Bedtimes Story Sentap (Siri 1) – Juzuk 14

Ok kita sambung BSS untuk malam ni.. Hari ini dah masuk juzuk 14  surah An Nahl (surah ke 16) ayat ke 98 dan 99. Bismillah.
 
فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
 
“Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.”  (98)
 
إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
 
“Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.” (99)
 
(Surah An Nahl [16] : 98-99)
 
Dalam ayat ni, Allah ingatkan kita sesuatu,
 
فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ
 
“Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran..”
 
Dalam ayat ini, perasan sesuatu tidak? Perasan apa? Ha.. Allah sebut,
 
فَإِذَا قَرَأْتَ (“Apabila engkau membaca Al-Quran..”) bukannya Allah sebut, فَإِن قَرَأْتَ (Jika engkau membaca Al-Quran..”).
 
Apabila Allah guna perkataan فَإِذَا iaitu “APABILA”, maksudnya Allah expect atau Allah yakin kita AKAN BACA al Quran. Peh.. Allah bukan ‘andaikan’, tapi Allah meyakini kita. Kalau Allah hanya mengandaikan, Allah akan guna فَإِن iaitu “KALAU”.
 
Ini expectation atau ‘keyakinan’ Allah kepada korang, bukan sekadar andaian.
 
Eh.. Bukan korang saja, malah kepada kita, termasuk saya yang menulis ni. Huhu. Adeh. So dah baca Quran hari ni? Berhuhu lah kita sampai tidur. Ok, kemudian Allah sambung,
 
فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
 
“..maka hendaklah engkau memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.”
 
Allah suruh KITA minta perlindungan Allah daripada Syaitan yang direjam dengan membaca,
 
أعوذُ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ ٱلرَّجِيمِ (A’udhu billahi min ash-shaytaan-ir-rajeem atau kita panggil sebagai isti’adza) sebelum kita baca Quran. Kemudian Allah sambung lagi,
 
إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
 
“Sesungguhnya Syaitan itu TIDAK mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang BERSERAH bulat-bulat kepada Tuhan mereka.”
 
Ia bukannya kita menyangka,
 
“Alamak.. Syaitan ada kat mana-mana nih. Habislah dia akan goda aku..”
“Ish aku kena sediakan kopi cap kapal api betul-betul kaw sebelah aku ni, nanti kalau Syaitan goda aku suruh tidur, aku kena minum kopi..”
 
Bukan.. Bukan macam ni. Tetapi yang sebenarnya adalah,
 
Kita BERSERAH bulat-bulat kepada Allah. Tidak kisahlah bulat ke, petak ke, segi tiga ke, sfera ke, yang penting kita serah KESEMUANYA pada Allah. Penyerahan total kepada Allah. Kita yakin SUNGGUH-SUNGGUH bahawa Allah DAH CUKUP untuk lindungi kita.
 
 

 

Pengajaran daripada ayat atas ini adalah ;
 
1. Kena rajinkan baca isti’aadza setiap kali kita baca al Quran. Sebab apa? Sebab selain ia adalah arahan Allah dalam al Quran, ia juga sebab,
 
Bila kita baca Quran, Syaitan akan datang pada kita dan suruh tidur,
Bila kita baca Quran, Syaitan akan datang pada kita untuk suruh habiskan cepat,
Bila kita baca Quran, Syaitan akan ingatkan kita pada assignment dan tutorial yang tertangguh, lalu kita baca cepat,
Bila kita baca Quran, Syaitan akan ingatkan macam-macam benda supaya kita habiskan cepat baca al Quran,
Bila kita baca Quran, Syaitan akan ingatkan tentang DOTA supaya beli items,
Bila kita baca Quran, Syaitan akan ingatkan suruh pergi Gym,
Bila kita baca Quran, Syaitan akan bagitahu pada kita customer tengah tunggu,
Bila kita baca Quran, MACAM-MACAM lagi cara Syaitan akan hasut kita,
 
Bukan hanya masa baca Quran je, bahkan masa kita tengah solat, tengah baca ma’thurat dan macam-macam lagi ibadah kita tengah buat. Boleh kata setiap masa..
 
So, setiap masa kena sebut, أعوذُ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ ٱلرَّجِيمِ
 
Oh ya, syaitan ini bukan di kalangan jin sahaja tau. Malah syaitan ini di kalangan manusia sekali! Sebab Syaitan ini adalah ‘gelaran’ kepada manusia dan jin yang jahat. Buktinya, baca surah an Nas betul-betul.
 
So, ini adalah SURUHAN Allah. Kerana apabila kita baca al Quran, kita membina hubungan dengan Allah. Jadi Syaitan tak suka. Maka dia akan hasut kita macam-macam supaya kita jauh dengan al Quran, dan jauh dengan Allah.
 
Clear?
 
2. Dan seperkara lagi, membaca ista’aadza (أعوذُ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ ٱلرَّجِيمِ ) BUKAN semata-mata untuk elakkan kita daripada mengantuk atau malas sebab kena ganggu Syaitan, BAHKAN, ia juga MEMBANTU kita untuk elak daripada ;
 
SALAH FAHAM terhadap Quran, 
SANGKA BURUK terhadap Quran,
FIKIR SONGSANG terhadap Quran,
SALAH INTERPRET terhadap Quran,
SALAH TADDABUR terhadap Quran,
CUAI terhadap Quran, dan sebagainya.
 
Maksudnya kita doa minta perlindungan dari Allah sepenuhnya bukan hanya elakkan kita malas baca Quran atau mengantuk masa baca Quran. Tetapi juga nak minta perlindungan daripada Allah agar kita ‘TIDAK SESAT’ sebab kena tipu syaitan semasa baca Quran kerana kecuaian kita..
 
Contoh?
 
Ok contohnya dalam terjemahan al Quran, ada tempat atau ayat yang Allah membahasakan diriNya sebagai “KAMI”. Haaa, masa tu korang pun menggelabah dan menyangka (dulu sebenarnya saya pun macam tu).
 
“Aik, Allah ada banyak ke? Kenapa terjemahan guna ‘Kami’? Ke salah terjemahan ni?”
 
Habis sesat kalau kita rasa Allah ada banyak.
 
Kepada yang masih tak tahu, Allah bahasakan diri ‘KAMI’ sebab dalam kaedah bahasa Arab, untuk memuliakan atau mengagungkan seseorang / sesuatu, mereka akan gunakan perkataan jama’atau plural. Atau dalam bahasa Melayu sebagai kata majmuk.
 
So, ia bukan bermaksud Allah ada banyak tetapi menunjukkan Allah itu berkuasa melebihi segalanya dan maha Agung. Kalau dalam English, kita panggil dia sebagai “The Royal We“. (boleh wikipedia Royal We ni).
 
Bukan Royal Rumble ok.
 
3. Sebelum tidur jangan lupa baca ista’adzaa ni ya. Moga Allah lindung saya dan korang semua daripada kesesatan kerana kecuaian kita.
 
Wallahu’alam.
 

p/s : Sumber : Seek Refuge with Allah from Satan [Juz 14] – Nouman Ali Khan – Quran Weekly
 
Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 1 tulisan Shukery Azizan.
 
—–
 
1. Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1 & 2) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain.
 
2. Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1 & 2)  secara ONLINE dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 – 362 4649.
 
3. Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu http://telegram.me/tarbiahsentap.
 
Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat!! :)
 
#ShukeryAzizan
#BSS1
#Bedtimestoriessentap
 
– Shukery Azizan –

3 Responses

Leave a Reply to SMNEWS Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan