Bedtimes Story Sentap : Juzuk 4

 
 
Alhamdulillah, kita dah masuk juzuk yang ke 4. Korang dah baca al Quran sampai mana setakat ni? Hari ni saya nak kongsi dari juzuk 4, surah Ali Imran, ayat yang ke 92. Ini adalah ayat pertama untuk juzuk ni.
 
Bismillah..


لَن تَنَالُواْ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ‌ۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَىۡءٍ۬ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِ ۦ عَلِيمٌ۬

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu dermakan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
 
Ayat ini sangat popular kalau kita pergi mana-mana ceramah terutama bab sedekah, sebab kebanyakkan penceramah mesti mereka akan sebut mengenai ayat ini. Bilamana kita baca ayat bahagian pertama ini,

لَن تَنَالُواْ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ‌ۚ
 
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu dermakan sehahagian harta yang kamu cintai.”
 
Saya nak kongsikan satu perumpamaan supaya kita lebih faham dan nampak gambaran. Tapi sebelum saya mula nak kongsikan perumpamaan ni, korangkena kosongkan fikiran. Saya nak korangBAYANGKAN.
 
Ok dah clear? Dah boleh bayangkan?
 
Baik begini.
 
Bayangkan kita di atas kapal layar yang berlayar di atas lautan yang luas. Contohnya lautan pasifik. Nak kata dahsyatnya suasana masa tu, kapal yang korang naiki ni sedang mengharungi lautan yang bergelombang maha kuat. Dengan ribut yang menggila macam putting beliung. Nasib je tak lalu segi tiga bermuda.
 
Kita pun punyalah berlayar mengharungi ombak yang kuat, ribut yang menggila, tetapi dalam masa yang sama MASIH TAK jumpa daratan. Bukan sebab lupa daratan, tetapi memang tak jumpa pun.
 
Tujuan utama kita nak cari daratan adalah untuk dapatkan sumber makanan dan air yang bersih. Sebab atas kapal tu air dan makanan dah limited atau terhad. Bahkan dah nak habis pun.
 
So nak tak nak, kita kena sampai ke daratan dengan selamat dalam masa tertentu supaya kita boleh survive. Kalau terlambat walau sesaat, kita akan mati kelaparan atas kapal tu. Tragis gila.
 
Sebelum kita sambung pelayaran ni, saya nak mencelah sedikit berkenaan ayat di atas. Ada satu perkara yang sangat osem tahap kritikal yang saya rasa kita perlu tengok supaya kita akan rasa,
 
“Big wow.”

Apakah dia? Perhatikan ayat ni ;

ٱلۡبِرَّ = (Al Birr = kebaikan/kebajikan)
 
Allah boleh saja guna perkataan ‘al khair’ atau apa-apa perkataan Arab lain yang membawa erti ‘kebaikan’ atau ‘kebajikan’. Tetapi apa yang menarik sangat dengan perkataan Al Birr ni sampai Allah guna perkataan ini?
 
Al Birr ini perkataan yang hampir sama bunyi dengan Al Barr. Al Barr maksudnya “daratan”. Jadi korang belayar tadi nak menuju daratankan? So, dalam ayat ini seolah-olah berbunyi,
 
“Kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada daratan…”
 
Allah sengaja letak Al Birr salah satu sebabnya supaya kita boleh berimiginasi dalam memahami secara mendalam ayat ni. Macam kita berlayar tadi, bayangkan kalau kita dah jumpa daratan, mesti kita akan kata,
 
“Alhamdulillah ya Allah!!”,
 
Oh goodness..”
 
atau
 
“Pehh, syukur gila selamat.”
 
Ok faham? Jadi kita sambung pada pelayaran kita tadi. Masa kita tengah berlayar, tiba-tiba kita dah nampak pulau ataupun daratan. Kita pun punyalah suka tahap kritikal.
 
TETAPI masalahnya sekarang ini, kapal layar kita pulak overloaded atau terlebih muatan. Kapal kita dah nak tenggelam !!
 
Alamak…
 
Masa macam ni la nak tenggelam. Korang pun dah mula panik, ada yang nak menangis, ada yang pergi toilet, ada yang buat-buat tidur (tak tahu motif). Jadi apa perlu kita buat ni Kapten?
 
Apa lagi, kena BUANGLAH lebihan dalam kapal kita ke lautan. Buang lebihan yang menyebabkan kapal kita terlebih berat. Tujuannya supaya kita boleh survive dan sampai ke daratan dengan selamat dan tidak tenggelam.
 
Jadi dalam ayat ni, seolah-olah Allah nak beritahu,

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada daratan (dalam kes ayat ni sebagai kebajikan yang sempurna), sebelum kamu BUANG (atau dermakan) sehahagian harta yang kamu cintai !”

Subhanallah ! Sangat cantik ayat ni. Cantik sangat.
 
Demi kita nak selamat dalam perjalanan ini, ada masa kita kena KORBANKAN sesuatu yang sangat sangat sangat kita cintai. Sebab apa? Demi untuk mendapat “Al Birr” yang Allah sebut dan janjikan. Dan ayat seterusnya pula,

وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَىۡءٍ۬ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ

“… dan apa saja yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
 
Apa yang kita belanja atau dermakan untuk agama dan jalan Allah, Allah dah tahu segala-galanya. Kita tak perlu hebohkan pada seluruh galaksi, angkasaraya dan bima sakti yang kita dah buat macam tu. Tak perlu pun.
 
——
 
Jadi apa pengajaran yang kita boleh hadamkan adalah ;
 
1.         Dalam kita menyahut ayat Allah supaya bersedekah dengan apa yang kita cintai, ia TAK semestinya sedekah kepada masjid sahaja. Tetapi ia juga seperti kita BERKONGSI kemewahan atau harta atau benda yang kita CINTAI dengan saudara Muslim kita yang lain di dunia ni termasuklah juga yang ada di sekeliling kita yang sangat sangat memerlukan dan dalam kesusahan.
 
Contohnya kalau kita nak sedekahkan baju. Sebaiknya, bukan sedekahkan baju second hand. Atau baju bundle rm10.00 dapat 5 helai. Tetapi kita sedekahkanlah baju yang SAMA kita beli untuk DIRI KITA SENDIRI. Kalau kita beli baju Levi’s RM100, jadi kita kena beli baju yang SAMA, dengan harga yang SAMA untuk saudara kita yang memerlukan.
 
Itu baru namanya kita sedekahkan sebahagian harta yang kita CINTAI.
 
Tetapi tak semestinya jenama Levi’s okay. Cuma kita kena bagi lagi dan lagi dan lagi kemewahan yang kita cintai. Bukan bagi yang secondhand atau bukan juga bagi yang dah TERPAKAI iaitu barangan yang kita tak guna lagi dah. Tinggal nak buang dalam tong sampah je.
 
Ibaratnya seperti barang yang kalau seseorang bagi pada kita, kita terpaksa tutup mata untuk ambil barang tu. Atau kita mahu tak mahu je ambil barang tu.
 
Bukan macam tu kawan-kawan!
 
Tetapi dermakan barang yang sangat kita perlukan untuk diri sendiri juga. Dan kita KONGSI apa yang kita perlukan itu dengan orang lain. Kalau kita shopping untuk beli baju, seluar atau sebagainya untuk diri sendiri, kita juga belikan BENDA atau PAKAIAN yang sama untuk saudara mara kita yang memerlukan dan kesusahan.
 
Termasuk juga perkara lain. Bukan hanya baju, seluar bagai saja. Itulah baru “Al Birr” yang Allah sebutkan dalam ayat di atas.

2.         Dalam apa-apa kebaikan seperti derma dan sebagainya yang kita dah lakukan, SEBAIKNYA diam-diam sudah. Tak payah nak update status dalam Facebook atau Twitter,
 
“Done solat di masjid..”
“Hari ni kita first time pakai purdah tau..”
“Hari ni saya solat berjemaah kat masjid ni. Kau ado? “
“Hari ni saya sedekah 50.35 pound kat masjid London. Hehehe.”
 
Tak payah. Simpan untuk diri kita sendiri dan bukti kepada Allah saja. Orang lain tak perlu tahu pun kecualilah untuk dokumentasi penting. Ok?
 
Kalau yang derma secara terbuka seperti bagi replika cek bank sebesar alam tu, moga Allah terima amalan mereka, dan moga amalan mereka ikhlas. Kita sangka baik je.
 
Tak payah nak sangka buruk atau mengumpat sana sini. Mana tahu mereka lebih ikhlas daripada kita. Padan muka kita dapat dosa kering je.
 
Wallahu’alam.

 

Sumber : How to Attain Goodness from Allah [Juz 4] – Nouman Ali Khan.

Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 1 tulisan Shukery Azizan.
 
—–
 
1. Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain. 
 
2. Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1)  secara ONLINE dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 – 551 0129 
 
3. Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan juga channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu  http://telegram.me/tarbiahsentap.
 
Kongsikan pada kawan-kawan jom, dan moga bermanfaat !! :)
 
#ShukeryAzizan
#BSS1
#Bedtimestoriessentap
 
– Shukery Azizan –

Normal 0 false false false EN-MY JA X-NONE

 

4 Responses

  1. perkongsian yang bermanfaat….saya baru terfkir kenapa Allah SWT tak letak al-khair sebaliknya al-birr…analogi ini sangat mendalam….shukran…semoga Allah merahmati setiap insan yang mencari dan berkongsi kebaikan…

Leave a Reply to Cik karmila Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan