Bedtimes Story Sentap (siri 1) – Juzuk 6

 
 
 
Alhamdulillah malam ini kita dah sampai juzuk 6, Surah An Nisa’ iaitu surah ke 4 dan ayat 147. Dah pergi ambil Quran kat atas meja sana, dan jom kita sama-sama taddabur malam ni.
 
Bismillah..
 
مَّا يَفْعَلُ اللّهُ بِعَذَابِكُمْ إِن شَكَرْتُمْ وَآمَنتُمْ وَكَانَ اللّهُ شَاكِراً عَلِيماً
 
“Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).”
 
(Surah An Nisa’ [4] : 147)
 
Ayat di atas ini kalau kita fahami, wallahi sangat menarik tertarik debaboom. Tetapi sebelum kita pergi jauh, kita tengok 2 ayat sebelum itu, iaitu ayat 145 dan 146.
 
Dalam ayat sebelum itu Allah menceritakan kisah orang-orang munafik, iaitu orang yang HIPOKRIT. Allah campak dan sumbatkan mereka ke dalam Neraka yang palingggggggggg BAWAH ! 
 
Peh.. Menggeletar hati aku. Tetapi……
 
Allah sambung lagi dalam ayat seterusnya. Apa Allah sebut? Allah kata KECUALI orang yang bertaubat.
 
Allahu Rabbi. Maha pemurahnya Allah.
 
Orang yang hipokrit, munafik semua ini, kalau dah taubat, Allah bukan sekadar terima taubat mereka, bahkan Allah KUMPULKAN mereka dengan orang beriman. Maknanya Allah dah anggap mereka ini orang BERIMAN.
 
Maha Hebat dan Maha Baik Allah.
 
Lepas itu, Allah tambah lagi satu nikmat untuk mereka, nak tahu apa dia? Allah masukkan mereka dalam Syurga Allah.
 
Allah…
 
Allah turunkan ayat ini sebab Allah nak BAGI harapan kepada manusia. Tetapi manusia yang macam mana?
 
Manusia yang merasakan diri mereka HIPOKRIT. Macam saya la ni. Kadang kala ada orang yang terlajak jauh dari agama. Mereka ingat Allah dah tidak mahu ampunkan mereka. Allah dah tak pedulikan mereka.
 
Mereka sangka Allah dah BENCI mereka.
Mereka sangka Allah dah TIDAK AKAN maafkan mereka.
Mereka sangka dah TIADA jalan balik lagi.
Mereka sangka mereka dah TAK boleh bertaubat lagi.

Syaitan pun mencucuk-cucuk lagi,
 
Ha’ah. Memang Allah akan hukum kau. Padan muka kau kena goreng dalam Neraka.. Akhirnya sampai mereka pun terfikir, 

“Kenapa Allah cipta Neraka? Kenapa mesti kena seksa? Kenapa dan kenapa?”

Lalu Allah dah beritahu dalam al Quran,

مَّا يَفْعَلُ اللّهُ بِعَذَابِكُمْ

“Apa gunanya Allah menyeksa kamu…”
 
Inilah bahagian yang saya nak sampaikan pada korang semua. Kenapa Allah perlu seksa korang? Kenapa Allah perlu hukum korang? Sekiranya…

إِن شَكَرْتُمْ وَآمَنتُمْ

“…sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman(kepadaNya)?..”

Allahu Rabbi.
 
Apa gunanya Allah seksa korangsekiranya korang ada rasa syukur pada Allah walaupun lebih kecil dari Atom? Sekiranya korang beriman dan bertaubat kepada Allah?
 
Kenapa perlu Allah seksa korangkalau macam itu? Bahkan lebih dari itu, Allah kata lagi,

وَكَانَ اللّهُ شَاكِراً عَلِيماً

“Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).”
 
Kalau korang nak tahu, perkataanشَاكِرsepatutnya digunakan untuk HAMBA. Tetapi untuk kali ini, Allah gunakan perkataan yang sepatutnya untuk hamba disandarkan untuk diriNya sendiri.
 
Allah…
 
Apa Allah nak tunjukkan pada kita? Nak tunjukkan betapa Allah hargai KORANG SEMUA ! Saya ulang balik, ALLAH HARGAI KORANG SEMUA termasuk saya ini yang menulis!


Pengajaran saya nak sampaikan adalah,

1.         Tuan tuan puan puan cik adik akak abang semua yang baca BSS kali ini. Ketahuilah korang semua bahawa Allah sayang pada saya. Allah sayang pada korang semua.
 
Sungguh saya tidak tipu.  Saya tak tipu korang semua. Allah sayang kita semua
 
Ini adalah harapan yang Allah berikan kepada kita. Harapan yang TIDAK pernah mengecewakan. Harapan yang TIDAK pernah mati. Harapan yang sentiasa hidup. Harapan yang sentiasa memberi semangat dan motivasi.
 
Allah cuma nak saya dan korangsemua BERSYUKUR walaupun sedikit dan BERIMAN kepada Allah dengan sungguh-sungguh dan juga BERTAUBAT lagi dan lagi. Itu saja. Susah ke?
 
Pernah satu hari anak Hasan al Basri rahimahumullah terluka pada tangannya. Lalu Hasan al Basri tanya pada anaknya,

“Tangan kamu ni okay tak ni? Tengok berdarah je ni..”

Nak tahu apa anak dia jawab? Anak dia beritahu,
 
“Wahai ayahku, Syukur alhamdulillah. Terima kasih pada Allah kerana hanya membenarkan tangan aku saja yang luka berdarah sedangkan BADAN aku masih selamat…”

Allah..
 
Kita bersyukur atau tidak kerana kita hari ini masih dapat hidup? Kita bersyukur atau tidak hari ini kita dapat makan nasi goring? Kita bersyukur atau tidak hari ini kita dapat pergi sekolah dan kuliah? Kita bersyukur atau tidak yang kita masih ada lagi anak-anak sedangkan ramai orang tak dapat anak? Dan banyak lagi.
 
Jadi apa saya nak sampaikan adalah, bersyukurlah kepada Allah, dan beriman serta bertaubatlah pada Allah sungguh-sungguh. Nescaya Allah akan HARGAI saya dan korang semua. Dan Allah sayang pada saya dan korang semua.
 
Ketahuilah….
 
Allah TIDAK berminat punnak seksa kita atau nak hukum kita. Kalau kita bersyukur, beriman dan bertaubat sungguh-sungguh pada Allah.
 
Wallahu’alam.
 
Sumber : Don’t Lose Hope in Allah’s Love & Mercy [Juz 6] – Nouman Ali Khan
Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 1 tulisan Shukery Azizan.
 
—–
 
1. Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain.
 
2. Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1)  secara ONLINE dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 – 551 0129.
 
3. Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu  http://telegram.me/tarbiahsentap.
 
Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat !! :)
 
 
#ShukeryAzizan
#BSS1
#Bedtimestoriessentap
 

– Shukery Azizan –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan