Bedtimes Story Sentap (Siri 2) – Juzuk 19

Wah, sekarang dah masuk fasa yang terakhir bulan Ramadhan. Dah nak masuk 10 malam terakhir. Dah bersediakah kita untuk rebut malam lailatul Qadr? Huhu. Ok malam ini kita teruskan taddabur mengenai ayat tentang SAHABAT BAIK. Mehbuka al Quran, buka juzuk 19, surah ke 25 iaitu surah al Furqan ayat 27-30.
 
Bismillah..
 
وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَىٰ يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا
 
“Dan perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: “Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?..” (27)
 
يَا وَيْلَتَىٰ لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا
 
“Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!” (28)
 
لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي ۗ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولًا
 
“Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)”. (29)
 
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
 
Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”. (30)
 
(Surah al Furqan [25] : 27-30)
 
Ayat-ayat ini jelas bagitahu tentang KEPENTINGAN pilih sahabat baik. Dalam ayat pertama Allah sebut,
,
وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَىٰ يَدَيْهِ
 
“Dan perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri)..”
 
Ayat ini nak gambarkan betapa dahsyatnya penyesalan seorang manusia. Alaa.. Ibaratnya macam korang gigit jari sebab kunci kereta BMW 5 series korangmasuk lubang jamban. Cuba gigit jari korang sekarang. Haa..
 
Kemudian Allah sambung lagi,
 
يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا
 
“..sambil berkata: “Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?..”
 
Kalau faham ayat ni, mereka mengaku yang mereka ini bukan tak percaya Rasulullah, bukan tak yakin pada Nabi, tetapi mereka TAKAMBIL jalan Rasulullah. Dengan kata mudah, mereka SENGAJA TINGGALKAN sunnah Rasulullah.
 
Mereka percaya Rasulullah, 
mereka yakin Rasulullah itu pesuruh Allah,
Mereka sayang Rasulullah,
 
TETAPI…
 
mereka abaikan sunnah dan petunjuk Rasulullah.
Mereka TAK ambil sirah Rasulullah sebagai cara hidup mereka.
Mereka nak amalkan cara hidup Barat tetapi tinggalkan cara hidup Islam.
 
Kemudian mereka ni salahkan KAWAN mereka. Apa mereka kata? Allah sebut,
 
يَا وَيْلَتَىٰ لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا
 
“Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!” (28)
 
Dalam ayat ni Allah sebut فُلَانًا (fulanan) yang memberi maksud orang atau kawan yang mereka langsung TAK ingat siapa nama mereka. Ibaratnya macam mereka ni mengeluh kat Akhirat,
 
“Adoi… aku LUPA pulak siapa nama member aku yang ajak pergi dangdut, karaoke dan tengok wayang masa kat dunia dulu..”
 
“Aiseh.. aku tak ingat pula muka member aku yang ajar aku hisap rokok..”
 
“Arghh.. siapa ek roomate aku yang ajak sama-sama tengok cerita korea dan movie sampai terlajak subuh?”
 
“Alaaa.. aku boleh pula lupa nama member aku yang kenalkan aku dengan bekas pakwe aku masa kat dunia dulu.”
 
Kemudian Allah tambah lagi,
 
لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي
 
“Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku…”
 
Ayat ini jelas menceritakan yang mereka ni sebenarnya DAH ada orang nasihatkan pun. Tetapi itulah, jenis ego tak nak terima dengar nasihat. Rasa macam diri bagus sangat sampai menolak nasihat orang lain.
 
Dah ada orang lain nasihatkan jangan merokok, jangan ponteng solat, jangan tengok cerita korea atau movie sampai terlajak subuh dan sebagainya. Tetapi apa mereka buat?
 
Mereka TAKpeduli pun. Malah mereka pilih kawan LAIN yang ajak mereka tengok cerita drama korea, tengok wayang, dan sebagainya.Kemudian Allah tambah lagi,
 
وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولًا
 
“…Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)”. (29)
 
Dalam ayat ini Allah guna perkataan خَذُول (khozul) yang maksudnya macam ni.  Dalam konteks manusia, korang ada kawan yang mula-mula mereka ini akan menjadi kawan baik korang, ajak korang tengok cerita Korea, ajak jalan-jalan buang masa ronda KL, ajak main games, ajak tengok movie lucah dan sebagainya.
 
Tetapi sampai satu masa, mereka ini akan TINGGALKAN korang terkapai-kapai. Mereka ni ibarat syaitan di kalangan manusia. Macam syaitan di kalangan jin, mereka buat korang sesat sampailah masuk Neraka. Selepas itu dia tinggalkan korang kena bakar kat situ.
 
Allah…
 
Lepas tu dalam ayat ni Allah sambung yang mana, masa di akhirat mereka ini yang dah menyesal dan rasa sedih sebab takikut sunnah Rasulullah dan tersalah pilih kawan, tiba-tiba mereka nampak Rasulullah datang pada mereka.
 
Fuh, apa lagi, mereka punyalah gembira sebab ingatkan Rasulullah nak bagi syafaat atau pertolongan ke, apa ke. Tetapi sayangnya, Rasulullah sebut masa di Akhirat tu,
 
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
 
“Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”. (30)
 
Dengan kata lain, Rasulullah cakap pada Allah yang sebahagian dari umat Rasulullah tuhanya ISLAM pada nama. ISLAM pada keturunan. Tetapi LANGSUNG tak amalkan Islam.
 
Aduh…
 
Naudzubillah…
 
—-
 
Pengajaran banyak sangat dari ayat ni. Tetapi saya nak sebut beberapa pointpenting,
 
1. Kita kena ingat satu benda sangat penting. Tak cukup kalau kita hanya sekadar melaungkan,
 
kita cinta pada Rasulullah,
kita rindu pada Rasulullah,
kita nak jumpa Rasulullah,
kita nak jadi umat Rasulullah..
 
TETAPI kita abaikan sunnah Rasulullah. Kita LANGSUNG tak ikut apa yang Rasulullah LARANG dan BENCI. Kita kata cinta dan rindu Rasulullah bagai. Tetapi cara hidup kita sebiji macam orang Barat yang kebanyakkan jauh dari Islam.
 
So betul ke kita cinta dan rindu Rasulullah?
 
Fikirkan sebelum tidur.
 
2. Kalau ada orang nasihat kita atau kalau ada orang ajak kebaikan, IKUT DIA !! Saidina Ali pernah ajar,
 
“Lihatlah apa yang dikatakan, jangan lihat siapa yang berkata.”
 
Kalau ada senior ataupun member kita ajak pergi usrah, ajak pergi program tarbiah, ajak pergi daurah, ajak pergi kelas agama, ajak pergi solat berjemaah, KENAPA kita bagi ALASAN tak nak pergi?
 
Sedangkan kita TAHU yang kita BOLEH pergi, tetapi kita tetap TAK NAK pergi. Kenapa??
 
Kalau ada kawan koita yang lain datang ajak pergi tengok wayang, ajak pergi teman dia dating dengan pakwe, ajak pergi karaoke, ajak merokok, ajak tengok drama, kitaLAJU je ikut.
 
Kita TAK takut menyesal ke?
 
3. Kita PANDAILAH pilih sahabat yang baik. TINGGALKAN sahabat yang jahat dan takboleh pakai.
 
“Nanti takkan masuk Syurga sorang-sorang?”
 
Wahai kawan-kawan, pegang kata-kata ni dengan betul,
 
Orang yang baik adalah untuk kita berSAHABAT, manakala orang jahat adalah untuk kita berDAKWAH. Bila kita bersahabat, kita akan TERPENGARUH. Bila kita berdakwah, kita akan MEMPENGARUH.
 
Ada faham?
 
4. Sebagai penghargaan kita kepada sahabat-sahabat yang dah ajak kitake program tarbiah ataupun usrah (terutama naqib atau naqibah), dan penghargaan kepada ibu bapa, adik-beradik dan kawan-kawan baik kita yang selalu nasihatkan kita,
 
Belikanlah buku ini untuk mereka kalau korang rasa buku ini ada manfaat. Sebagai tanda terima kasih kepada mereka. Haha. Ok gurau je, tapi kalau nak beli bagus juga. Hehe.
 
Moga ibu bapa, adik-beradik, sahabat-sahabat baik termasuk naqib dan naqibah kita dan kita semua masuk ke Syurga Firdaus Allah.
 
Amin.
 
Wallahu’alam
 
p/s: sumber: Importance of Good Company [Juz 19] – Nouman Ali Khan – Quran Weekly
Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 2 tulisan Shukery Azizan.
 
—–
 
1. Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1 & 2) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain.
 
2. Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1 & 2)  secara ONLINE dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 – 362 4649.
 
3. Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu http://telegram.me/tarbiahsentap.
 
Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat!! :)
 
#ShukeryAzizan
#BSS2
#Bedtimestoriessentap
 
– Shukery Azizan –

 

5 Responses

  1. As salam ustaz…sye nk tnye 2 soalan…

    1.kalau dalam suatu muzik ade bunyi trompet…adakah haram kita mendengar muzik tersebut??? Sye ade dengar yang trompet nie milik agama Yahudi… Sye x dengar lagu tapi instrumental sahaje..

    2.bagaimana pula dengan lonceng???adakah haram sye dengar muzik tersebut??

Leave a Reply to SMNEWS Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan