Bedtimes Story Sentap (Siri 1) – Juzuk 11

 
InsyaAllah malam ini kita sambung juzuk 11, surah Yunus, surah ke 10 ayat 65-66.
 
Bismillah.
 
وَلَا يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْ ۘ إِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا ۚ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
 
أَلَا إِنَّ لِلَّهِ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ ۗ وَمَا يَتَّبِعُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ شُرَكَاءَ ۚ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
 
“Dan janganlah engkau merasa dukacita disebabkan kata-kata mereka yang ingkar itu; kerana sesungguhnya segala kekuasaan tertentu bagi Allah; Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha Mengetahui. “
 
“Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta.”
 
 
Malam ini insyaAllah saya ulas lebih kepada ayat 65. Allah beritahu kepada Rasulullah,
 
وَلَا يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْ
 
“Dan janganlah engkau merasa dukacita disebabkan kata-kata mereka yang ingkar itu..”
 
Ayat ini diturunkan ketika mana Rasulullah terdengar kata-kata orang kafir yang sangat menyakitkan hati baginda.
 
Ketika itulah Allah turunkan ayat ini dan nak beritahu Rasulullah bahawa Rasulullah mesti kuat hadapi kutukan, makian, dan cercaan tu. Mesti tabah. Jangan sampai hilang motivasi. Abaikan makian mereka dan teruskan sampai dakwah Islam.
 
Kalau kata-kata puak kafir itu menyebabkan Rasulullah morale down atau hilang semangat, maka nanti Rasulullah tidak akan mampu sampaikan dakwah Islam dengan baik.
 
Kalau Rasulullah hilang semangat, maka macam mana orang Islam yang lain nak bersemangat. Macam mana para Sahabat nak semangat kalau tengok Rasulullah sendiri down.
 
Kalaupun orang Kafir atau orang yang menentang Islam ini mencerca Allah, atau Islam, atau Rasulullah hatta umat Islam sendiri, maka Allah dah beritahu,
 
إِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا
 
“..kerana sesungguhnya segala kekuasaan tertentu bagi Allah..”
 
Allah mempunyai semua kehormatan,
Allah mempunyai semua autoriti,
Allah mempunyai semua kekuasaan,
Allah mempunyai semua maruah,
Allah mempunyai semua ‘Izzah,
 
Semua milik Allah. Jadi tidak perlu risau. Mereka merendahkan Allah pun, Allah tetap selamanya Maha Tinggi dan Agung. Kemudian Allah bagitahu lagi,
 
هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
 
“..Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha Mengetahui. “
 
Allah Maha Tahu kesemuanya apa yang mereka cakap, komen, mesyuarat, buat blog, share, buat video, dan segala-galanya. Bahkan Allah tambah lagi,
 
أَلَا إِنَّ لِلَّهِ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ
 
“Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi..”
 
Allah memiliki kesemua sekali. Dan puak-puak yang kutuk Allah, Islam dan Rasulullah, mereka selama-lamanya tidak dapat lari ke mana-mana.
 
 
 
Pengajaran dari ayat di atas ini,
 
1. Jangan rasa DOWN apabila orang kafir kutuk Islam, kutuk Allah dan kutuk Rasulullah.
 
Bahkan jangan down bila mereka kutuk kita yang tengah berdakwah ini. Mereka perli, sindir, kutuk, dan sebagainya. Jangan sekali-kali down. Kalau kita rasa down, kita tengok macam mana Allah tegur Rasulullah. Dan ambil teguran itu kepada kita sekali..
 
Jangan pernah down atau bahasa arab kita sebut sebagai “Futur”.
 
Sama juga semasa kita dakwah ataupun ajak housemate, atau roomate atau kawan-kawan kita untuk berubah. Contoh yang tidak tutup aurat. Kalau kita ajak mereka tutup aurat, mereka perli dan sindiri kita, JANGAN MORALE DOWN. Teruskan kuat, jangan dukacita. Allah ada dengan kita. Percayalah.  
 
Teruskan ajak mereka kepada kebaikan. Ok?
 
2. Jangan TERPENGARUH sangat dengan emosi negatif, sampai akhirnya kita pun MEMAKI HAMUN serta mencerca dan sebagainya. Akhirnya, apa beza kita dengan mereka?
 
Jangan sampai macam itu. Rilek saja, teruskan berdakwah, kawal emosi. Ada masa perlu marah, memang kena marah. Tetapi BUKANNYA memaki hamun dan mencarut. Beza antara marah dan maki hamun.
 
Dan kalau kita ajak kawan kita berubah, tetapi mereka sindir kita, ELAKKAN kita sindir balik. Elakkanlah..
 
Ajak dengan cara terbaik.. Moga mereka bertemu hidayah Allah.
 
Wallahu’alam
 
p/s: sumber Those Who Insult Allah [Juz 11] – Nouman Ali Khan
Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 1 tulisan Shukery Azizan.
 
—–
 
1. Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1 & 2) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain.
 
2. Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1 & 2)  secara ONLINE dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 – 362 4649.
 
3. Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu http://telegram.me/tarbiahsentap.
 
Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat!! :)
 
#ShukeryAzizan
#BSS1
#Bedtimestoriessentap
 
– Shukery Azizan –

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan