Bedtimes Story Sentap (Siri 1) – Juzuk 10

 

 
Alhamdulillah, malam ini kita dah masuk 1/3 Quran, iaitu juzuk ke 10. Saya nak ucapkan tahniah pada korang yang follow BSS ini dari awal sampailah sekarng.
 
Jom kita sambung BSS juzuk 10, surah at Taubah, surah ke 9 ayat ke 41.
 
Bismillah..
 
انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
 
“Berangkatlah kamu sama ada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”
 
(Surah At Taubah [9]:41)
 
Ayat di atas ini boleh dikatakan kita selalu denga
r dalam ceramah-ceramah agama di masjid atau daurah. Ayat ini diturunkan sebelum berlakunya perang Tabuk, iaitu selepas Rasulullah dah menawan Mekah dan Islam sudah dominan di Tanah Arab..
 
Masa ini tentera Rom sedang merancang untuk serang Mekah. Rasulullah pun tengah sediakan barisan ketenteraan untuk mempertahankan Islam dan umat Islam serta mengalahkan musuh. Tapi dalam masa yang sama, ada juga Sahabat Rasulullah yang rasa agak berat untuk turun.
 
Ada yang merasakan (imiginasi penulis),
 
“Aku boleh lawan ke? Sebelum ni aku tak pernah ikut perang lagi..”
“Peh.. aku rasa macam tak boleh lawan je aku ni..”
“Aku boleh menang ke?”
 
Jadi Allah turunkan ayat ini. Tetapi ayat ini bukan hanya untuk Sahabat Rasulullah masa itu saja, bahkan untuk ke semua sekali..
 
Semua sekali tu sapa?
 
Kita semua yang masih hidup sampai hari Kiamat. Allah bagi ayat yang sangat umum, yang mana Allah nak beritahu yang kita semua boleh tolong agama Allah dalam apa jua sekalipun..
 
TANPA ALASAN..
 
Ok? No excuse bak kata omputih..
 
انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا
 
“Berangkatlah kamu sama ada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab)..”
 
Walau dalam keadaan RINGAN atau BERAT sekalipun.. nak berangkat ke mana?
 
وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
 
“..dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam).”
 
untuk berjihad dengan HARTA dan JIWA kita. Kemudian Allah bagitahu lagi,
 
ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
 
“.. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”
 
Ya, Allah tahu ia sangat baik untuk kita. Ya, untuk KITA…
 

 

pengajaran dari ayat ni,
 
1. Allah dah beritahu pada kita macam mana nak SUMBANGKAN sesuatu untuk ISLAM. Dah beritahu dengan crystal clear!
 
Macam mana Shuk?
 
انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا
 
“Berangkatlah kamu sama ada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat..”
 
Ya.. Kita tolong agama Allah samada kita rasa RINGAN atau BERAT..
 
samada kita KAYA atau MISKIN,
samada kita BERBAKAT atau TIADA BAKAT,
samada kita KUAT atau LEMAH,
samada kita CERDIK atau BODOH,
samada kita BERANI atau PENAKUT,
samada kita SADO atau KEDING (kecil) je,
samada kita 4.0 flat, atau kita dapat 1.0 flat je,
samada kita PEMIMPIN atau kita PENGIKUT,
samada kita kaki FACEBOOK atau kita kaki TWITTER,
 
Semua dari kita.
 
Saya, admin lain, jiran tetangga tingkat 5, anak usrah, anak buah, anak saudara mak cik pakcik, pak tam, pak teh, pakcik abu jual tempe, pakcik dolah jual cendol goreng dan korang SEMUA yang masih hidup.
 
Tak kisah lah apa pun korang ada. Atau tak kisah apa yang korang tiada. Kita semua boleh SUMBANGKAN untuk ISLAM. Jangan bagi alasan lagi. Tak payah bagi alasan,
 
“aku tak layak..”
“aku tak mampu..”
“aku belum cukup baik..”
“aku masih belum cukup ilmu..”
 
Takkan semua benda korang tidak mampu? Mesti korangmampu sesuatu perkara lain. Contoh korang tiada duit. Tetapi korang boleh bercakap atau berpidato depan orang ramai, jadi sampaikan Islam dengan PERCAKAPAN korang.
 
Atau korang ini akhlak macam haram. Tetapi korang berani. Jadi sampaikan Islam dengan KEBERANIAN korang. Korang sendiri boleh fikir apa yang korang mampu dan apa KORANG TAHU. Bantulah Islam atau ‘offer‘ pada Allah apa yang kita mampu untuk bantu agama Allah..

Walaupun korang adalah seorang cleaner Econsave,
Atau korang adalah seorang penganggur terhormat,
Atau korang adalah pekerja ladang sawit FELDA,
 
Tidak kisah siapa pun korang.. Allah tidak pandang pun. Kalau korang nak tahu, sebenarnya Allah TIDAK perlu pun bantuan kita. Tetapi Allah BAGI peluang kepada kita untuk bantu agama Allah..
 
Peluang MAHAL ini. Lebih mahal dari peluang jadi pembantu DiRaja, atau jadi orang kanan Presiden Dunia..
 
Korang tak nak ke? Atau masih nak layan kpop lagi? Adoi..
 
So korang boleh bantu agama Allah kan?
 
Infiru !! (muka semangat sambil rambut terbakar)
 
wallahu’alam
 
p/s : sumber – What You Can Contribute to Islam [Juz 10] – Nouman Ali Khan
Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 1 tulisan Shukery Azizan.

 

 

—–
 
1. Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1 & 2) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain.
 
2. Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1 & 2)  secara ONLINE dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 – 362 4649.
 
3. Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu http://telegram.me/tarbiahsentap.
 
Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat!! :)
 
#ShukeryAzizan
#BSS1
#Bedtimestoriessentap
 
– Shukery Azizan –
 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan