Betul Ke Mak Ayah tak memahami?

Bismillah.
Sekarang, saya nak ulas tentang isu mak ayah, yang mana, ia adalah isu yang sangat penting dan ianya sangat ada kena mengena dengan diri kita sebagai seorang anak. Ye, anak muda. Isu mak ayah ni isu yang sangat perlu kita fahami, sebab, ia sangat berkait dengan syurga neraka kita. Yela, kita pun tahu kan, apa balasan bagi anak yang derhaka?
Atas sebab itu, saya nak ulas satu isu yang sering menjadi PUNCA seseorang tu membenci dan menyampah dengan mak ayahnya, sedangkan benda tu isu kecik je, benda boleh settle beb.
Bagi saya, PUNCA kepada masalah ni ialah TAK FAHAM. Ye, korang tak memahami mak ayah korang, dan mak ayah korang pun tak memahami korang. Bila tak memahami, akan mula sangka buruk. Bila sangka buruk, mulalah tak puas hati. Bila tak puas hati, mulalah nak mengamuk dan marah-marah. Bila dah marah-marah, tu yang sampai tengking mak ayah, pukul anak, lari dari rumah dan sebagainya.
Tapi, apakah PUNCA kepada isu TAK FAHAM ni? Kenapa mak ayah tak memahami korang, dan kenapa korang tak memahami mak ayah korang?
PUNCAnya ialah kerana TAK RAPAT.
Yep.
Samada mak ayah terlalu sibuk sampai abaikan korang, atau korang bajet sibuk sampai nak ziarah dan call mak ayah pun payah. Ataupun kedua-duanya sekali. Masing-masing menganggap isu MERAPATKAN hubungan kekeluargaan tu isu remeh, isu tak penting.
“Aku aku, kau kau….”
“Apa anak aku nak jadi, jadilah. Dia tu dah besar…”
“Mak aku tu tak habis-habis suruh aku call. Bila tak call, merajuk bagai.. Bapak annoyed gila…”
“Biarlah dia tu nak buat apa yang dia nak buat. Anak aku tu dah cukup matang nak buat apa yang dia suka. Tak payahla nak sekat-sekat ni….”
“Mak bapak aku ni masalah la! Semua benda aku nak buat dia halang! Ingat aku ni robot ke apa ha? Aku pun ada hak nak buat apa yang aku nak buat!!!”
Dan banyak lagi ayat-ayat yang sering di ucapkan oleh si keluarga dan si anak. Itu belum yang lebih ekstrim sampai tak mengaku anak, tak mengaku mak dan sebagainya.
Atas sebab itu, saya rasa, saya perlu ulas benda ni secara terperinci, supaya kita semua faham insyallah!
 
 ISU SALAH FAHAM YANG SERING BERLAKU & SOLUSINYA
Bagi memudahkan korang nak faham, saya akan bagi contoh-contoh realiti yang seringkali bermain di fikiran ramai orang. Dan seterusnya, saya akan bagi beberapa solusi insyallah.
1) ISU BELAJAR DAN KERJAYA.
Ramai di kalangan kita yang selalu tersekat nak memilih bidang, jurusan dan kos yang mahu di ambil kerana terkongkong dengan “paksaan” mak ayah. Dan, akibat masing-masing ego dan tak pandai nak selesaikan benda simple ni, jadilah pergaduhan dan kesalah-fahaman yang besar.
Mak ayah paksa anak amik kos professional sedangkan si anak nak amik kos agama. Atau mak ayah paksa amik kos agama sedangkan si anak nak amik kos professional. Lepas tu gaduh, menangis-nangis, bila anak tak nak ikut, kata derhaka. Si anak pulak, kutuk-kutuk mak ayah, lepas tu terpaksa lah amik kos yang korang tak minat, lepas tu exam fail, kena buang universiti, lepas tu salahkan mak ayah.
Macam ni lah.
a) Kepada mak ayah.
Cuba pakcik makcik sembang dengan anak pakcik makcik, tanya dia sungguh-sungguh:
“Apa yang kamu minat wahai anakku?”
Lepas dia dah bagitahu apa yang dia minat, tanya lagi:
“Kenapa kamu minat benda tu?”
Lepas da dah bagitahu, tanya lagi:
“Plan lepas habis belajar, nak jadi apa? Nak kerja apa?”
Cuba pakcik makcik dengar setiap reason yang anak pakcik makcik bagi. Maybe ada sebab yang kukuh kenapa dia nak sangat amik kos tu, kenapa dia minat sangat bidang yang dia nak ceburi tu, kenapa dia nak sangat menjadi apa yang dia nak jadi.
Bila dah dengar jawapan dia, cuba rasional, dan bandingkan apakah kebaikan kalau si anak tu ambil jurusan yang pakcik makcik nak, dan apa kebaikan si anak kalau dia teruskan dengan bidang yang dia minat.
Listkan pro dan kontra. Cuba berfikiran terbuka setelah dengar semua jawab si anak.
Kemudian, pakcik makcik buatlah istikharah, dan tawakkal pada Allah, izinkanlah si anak tu untuk pilih apa yang diorang nak pilih. Dengan syarak, pemilihan si anak tu, TAK MELANGGAR SYARAK dan tak berdosa. Kalau tetiba diorang nak jadi pelacur ke, ataupun amik bidang yang mana bidang tu banyak bergelumang dengan dosa ke, so, itu memang kena larang semampunya lah. Tapi, kalau bidang yang dia nak ambik tu baik, tak melangggar syarak, izinkanlah.
Sebab, kebiasaannya, bila saya handle certain kes mak ayah ni, bila saya tanya: “Kenapa makcik nak sangat anak makcik jadi doctor?
“Kenapa pakcik nak sangat anak pakcik jadi engineer?”
“Kenapa pakcik tak suka kalau anak pakcik amik kos agama?”
“Kenapa makcik macam tak beberapa minat bila anak makcik amik kos culinary?”
Kebiasaannya, reason dan jawapan yang sering di berikan ialah:
“Kami risau anak kami tak dapat kerja. Maklumlah, sekarang ni kos sara hidup tinggi. Kalau amik kos agama, kerja apa boleh? Takkanla nak mengajar, jadi ustaz je. Gaji sikit kalau mengajar ni…”
“Orang sekarang mana pandang ustaz-ustazah ni. Kita perlu lahirkan orang islam yang professional. Baru orang hormat…”
Atau, ada jugak mak ayah yang nak NAMA. Contoh:
“Kalau anak aku doctor, barulah aku boleh bangga dengan kawan-kawan dan sepupu sepapat. Kalau ustaz ni, sape je pandang…”
Dan sebagainya.
Sebab tu, saya nak bagitahu something.
Pada awalnya, mak ayah saya nak saya jadi doktor. Tapi, akhirnya saya buat keputusan untuk drop subjek biologi, kimia dan fizik kerana saya rasa, saya tak dapat nak bawak. Dan, saya tukar kepada kos agama. Saya ambil 10 subjek. Time tu, mak saya menangislah jugak. Tapi, mak saya faham apa yang saya nak, dan akhirnya mak saya izinkan, dan mak saya support 100%. Ayah saya pulak rileks je. Hehe. Tapi, Alhamdulillah, saya dapat 9A.
Kemudian, saya sambung kos agama, iaitu kos Fiqh Wa Usul.
Memang pada asalnya, orang awam nampak bila ambil kos agama ni, nanti miskin, kerja makan gaji je, dan sebagainya. Tapi, saya buktikan sebaliknya.
Walaupun saya masih belajar, saya menulis buku, memberi ceramah, dan buat bisnes sedikit dengan modal yang saya ada. Akhirnya, dalam usia yang muda, saya dah mampu buat bisnes dan syarikat penerbitan buku serta syarikat recording dan studio, iaitu syarikat SENTAP PRESS SDN BHD untuk penerbitan buku-buku tarbiah, juga SENTAP RECORDS untuk tujuan recording dan penghasilan album-album. Dan Alhamdulillah, rezeki Allah bagi.
Apa yang saya nak sampaikan, rezeki tu milik Allah. Rezeki datang sebenarnya langsung takde kena mengena dengan bidang dan kerja si anak. Tetapi, bila Allah nak bagi, Allah akan bagi kita dari penjuru yang tak di sangka-sangka. Saya pun tak sangka dengan rezeki yang Allah bagi pada saya sekarang, dan saya yakin, ada sebab kenapa Allah bagi saya dan ada tanggungjawab yang besar saya wajib laksanakan untuk umat.
So, janganlah risau bab rezeki si anak ni. Percayalah.
b) Kepada si anak:
Saya nak nasihat korang banyak benda bab ni.
Apa matlamat hidup korang? Apa reason korang nak amik kos yang korang nak amik? Kenapa korang nak jadi apa yang korang impikan? Atas dasar apa? Apa niat korang?
Sometimes, kita buat keputusan nak sambung belajar apa adalah berdasarkan nafsu kita. Sebab nak ikut awek atau pakwe, ada jugak sebab nak jadi kaya, ada jugak sebab nak bangga dan nak dapat nama, ada jugak hanya semata-mata sebab minat, ada jugak yang memang ikut kawan, langsung takde matlamat.
Bila takde matlamat, tu yang masuk universiti tapi langsung tak utamakan pelajaran, hanyut dengan dosa noda, tenggelam dengan cintan cintun bagai.
So, kadang-kadang, ada betul jugak apa yang mak ayah korang nasihatkan. Ada benda yang mak ayah korang nampak, yang mana korang tak nampak benda tu. Sebelum nak memberontak, cuba dengar dan amati dulu apa cadangan mak ayah korang.
Andaikata korang dah jelas matlamat, dah amati dan akhirnya korang bertekad nak teruskan apa yang korang dah pilih, maka nasihat saya, selesaikan dengan cara yang baik, explain, terangkan secara matang dan professional dengan mak ayah korang.
Bagitahu apa sebab, reason, kenapa, mengapa, bagaimana, siapa, di mana dan segala-galanya pada mak ayah korang. BUKTIKAN pada mak ayah korang dengan hujah yang baik. BUKTIKAN pada mak ayah korang yang korang bukan budak-budak, korang dah matang, matlamat korang jelas, korang buat keputusan bukan sebab ikut orang, ikut kawan atau sebab-sebab duniawi dan sebab yang tak munasabah.
Percayalah, mak ayah korang selalunya tak bagi sebab depa tak konfiden dengan korang.
TAPI, kalau korang dapat buktikan yang korang dah matang, bagi sebab, jelaskan matlamat korang, saya yakin 100% mak ayah korang akan akur, akan faham, bahkan akan KAGUM dengan korang!
Percayalah.
Benda boleh bincang, bincanglah sungguh-sungguh.
Tapi, apa yang selalu terjadi ialah, matlamat korang dahla tak jelas, lepas tu bila mak ayah tak kasi, korang tak bincang panjang, kalau bincang pun, tak detail, banyak emosi je, lepas tu, kesan dia apa? Jadilah kes tak puas hati dengan mak ayah, mengumpat, gaduh bagai, jerit-jerit. Lepas tu, memang tak berkat la ilmu.
Benda boleh bincang, bincanglah sungguh-sungguh. Bincanglah baik-baik.
Percayalah, dengan berbincang, banyak benda boleh settle dengancara yang baik, jika perbincangan itu pun di lakukan dengan cara yang baik.
 
2) ISU FIKRAH DAN JEMAAH
Ini pun satu isu yang sering berlaku. Bila mak ayah dan anak berlainan pendapat, berlainan parti politik, berlainan jemaah dan yang sama waktu dengannya, lepas tu gaduh.
Saya rasa penting untuk saya ulas isu ni, sebab saya ada jumpa banyak gila kes yang melibatkan benda ni.
Ada yang sampai tak mengaku anak bila anak dia ikut jemaah yang tak sama dengan jemaah mak ayahnya.
Ada yang sampai menyebarkan pada orang ramai bahawa anaknya adalah anak yang derhaka, hanya semata-mata si anak tak ikut jemaah yang sama dengan mak ayah.
Ada juga kes sampai mak ayah tak redha dengan segala makan minum si anak dari kecik sampai besar, hanya semata-mata berbeza jemaah.
Mak ayah parti A, anak parti B. Mak ayah jemaah A, anak jemaah B.
Si anak pulak, ada yang sampai menghina dan mencaci-maki mak ayah sebab mak ayah tak ikut jemaah dia.
Ada jugak anak yang memandang rendah mak ayah sebab mak ayah dia tak ikut parti dia.
Apakah ini semua????!!!!!!!
Macam ni lah wahai kawan.
Berbeza pendapat tu fitrah, benda normal. Janganlah isu kecik ni je menjadi punca rumah tangga porak peranda. Dakwah tarbiah ni benda pokok, manakala jemaah dan parti ni benda cabang. Janganlah di sebabkan isu cabang ni dah gaduh bagai nak rak.
Cuba masing-masing meraikan pendapat, berlapang dada, dan banyakkan sembang persamaan berbanding perbezaan, ataupun nak senang, jangan langsung sembang bab politik dan jemaah ni time bersama. Time bersama, banyakkan sembang tentang apa-apa yang  best, yang mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Ni, asyik sembang isu politik je memanjang, macamana nak harmoni?
Nabi dan sahabat, dengan anak isteri, banyak cerita pasal Allah, pasal agama, pasal perjuangan, dakwah tarbiah, bergurau senda, dan sebagainya.
Jujur saya cakap, berlapang dadalah, insyallah bahagia.
3) ISU KAHWIN
Ha, yang ni pun satu hal. Bab kahwin.
Biasanya ramai orang tak dapat nak kahwin sebab mak ayah tak bagi, yang mana akhirnya ramai anak muda yang lebih rela memilih jalan dosa iaitu couple dan zina, berbanding kahwin. Sebab apa? Antara faktornya ialah mak ayah menyusahkan dan mengetatkan syarat-syarat perkahwinan, bahkan ada yang menghalang secara total.
Di satu sudut yang lain pulak, ada mak ayah yang MEMAKSA anaknya berkahwin dengan pasangan pilihan mereka, sedangkan si anak ni dah ada pilihan sendiri. Lepas tu, akibatnya, gaduh, bla bla bla, cerai bla bla bla, salahkan ni, salahkan tu, sampai bila tak settle..
Isu kahwin bagai ni, saya dah ulas di sini. Boleh buka di link ni:
CUBA RENUNG JASA MAK AYAH
Wahai kawanku..
Bila sembang isu mak ayah ni, ramai yang rasa sebak, bahkan saya sendiri pun kadang-kadang sebak.
Yelah, sejauh mana pengorbanan mereka untuk kita, sejauh mana mereka telah bersusah payah besarkan kita. Meh saya buat kira-kira.
***
BERAPA RINGGIT DUIT MAK AYAH KITA HABIS UNTUK BESARKAN KITA?
Kos lahirkan anak- RM2000.
Kos ubat, rawatan dan sebagainya – RM1000.
Kos susu, pampers 4 tahun – RM200 x 12 bulan x 4 tahun = RM9600.
Kos sewa rumah – RM700 x 12 bulan x 18 tahun =  RM151,200.
Kos belajar dari tadika sampai sekolah – RM300 x 12 bulan x 15 tahun = RM54,000.
Kos bayar elektrik rumah – RM100 x 12 bulan x 18 tahun = RM21,600.
Kos makanan –  RM200 x 12 bulan x 18 tahun = RM43,200
Kos bayar kereta, minyak, tol – RM500 x 12 bulan x 10 tahun = RM60,000.
Ok, jom tambah:
2000 + 1000 + 9600 + 151,200 + 54,000 + 21,600 + 43,200 + 60,000 =
RM342,600 !!!!!!
Tu belum tambah kita mintak duit belanja banyak-banyak, belum tambah duit kereta rosak, belum tambah korang mintak henset mahal, playstation, laptop, dan sebagainya.
Ini baru bab duit, belum bab pengorbanan perasaan, penat lelah, sakitnya mereka menjaga kita, menanggung malu bila kita buat salah, tak cukup tidur dan sebagainya.
***
Apa yang saya nak sampaikan ialah, kadang-kadang, kita sebagai anak ni, selalu sangat merungut dengan mak ayah kita, suka sangat sangka buruk dan tak puas hati. Bila ada isu, kita macam seoalah-olah tak nampak langsung segala kebaikan dan pengorbanan yang mereka telah lakukan untuk kita.
Kita hanya tahu pentingkan diri kita je.
Wahai kawan, berhati perutlah.
Kalau selama ni mak ayah kita boleh bersabar dengan karenah kita yang pelik-pelik, takkan kita ni tak boleh nak sabar dengan karenah mereka walau sedikit??
Saya ulang:
“Kalau selama ni mak ayah kita boleh bersabar dengan karenah kita yang pelik-pelik, takkan kita ni tak boleh nak sabar dengan karenah mereka walau sedikit??”
Fikir-fikirkanlah wahai kawan.
CARA NAK RAPATKAN HUBUNGAN
Seperti yang saya bagitahu kat atas tadi, punca kita tak memahami ialah sebab tak rapat.
So, bila tak rapat, tu yang jadi tak sedap tu.
So, saya akan listkan beberapa benda yang mak ayah dan anak boleh praktikkan untuk merapatkan hubungan:
1) Buat rehlah dan percutian keluarga setahun dua kali.
2) Buat group whats app/telegram
3) Call mak ayah setiap minggu ataupun mesej bagitahu perkembangan
4) Didik anak dengan didikan agama
5) Kerap tanya perkembangan anak-anak
6) Sambut hari jadi. Bagi hadiah pada mak dan ayah juga anak, setiap kali hari jadi.
7) Kena doa supaya keluarga sentiasa bahagia
8) Banyakkan duduk sama-sama berbincang bila ada masalah dan ada isu.
9) Hidupkan suasana agam kat rumah seperti hidupkan bacaan hadis dan quran harian bersama isteri dan anak-anak.
10) Didik anak laki solat jemaah kat masjid berjemaah dan solat awal waktu di rumah bagi wanita.
Dan banyak lagi sebenarnya.
Tapi, nilah antaranya.
Mak ayah saya setiap hari panggil semua anak-anak dan menantu, baca hadith ramai-ramai. Dari saya kecik sampai sekarang.
Mak ayah saya didik semua anak-anak dia dengan agama. Hantar tadika agama, sekolah rendah agama, sekolah menengah agama, walaupun agak mahal. Sampai satu tahap, mereka takde duit sampai rumah saya terpaksa di sewakan kepada student di tingkat bawah. Means, kami duduk tingkat atas, student duduk tingkat bawah.
Hasilnya, abang pertama saya hafal 10 juzuk, kakak saya hafal 30 juzuk, saya hafal 30 juzuk, adik saya yang pertama hafal 30 juzuk , adik terakhir saya juga hafal 30 juzuk. Kakak saya SPM 12A, saya SPM 9A, adik saya SPM 11A. Kami hidup sangat bahagia Alhamdulillah.
Saya rasa, ini semua berkat pengorbanan mak ayah saya yang tak putus-putus berusaha menjadikan anak yang memahami agama.
Mak ayah saya juga selalu bawak anak-anak dia jalan-jalan, bercerita dalam kereta, bergurau senda, bawak pergi pantai, sungai, bercuti sina, bercuti sana, dan mak ayah saya suruh kami berlakon depan mereka, bernyanyi depan mereka dan lain-lain, yang mana, hasilnya, kami SANGAT-SANGAT rapat!
Bila dua-dua belah main peranan, mak ayah main peranan, dan kita sebagai anak pun main peranan, insyallah keluarga yang bahagia akan lahir insyallah.
Tapi, kalau dua-dua belah pihak ego, mak ayah salahkan anak, anak salahkan mak ayah, sampai bila pun tak settle.
Saya ada jumpa banyak kali, kawan saya yang mak ayahnya hebat, ustaz, cikgu dan sebagainya, tapi, dia sangat teruk, merokok, couple, sampai ada yang zina pun.
Saya juga ada jumpa kawan saya yang mak ayah dia bercerai, mak dia buta huruf, kerja kilang je, tapi, dia sangat hebat, aktif dakwah tarbiah, dan sebagainya, siap boleh bagi duit kat mak dia setiap bulan lagi tu.
Pointnya, masing-masing mainlah peranan. Insyallah, banyak benda ALLAH akan mudahkan.
Wallahua’lam.
Moga Allah, dengan rahmat dan kasih-sayangnya, mencurahkan segala keredhaan, keampunan, kerahmatan, kasih sayang, maghfirah dan cintaNya kepada kita sekeluarga.
Amin!

5 Responses

  1. Assalamualaikum,abg saya sangat bermasalah dengan mak saya.benda nya kecil je tapi masalahnya mak saya terlalukan ikut hati dan perasaan dia bila nak buat sesuatu.saya nak tanya macam mana saya nak buat mak saya faham saya,kenal saya betyal betul dan hargai saya.Maaf lah saya memang bukan anak yg boleh diharapkan sangat tapi saya cuba buat untuk menghargai mak saya.saya buat tapi mak saya cakap saya langsung tak menghargai dia.dia cakap saya tak memahami dia .saya cuba.tapu hasilnya masih sama.saya pon tak tahulah apa nya nsib saya ni.boleh dikatakan banyak konflik keluarga saya lalui.macam mcam h

    lah.tapi tulah doa dhidupan kesabaran saya je la kekutan saya menjalani

  2. Susahlah nak cakap, dari segi duit tu memanglah tu satu tanggungjawab. Kalau saya ada anak pun saya bagi semua tu. Tapi ayah saya ni jenis tak boleh bawak bincang dan dia tak suka dengar masalah. Dia nak semua cerita yang indah2 je. Jadi macam mana nak selesaikan dan luahkan perasaannya. Bila saya bercerita dengan ibu, lepastu dia nak tahu pulak cerita pasal apa tapi bila tahu pasal masalah mulalah nak marah dan nak salahkan kita balik sebab tak pandai selesaikan masalah.

    Dari segi menghargai pun susah nak cakap sebab bukannya tak hargai tapi apa yang ayah bagi tu pun saya boleh bagi nanti bila saya dah ada anak sebab tu kan satu tanggungjawab. Kalau bab tanggungjawab ni, ibu saya lagi bagus dan semua benda dia buat. Tapi ayah saya tak hargai langsung tentang ibu saya. Dia selalu memperlekehkan dan mengungkit apa yang pernah dia buat walaupun yang dia buat tu sikit je. Sebab tu lah saya jadi geram sangat.

    Lagi satu ayah saya suka tunjuk bagus. Dengan orang lain dia selalu tunjuk dan bagi tahu apa yang dia buat contohnya bagi tahu yang dia rajin hantar dan ambil saya sedangkan dia buat bila kita mintak je, itupun kena mintak banyak kali tapi gaya dia cerita dekat orang macam hari2 dia buat. Bila kawan2 dia tanya tentang perkembangan saya, dia akan cerita macam2 macam dia tahu semuanya sedangkan yang dia bagi tahu tu pun salah sebab semuanya ibu saya yang tolong buatkan bukannya dia.

    Banyak lagilah yang dia buat menggeramkan tu.

  3. adakah kita di wajibkan untuk sayang mak ayah, dan kalau kita di wajibkan untuk sayang kepada mak ayah macam mana dengan orang yang di takdirkan mendapat mak ayah yang jahat sedangkan rasa sayang itu datang dari hati

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan