Bedtimes Story Sentap (Siri 2) – Juzuk 17

Wah, malam ni nuzul al Quran. Memang cantiklah dengan BSS malam ni. Hehe. InsyaAllah malam ini kita akan sambung BSS dengan juzuk ke 17 surah Al Hajj iaitu surah ke 22 ayat ke 11.
 
Bismillah..
 
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَىٰ حَرْفٍ ۖ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ ۖ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انْقَلَبَ عَلَىٰ وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةَ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ
 
“Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.”
 
(Surah Al Hajj [22] : 11)
 
Dalam ayat ini Allah bagi warning kepada segolongan manusia yang mana,
 
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَىٰ حَرْفٍ
 
“Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap..”
 
Dalam ayat ini Allah guna perkataan حَرْفٍ yang maksudnya lebih kurang ‘tepi jurang’. Ia juga boleh bagi maksud sebagai terjuntai. Kejap sebelah sini, kejap sebelah sana. Macam pokok batang berjuntai. Dan boleh juga sebagai lalang, hanya ikut arah angin.
 
Tak tetap. Takde pendirian langsung. Suka main playsafewalaupun memang tida
k akan safe mana pun. Siapa orang ini? Allah sebut lagi,
 
فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ
 
“..iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu..”
 
Setiap kali dia dapat kebaikan, dia rasa gembira, best, seronok, syukur dan macam-macam lagi.
 
TETAPI…
 
وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انْقَلَبَ عَلَىٰ وَجْهِهِ
 
“..dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya)…”
 
Tetapi bila dia dalam kesusahan, mulalah dia merungut, kata Allah tak adil, menyusahkan, Allah zalim, dan macam-macam lagi.
 
Jadi apa ayat ini nak tegur adalah pada golongan yang mana bila dia dapat apa yang baik atau bila dapat nikmat, dia akan kata Islamlah yang paling best, Allah sangat adil, ini taqdir yang paling baik dan seumpamanya.
 
Tetapi bila dapat ujian atau malapetaka, mulalah merungut, cakap Allah tak adil, kenapa Allah uji dia macam ni, kenapa Allah taqdirkan dia macam ni, Islam kejam, Islam menindas perempuan dan macam-macam lagi.
 
Kemudian Allah bagitahu yang golongan macam ni adalah,
 
خَسِرَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةَ
 
“..rugilah ia akan dunia dan akhirat..”
 
Dia rugi DUNIA dan AKHIRAT terus ! Dengan kata mudah, muflis terus. Kalau bisnes, bukan sekadar gulung tikar, TIKAR pun dah takde nak gulung. Bahkan bukan hanya tu je Allah sebut, Allah tambah lagi,
 
ذَٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ
 
“.. itulah kerugian yang terang nyata..”
 
Dalam ayat ini Allah TIDAK guna perkataan خُسْرَ (Khusr) yang maknanya “kerugian”, tetapi Allah guna perkataan خُسْرَانُ (khusran) yang merupakan HIPERBOLA kepada kerugian. Dulu kita pernah belajar hiperbola masa bahasa melayu waktu sekolah. Tak pernah dengar? Tertidur waktu kelas ya. Hehe.
 
Maksudnya adalah kerugian yang SANGAT SANGAT SANGAT teruk ! Kalau dalam English, kita sebut sebagai “Ultimate Loss”.
 
Walaupun korangberiman sungguh-sungguh waktu korang senang, tetapi ia TIDAK MEMBERI apa-apa makna sebab korang GAGAL apabila diuji. Korangpersalahkan Allah bila di uji, dan sebagainya.
 

 

 
Apa pengajaran dari ayat ini?
 
1. A
llah nak bagi peringatan dan amaran kepada bukan sekadar muallaf yang baru masuk Islam, kemudian bila di uji dia terus tinggalkan Islam sambil mencaci maki Islam, bahkan ia juga peringatan untuk kita semua. Kita semua yang Muslim by default atau Muslim sejak kecil lagi.
 
Apatah lagi yang kepada kita yang dah ikut DAKWAH dan TARBIAH. Masa kita senang dalam dunia dakwah, kita rasa inilah manisnya dakwah, nikmatnya ukhuwwah, bestnya tarbiah, macam-macam lagi. Ataupun masa awal-awal ikut usrah, naqib belanja makan, naqib bawa jalan-jalan dan sebagainya.
 
Tetapi bila kita diuji sikit dengan assignment, dengan ujian masa, dengan ujian duit, diuji dengan tanggungjawab, kena sentap dengan murabbi dan sebagainya, ataupun dah lama ikut usrah, dah mula kena bawa usrah bawah, dah mula kena buat tasking usrah, dah kena buat program dan sebagainya, lepas tu terus MENGALAH dan tinggalkan DAKWAH dan TARBIAH..
 
Dengan alasan kata tak mampulah, belum sedialah, kecil hatilah, hati tisulah, apa-apa lah. Apa pun tak boleh.
 
Peh. Baik korang fikir balik betul-betul. Dakwah dan tarbiah ini bukan benda main-main. Bukan macam beli mamee megi celup 5 minit siap. Korang jangan sampai korangrugi dunia akhirat !
 
2. Sama juga kepada yang dah dapat HIDAYAH. Yang dah mula tutup aurat, yang dah mula solat 5 waktu dan sebagainya. Masa mula-mula berhijrah, ramai orang puji. Ramai orang suka. Korang pun rasa bangga. Korang pun rasa nikmatnya hijrah. Seronoknya tutup aurat. Tenangnya solat.
 
TETAPI..
 
Bila kena uji dengan hilang kawan, kena maki hamun, kena berhenti kerja, terus pertikaikan Allah ! Kenapa Allah uji macam ni, kenapa Allah taksayang dia, kenapa Allah bagi ujian kepada manusia, kenapa Allah tak lindung dia, kenapa dan kenapa.
 
Sedangkan masa Allah bagi nikmat, dahlah syukur pun susah, lepas tu gembira sampai tak ingat dunia. Tapi bila dah kena UJI sikit, hancur lebur terus.
 
Allah…
 
Moga Allah beri kita TSABAT iaitu istiqomah dan kekal dalam jalan dakwah tarbiah serta kekal dengan penghijrahan dan perubahan kita ke arah lebih baik.
 
wallahu’alam
 
sumber : What is the Ultimate Loss? [Juz 17] – Nouman Ali Khan – Quran Weekly
Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 2 tulisan Shukery Azizan.
 
—–
 
1. Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1 & 2) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain.
 
2. Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1 & 2)  secara ONLINE dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 – 362 4649.
 
3. Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu http://telegram.me/tarbiahsentap.
 
Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat!! :)
 
#ShukeryAzizan
#BSS2
#Bedtimestoriessentap
 
– Shukery Azizan –

 

6 Responses

  1. As salam ustaz…sye nk tnye 2 soalan…

    1.kalau dalam suatu muzik ade bunyi trompet…adakah haram kita mendengar muzik tersebut??? Sye ade dengar yang trompet nie milik agama Yahudi… Sye x dengar lagu tapi instrumental sahaje..

    2.bagaiman pula dengan lonceng???adakah haram sye dengar muzik tersebut??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan