Bedtimes Story Sentap (Siri 1) – Juzuk 15

 
Waaa.. Alhamdulillah.. hari ini kita dah masuk juzuk yang ke 15, iaitu dah SEPARUH dari al Quran. Tahniah kepada sesiapa yang dah follow BSS daripada awal, terutama daripada juzuk 1 sampailah hari ni. Moga ada manfaat dan ada yang korangamalkan sepanjang follow BSS ni.
 
Ok jom kita sambung malam ini insyaAllah juzuk 15, surah Al Kahfi iaitu surah ke 18 ayat 23 dan 24.
 
Bismillah..
 
وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَٰلِكَ غَدًا
 
“Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.
 
إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ ۚ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَىٰ أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَٰذَا رَشَدًا
 
Melainkan “Insya Allah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.
 
(Surah Al Kahfi [18] : 23-24)
 
Korang biasa dengar ayat ini kan? Ye la, setiap hari Jumaat korang baca Al Kahfi kan. Mesti pernah baca punya. Kalau tidak perasan, pelik juga.
 
Err.. Kalau korang tak perasan, jangan cakap skip baca pulak? Huhu. Ok, dalam ayat ini, Allah beritahu secara jelas tentang cara penggunaan “InsyaAllah” yang saya dan korang selalu guna. Tetapi ini cara penggunaan yang paling sebenar.
 
Allah ingatkan kita,
 
وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ
 
“Dan JANGANLAH engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan)…”
 
Sesuatu apa?
 
فَاعِلٌ ذَٰلِكَ غَدًا
 
“.. ‘Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti’..”
 
JANGAN sebut macam ini atau menyakini atau confirm nak buat sesuatu perkara dalam APA JUA sekalipun. KECUALI….
 
إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ
 
“Melainkan “Insya Allah (dengan izin Allah)”..”
 
Kita kena sekalikan percakapan kita dengan “InsyaAllah..”.
 
Contohnya macam, kita ADA kesungguhan nak buat sesuatu perkara seperti thesis, tutorial, kerja ofis, dan sebagainya, jangan lupa ucapkan insyaAllah. Jangan confident terlebih dos tanpa ucapkan insyaAllah.
 
Sebab, perancangan Allah berbeza seperti apa yang kita rancangkan. Kita boleh merancang, tetapi hakikatnya Allah yang mengizinkan semua tu sama ada siap atau tidak dapat siapkan.
 
DAN ini penggunaan InsyaAllah yang PALING TEPAT.
 
 

 

Pengajaran daripada ayat ini adalah,
 
1. JANGAN SESEKALI cakap macam ini atau SEUMPAMA macam ini..
 
“Alaa.. confirm aku boleh buat ni..”
“Ni mesti aku boleh buat esok..”
“Thesis aku confirm boleh siap. Kacang je ni..”
“Assignment ni mudah je. Esok boleh siap..”
“Aku boleh submit kerja ni esok, confirm!”
“Aku akan konvo esok ni. Confirm..”
 
Sebab apa? Sebab kita tak tahu pun apa yang jadi esok, lusa, tahun depan dan akan datang. Bahkan 5 minit lagi pun kita tak tahu apa jadi. Entah-entah kita tidur kejap lagi terus tak bangun esok pagi sebab dah mati?
 
Errr…
 
2. Masalah hari ini adalah, orang banyak SALAH GUNA perkataan InsyaAllah.
 
Orang tu tiada kesungguhan pun nak buat sesuatu itu, tetapi apabila orang lain dah suruh, dia cuma cakap InsyaAllah, tetapi dia TIDAK BUAT pun. Ini yang SALAH !
 
Contohnya, kawan korangajak pergi surau solat maghrib, tapi korangkata,
 
“InsyaAllah aku pergi jap lagi. Kau gerak la dulu..”
 
Sedangkan korangmemang tak nak pergi pun. Ini BERDOSA tahu tak. Korang seolah mempermainkan perkataan InsyaAllah itu. Kalau tak pun kawan korang ajak pergi program tarbiah, tetapi korang bagi alasan dengan kata,
 
“Hmm.. insyaAllah kot ana pergi. Tapi TAK PASTI lagi..”
 
Padahal korang memang rasa berat nak pergi. Dan tidak bersungguh nak pergi. Ini pun BERDOSA tahu tak !
 
Ataupun kawan korangtanya tentang bila nak siap assignment, korangpun jawab,
 
“Haa.. InsyaAllah insyaAllah aku siapkan malam ni.”
 
Padahal memang korangtidak akan siapkan pun malam itu kalau dah insyaAllah dua kali. Ini pun berdosa juga tahu!
 
Sebab apa berdosa? Sebab bila korang sebut ‘InsyaAllah’, maknanya korang dah BERJANJI sungguh-sungguh. Seorang Muslim bila ia berjanji, ia akan berpegang pada janji kata Rasulullah !
 
3. Jadi macam mana mana solusinya? So solusinya adalah,
 
kalau korang memang tak boleh pergi, cakap tak boleh pergi,
Kalau korang memang tak boleh siap, cakap tak boleh siap,
kalau korang tak mampu, cakap tak mampu,
Kalau korang memang tak nak pergi, cakap tak nak pergi.
 
Jangan guna InsyaAllah pada perkara yang salah ! Korang akan dapat dosa kering je tahu! Bahkan korang MEROSAKKAN lagi maksud dan kemurniaan insyaAllah itu. Itu yang menyebabkan muncul istilah,
 
“Kau ni insyaAllah Melayu ke atau insyaAllah Islam?”
 
Mana ada InsyaAllah melayu atau Islam. Yang salah tu manusia, bukan PERKATAAN itu. Jangan sindir InsyaAllah itu sendiri walaupun kita tidak berniat atau kita tidak perasan. Lain kali cakap macam ini pada kawan korang itu,
 
“Kau ni boleh janji ke tak? Kalau tak boleh cakap tak boleh. Kalau tak nak cakap tak nak. Jangan salah guna InsyaAllah tu..”
 
Ok?
 
Moga Allah jadikan kita orang yang menunaikan janji, dan jadikan kita orang yang TIDAK salah guna perkataan InsyaAllah itu.
 
Bahkan orang akan bertambah hormat pada kita apabila kita guna InsyaAllah seperti mana orang hormat kita apabila kita guna perkataan Alhamdulillah, Allahu Akhbar dan sebagainya.
 
wallahu’alam
 
p/s: sumber: Juz 15 [Quranic Gems] – Nouman Ali Khan – Quran Weekly
 
Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 1 tulisan Shukery Azizan.
 
—–
 
1. Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1 & 2) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain.
 
2. Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1 & 2)  secara ONLINE dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 – 362 4649.
 
3. Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu http://telegram.me/tarbiahsentap.
 
Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat!! :)
 
#ShukeryAzizan
#BSS1
#Bedtimestoriessentap
 
– Shukery Azizan –
 

 

4 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan