lain. Suruh anak-anaknya solat. Marah bila anak-anak tak solat.”
 
“Aku nak ibu bapa aku solat berjemaah dengan aku. Aku nak diorang bagi didikan agama pada aku. Aku nak semua benda yang ibu bapa orang lain buat dekat anak diorang. Tetapi hakikatnya, doa aku tak pernah jadi kenyataan…”
 
Bunyi nada pada akhir mesej itu seolah kecewa dan putus asa.
 
Tanpa saya sedari, berkaca mata saya. Saya tak perasan bahawa saya nak menangis. 
 
Sedih..
 
Bukan sedih dengan apa yang dia lalui. Tetapi sedih kerana apa yang dia fikirkan, pernah saya fikir dan lalui satu ketika dulu.
 
Bahkan lebih teruk lagi…
 
Selepas itu, saya terus nekad untuk call dia untuk berkongsi beberapa cerita serta nasihat. Sebab pada saya, jika tidak dibetulkan cara fikir ini, akan membawa kepada situasi yang lebih parah dah bahaya.
 
Ada Melalui Jalan Bahagia.
 
Pernah ketika saya bukak facebook, secara tidak sengaja terpapar satu status seorang kawan facebook saya, yang berkongsi kerinduan kepada ibu bapanya di rumah sambil tunjuk gambar ibu bapa mereka yang sedang bergurau senda.
 
Antara status yang ditulis ;
 
“Syurga,
 
Anak rindu.
Doakan anak tenang di sini ye.
Anak rasa macam terlalu banyak tekanan sekarang ni.
Mungkin sebab anak exam kut.
Doakan anak dapat menjawab exam dengan tenang ye. Nak ketam nak sotong nak sambal belacan nak sambal tumis ikan bilis nak mee ayah nak nak nak facial nak baju heh.
 
Rindu.”
 
Bila saya membaca status ini, saya rasa sebak secara tak sengaja.
 
Entah. Saya tidak tahu mengapa. Mungkin saya rindu pada ibu saya di kampung.
 
Mungkin juga saya rindu dan teringin untuk mempunyai ibu bapa seperti rakan saya itu. Seperti mana yang diinginkan oleh kawan baru saya, si A.
 
Tetapi tidak bermaksud saya iri hati pada dia.
 
Tidak sama sekali.
 
Kerana itu rezeki dia, mempunyai seorang ibu dan ayah yang banyak mengambil berat urusannya, ada disisi ketika dia tertekan, sentiasa memberi semangat ketika dia jatuh.
 
Saya turut gembira kerana Allah kurniakan dia keluarga sebegitu. Dan saya juga turut bahagia dengan keluarga saya. Walaupun banyak kekurangan sana sini, tetapi bahagia itu tetap saya nikmati.
 
 
Kita Yang Mencipta Melodi Hidup Kita
 
Saya masih muda lagi. Masih mentah dalam banyak perkara. Masih gelabah dalam pelbagai situasi.
 
Tetapi saya juga diizinkan Allah untuk melalui dan menghadapi rencam ragam kehidupan yang pelbagai.
 
Hidup ini ibarat melodi lagu. Kita yang buat dan reka melodi tersebut. Samada menjadi merdu, sumbang, mendayu, rancak, atau sebagainya.
 
Korang adalah komposer lagu hidup korang sendiri. Kerana itu Allah ilhamkan kepada kita dua jalan.
 
Jalan menuju ketaqwaan dan jalan menuju kebinasaan. Beruntunglah sesiapa yang memilih jalan menuju ketaqwaan, rugilah sesiapa yang memilih jalan menuju kebinasaan. (korang boleh lihat surah As Shams ayat 8 hingga 10)
 
Sesiapa yang mengenali saya secara peribadi, mereka akan tahu bagaimana perjalanan hidup saya satu ketika dulu, dan bagaimana saya ubah semula melodi saya dari sumbang kepada sedikit merdu.
 
Err.. Takde la merdu sangat. Sumbang juga kadang-kadang. 
 
Sedap didengar sendiri je kot.
 
Saya sedar dan tahu, kat sana ramai orang mencari-cari jalan dan makna hidup ini. Kat sana juga ramai menanti-nanti dan teringin ibu bapa mereka menjadi sebaik malaikat dan seanggun bidadari. 
 
Namun ramai juga yang kecewa kerana pada mereka permintaan mereka pada Pemilik Langi dan Bumi masih lagi tidak diperkenankan.
 
Erk, faham ke tak ni? Ok, saya tak tulis bahasa langit sangat. Saya guna bahasa bumi. Hehe.
 
Saya tahu ramai yang mungkin hampir ataupun dah kecewa dan putus asa dengan doa kepada Allah.
 
Dan saya tahu ramai yang menginginkan ibu bapa mereka adalah ibu bapa yang soleh, tetapi sayangnya tidak soleh seperti mana yang mereka impikan. Bahkan kadang-kadang ibu bapa mereka lebih teruk lagi.
 
Dan saya juga tahu ramai juga yang menginginkan kehidupan yang menggembirakan, ada adik beradik yang sporting dan memahami, ada harta yang dapat menampung kehidupan mereka, ada kereta yang boleh bawa mereka jalan-jalan, ada duit lebih untuk dibawa melancong ke mana-mana dan lain-lain.
 
Saya tak mahu cerita tentang apa yang berlaku pada kehidupan saya yang lalu. Saya cuma nak nasihatkan sedikit saja. Nasihat ini saya cuba semaksima mungkin untuk jujur dan ikhlas dari hati saya.
 
Saya cuba menulis dari hati, agar ia dapat menyentuh hati-hati yang ingin mencari.
 
Nasihat saya…
 
Setiap orang ada jalan cerita sendiri. Ada melodi yang tersendiri.
 
Ada yang indah, ada yang pedih.
Ada yang gembira, ada yang duka.
Ada yang sumbang, ada yang merdu berkumandang.
Ada yang semanis madu, ada yang sepahit hempedu.
 
Tetapi ketahuilah, Allah takdirkan apa yang berlaku pada diri kita semua PASTI dan PASTI ada hikmah dan rahsia di sebaliknya.
 
Tugas kita pula, TERUSKAN hidup untuk mencapai tujuan dan maksud h
idup ini, dan teruskan BERHARAP kepada Allah. 
 
Jangan mematikan doa kita kepada Allah. 
Jangan pernah berhenti berdoa. 
Jangan pernah putus asa. 
Jangan pernah mengalah!
 
Kerana percayalah cakap saya..
 
Jika kita tidak berputus asa dengan rahmat Allah, dan jika kita sentiasa berdoa sungguh-sungguh serta bersangka baik kepada Allah, nescaya suatu hari nanti kita akan menjumpai permata hikmah yang tersembunyi di sebalik perjalanan yang kita akan lalui pada masa depan insyaAllah.
 
Buktinya? 
 
Alhamdulillah saya sudah ketemukan permata hikmah itu. Walau tidak semua, namun cukup untuk saya terus kuat dan melaju berlari mencari redha Allah.
 
Percayalah…
 
Kerana apa?
 
Kerana Allah itu tidak pernah mengecewakan.
 
:)
 
 
Moga Allah redha. Dan moga korang tidur dengan tenang malam ini. Jangan lupa baca doa tidur. wallahu’alam.
 
 
– Ahmad Shukery –
 
 

7 Responses

  1. Eye opening. Semoga hati2 yg sentiasa mencari2 makna hidup akan tetap sabar dalam perjalanan hidup dan eventually bertemu dengan hikmah2 yg Allah simpan.

    Ustaz, nak tegur sikit.. it is Allahu a'lam bukan Allahu 'alam. Ok apape pun, jazakallahu khoiran katheero

  2. erm berfikir sejenak. ada betulnya apa yang disampaikan. look through both side. not only one. kalau tak diubah pemikiran mungkin boleh tersasar.

  3. "Kerana Allah itu tidak pernah mengecewakan…"

    Dan Allah tak penah menzalimi hambaNya.

    Saya bila dgr mak ayah beleter jadi geram kat diri sendiri. nampaknya aku belum jadi anak yg cukup baik. kadang2 pulak rasa nak tnjuk pemberontakan dan cakap apa yg sepatutnya saya buat untuk puaskan hati mak ayah.tapi akal membataskan, sering bila saya rsa nak protes, sya akan terjumpa entri2 atau vid menginsafkan yg suruh kita sbg anak buat baik pd mak ayah. Alhamdulillah. Salah satunya tarbiah sentap yg sentiasa bg jiwa saya hidup dlm tarbiah. Syukran. Moga semua admin skeluarga sntiasa di bawah rahmat Allah Azza wa jall.

  4. Salam.. nk mnx pndngan ttg kes sy ni.. ibu sy seorg yg grng, mnakala ayh pulak seorg yg lmbut (bkn sotong eh just jnis yg pnyayang trutama dgn ank2).. mslh sy ialah ibu sy suka tegur ayh sy tpi dgn cara mnengking (suara yg tinggi) tpi rspond ayh sy cuma snyum dan kdngkala buat muka klakar pd ibu sy.. sy xsuka btol cara ibu sy & kkdng smpai sy rsa nk mrh blik ibu sy sbb tengking ayh mcm tu (dlm hati la xbuat btol2 pun).. prsoalnnya, brdosa ke sy sbb mrhkn ibu sy dlm hati wlpun sbnrnya sy bukan bncikn ibu sy tpi sy cuma bncikn apa yg ibu sy lakukn pd ayh.. ada x cara yg boleh bntu sy dlm kes ni slain doa? Sy try nk tgur ibu sy tpi takot plak ibu sy terasa.. cam mne eh? Mohon bgi sdikit pndngan.. trima ksih..

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan