Bedtimes Story Sentap (Siri 2) – Juzuk 16

 
Alhamdulillah thummalhamdulillah ! Tahniah kepada yang follow BSS untuk Ramadhan 2016 kali ini sehingga dah masuk siri yang kedua.
 
Tahniah juga kepada korang yang sudah beli buku jilid kedua (2) Bedtimes Story Sentap. Semoga yang dah beli jilid satu sebelum ni dapat manfaat mencurah-curah hingga ke ladang gandum.
 
Jadi insyaAllah kali ini kita akan teruskan dengan juzuk 16, surah Maryam, surah ke 19 ayat ke 59,
 
Bismillah..
 
۞ فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا
 
“Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),”
 
(Surah Maryam [19] : 59)
 
Ayat atas ni tentang kisah keturunan Nabi Nuh alayhi salam dan seterusnya sampailah ke Bani Israel. Allah sebut,
 
فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ
 
“Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan..”
 
Ayat ini juga menggambarkan bahawa generasi yang berlalu seterusnya (pengikut para Nabi) TIDAK ‘menjadi’ seperti yang dijangkakan atau seperti yang sepatutnya.
خلف (Khalaf) memberi maksud macam keturunan yang ‘menjadi’, atau keturunan yang memang terbaik dan cemerlang. Kalau omputih kata, “meet expectation..”
 
Tapi dalam ayat atas ini, Allah guna perkataan, خَلَفَ (khalfun) atau khalf (dengan ada sukun atas Lam tu). Apa maksudnya?
 
Ia membawa maksud keturunan yang TIDAK menjadi.
 
Ibarat macam keturunan yang tak menjadi la. Atuk soleh, tetapi cucu perangai macam haram je. Ayah engineer, anak penagih dadah. Jadi apa bukti yang mereka ini keturunan yang “tak menjadi?”
 
Allah sambung lagi,
 
أَضَاعُوا الصَّلَاةَ
 
“..mencuaikan sembahyang..”
 
Ini antara bukti mereka ini keturunan yang tak menjadi dan tak nak ikut seperti mana para Nabi. Kemudian Allah tambah lagi bukti keburukan mereka,
 
وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ
 
“..serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat)..”
 
Mereka dah lamencuaikan solat, lepas tu buat maksiat lagi. Ibarat macam batch Ferari dah la buli junior diploma, lepas tu pointer teruk dan sampai kena buang universiti pulak tu. Ops. Hehe.
 
Allah bagi amaran kepada mereka ini (termasuk kita juga sebenarnya),
 
فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا
 
“..maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),.”
 
Dalam ayat ini Allah guna perkataan ” غَيًّا ” (Ghaiyya), yang mana ia boleh bagi dua gambaran. Apa dia?
 
1) Gambaran level atau aras neraka.
2) ia juga menggambarkan kesesatan masa hidup.
 
Allahu Rabbi…
 
 
Jadi apa pengajaran yang saya dan korang boleh ambil adalah ;
 
1) Jadilah KETURUNAN yang soleh dan solehah. Kalau mak ayah korang adalah orang yang soleh dan solehah, takkan korang SANGGUP nak jadi anak yang hampehatau anak yang perangai macam syaithon? Pedulikan dengan kata-kata orang yang selalu cakap,
 
“eleh, tak payah nak bajet alim la..”
“Tak payah nak bajet acah-acah ostad ostajah la..”
 
dan sebagainya. Lagi baik bajet soleh solehah, daripada acah-acah bajet syaiton atau iblis. Tak gitu?
 
2) Allah dah beritahu dengan jelas dan bersuluh tentang ciri-ciri orang yang memang jenis ‘baka’ tak jadi.
 
Apa dia?
 
– Mencuaikan solat.
– Buat maksiat (ikut hawa nafsu).
 
So agak-agaklah kan, kita ni jenis baka yang menjadi atau tak? Err..
 
Adeh..
 
3) Dari ayat ini menjawab persoalan kenapa ada yang ayahnya imam masjid, emaknya solehah, tapi anak perangai teruk semacam je. Ramai yang kata,
 
“Iman tak di warisi.”
 
Betul, memang iman tak diwarisi. Tetapi kena tengok balik anaknya macam mana, sama ada cuaikan solat atau tidak, dan kaki maksiat atau tidak.
 
Tetapi jangan asyik salahkan anak saja. Boleh jadi mak ayah punya didikan pun salah juga. Ringankan bab solat, biarkan anak buat maksiat atas alasan,
 
“Dia kecik lagi, biarkanlah dia kenal dunia..”
 
Kedua-dua pihak mesti saling tolong menolong, sama ada dari pihak mak ayah, ataupun anak itu sendiri.
 
4) Mungkin ada yang mak ayahnya bukan orang yang soleh dan solehah, so korang pun bagi alasan,
 
“Ala.. ayah aku pun tak solat. Memang aku pun tak solat la..”
 
Korang jangan lupa, kita semua ini adalah KETURUNAN Nabi. Err.. Nabi apa?
 
Nabi Adam alayhi salam lah. Jadi apa alasan tak nak solat?
 
Wallahu’alam.
 
sumber : What Leads to Deviation & Hellfire? [Juz 16] – Nouman Ali Khan – Quran Weekly
Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 2 tulisan Shukery Azizan.
 
—–
 
1. Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1 & 2) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain.
 
2. Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1 & 2)  secara ONLINE dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 – 362 4649.
 
3. Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu http://telegram.me/tarbiahsentap.
 
Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat!! :)
 
#ShukeryAzizan
#BSS2
#Bedtimestoriessentap
 
– Shukery Azizan –

 

3 Responses

Leave a Reply to SMNEWS Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan