Apabila pelajar agama berikhtilat?

 
 
Bismillah. Saya rasa, saya perlu kongsi perkara ini. Tentang, bagaimana syaitan perangkap “golongan-golongan agamawan”, ataupun senang cakap, orang-orang yang berlatar-belakangkan pelajar agama, dengan perangkap legend mereka iaitu:
 
“IKHTILAT…”
 
Sebelum ini, saya ada hurai isu ikhtilat, hukum hakamnya dan kekeliruan yang berlaku tentang isu ikhtilat ini secara terperinci di SINI. Boleh rujuk, baca sampai habis, ketepikan nafsu, dan amalkan.
 
Saya akan tulis, step by step, macamana seseorang tu boleh hancur dengan isu ikhtilat ni. Bukan apa, saya jumpa, sangat ramai pelajar agama, tak kisah samada budak sekolah agama, atau pelajar university jurusan agama, yang hancur lebur di sebabkan ikhtilat ini.
 
Orang ikhtilat ni, dakwah dia akan terbantut, potensi diri dia akan jatuh menjunam, self estim dia akan hilang, dan yang sama waktu dengannya. Tetapi, ada juga yang tak jatuh. Dia still steady, namun, DAKWAH TERBANTUT tu, komfem. Mungkin dia rasa, dakwah dia mekar subur. Tapi, ukuran “mekar subur” yang dia rasa, sebenarnya amat bertentangan dengan ukuran yang telah di gariskan oleh para-para ulama FIQH DAKWAH. Mereka ingat, dakwah mereka berjaya. Namun rupa-rupanya, menjadi fitnah untuk agama.
 
Tanpa, membuang masa, jom baca step-step ini. Saya tulis berdasarkan pengalaman saya menghandle isu ini di peringkat sekolah dan kawan-kawan university. Baca, check diri, dan, akurlah!
 
****
 
1)Kau konon-kononnya mulakan persembangan atas urusan penting di ruangan chat samada dia twitter, FB, whats app, we chat dan yang sama waktu dengannya. Tanya kerja rumah la(Bajet. Sesama jantina kau tak nak tanya), urusan dakwah kononnya, dan lain-lain.
 
2)Kemudian, kau mula start memutar belitkan urusan yang konon-kononnya penting tu dengan smiley, dan saling mendoakan.
 
3)Mulalah kononnya saling nasihat menasihati, dan saling berbalas terima kasih dan doa yang di akhiri dengan smiley.
 
4)Jiwa kau makin seronok. Dan kau mulalah guna alasan “dakwah” untuk teruskan mesej-mesej yang kononnya islamik. Contoh:
 
“Moga awak cemerlang pelajaran. Seorang muslim tu perlu cemerlang. Buat terbaik!!”
 
“Jangan lupa qiam. Qiam ni satu benda yang sangat penting!!”
 
“Moga ukhwah fillah ini berkekalan insyallah. Doakan saya….”
 
5)Sepanjang step 1 hingga 4 ni, kalau kau check diri kau balik, kau akan ada rasa “Seronok”, “syok”, rasa lain macam dan yang sama waktu dengannya. Tak payah nak tipu. Mengaku je.
 
6)Lalu, kau terus menerus melakukan perkara yang sama. Mulalah saling berkongsi masalah, dan saling nasihat-menasihati tentang bagaimana nak atasi masalah tersebut, sedangkan kau tak perasan, ikhtilat yang kau buat tu lah kesalahan yang besar gila.
 
7)Attitude kau, perangai kau, akan start berubah. Kau yang dulu galak dan suka bersembang dengan kawan-kawan sejantina kau, kini, kau lebih banyak berdiam diri. Tak banyak cakap, dan seakan-akan hati kau terganggu. Mungkin kau tak sabar nak mesej dengannya lagi. Bukan mungkin, bahkan memang pun.
 
8)Kau mula hidup di alam percintaan. Kau mula angau dan gila bayang. Kau akan rasa berat dan malas untuk solat, qiamullail, quran dan zikir, lantaran kegilaan bayangan yang kau hadapi. Masa kau, banyak habis di depan henset, tersenyum sorang-sorang. Hampir tiap masa kau tak boleh lepas dari henset kau. Kejap-kejap tengok henset, kejap-kejap tengok henset. Kredit banyak habis. Hati kau rasa gelisah. 
 
9)Sepanjang step 6 sampai 8 ni, mudah cerita, kehidupan kau berubah. Dan ya, kau masih lagi tak selitkan mesej-mesej yang berbaur “aku cintakan awak”. Sepanjang ni, kau masih lagi dalam mood berhati-hati, dengan menggunakan alasan agama, ukhwah fillah dan dakwah untuk membenarkan dosa yang kau buat.
 
10)Kau mula bad mood dan panas baran. Cepat marah dan tak selesa duduk dengan orang ramai. Bila orang tanya kenapa, kau tak jawab. Padahal, semua orang boleh tahu, attitude kau dah berubah. Kau dah mula susah nak terima teguran, kau mula benci orang yang menegur kau, kau mula menyampah dengan orang-orang yang sering memberi peringatan tentang “bahaya ikhtilat”. Dan segala apa yang berkaitan dengan apa yang kau tengah buat, kau akan rasa marah. Kalaupun tak marah dengan mulut, mata kau akan berkerut, hati kau mula merungut dan rasa something wrong.
 
11)Ketika ini, hati kau akan rasa pedih dan sempit bilamana kau mula berjauhan dengan henset kesayangan kau. Kalau kau pelajar sekolah, kau mula rasa tak selesa dan benci pada sekolah, kerana di sekolah, kau tak boleh bawak henset. Asrama apatah lagi. Maka, akan berlaku penyakit “malas”, takde mood nak belajar, rasa kurang senang dan terpaksa dengan asrama, dan hanya fikir nak cuti.
 
Kalau kau pelajar university, mungkin  tak kena penyakit benci sekolah. Tapi, focus kau untuk belajar melencong jauh.
 
12)Kau mula beranikan diri, start mesej-mesej yang berbaur:
 
“Awak ada suka sape-sape tak?”
 
Tetapi, masih di cover dengan ayat:
 
“Bukan apa, tapi, jagalah hati tu. Saya nasihatkan bla bla bla….”
 
13)Sampai satu tahap, dua-dua mulalah meluahkan cinta. Oh, cinta kerana Allah kononnya. Sekali lagi guna alas an agama untuk kepentingan nafsu serakah! Ayat biasa yang cukup selalu di gunakan:
 
“Yang penting, awak kena letak cinta Allah dan rasul di atas. Insyallah, cinta manusia akan datang..”
 
“Saya tak nak, kerana cinta ini, kita lalai dari Allah. Awak banyakkanlah baca quran, zikir dan solat. Moga dengan percintaan ini, Allah re
dha kita dan membuatkan kita lebih dekat dengannya…..”
 
“Awak tegur-tegurlah saya bila saya buat salah…”
 
14)Mula lah start plan nak kahwin. And then, kononnya kata:
 
“Cinta yang suci berakhir dengan perkahwinan”.
 
Dari satu sudut, baguslah kahwin.Tetapi, perjalanan menuju perkahwinan yang suci tu, kau telah cemarkan dengan najis-najis dosa dan maksiat. Lebih bertambah busuk, kau saluti najis tu dengan “wangi-wangian dan minyak atar agama”, supaya najis tu kelihatan wangi dan berseri. Namun, kau tak boleh lari. Najis itu tetap busuk walaupun kau letak segala wangian.
 
Khadijah lamar nabi pun guna orang tengah.
 
15)Maka, tup tap tup tap, kau kahwin.
 
16)Malangnya, kau rasa, “jalan suci” (Ini sarkastik) yang kau gunakan sepanjang menuju perkahwinan tu adalah perkara yang BENAR dan HAQ, sedangkan ianya cukup batil. Tapi, lantaran kau tertipu dengan syaitan, maka,kau menyarankan kepada adik-adik dan kawan-kawan yang sebaya atau lagi muda dari kau untuk melakukan perkara yang sama seperti mana yang kau lakukan.
 
Apabila mereka meminta nasihat dari kau tentang urusan cinta dan ikhtilat, kau memberi hukum dan penerangan yang  bertentangan dengan syarak, dan kau hiasinya dengan dalil-dalil agama yang tak kena tempat dan lari dari disiplin ilmu, semata-mata untuk kau menghalalkan benda yang haram.
 
17)Lalu, muncullah hukum “ikhtilat itu harus selagi tak lebih-lebih”, sedangkan hukum asal ikhtilat adalah “haram, boleh jadi harus jika berlaku beberapa keadaan”.
 
18)Akhirnya, muncullah generasi-generasi muda yang menganggap ikhtilat ni benda biasa. Selagi tak pegang tangan, maka mereka rasa ia tak haram. Sekadar mesej, tiada masalah. Mereka anggap, selagi tak mesej dan sembang perkara yang menaikkan syahwat seperti isu seks dan sebagainya, maka selagi itu halal. Entah dalil apa yang mereka pakai.
 
Seperti mana ustaz yang merokok, apabila di tanya kepadanya tentang hukum merokok, maka dia akan pusing-pusing dalil sehingga keluar dalil darinya yang mengatakan rokok itu tak haram, begitu juga bila ustaz-ustaz yang ikhtilat, apabila di tanya tentang hukum ikhtilat, dia akan memberi hukum yang membenarkan ikhtilat.
 
Lahirlah golongan yang meringan-ringankan agama,dan menganggap orang yang berpegang-teguh keapda agama sebagai golongan yang syadid, keras dan ekstrimis. Sedang mereka tak perasan, merekalah yang dah terpesong jauh akibat terlalu longgarkan agama mengikut kepentingan nafsu.
 
***
 
 

 

NASIHAT BAGI GOLONGAN AGAMA
 
Saya bukan apa, saya amat kecewa bila orang yang mengambil jurusan agama sendiri yang menjadi fitnah pada agama. Saya pernah tengok depan mata berkali-kali, budak tahfiz merokok, budak tahfiz yang couple dan ikhtilat, budak yang belajar jurusan syariah yang bercintan-cintun, galak dengan berlainan jantina, budak agama yang tak jaga amal agama seperti solat Jemaah, qiamullail, quran dan lain-lain, serta menghabiskan masa dengan movie, drama demi drama, anime demi anime, game dota fifa dan yang sama waktu dengannya.
 
Bahkan, ketika saya di mesir, di sebuah cyber café, kelihatan beberapa perempuan melayu berpurdah dan berjubah, beramai-ramai berkumpul di satu PC, menangis beramai-ramai melihat video “Warkah Cinta”. Belum cerita yang tengok drama korea jepun bagai. Malas nak tegur. Saya dah tulis teguran ini secara panjang lebar. Baca di sini dan sini.
 
Jadi, saya merayu keapda golongan yang belajar agama:
 
1)Kau kena sedar yang kau adalah harapan ummat! Kalau kau, orang yang belajar agama, kalau kau sendiri yang menghancurkan agama, apa lagi yang kita boleh harapkan kepada orang lain? Kes zina berleluasa, buang anak, hiburan melampau, pelacur sini sana, kes rogol yang makin hari makin kritikal, dan lain-lain. Apakah kau langsung tak rasa apa-apa? Apakah kau langsung tak rasa bersalah dengan dosa yang kau buat??!
 
2)Kalau pelajar agamapun tengok drama, tak mustahil umat kat luar sana hancur dengan video-video lucah. Kalau kau sebagai pelajar agama, berikhtilat(walaupun tak bersentuhan), maka, umat kat luar sana tak mustahil akan berzina.
 
Maka, tepuk dada Tanya iman.
 
Allah dah bagi kau nikmat KESEDARAN untuk mendalami agama, janganlah kau kufuri dengan kau cemarkan agama. Malu lah dengan Allah. Malulah, bertaubatlah padanya. Akhirnya, kita sebagai orang yang belajar agama, kita lah yang akan menjadi TONGGAK untuk kebangkitan islam. Sepatutnya!
 
Tapi, adakah realitinya pada hari ini menunjukkan sebegitu?
 
Maka, tepuk dada, tanyalah imanmu, wahai diri!
 

 

Maaf andai saya menggunakan perkataan yang agak kasar. Tulisan ini khusus untuk diri saya, dan umum kepada semua. Moga kita semua dapat berubah!
 
Wallahua’lam.

 

-Adnin Roslan-

40 Responses

  1. masyaAllah. sgt mendalam apa yg diperkatakan. sy yakin tidak banyak, sikit pun pasti akan terkena pd diri kita sendiri. moga dpt dijadikan pengajaran. sy mohon utk share entri tuan.

  2. mohon share.tq. suka dgn penulisan ni. smoga Allah redha usaha penulis memperjuangkan kebenaran. smoga para daie lebih berhati2 supaya agama tidak terfitnah

  3. syukur dapat bertemu dengan artikel ini.

    Sungguh dulu ana selalu fikir

    "akukah yang terlalu syadid,akukah yang terlalu menjaga?"

    Sebab memang akan terasa terasing tatkala yang lain enak bersembang bergelak ketawa saling mengusik dan sebagainya.

    Berkali kali juga saya lawan perasaan yang berkecamuk ini.Terkadang bila rasa ini datang saya usaha cari kembali kekuatan…

    Dan yang terbaru ni saya rasa down sangat,saya takut saya mengharamkan yang halal…

    Tapi saya doa betul betul pada Allah, saya mohon Allah tunjukan yang benar dan betulkan yang salah dan lindungi saya dari ilmu yang sesat.

    Bila saya baca beberapa artikel ustaz, saya dapat rasakan kekuatan itu kembali..subhanalllah!

    Satu je yang selalu pegang, kalau saya ragu ragu, saya akan betul betul minta tuhan tunjukan yang benar dan bimbing saya.

    Syukran jazilan ustaz atas pencerahan yang mantap dan begitu mendalam!

    Moga Allah terus kuatkan kita semua untuk beramal dengan sebenar benar amal..mengamalkan islam seluruhnya bukan separuh separuh..

  4. Terima kasih atas pencerahan.. Benar, sangat sedih dengan kisah ustaz yang ikhtilat..sepatutnya membimbing ummah..setitik nila rosak susu sebelanga..walau bukan semua yang buat..tapi lama-kelamaan mungkin orang dah hilang rasa percaya..dunia akhir zaman.. diri sendiri kene kuat.. sentiasa berpegang pada al-quran dan sunnah..

  5. Saya juga rimas dgn segelintir dr mereka.terutama bila ada di antara mereka yang mula hati berbunga-bunga. Tidak mengaku.berani berkata tidak couple sedangkan suka membuat sesuatu yang berkaitan seperti status facebook hampir sama dari segi berdakwah.malah post pada waktu yang sama.dan rakan-rakan yang merestui sekadar mengusik eh macam sama je.ada kena mengena ke.. tp tidak mengaku.konon tidak couple. Sedangkan hampir semua status di fb atau gambar diinstagram pasti akan dikomen. Pemdalwah jenis apa mereka ini.yang malangnya, mereka merasakan mereka baik dan suci

  6. Assalamualaikum ustaz…saya nak tanya… ada orang selalu meluahkan masalah dia kat saya…dia perempuan… jadi saya pun jawablah persoalan dia… bukan sekali je… banyak kali dia mengadu kat saya.. tapi sampai sekarang saya takde perasaan ngan dia…adakah ini tak boleh?? Lepastu ustaz… boleh ke saya jawab soalan perempuan tu… saling ingat mengingati antara satu sama lain ??

  7. Assalamualaikum.

    Alhamdulillah perkongsian yang sangat2 berguna. Mohon copy.

    ____

    Saya ingin berkongsi pandangan untuk pertanyaan akhi di atas tentang seorang perempuan meluahkan masalahnya. Niat itu baik kerana ingin membantu seseorang dari masalah.

    Di sini(pendapat saya) ada strategi yang boleh diusahakan adalah seperti berikut bagi mengelak fitnah, pilihannya:

    1) Cadangkan/Salurkan perempuan tersebut kepada ustazah/pakar wanita yg bersesuaian dengan masalah tersebut.

    2) Berurusan secara FORMAL.

    3) Pertemuan secara RASMI dan SERIUS.
    – elak khalwat
    – elak dari kerap bertemu

    4) Selesaikan masalah dengan segera pada waktu yang singkat. Tepat. Padat. Tidak terburu-buru.
    – elak dari berlarutan

    5) Cadangkan buku/kuliah/institusi/pihak bertauliah yang boleh menjadi pemudah cara dan jalan penyelesaian bagi masalah tersebut.

    6) Menjawab/menyelesaikan melalui bidang penulisan anda;web/blog rasmi
    – bagi mengelak terus mendengar luahan

    7) Gunakan unit Kaunseling Islam yang ada seperti di pejabat agama/universiti tempatan dll.

    Setiap masalah manusia, penyelesaiannya bukan kita. Kadang hanya sebagai pemudah cara.

    Elaklah dari membuka pintu-pintu fitnah & kecurangan.

    WALLAHU A'lAM.

  8. I swear this is so accurate.

    Saya terdetik untuk berkongsi pengalaman sendiri.

    Mula-mula dia hanya menghantar mesej-mesej islamik. video ceramah. berkongsi isi khutbah. Sungguh saya rasa tak selesa kerana kami berlainan jantina. (tapi saya tidak membalas langsung.)

    Lama-kelamaan topik yang dimulakan mula berubah. Saya benar menyampah dengan lelaki yang menghantar mesej bertanyakan khabar sedangkan hidup saya tiada kaitan langsung dengan dia.

    Saya tak memberi balasan. Malah biarkan berminggu lamanya. Sebab saya tahu itu jalan terbaik, biarkan dia merasa bosan. Dia mula sedar bila semua mesej dia tak mendapat balasan.

    Mulalah ayat islamik dia memohon maaf. Ini lebih menambah rasa menyampah saya.

    Untuk lelaki di luar sana, tak perlu memohon maaf. Biarkan juga. Dengan memohon maaf ayat panjang lebar berbaur islamik seakan mahu si perempuan membalas juga. Hingga bila tak habis. Anda seakan cuba memancing si perempuan memberi balasan.

    Tolonglah, tolong. tak semua perempuan rasa senang dengan semua ni.

  9. mmg ramai yg merokok takat belasah je hukum merokok.sape yg kate bnde tu harus mmg pelik la sbb bnde alah tu membinasakan diri dan mengabiskan wang.harap maklum

  10. Syukran atas perkongsian yg sgt mndlm ini, syukran tulis penulisan sprti ini supaya golongan berlatar belakangkan agama terasa sentap, krn saya juga merupakan salah seorg dr background ini, namun.utk betul2 mnjga ikhtilat itu perlu kuat dan istiqomah krn musuh utama adlah diri kita sndiri… sekian… maaf salah silap….

  11. Salam…ya ust….bgaimana pula sekiranya lelaki itu (seorg pelajar)…benar2 ingin mengahwini wanita (seorg pelajar) tersebut? Bgaimana pergaulan yg dibolehkn…?

  12. kunjungi blog saya yach teman2 di http://chaniaj.blogspot.com
    banyak artikel yang bisa anda baca,kunjungi juga situs kami http://www.oliviaclub.com
    poker indonesia, poker terpercaya, situs poker, poker terbesar, dewa poker, texas poker, poker

    club,poker online indonesia,
    poker online, turnover poker.
    https://www.facebook.com/oliviaclubpk?ref=hl
    https://www.youtube.com/watch?v=nZeVknRm8fQ&feature=youtu.be ( OLIVIA)
    https://www.youtube.com/watch?v=4O3DiOiiOf8

    diharapkan kunjungan baliknya yach,,makacih…

  13. Btl tu.. sy bkn belatarbelakangkan pelajar agama. Since sekolah menengah smpai university. Tpi org yg rapat dgn saya dri org yg background agma. Tpi diaorg yg mencemarkan background diaorg dgn benda yg mcm ni.

  14. Assalammualaikum ustaz.Saya nak tanya,anak saya bersekolah di sekolah menengah harian biasa (SMK).Macamana nak elakkan anak saya daripada terlibat dengan budaya couple???

Leave a Reply to Kimi. Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Hantar Kad Ucapan Ramadan

Jom Hantar
Kad Ucapan Ramadan