Bedtimes Story Sentap (Siri 2) – Juzuk 18

Alhamdulillah hari ini BSS kita dah masuk juzuk ke 18 iaitu Surah An Nur, surah ke 24 ayat ke 19.Pasal apa pula malam ini? Haa.. Malam ini kita bincang tentang KHABAR ANGIN. Ini yang paling banyak dalam masyarakat kita. Hehe.
 
Nak tahu lebih lanjut? Jom kita terjah. (err?) Bismillah..
 
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
 
“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”
 
(Surah An Nur [24] : 19)
 
Dalam ayat ini, Allah ingatkan,
 
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ
 
“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk…”
 
Tuduhan-tuduhan buruk ini termasuklah khabar angin, fitnah, gossip jinak ke, gossip liar ke.
 
فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
 
“..dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat;…”
 
Dalam al Quran kita akan dapat saksikan bahawa ada ayat yang bagi AMARAN, dan ada ayat yang bagi HARAPAN. Ayat yang bagi harapan dan amaran ini kedua-duanya SEIMBANG.
 
Tetapi untuk ayat kali ini, jelas Allah bagi amaran kepada golongan yang suka sebarkan berita palsu, berita yang tak pasti sahih ke tidak, main share berita-berita FB yang tak confirm atau kita agak-agak je, gossip, fitnah dan macam-macam lagi terutama sekali dalam KALANGAN MUSLIM !
 
Sekarang ini kan suka trend SHARE, TWEET dan VIRAL dulu baru cari kebenaran. Bila kebenaran dah muncul, baru kelam kabut nak “perbaiki” apa yang dah viral. Tetapi masa tu nasi dah jadi bubur.
 
Allah janji akan bagi golongan ini HUKUMAN yang TAKTERPERI sakitnya. Sakit sangat azab Allah bagi. Tapi yang peliknya, ada juga golongan yang suka main share, retweet ini yang menjawab bila kena tegur. Alasan mereka,
 
“Rilek la bro.. why so serious?”
“Apahal yang kau sibuk sangat? Bajet baik la kau ni..”
“Ala.. rilek la. Kalau tak betul, tak betul la. Aku share je dulu. Kalau salah, aku delete.”
“Berita hot ni, kena viral. Err. Sorry la, aku terpaksa naikkan traffic blog aku..”
 
Korang nak tahu tak, orang yang cakap macam ni Allah DAH jawab pada mereka,
 
وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
 
“.. dan Allah maha mengetahui..”
 
Allah maha tahu kebenaran khabar angin atau fitnah tu!
 
وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
 
“..sedang kamu TIDAK mengetahui (yang demikian).”
 
Sedangkan korang tak tahu pun betapa seriusnya benda ni ! You have no ideas what you talking about !
 

 

 
Pengajaran daripada ayat ini,
 
1. Ayat ni dah jelas lagi nyata nak bagi peringatan pada kita yang mana JANGAN mengada-ngada SEBARKAN khabar angin, berita fitnah, berita yang kita sendiri tak pasti, gossip dan macam macam lagi.
 
Walaupun koranghanya SHARE di FACEBOOK dan instagram atau retweet di twitter dan seumpamanya ! Tak kisahlah sama ada ia gossip atau khabar angin tu, pasal kawan sekolah couple ke, pasal skandal kat ofis ke, pasal kawan kuliah ponteng kelas ke, dan apa-apa lagi. Dan sekarang ni lagi viral macam-macam isu di media sosial yang saya malas nak sebut nama, tetapi korang sendiri boleh tahu.
 
Kami di Tarbiah Sentap berprinsip untuk bersifat secara terus terang tanpa selindung.
 
Secara jujurnya, saya paling benci dan sangat benci apabila orang menyebarkan gossip atau SHARE di Facebook berita tentang isu yang mereka sendiri tak tahu langsung. Mereka dah la tak tabayyun (selidik), lepas tu main share je.
 
Serius ini BUKAN akhlak Islam ! Kalau korang nak marah saya, marah la. Tetapi ini bukan apa Islam ajar. Nak tunjukkan kesalahan, dipersilakan. TETAPI ada TEMPATNYA, ada SALURANNYA. Islam TIDAK ajar untuk MENSENSASIKAN sesuatu ISU atau KONTROVERSI.
 
Bagi saya dalil apa yang membenarkan kita mensensasikan atau menyebarkan aib seorang Muslim?
 
2. Jadi apa perlu buat kalau kita TAHU sesuatu berita atau khabar angin? Apa kena buat?
 
Apa yang kita kena buat adalah DIAM ! Jangan sebarkan. Senyap saja. Kan Nabi dah ajar, cakap perkara bermanfaat atau diam je. KECUALI…
 
Kecuali KALAU ia memberi MANFAAT kepada si pelakunya. Contohnya kita nampak anak perempuan jiran atau saudara kita dating dengan lelaki lain, JANGANLAH korangupdate dalam facebook atau korang cerita dengan anak korang,
 
“Kau tengok joyah jiran sebelah kita tu. dia keluar malam dengan jantan mana tah. Kau jangan buat macam tu..”

Tak payah makcik. Jangan macam tu. Korang pergi jumpa jiran korangsecara peribadi, dan bagitahu mereka. IKUT SALURAN dan TEMPATNYA. Bayangkan kalau korang yang KENA. Atau contoh kalau cerita sensasi artis, takpayah sibuk-sibuk share dan sensasikan berita.
 
Frankly speaking, contoh macam Melodi..
 
Allahu Rabbi. Sibuk rakam atau buat liputan tentang aib artis, tentang masalah peribadi artis. Untuk apa? dapat liputan meluas? Korang yang tengok dan dengar dari melodi pun share pada orang lain. Berangkai-rangkai akhirnya.
 
Allah..
 
Moga Allah jadikan kita Muslim yang SENSITIF dan juga moga Allah jadikan kita seorang Muslim yang TIDAK menyebarkan khabar angin atau aib saudara Muslim kita.
 
Wallahu’alam
 
sumber : Muslims Who Spread Immorality [Juz 18] – Nouman Ali Khan – Quran Weekly
Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 2 tulisan Shukery Azizan.
 
—–
 
1. Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1 & 2) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain.
 
2. Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1 & 2)  secara ONLINE dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 – 362 4649.
 
3. Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu http://telegram.me/tarbiahsentap.
 
Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat!! :)
 
#ShukeryAzizan
#BSS2
#Bedtimestoriessentap
 
– Shukery Azizan –

 

3 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan