Bedtimes Story Sentap (Siri 1) – Juzuk 13

 
Malam ini insyaAllah kita akan sambung lagi pada juzuk ke 13, surah ke 14 iaitu surah Ibrahim, ayat ke 7. Allah berfirman.
 
Bismillah,
 
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
 
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.”
 
(Surah Ibrahim [14] : 7)
 
Ayat ini kita biasa dengarkan? Ini antara ayat motivasi yang sangat menyentuh hati. Kenapa? Allah bagitahu..
 
لَئِنْ شَكَرْتُمْ
 
“..Jika kamu bersyukur..”
 
Kalau difahami lughah bahasa Arabnya, Allah nak beritahu kalau kamu bersyukur WALAUPUN
Sedikit,
sedikit,
sedikit,
sangattttttttt sedikit pun.
 
Allah tidak minta banyak pun kita bersyukur, tapi SEKURANGNYA sedikittt. Kemudian Allah bagitahu,
 
لَأَزِيدَنَّكُمْ
 
“..nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu..”
 
Allah akan tambah,
Tambah,
tambah,
tambah,
tambahhhhhhhhhhhhhhhh nikmat Allah pada kita.
 
Di sini ada 2 persoalan.
 
Bersyukur pada siapa? Memang bersyukur pada Allah yang pasti, tapi Allah tidak sebut pun bersyukur pada Allah secara spesifik. Kan? Dan lagi satu persoalan, nikmat yang macam mana?
 
Persoalan pertama, bersyukur itu termasuklah,
 
Bersyukur pada Allah,
bersyukur pada ibu bapa,
bersyukur pada sahabat handai,
bersyukur pada murabbi atau naqib usrah,
bersyukur pada guru-guru,
bersyukur pada pensyarah,
bersyukur pada rumah,
bersyukur pada majikan,
bersyukur pada semuaa orang…
 
Dan bersyukur juga bukan hanya pada “Alhamdulillah..”
 
Tetapi bersyukur juga MESTI diterjemahkan dalam bentuk kehidupan, cara fikir, cara bertindak, cara reaksi, perjalanan hidup kita seharian, dan lain-lain. Ok clear?
 
Persoalan kedua pula, nikmat yang macam mana? Inilah antara kecantikan ayat ini. Allah beritahu umum Allah akan tambah dan tambah dan tambah NIKMAT. Tetapi Allah tidak beritahu nikmat apa.
 
Boleh jadi tambah nikmat PANDAI,
boleh jadi tambah nikmat IMAN,
boleh jadi tambah nikmat KEYAKINAN,
boleh jadi tambah nikmat REZEKI,
boleh jadi tambah nikmat SABAR,
boleh jadi tambah nikmat KEBERKATAN,
boleh jadi tambah nikmat KESELAMATAN,
boleh jadi tambah nikmat GAJI,
boleh jadi tambah nikmat MASA,
boleh jadi tambah nikmat BERSAMA KELUARGA,
boleh jadi tambah nikmat DAKWAH,
boleh jadi tambah nikmat TARBIAH,
boleh jadi tambah nikmat ISTIQOMAH,
boleh jadi tambah nikmat NIKAH,
boleh jadi tambah nikmat KONVOKESYEN,
boleh jadi tambah nikmat BOLEH JAWAB SPM dan STPM atau EXAM,
boleh jadi tambah nikmat Dapat baca BSS.. (eh?)
 
dan MACAM-MACAM lagi nikmat yang Allah boleh tambah dan tambah dan tambah dan tambah lagi pada kita semua. Kemudian ada lagi satu lagi ayat yang sangattt menarik kalau kita faham,
 
وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
 
“..jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras..”
 
Perasan suatu yang menarik pada ayat ni? Tak perasan? Ye lah, dah malam ni. Mata saya pun dah berpinar-pinar sambil tersengguk. Kalau kita perasan ayat ini, Allah TIDAK sebut pun
 
“Aku..”
 
Maksudnya? Allah tak sebut pun macam ni,
 
“Kalau kau tak bersyukur, Aku akan seksa kau dengan seksa keras..”
“Kalau kau tak bersyukur, Aku akan hukum kau..”
 
dan seumpamanya. Tetapi Allah sebut,
 
“..Sesungguhnya azabKu amatlah keras / pedih..”
 
Apa bezanya? Begini.. Kalau baca ayat tu, Allah TAK sebut pun,
 
” wa la in kafartum FA inna azabi la syadid..”
 
Tetapi Allah sebut,
 
” Wa la in kafartum INNA azabi la syadid..”
 
Bila ada perkataan ” FA ( فَ ) ” maksudnya
 
“.. Jika kamu kufur ingkar, SETERUSNYA azabKu amat keras..”
 
Jadi bila tiada “SETERUSNYA”, apa maksudnya? Maksudnya adalah,statement pertama (Jika kamu kufur ingkar) TIADA KAITAN dengan statement kedua (azabKu amat keras..) So dengan kata mudah, Allah nak beritahu,
 
“Sekiranya kamu k
ufur ingkar (tak bersyukur), ….. ” dot dot dot. Kemudian baru Allah guna perkataan yang BARU iaitu azabKu amat keras.
 
Allah TIDAK sambungkan pun kedua STATEMENT itu. Masih tidak faham? Ibaratnya macam ini la,
 
” Kau tak pergi sekolah ?! Ish….”
” Kau tak siap assignment lagi ?! Adui…”
” Kau tak hantar report lagi? Haish…”
” Kau tak sempat buat tutorial? Hmm…”
 
Bukannya seperti ni,
 
“Kau tak pergi sekolah ?! Kau memang nak kena pukul!”
“Kau tak siap tutorial ?! Memang markah kau kosong la ni..!”
 
Tidak. Bukan macam ini. Faham? So ayat ini sendiri pun kita PATUT BERSYUKUR sebab Allah masih bagi peluang lagi WALAUPUN kita TIDAK BERSYUKUR. Masih bagi peluang lagi dengan cara Allah TAK TERUS hukum pun kita.. Allah bagi peluang lagi supaya kita BERSYUKUR.
 
Ok crystal clear?
 

 

 
Jadi pengajaran malam ini?
 
Malam ini saya hanya ada ayat ringkas saja untuk pengajaran, harap korangsemua dapat ambil manfaat.. Apa dia?
 
BERHENTI MERUNGUT, cari sisi yang POSITIF dan BERSYUKUR.
 
Tidak kisahlah pada ibu bapa ke, adik beradik ke, masyarakat ke, kampung ke, negeri ke, sekolah ke, universiti ke, kerajaan ke, pembangkang ke, negara ke, atau sesiapa la. clear?
 
wallahu’alam.
 
p/s :
 
1. Jangan ada yang kata aku ni macai kerajaan atau macai pembangkang sebab suruh bersyukur pada kerajaan atau pembangkang.. Kalau nak marah saya sangat, marah AYAT QURAN tu. Ok? Tolong jangan fanatik sangat dengan parti tu.
 
2. Sumber : Stop Complaining & Be Grateful [Juz 13] – Nouman Ali Khan – Quran Weekly
 
Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 1 tulisan Shukery Azizan.
 
—–
 
1. Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1 & 2) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain.
 
2. Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1 & 2)  secara ONLINE dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 – 362 4649.
 
3. Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu http://telegram.me/tarbiahsentap.
 
Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat!! :)
 
#ShukeryAzizan
#BSS1
#Bedtimestoriessentap
 
– Shukery Azizan –
 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan